Showing posts with label kawan-kawanku. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawanku. Show all posts

24 November 2013

sweetlah bagi kami ni

aku dulu pun terpengaruh dengan istilah

"bercinta selepas kahwin".

hikhik.

jadikan aku konon bertegaslah begitu, begini.

bila dah tau sikit-sikit maksud 'Falsampah' tu, terus kan..ek ele..bajeeeetlah konon!

atau dalam bahasa kasarnya. Hoi jangan nak sweet-sweet manis gula-gula!.

kesimpulannya
bercinta is sedia menerima saki baki daki segala hal!.

so..kalau masih terasa eeii its sweet..bagus kan chek balik dalam relung hati dan minda itu. Nak kahwin sebab nak sweet..atau apa..

kalau sebab nak sweet..rasanya,belum cukup syarat menjadi pengantin kot..kotlah.Tak setuju, no hal.aku setuju saja, sebab aku yang fikirkan..dan tulis! hueeee.

sebenarnya, aku nak tulis pasal tadi aku menemani sang zauji ke Sport Planet..erkk kah Planet Sport..?.
menjadi peneman kadang sweet,kadang ooohhh..:p

aku ke sana, sebab niat mau jumpa kawan lah..kawan tu isteri kawan sang S.Aku rasa better aku gelarkan si zauji Sang S.Ala-ala cerita perwira gitu..
saumi-suami itu berjanji akan bermain futsal sepenuh riang.

kawan tu akupun tak tahu nak panggil nama apa..lastly aku panggil Lis. Amboi rupawan sungguh kan.. nama beliau.

Beliau ada anak dua dah. sorang lahir 2010, sorang lagi baya Fath

dengan harapan apabila dua jejaka beliau bertemu dengan Fath, maka bertambah luaslah jaringan persahabatan mereka itu.

huhu.

hakikatnya, sepanjang Sang S berfutsalian..kami berdua juga sibuk melayan kepintaran dan kecergasan jejaka-jejaka kami. Wafa terselamat, kerana asyik nak minum saja..huwaaaaaaaaaaaaaaa.

sambil melarang, membangunkan anak yang enak-enak bertiarap di lantai,anak tersepit di celah tiang, anak bertengkakmel (tengkar+tekak+comel),anak nak masuk gelanggang Futsal main sekali...kami berborak sedikit dua tiga empat ratus patah perkataan.ini pun 20 meter dari gelanggang futsal itu.

serius kurang romantis!

tetapi sebagai ibu bapa yang bercita-cita meniru gaya keibubapaan mithali, kami rasa ok jak pun.

masuk kereta dan balik adalah waktu untuk berehat mengawal jejaka dari melakukan aksi stunt.

ya.sweet sekali.
sesuai dengan falsafah "bercinta selepas kahwin".
iaitu, ketika suami bergembira.kami isteri pun jangan lepaskan peluang bergembira!
hoho..entah ngam atau tidak kaitannya.harap ngamlah

semoga kami berjumpa lagi.aminnn.

Lis..patutlah awak mentain comel jeeewww!

27 October 2013

Mina dan idea telekung

masa asramau dulu, aku jadi pegawai BADAR. sebab aku ni disangka budak baik.
ya.aku memang baik dulu.*buek*
sebab tu aku malas kawan orang.
sampai sekarang terbawa itu penyakit.

abis asrama, aku pun keluarlah asrama.Sebab SPM sudah abis.
jadi aku duduklah di rumah sewa sebab duduk asrama teruks angkat air.

hah-hah-hah

sebenarnya, aku mau cerita pasal kawanku sorang ni. Aku gelar dia Mina. Mina tu nama tempat di Arab Saudi. Tempat rukun para haji untuk bermalam.

Satu hari kami solat di surau sekolah yang buruk tu.
amboii...hina surau nampak...

Mina ni dengan penuh serius ajak kami bawa telekung-telekung di surau itu balik untuk di CUCI!
sebab kalau dihidu ya..boleh pingsan!

aku yang pernah jadi BADAR pernahlah buat itu..salah..suruh budak-budak asrama buat.Pegawai kannn..
tapi bila keluar asrama ni.hilang sudah kemahiran itu.

Kami bawalah balik,cuci dan kasi wangi-wangi.

ya tulah kisah Mina prihatin.

nota: sebenarnya aku lupa ingat kisah ni berlaku masa aku duduk asrama atau masa aku duduk rumah sewa.

Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...