28 March 2009

Boikot Sampai Mati..

Boycott ........................

Bulan Mac ini..dengan RM 6..berpeluang untuk melihat kumpulan nasyid
( artis leleh?...ada yg menggelar begitu…..gilak!)....#bukan Aku#
..sambil juga menderma.

Kalaulah boleh dikomen..
1.Terhibur hati melihat kumpulan koir (merangkap kump. Nasyid IPTA tuan rumah)
2.Melihat geng2 Far East membuat gaya sambil menyanyi. Kalaulah masa sekolah
dulu ada buat gaya begini..boleh kata tiada mustahil untuk menang…heheh
3.Melihat Suhaimi bersama kump Inteam.
4.Melihat adik muslimat yang kecil berlari dan memanjat pentas kerana mahu
menjawab soalan…tangga memang tidak digunakan langsung…rasanya VVIP juga
ketawa kot..
5. Terpaksa duduk di kawasan yang membuat kepala rakan sebelah poning2..



Dalam itu isu Palestin berulang lagi.
Pengacara majlis yang rasanya dikenali ramai kerana prnah menjadi org kuat satu IPTA d Gombak..bijak bermain emosi.
...2 penonton dijadikan sasaran pertanyaan mengenai boikot barangan YAHUDI LAKNATULLAH.


...Dalam 2 itu, tertarik rasanya dengan jawapan seorang penonton mengenai soalan..’apa usaha anda untuk membantu rakyat di Palestin…?. Dijawabnya;
MC DONALD..(im lovin it?). Kenapa jawapan itu menarik. Kerana dia adalah pelajar JEPUN.
...Sudah tntu makanan di kafe2 kolej bukan pilihannya. Sik…bias juga dia ngak makan M’D padahal dia kan memang orgnya negara maju…




Klo udah begitu..ngapain masih ramai anak2 dunia ‘ketiga’ masih bersungguh2 dgn barangan yg menghasilkan DANA kepada Yahudi Laknatullah itu?...(moga Allah memelihara kita)..

Konsert itu di akhiri dengan Lagu berkenaan Palestin (lagu bro Raihan)..dan Doa wida’..
Satu Perubahan..moga kea rah kebaikan..5 bintang utk pemikir2 & penggerak2 DKII..

26 March 2009

I'm from Iran..

I’m from Iran...(post yg trtangguh)

Kepala ini bukan tidak biasa bangun awal. Bohong bebeno kalau mengatakan begitu. Dari Tingkatan 3 menginjak ke Tingkatan 4..5…..6 Bawah..6Atas..semuanya memerlukan bangun pagi!!!

Bohong betul2..!!!
kalau dikatakan tidak biasa..
Cumanya...
bila kaki berpeluang ke menara gading emas permata…macam2 peel pun datang dan membuat perangai.

Assigment antar last minit..

lagi teruk antar setelah de telefon pensyarah…tidak namanya itu mengada-adakan sifat yang tidak pernah ada…
Assigment???????????/

Kalau masa ting 6 Atas dulu... Boleh kata setiap hari ada sahaja ‘assigment’….yang PAStinya menggunakn PEN bukan menaip..tapi masih MAMPU!

Adakalanya…3 esei dalam satu hari. Eseinya pulak memerlukan 3 muka surat untuk 1 esei..pun masih MAMPU siap sebelum ke sekolah esok hari..
WAwawa….knapalah boleh ADA perangai yang sebelum ini TIADA…!!!

Satu hari. Kelas yang dihujungya dipenuhi dengan mata yang mengalami masalah untuk dibuka. Lalu apabila selesai kelas begitu teruk pengisiannya.. Amatlah LEGA yang teramat2.

Lalu….Allah menguji hambaNya dengan sedikit persoalan dari saudara seagama….


“I’m sorry….I want ask something…”. Saudari tadi mendekati. Lalu diri terkial-kial.

Mana tidaknya baru sahaja kepala mahu diletakkan pada posisi yang betul. Mata kepada kedudukan yang betul. Tahap pening lalat perlu dihalau. Saudari itu bertanya. Mahu tidak mahu, sebagai SAUDARA seagama…maka wajar bangat kita melayannya.

Pelat bahasa antarabangsanya…
mengalahkan murid tahun 3 yang berlagak dengan PPSMI yang diamalkan oleh sekolahnya.
Payah benar untuk tulisan ini meniru gerak sebutannya....





Mengalahkan orang SIAM bercakap SABAH..


Soalannya mudah!!...

Tapi mencari ayat untuk menjawab itu yang menjadi PAYAH….

Antara lain soalannya mgkin brmaksud begini…
“di negara anda…adakah BOLEH lelaki bukan mahram memegang tangan wanita bukan mahram…?”

“….ekk..kerana satu hari saya berpeluang ke majlis di negara ini…lalu VVVIP itu menyalami tangan saya…”


“….kadang2 saya lihat pelajar di university pun berpegang tangan walau mereka belum berkahwin…”


“…kalau di negara saya…kerajaan tidak membenarkan…”

Tidak pasti tujuan persoalan saudari ini…kalaulah dia mahu menguji kehebatan berdiskusi dalam bahasa antarabangsa itu.

Angkat bendera putih!.. jawabnya..

Kalau mahu menilai kesedaran...alhamdulillah !! masih sedar…
Kalau mahu menilai tahap kepeningan kepala masa itu...erk..jganlah..memang tahap GABAN..


Lalu diri bertanya asalnya dalam bahasa Ingeris berpelatkan 'alunan burasa'…




SAYAP ayam vesi Likku.....nyam!nyam!



laluu..Dijawabnya.


“I’M from Iran…”
Oh…negara yang banyak penganut Syiah itu…??

#assigment sbg da'e byk yang tak siap2 ni...huhu..#
-assigment sbg anak..asigmnet sbg kakak, sbg kawan..mcm2...-

17 March 2009

ada apa dengan BAND ni- suddenly feel want know what they feel..??



Hujan - Bila Aku Sudah Tiada

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…


Rasa2nya lagu ni fight gan Kau Sahabat Kau Teman..

wasiat sang Murabbi

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.


-Marilah sama-sama kita memuhasabah diri, dan berusaha untuk mengamalkan wasiat yang amat berharga nilainya ini, insyaAllah. -
p/s: copy & paste dari http://www.syifaarjuna.blogspot.com

14 March 2009

Belum masanya untuk diri mengulas..

Ajar Sains, Matematik dalam BM – Rahman


KUCHING 12 Nov. – Tun Abdul Rahman Yaakob berkata kedudukan Bahasa Malaysia (BM) akan terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris (BI).

Bekas Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970, berkata Bahasa Malaysia patut dikembalikan menjadi bahasa pengantar bagi meningkatkan peranan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan negara.

“BM akan dipinggirkan, tak patut jika (pengajaran dalam BI) diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Wacana Ilmu: Pembangunan Pendidikan Di Sarawak, hari ini.

Abdul Rahman berkata, isu yang membabitkan pendidikan negara perlu diserahkan kepada pakar pendidikan untuk merancang sementara tugas ahli politik adalah menerima segala cadangan sebelum sesuatu dasar pendidikan diperkenal dan dilaksanakan.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak dari 1970 hingga 1981 dan Yang Dipertua Negeri Sarawak selama lima tahun bermula 1981, berkata sekiranya sesuatu keputusan berkaitan sistem pendidikan negara dibuat oleh golongan bukan benar-benar pakar dalam bidang tersebut, ia mungkin gagal mencapai objektif yang dikehendaki.

Semasa ceramahnya yang dianjurkan Institut Aminudin Baki, Abdul Rahman berkata, tindakan menggunakan BI merupakan tindakan mundur ke belakang dan bukan ke depan.

-sumber Utusan Malaysia 2008

03 March 2009

MPP yang bergelar DA'E (p.1)

Zara tercungap-cungap menarik nafas.

Niatnya mahu datang awal ke masyuarat pertama sakretariat MPP Fakultinya.

Jam di tangan menghampiri pukul 8.15 malam.Dia mempercepatkan langkah lagi.

Sampai sahaja di bangunan G fakultinya. Dilihat bilik persatuan mahasiswa fakulti pendidikan dilihatnya terang benderang.

Hanya sepasang kasut di luar bilik itu.
Takkan hanya seorang.


'Aik..'.

Dia mendekati bilik itu. Kepalanya menjenguk ke dalam.

'Faiz?...'.
Tiba-tiba dia rasa berdebar. Takkan meeting dah habis. Kan ini mula pukul 8.20.Dia berkira-kira.

'masuk atau ...'
Tanpa sempat dia menghabiskan berfikir. Faiz yang tunduk menoleh kepadanya. Zara terkejut.

Lantas lancar sahaja mulutnya bertanya. Mungkin terlalu terkejut.

"..hah...dah lama sampai?". Faiz senyum. Dia sedang membelek-belek akbar menyambung bacaanya.

'kenapa itu pula soalan yang diberi. Kan bagus bagi salam dulu.' Marah Zara dengan pada dirinya .

Zara masih berdiri di pintu.

"...ya...pas solat kat surau, ana terus pi sini..". Faiz kembali menyambung bacaanya.

Zara masuk setelah Faiz menjawab. Begnya diletak di meja.

Dia kemudian keluar. Tidak selesa berdua dengan Faiz. Dia duduk di luar. Menunggu rakan-rakan yang lain datang.

Baru teringat ada kerja perlu dihantar esok. Dia berharap masyuarat malam itu selesai sebelum pukul 11. Itu sasaran maksimum Zara.

Dia tertanya-tanya. Faiz juga terlibat dalam sakteriat itukah?. Dia saja-saja duduk di bilik itu?.

" assalamualaikum..." Faiz disebelah berdiri.

Terkejut Zara. Baru sahaja dia bertanya akan kehadirannya. Faiz sudah berdiri di sebelah.

"hp..enti..". Faiz menyerahakn beg coklat miliknya.
Zara menyambut. Hp meenjerit dan bergetar. Zara senyum. Faiz senyum.

"...cantik ringtone...bolehlah bluetooth.." Faiz masuk kembali.Zara terkesan dengan pujian Faiz.
Ni kes mengejek bukan memuji.

Hp di beg dikeluarkan.Lagu Tanpa oleh 6xith Sense berhenti.

Mohd Bariyyah (MB). si MPP baru fakulti.

"assalamualaikum.." Suara Mohd. Bariyyah sedikit jauh.

"waalaikumsalam.."

"ana kat wad ni...tadi terlanggar van..".

Kejutan lagi.

Mohd Bariyyah yang tercedera masih sempat menelefon walaupun sedang diusung.

..........................................

Masyuarat dibatalkan.

Faiz sudah memaklumkan kepada 3 orang ahli skteriat yang lain. Rupa-rupanya semua terlupa akan masyuarat malam itu.

"..Zara pas isyak kita ke hospital..". Faiz mengajaknya menumpang keretanya untuk bersolat Isyak di Masjid Universiti

....................................................................................................................................................

Terduduk Zara melihat keadaan MB. Pipinya luka. Seperti diseret di atas tar. Kakinya disemen. Patah.

Zara menangis.Teruknya keadaan itu. Tapi atas dasar amanah, MB masih sempat memaklumkannya tadi. Air matanya cuba ditahan. Mohd Bariyyah masih sempat senyum pada mereka bertiga. Tidak lama kemudian dia matanya terlelap.Mungkin kesan bius yang diberikan oleh doktor sebentar tadi.

Faiz mendekatinya.

"...dah jauh malam...kita balik dulu..". Mat disebelahnya mengangguk.

Faiz keluar dari wad. Dia mendekati Dr.Ekhwan di kaunter. Dia baru selesai merawat MB tadi sedang menulis. Mungkin laporan tentang MB.

Selepas berbual beberapa ketika.Dilihantnya Dr Ekhwan menepuk belakang Faiz. Selesai bertanya, Faiz keluar. Zara dan Mat mengikut di belakang.

"..harap sahabat2 mendoakan...". Faiz terus buka pintu kereta.
--------------------------------------

Esoknya selepas kelas. Faiz bertemunya.

"...maaf ukhti...sebenarnya ana tak khabarkan lagi dengan sesiapa mengenai hal semalam..". Zara hanya diam. Zul yang menemani Faiz juga diam. Zulfadli. Pelajar Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB). Itu yang dilihat pada kada matrik yang tergantung dilehernya.

"...semua tengah gembira...gembira sebab calon kita menang..". Faiz diam sejenak.

"...ana nak call...tapi..MB tak mahu..".
Aik pelik pula. Zara mengerutkan kening.Hairan dan pelik pada kata-kata Faiz. Bila pula MB ada mengatakan begitu?.

"..Dr Ekhwan kata...kemungkinan MB akan dibedah...ada darah beku dikepalanya.."

Zara biasa dengan ayat itu.Ayat stndardlah kalau cerita soal kemalangan.

"...hari ini ana full class..nipun ana kuar sekejap nak gitau enti..". Faiz tunduk.

"...hari ini, ana minta tolong sangat-sangat...enti tolong bawa Zul ni ke sana..ni kunci keta..Zul bawa keta...jumpa dengan Dr.Ekhwan tanya perkembangan...if negatif..terus call ana..".

Zara hanya angguk.

'Kenapa tidak ponteng kelas jak.'.Zara bertanya dalam hati. Dari ayat Faiz tadi, dia merasakan Faiz mahu melawat MB, tetapi tidak dapat dilakukan atas dasar dia perlu menghadiri kelas.

"..ana nak ponteng...tapi MB sudah pesan lebih dulu...apa2pun berlaku...kelas go on..." Faiz melangkah meninggalkan dia dan Zul.

'Macam tau-tau jak apa ku fikirkan..'

Faiz dilihatnya berlari.
Taatnya Faiz pada suruhan MB. Zara terbengang dengan sikap Faiz seketika.

Dia juga sebenarnya perlu menghadiri seminar pukul 2 nanti. Itu pun dia mesti hadir. Tak boleh ponteng. Jam baru menunjukkan pukul 11 pagi. Harapannya sempatlah menghadiri seminar itu walau sekejap.

Zul ni siapa pulak?.

"jom kak..". Zul terus bergerak.

15 minit perjalanan ke Hospital Serdang diisi dengan air mata Zul.
Terlalu emosional pula dia. Kawan baik MB kah?. Atau adik MB?.
Zara yang duduk dibelakang merasa aneh dengan kalakuan Zulfadli. Dia seperti pernah melihat Zulfadli ini, tapi entah dimana.

"abang Mat dan abang Faiz ada pembentangan...dorang dah 3 kali postpond..tak boleh elak dah.."
Zul memberitahu tanpa disuruh. Tangisannya sudah reda. Mungkin dia terperasan kepelikan Zara pada dirinya.


Selepas memarking kereta hijau milik Faiz di kawasan VVIP.
Zul terus bergegas keluar dan terus ke kaunter.

"cepat kak....".

Zul bergerak laju. Zara hanya diam.

'sedap jak budak ni parking..'. Ngomelnya.

Dia segera mengikut langkah Zul.

Setelah meminta izin dengan jururawat bertugas. Zulfadli dan Zara terus ke bilik Dr Ekhwan.

Zara mengetuk pintu. Tiada suara.

Dia mengetuk lagi. Zul dibelakang hanya menahan sendu.

Kenapa dan apa sebenarnya ni?

Zul terus menolak pintu.Dr Ekhwan sedang berdoa dengan sendu rupanya.

Mereka menunggu di luar. Zul mundar mandir.

"masuk...". Kedengaran suara garau memanggil.

Perbualan 10 minit membuatkan Zara sesak dada. Tidak di duga, kemalangan itu di asbabkan oleh Zul.Anak sulung Dr. Ekhwan.

Petang ini MB mesti dibedah jika tidak sedar. Sebab itulah Dr Ekhwan tersendu-sendu berdoa tadi?

"....Zul tahu...dia teruk sangat kan...sebab tulah abi berdoa sampai nangis..."

"....."

MB masih belum sedar sejak semalam. Zulfadli dalam tekanan. Dr Ekhwan dalam haru biru..namun dia tetap tenang.

Suara Faiz kedengaran lagi.
"....if nagatif... terus call ana..."

01 March 2009

bila mee bandung becampur gado'-gado..

lupa'2 ingat sudah kisah kanak-kanak dulu.
Yang diingat yang baik-baik jak.
yang diingat pasal soal pujuk memujuk. sangat pandai memujuk. Maklumlah orang yang kaya adik.

bilang ummi..

“dulu..ko tu mo sangat adik..”

walid menyampuk.
“…sampai mo beli budak 20 sen..”

Gilak!
mana ada budak harga 20 sen!

Sampai sekarang walid budak tu masih mengolo'2.
“…huhu beli budak..”

Skang budak tu sudah jadi anak sunti. Makin begayak.

Malu?.
ndaklah. Masa tu otak budak2.

Kembali ke spatutnya..
Pasal budak ni. Dolu-dolu memang bijak memujuk budak.


Angkat bakul?.

Yup..sikit2 adalah. Masih ingat sikit2. Masa tu adik yang lelaki menangis.
Klo ndak silap, c kakak cuba mencubitnya.

kebetulan masa tu tengah bekakai untuk belajar merakam suara menggunak radio.
Dipendekkan corita, suara jantan yaang sedang belajar merakan itupun terakam suara sendiri. huhu..
suara sedang memujuk adik lelaki yang tercinta.

"...rupanya bisa jugak..".
lalu adik berhenti menangis.


Sebelum ada adik, dipendekkan corita lagi.
Allah maha adil. di celah-celah diri hauskan adik. Allah bagi ummi mengandung adik kembar.
Ingat lagi. PAS besalin, betapa terbebannya ummi, berjalan dengan membawa 2 adik yang comel.
Satu dihadapan, satu dibelakang.

Ummi selalu menunjukkan perutnya yang ‘dipotong’ untuk mengeluarkan 2 hambaNya.
Ummiku bukan calang-calang orang rupanya.

best juga corita dolu2. Ummi kata aku anak yang sangat ‘jahat’.

Tapi yang buat ummi suka, sebab selalu dapat nomor..bila Hari Penyampain Hadiah jak, mesti aku akan naik pentas. kalo’ bukang nomor 1..nomor 2..nomor 3..ataupun apa-apa jak yang boleh buat anaknya ni naik pontas.

Ummi tidak pernah langsung datang dan duduk di dewan. mesti dia akan berdiri di jendela dengan keranjengnya. Aku akan malu2 dan senyum. Ummi pulak mesti senyum.

Dulu pelik jugak. Konapalah orang lain detang dengan keluarga. Tapi aku pulak datang sebatang kara?. Bila sudah naik sekolah menengah barulah dapat jawapannya.

Sebonarnya menulis kisah kanak-kanak ni @ kisah dolu-dolu ni sebab mahu mencari kekuatan. Mungkin sebab terlalu banyak kelemahan diri. Tiada bahan untuk berkongsi corita. Kalaupun ndk dapat berkonsi macam Ust Dzul gan peminatnya, macam Hlivote gan pembaca karangan2nya..klo ndak boleh juga macam Adriyani dengan pengundi-pengundinya..

Kalau masih ndk boleh macam DSAI dengan rakyat jelata..

kalau masih ndak boleh macam TOK GURU dengan hamba2 ilmu yang lain..

Kalau masih ndak bisa juga..

Macam aku dengan laptop 'mahal' nilah.. huhu

Laptop yang dipinjam pas tu dibuat macam harta sendiri..

pas tu dibuat macam-macam..

Ni tertarik pulak tangan mau menulis pasal PERJUANGAN. Walau belum ada buku yang dihadam. Walau belum ada sumber yang boleh dipercayai. Tapi tangan ini mau juga menekan-nekan keyboard.

Sebab tau, ndkdalah orang 'bekarik' mau baca. Diri sendiri yang baca kira cukup syarat lah. Ada penulis dan pembaca jugak.

Sagan. Malu. Gilak. Takut. Macam-macam jugak dirasa bila tangan gatal-gatal mau menulis SOAL perjuangan.

Janganlah bercorita soal perjuangan. Kerana aku masih kabur mengenainya. Mungkin sebab itulah aku selalu ‘tertinggal’. Soal akademik pun sekadar ‘cukup2′.

Lalu SEDIKIT kesedaran diadun untuk digunakan untuk membuat kueh azam baru.

“…sekarang berusaha ‘becouple’ dengan perjuangan.

Sudah tentu banyak perkara perlu ditau tentang c perjuangan. Macamana sifatnya. Macammana tuntutannya. Macamana mahunya.
Yang aku tahu sifat perjuangan ni. Dia nak kita berbaiah dan taat dengan Allah dan rasulNya. PAS tu kita kena wala’ dengan pimpinan. Ijtima'kan diri gan jemaah..huhu

Perlu banyak tahu tentangnya. Impian memang mahu bertunang dengannya. Seterusnya mau berkahwin dengannya.

Bunyinya macam jauh lagi. Tapi, MESTI ada sasaran itu.

Lalu di listlah bahan-bahan yang WAJIB dibeli dari kedai TARBIYYAH untuk membuat kueh PERJUANGAN.

A. perkara Fardhu ( bahan-bahan ASAS)

1. Solat di awal waktu
2. Redha ibu bapa mesti dijaga
3. Jangan wat jambatan permusuhan dengan sesiapa

4. Lebihkan perasa makanan ROHANI

B. Tambahan; ( Bahan-bahan penghias)

1. jadi manusia yang sentiasa senyum
2. kelas datang awal
3. assigment kena siapkan awal

C. Persatuan ( Piring yang digunakan)
1. Datang meeting tepati masa
2. Kena buat perancangan dengan baik
3. Jaga hubungan dengan ahli persatuan
4. Bagi pendapat jika diminta.

Rasa2nya masih awal lagi sesi TAARUF ini dengan perjuangan. Bolehkah diri berkahwin dengan PERJUANGAN sebenar??.

“for U Rabb..only U know all about my strengh..my fault..my bad..so, give me..help me..”

Moga tangan kesedaran sentiasa menampar pipi jika lupa mendekati.