bismillah.
hari ini saya mau bercerita tentang seminar yang telah gue hadiri. Early Literacy In Early Childhood Conference
bestlah. Bayar pun boleh tercabut tengkorak. 3 hari. Mula jumaat - Ahad. 23-24 Nov.
sebenarnya, saya sangat tidak selesa berada di dalam seminar tu.
1.bahasanya semua english. Ok. Saya boleh faham. Tapi untuk balas balik..saya kalah.
2. sebenarnya, kebanyakan pembentang tu adalah orang-orang Trainer jadi saya rasa itu adalah biasa-biasa. Tapi, atas kesukaran saya untuk bertanya soalan atau merespon apa yang mereka bentang tu jadi 'luar biasa'.
3. ramai yang hadir itu adalah guru-guru tadika di sekitar KL. Mereka memang guna English sepenuhnya dalam mengajar. Jadi, kebanyakan contohnya adalah pasal pembelajaran dalam English.
apa input yang saya boleh kongsikan:
i. jangan malu keluarkan duit hadiri majlis ilmu.
-Walaupun 95% pembentang adalah non-muslim dan pakaian ala cukup-cukup. Tapi ilmu yang diorang bagi tu, sangat bermanfaat.
-mungkin tiada jaminan 'Malaikat melindungi majlis dengan sayapnya'.tapi..jika kita bersungguh-sungguh dan ikhlas.Sudah pasti Allah bagi banyak kemudahan lain.
ii. HELP Uni adalah sebuah universiti untuk horang-horang kahya. Boleh nampak, mereka siap pasang bendera uni's oversea.
-bagi saya, mereka menggalakkan student mereka keluar dari negara ini untuk sambung belajar. Yea.. mereka juga menyediakan biasiswa untuk pelajar cemerlang. Saya pun kurang tahu. Tapi di papan kenyataan tu ada tertampal senarai nama dan biasiswa yang mereka dapat. Malaysia ni banyak peluang biasiswa untuk orang-orang cemerlang. Untungnya orang-orang itu. (sambil telan liur banyak-banyak).
iii. Guru-guru yang mengajar di sekolah swasta macam Maahad Tahfiz, PASTI atau sekolah yang bukan GOV tu, dah 5 tahun mengajar, tubuhkan atau join mana-mana consultan untuk jadi penceramah ataupun trainer. Serius gila, banyak duit boleh dijana. Selain buat ceramah-ceramah di masjid, buat seminar macam ni, pun memang ramai orang mau. Yang penting perancangan sistemetik, sijil yang keluar diiktiraf. Paling tidak elakkan buat program yang 'bersembunyi'. Maksud saya biar orang tahu.
iv. Jangan malu belajar dan bertanya
- dalam seminar tu ada seorang nenek. Saya kurang berkenan dengan dia. (sebab dia sound Fath yang tetiba datang menempek masa dia baru habis solat).
Nenek ni bertanya soalan yang saya rasa biasa-biasa. Pasal perpustakaan yang sepatutnya ada pada tiap tempat, macam kampung dia. Saya lupa kampung dia nama apa, yang pasti kawasan Johor.
Pembentang tu, yang kebetulan Melayu, jawab sooo panjang lebar. Siap bagitahu idea-idea kita sepatutnya tulis dan sebarkan sendiri kepada pihak berwajib. bla..bla
v. Dalam Seminar ni,
depa ada buat pameran buku-buku
secondhand dari US.
-harga dari RM3.90 sampai RM29. Buku-buku yang jarang ada di Malaysia. Serius cakap, kalau saya mungkin beli satu atau dua (sambil belek-belek dompet zauji).
saya memang suka buku. Tapi bab beli-beli ni. Berkira sungguh.
tapi stail diorang sangat baik. Diorang buat yuran seminar tu masuk sekali baucer buku. Jadi, boucer tu kita tiada pilihan melainkan habiskan untuk beli buku-buku dalam pameran tu.
-idea ni, boleh pakai dalam muktamar..AGM atau program apa-apa lah yang menghimpunkan ramai manusia. Ini menunjukkan buku adalah amat biasa untuk mereka. Dan seharusnya kita juga. (^_^).
balik dari seminar tu saya komen banyak: sebab HELP Uni ni kawasan dia letak tengah-tengah bandar. Bayar parking gila-gila banyak. (sebenarnya tidak perlu untuk peserta, tapi dah tau lambat, bayar jaklah. (ni ayat zauji saya).
ni jaklah. (-__-)