Showing posts with label Bromo. Show all posts
Showing posts with label Bromo. Show all posts

04 March 2016

hari 2: Dari Pesuruan turun ke Gunung Bromo


selepas cuci mata di puncak Gunung Pesuruan...
singgah sarapan jagung bakar, goreng pisang+kopi 3 in1 di gerai kecil..

kami turun ke bawah sikit dan misi seterusnya ialah...ke Gunung Bromo yang tengah aktif membakar tu :(




dibelakang tu kawasan perumahan yang terletak di puncak pergunungan...bertingkat-tingkat gunung disini...

barisan jip yang disewa oleh kumpulan kami...aada 3 semuanya

SS duduk depan saya...dan ketua rombongan..saya sebaris dengan sepasang suami isteri...hee..muat jugalah...

jalan ni bagus jak..kiri tu ada gaung...ketua rombongan ni kata..ala-ala Afganistan suasananya tu..dia dah pernah pi sana..dia cerita gaklah camana suasana Afganistan...rasa mau juga pi negara tu...

jalan dan jalan..
nampak suasana berawan berkabus tu...boleh jak singgah ambil gambar.
tapi kami macam eh-eh...camana nak singgah.

terus turun jaklah menerusi lereng tu...


sebelum ke Gunung Bromo..lalu kawasan ni...atas ni memang berkabus...tapi bila matahari dah naik...agak kurang  sudah

kabus pun segan-segan sudah

singgah ambil gambar..hahaha..peace ni macam aneh-aneh jak...gembira kot suasan sejuk tu



ni pun gaya macam eh..eh apa benda tu gayamu

ahli rombongan kami dengan banner

mari kita ambil gambar dengan banner...eh-eh ada orang masuk lah..

jip parking sekejap...


sekejap jak pun..ni bangga sebab naik depan jip orang..sabar jak pak supir tengok jeep jadi barang 

Teruskan perjalanan...pak supir cakap..nanti kita akan naik kuda untuk ke Gunung Bromo tu..
dan pak supir cakaplah..siapa nak naik kuda, dia nak hubungi kawan dia kat sana.

dalam jip kami..ada 2 orang yang kata nak naik kuda.
kami tidak.

sebab ada baca....#banyak kuda dekat sana menunggu...jangan risau habis..kalau habis pun jangan risau..tetap ada.

dan kos tempah awal kuda tu boleh dikurangkan bila kita dah kat sana.

dan jalan sikit..

sampailah ke kawasan kuda menunggu.


ahli rombongan pun naik kuda di chek point ni..para jip parking situ gak.

ahli rombongan semua naik dan bergambar...kami dah mulakan berjalan kaki ke kaki gunung Bromo
kita ambil gambar dengan kuda jaklah sebelum memulakan perjalanan kaki
                                 
padahal..boleh saja jip tu lalu jalan ni...saja bagi kuda pula..hemmm

mula Fath nak berdukung....pelan-pelan pujuk

sambil jalan kaki...ahli rombongan naik kuda...#ada tukang pegang kuda tu..jangan risau
ada pula 3 orang follow kami dan promo kami naik kuda diorang.
kami kata berapa..sama gak... 100 000Rp.
minta kurang..kata tak boleh. So kami tolak

jalan dan jalan kaki...kami dan pasangan suami isteri 1 jeep tadi...
depan ni ada bilik air...pasangan suami isteri tu singgah...sambil tunggu ambil gambar dengan gunung Bromo di belakang tu


bahaya sulfur putih tu...sambil tu 3 orang tadi masih menunggu kami..eh-eh


proses memujuk Fath..kata abi nak naik gunung sekejap..Fath dengan umy..


di gunung berapi gak...dah mati gunung ni..kalau hidup lagi...memang kawasan ni tidak selamat kot.
SS dan suami pasangan tadi teruskan jalan kaki...jauh gak jalan tu..aku kata..kalau rasa tak larat...naik jelah kuda tu..anggap kita sedekah jelah kalau mahal tu.. #berbukit tu yang orang prefer naik kuda





lepas naik kuda berbukit tu...kena naik tangga ni..kuda dan pemegang kuda tu akan tunggu di kawasan bawah tangga yang menjunam ni. Kredit gambar



tangga dari sudut pandangan tempat lain. Kredit gambar




ni pun ambil gambar dari tangga...belakang tulah gunung Batok..gunung berapi yang tidak aktif  suda





Diorang 2 ni naiklah ke kaki gunung.
lepas naik kuda..akan naik tangga ni.

kira masa naik kuda tu sebab simpan tenaga untuk naik tangga ni.

kawan tu pakai topeng..sempatlah tengok kawah yang keluar asap tu..Sulfur ok..berbahaya sebenarnya.

SS kata dia nak naik puncak...tapi sebab asap tu jadi susah nak bernafas..
dia cepat-cepat turun.
baguslah begitu..

kang pengsan pula..1 hal pula.

lagi pun kawasan tempat keluar kawah tu..sangat tidak 'safety first'.
memang peluang jatuh tu besar.
Diorang peduli apa kan..asal ada.

tapi ramai gak aku nampak dari jauh..selfie dengan asap sulfur itu...ajaibnya mereka.
tengok gambar tu..pun nampak orang selfie dengan asap sulfur tu.
kalau untuk kenangan baguslah.

kalau untuk kebanggaan..memang menakutkan.

SS dah sesak nafas...
dia turun dan tunggu kawan tu dekat tangga.

kami pula...lepas keluar bilik air..kami cari port menunggu.

semua tidak selesa.

kami pi lah kawasan keliling kuil tu.

ingatkan ada tangga...boleh lepas bawa pokok.

tapi tiada

gambar kuil ni dari puncak Bromo..
bulatan hitam-bilik air
bulatan biru..tempat tunggu dan ambil gambar :D
kami u turn gi kuil..cari-cari tangga.

jumpa tangga di pintu kuil.
disitulah kami menunggu SS dan kawan tadi. Bulatan hijau tu
tertidur-tidur Fath di tangga tu menunggu
sumber gambar di sini
bulatan merah..tempat jeep parking.
boleh saja jeep tu ke kawasan kuil tu..
tapi...mungkin kawasan tu banyak habuk ..or sebab mau bagi kuda 'sumber duit'.
jadi parking dikawasan merah..dan seterusnya orang naik kuda..


kalau larat nak naik tangga..lepak bawa pokok di tepi kuil..tapi tinggi
lepak di tangga ni jaklah.
sejuk pun terasa gak..walau matahari dah naik. Kredit gambar


sambil tunggu berboraklah..
dan nampaklah ada orang tu bawa karung dan kutip najis kuda.
ada alat dia.

dan seorang pacik offer kami naik kuda..
"pusing-pusing buk".

aku tanya harga.
30 000Rp.

mahal gaklah..dalam RM10 tu.

kami gitau kami tunggu suami masing-masing.

dan pacik tu menunggu sama.

memang ayat kami tu..menunjukkan peluang 'kuda dia'.

maka bila SS dan suami kawan tadi turun dari gunung naik kuda.

SS ambil Fath dan naik kuda lah aku dan Waafa. Kuda ponny oklah rendah jak,
tapi pacik tu tolong tolak naik.
segannnn den.

boleh jak naik sendiri sebenarnya.

huhu.

tadi ayat pakcik tu "pusing-pusing buk".
mana ada pusing pun.
dari kuil ke kawasan parking jeep saja.

dekat saja pun.

tidak apalah. Peluang naik kuda tu jak yang dimahu.

kawan tadi dia preggy. So follow husband dia naik kuda...dia jalan kaki


sempatlah bergambar sama.




pengalaman naik kuda ni rileks jak.
cuma nak imbangkan badan tu sebab Waafa tengah tidur kan..

tengah jalan, aku tarik tali kuda...stop la kuda tu berjalan :)




lepas tu naik jeep.

ingatkan nak pulang dah.

rupanya gi kawasan pasir hitam.

mana lah ndak hitam..habuk gunung tu kan hitam :)

pi kawasan yang agak lawa sikit.

memang subahanallah...cantik vew gunung belakang tu..cumanya..
musim kemarau dan..
tidak pro ambil gambr..
jadi hasil pun 'biasa-biasa saja'.

:)

masuk jak jeep lepas naik kuda...buka carrier...budak ni masih tidur ok. huhu lah kita dukung dia


saja ambil gambar dengan sampah dekat situ..sebab situ ada orang berniaga makanan kan...
diorang main buang situ saja :(


menu dia apa ntah..makanan ringan..ada mee segera diorang siramkan air panas.
ada ahli rombongan yang makan.
kami tidak makan pun.
tapi menarik hati, penjual baju follow ke situ naik motor..

maka terjebaklah kami membeli baju 'Bromo'.
beli yang kain cotton.
dapatlah murah sikit dari harga jual di homestay.


jalan pusing naik jeep.
eh singgah lagi..

ni kali padang pasir hitam luas ok.

tapi ahli rombongan dah kurang aktif bergambar
ada gaklah hasil gambar diorang share dekat wassap.



belakang tu gunung Batok...dekat kawasan bilik air tadi :)

lepas ambil gambar situ.

naiklah balik jeep dan balik ke homestay untuk chek out keluar

kesimpulannya...dari gunung Pesuruan kita akan nampak 3 gunung ni.
dan kita akan turun untuk ke gunung Bromo..perjalanan dari kanan tu..kemudian dihadapan gunung batok ni...dan naik kuda ke kawasan gunung Bromo...balik semula... naik jeen ke kiri untuk ke kawasan lautan pasir hitam.

lepas tu balik semula ke kanan...untuk balik....ke kawasan homestay.

homestay ni disebalik gunung Pesuruna. Dari homestay kita boleh nampak gunung Pesuruan...tapi tidak dapat nampak gunung 3 ketul ni...
payah juga mau dijelaskan. Kena sediakan peta dulu.hihi


bersambung,














20 February 2016

NAIK KE GUNUNG PESURUAN UNTUK tengok GUNUNG BROMO


hari 1, lepas jalan-jalan keliling penginapan..

malamnya makan malam dikedai situ.
rasanya kedai makan tu bukan muslim.
tapi katanya halal ayamnya..
apa ntah nama diorang punya..macam nasi lalap..
nasi+ayam goreng+sambal dan sup sayur, sup sayur macam letak 'cukup rasa' rasanya. Masak bening gitu..

ini jaklah gambar yang ada..SS ambil...depan kami ni mai dengan anak bongsu yang baru siap dapat result UPSR kot...


sambil tunggu ayam..minum teh panas..
ada cawan tu siap gambar logo minuman keras...

hahah.

diorang gurau..ni kalau masuk FB ni..boleh jadi fitnah..

SS ndak makan ayam tu..dia makan sup saja.
order telur goreng, 
pak lurah lah yang order.

kami follow jak.
kan nanti kita kena bayar sama-sama..jadi menu main follow jak..


lepas makan singgah kedai sebelah beli topi untuk anak.
harga jauh lagi murah banding dengan beli dengan pacik datang homestay.

ingatkan ada baju untuk disewa di situ...
sebab memang sejuk..

...

bangun awal pukul 3.15 begitu. mandi air panas. Aku paksa SS mandi..haha.
sebab sejuk kan..dia kata nanti balik lah mandi
lagipun sejak semalam belum mandi..bilik air 2..orang ramai..

sejuk ok.
jadi tidak berpeluh pun.
itu kot sebab orang putih jarang mandi...

aku dah mandi...kemas barang nanti nak chek out senang.
#siap wudhu...bawa pampes, roti dan pakaian anak..telekung. air untuk wudhu..kot lah terbatal.

siap mandi..kejutkan pelan-pelan anak...diorang macam sedar-sedar..tapi mata ngantuk
orang dah keluar semua...
terus masuk Jip.
pak lurah join kami..sebab jeep dah penuh.
patut kami duduk depan..sebab ada 2 budak kecil..tapi ntah..
(balik rumah baru SS cerita..pasangan suami isteri tu kalam kabut duduk depan..padahal pak lurah dah suruh kami..aku tak perasan pun. SS kata..diorang macam nak selesa..sampai belakangkan orang lain...hemmmm. Aku pujuk-pujuk. Inilah cabaran bila berjalan dalam berkumpulan...kena bersabar atau bertegas. Kalau aku tahu..aku bertegas jak....tapi ndak tahu duduklah belakang tu.ok jak pun...cuma bila tau..rasa terkilan sikit...)

masuk jip , lalu laluan semalam kami gi kedai...dan makan tu la..
ada gate.
kena bayar kot masuk situ.
kata pak lurah...sini tak boleh kereta luar masuk. Hanya jeep orang situ sahaja.
baguslah...dapatlah diorang buat duit kan.

dan mendaki naik sikit...

lepas tu turun sikit.
kabus jak...gelap. ambil gambar pun tak nampak apa..kecuali lampu kenderaan.

lepas tu perlahan-lahan naik gunung,
cantik jak jalan ni..aspal walau laluan kecil...

dapat rasa, tapi tak dapat tengok...sebab malam gelap gelita

SS dah kata, aku tunggu dekat jip jak nanti, dia naik puncak...
masa ni masih blur puncak gunung mana satu yang kita akan naik..
blurr habis.

sampai jak..kami dihantar jeep dekat kawasan ada surau...
turun jak..
ahli rombongan berkumpul.
cari surau...
depan tu ada surau, bilik air dan kedai makan...

tapi ramai orang

kami ni tengah pujuk anak,
sebab Fath berkepit dengan abi sejak naik jip tadi.

cari pondok dekat surau tadi...
konon tunggu di situ.

ahli rombongan dah naik tinggalkan kami.
kami pun tak pasti mereka ke mana. Kan gelap.
orang pula ramai..
meriah jak...

ni waktu tahajjud...meriah ni.
jadi sambil pujuk Fath follow aku. Doa supaya Allah mudahkan urusan.


orang pun ramai pakai baju tebal.
rupanya nak sewa baju tebal...sewa dekat sini...bukan dekat kedai macam semalam...haha.


tapi rasa jaket kami cukup sudah. tidak sewa pun ndak apa.
rasa juga lah angin sejuk tu.
kan puncak gunung..
orang ada siap lagi pakai glove kan.
anak-anak kami siap pakaikan 2 lapis seluar. Jaket pun 2 untuk Waafa,
Fath memang jaket jenis tidak masuk udara...jadi pakai 1 saja..

Fath tak nak letak..nak berdukung dengan abi.

duduk pondok tu, ada seorang lelaki belia.
lagi kami segan dengan Fath yang nangis kuat...
kalau tiada lelaki tu..aku paksa jak SS tinggal jak Fath walau nangis begitu.

SS cuba tanya lelaki tu, kalau di atas sana ada surau.
Lelaki tu kata ada di atas sana.

kami sepakat stay di surau ataslah.
maka mendaki lah sikit..sambil dukung anak...
semput juga..
mendaki maksudnya jalan kaki naik bukit...begitulah suasana
kiri kanan meriah saja...orang pun ramai gak...orang situ kot..ada bawa jaket yang mahu disewakan..tadi pun ada offer kami jaket untuk anak.
kami #senyum dan say 'tidak apa'.
cara menolak begitulah...orang sini lenggok lembut..tapi kena hati-hati..diorang ni...ada peluang main ngap jak.

ramai orang ok... macam pasar malam.

itu musim hari berkerja
kalau hari cuti...lagi la kan...

naik-naik, eh mana surau...ada kedai jak ni.

jalan lagi.....naik jaklah lagi..
sambil semput-semput sebab dukung anak
kasut pula, kasut lawa...memang sesuailah.

naik sikit...dengar orang azan...

ooh atas sana.

sampai sana.la suraunya kat sini terbuka...dan memanguntuk perempuan dan lelaki...tiada sempadan..
pondok la gitu..tapi tiada dinding..besar
tengok yang azan, ahli rombongan kami juga.
dalam rombongan kami ada 2 orang ustaz.
tu banyak kebaikan.


ada toilet di luar sana.
sebab kami dah wudhu...jadi tinggal nak solat saja

tidak perlu ke toilet.toilet berbayar ok.

SS nak join solat Subu berjemaah, tapi Fath nak berdukung saja.
siap nangis kaw-kaw bila SS kata nak solat.

tunggulah ahli siap solat, ramai join berjemaah subuh,
suka tengok.

kami duduk sambil tengok gaung .haha
ada gak pagar..tapi pagar tu hemmm..
gelap pun dapat tengok ok..
dibawah sana..nampak suasana kampung dipergunungan.

kira gunung kami naik ni...gunung semalam kami tengok.. Gunung Pesuruan.
gunung di atas puncak gunung...
hebat tu..


tunggu solat.
panjang pula surah ustaz ni baca,
tapi sesuailah..untuk bagi ingatan...
jangan nak happy jak naik gunung ni..
ingat..kutip hikmah...biar jiwa makin tunduk bertuhan.

lepas solat, ada kumpulan kedua berjemaah juga.
paksa SS gi join..rugi kalau lelaki muslem bangun awal tidak berjemaah Subuh.
Lainlah aku... Bawa jak Fath. InsyaAllah Fath tidak bernajis,macam Waafa ni pasti lah ada sesuatu dalam pempes.

ingat dalam solat dengan abi, Fath boleh berkonpromi, tidaknya..nak berdukung jak.
terkial-kial abi solat sambil dukung kamu Fath.

habis abi solat...
baru turn kita Waafa.

pula...Waafa nak berdukung juga...
tanak dekat abi..


biar jaklah Waafa dengan abi. lagipun dah kurang orang solat.
kasihan orang terganggu solat dengan tangisan mereka di subuh hari.

lepas umy solat. Pakai kasut..

tengok, macam Fath tanak duduk dengan umy jak ni..
SS kata, kita naik ajalah...
kalau rasa bahaya..kita jangan naik.

sekali naik sikit jak...
nampak ni...




abam yang nampak tembam bila pakai snow cap...
abi bawa baju spare...takut abam sejuk..
rasa gambar sebelum tu banyak dekat fon aku. Tapi dah SD dia buat perangai......ambil yang dekat kamera sajalahhhhh.

umy bawa telekung buat solat dan buat selimut Waafa takut sejuk
abi muka formal jak tu....senyum boleh??


hahahahha.
ingatkan mendaki gunung ni..kena naik kuda bagai..
rupanya hanya mendaki jalan bertar yang dikiri kanan ada kedai dan ramai orang.

bukan gunung Bromo.
Gunung Pesuruan ya

Dari gunung ni
nampak cahaya lampu..
cahaya lampu desa kami menginap tu lah...

gunung yang semalam SS tanya dekat belia Palembang tu.
haha

lucuk jak.
hikmah besar Fath nak berdukung jak.
kalau Fath rileks, mungkin kami hanya menikmati pemandangan sunset ni di bawa sikit.
dan tidak dapat nampak Gunung lainnya dari puncak.

hikmah...hikmahhhh


depan kami sunset nak naik...belakang tu bulan sedang bersinar

ramai sangatkan orang tengok sunset...jadi kita ambil gambar dengan bulan ni...
cari-cari port..
turun tangga..



turun tangga...nampak gunung Bromo tu jelas sikit...dekat atas orang ramai concur..marilah kita ku putih ku putih barulah putihhhhhhh

dah tak berapa sunset...belakang tu ada 3 gunung kot..salah satunya Gunung Bromo....


asap tu dari si gunung Bromo...
aawan putih tu...kat bawah dia ada padang pasir...

malas suruh orang...kita wefieee

ok dah...matahari dah naik...rasa tidak sejuk dah..mungkin sebab angin dah kurang..meh kita turun ke bawah....khabarnya nak ke gunung Bromo

aku suka budak belakang tu...jaket dia sama dengan kamiiii

bila suruh SS yang dukung Fath ambil gambar...

satu kali lagi....dia mana kira..123..main ambil...gitulah cara amil gambar bila travel...baru rasa 'nilai' gambar tu.. :P

kakak belakang tu preggy 5 bulan rasanya..dia dah biasa travel..so banyak pengalaman depa suami isteri tentang tanah Jawa ni


turun dari puncak..ni lah laluan yang kami lalui masa terkebil-kebil cari surau Subuh tadi tuu..

akhirnya..abi berjaya pujuk Fath jalan sendiri...orang belakang tu rasanya peniaga sewaan baju..eh macam pengunjung juga..tapi jaket tulah yang boleh disewa sepanjang  berada dikawasan puncak gunung Pesuruan ni

minta tolong kat sapa ntah ni..rasanya ahli kumpulan kami gak..
adalah gambar kami kat kawasan ni.

eh jumpa sign di pagar masuk...Waafa kita paksa pakai tudung..sejuk kan..boleh cover kepala dan telinga dia

Fath memang kalau kita nak bergambar dia buat perangai 'tak mahu'..

turun lagii..dan turunnn dari puncak tengok gunung Pesuruan..disekeliling..laluan memang lawa habis...ramai singgah ambil gambar


nak tunjuk laluan yang kami lalui tu..sebelum subuh..mana nampak kiri kanan ni..gaung tuuu

uncle ni segan nak suruh orang ambik gambar dia...jadi kami selalu offer kalau ada peluang. dan gambar ini ada pengunjung dari Singapura offer ambilkan...buat baik dibalas baik oleh orang lain :)



penat juga dan payah juga mau ambil gambar jalan dan jurang dibelakang nun..
haha...tapi memang rasa jauh bila nampak suasana ni....kalau pokok menghijau lagi osem...


turun dan jalan..kejar SS dia dah masuk kedai ni...

kami penuhkan kedai ni...kecil dan ya banyak 'souvenir'.
pak lurah order mee segera dan sambil tu ada goreng pisang panas...nyummm..masing-masing dapat makan...

rasanya kami last turun..sebab sibuk ambil gambar...
masuk jak orang tengah borak....eh me segera tu..diorang tunggu air panas masak..air dimasak guna dapur gas..agak lambat juga...kami rasa kami tidak perlukan sangat mee segera..kami makan pisang goreng dan order air kopi susu...3 in 1 pun la....belasahlah kan...

sambil tunggu order...aku keluar sekejap..rugi rasa duduk menunggu begitu..ni lah kedai yang kami lalu nampak meriah subuh tadi, tak sempat usya pun tadi...ooohh begini suasananya..

ramai lagi orang dekat atas puncak sana

SS kalau kamera dia..dia terror main wefie ni..ni gambar masa aku masuk balik kot...

aku keluar pi beli jagung bakar...sebab tidak makan mee segera tu kan...
lepas tu semua offer..aku gi hujung tu...minta jagung yang baru masak..dia bagi jagung lain
"ni masih panas buk". Kasar dia ok,
kalau di negara kita. kita boleh cancel beli....tapi fikir malas la layan perangai diorang ni...ambil jaklah..memang panas..panas suam. Kalau cakap elok-elok...kan bagus..

lepas beli..gi round lagi sekitar situ...tenangkan hati yang sentap oleh perangai penjual jagung tadi.LOL
...kemarau lama...banyak pokok daun jadi coklat. 

mulut melantak pisang goreng....Waafa dah start tidur

lepas jalan-jalan sekeliling...masuk balik..baru nampak ahli rombongan ambil gambar..tadi sibuk borak kot

thanks abi..ambik gambar kami bertiga :D
Waafa nyenyak ok..

rasanya mafla kawasan atas gunung Pesuruan ni lebih murah
semua menanti mee siap disiram air panas.  nak merasa makan sini kan...memang feel dia beza la..
mee segera rasa makan mee di hotel 10 bintang..lain lah feel diaa..
orang hirup mee...makan tu semua..minum kopi ...nyamannnn

lepas makan turun bawah...punya jauh aku turun...rupany ada parking situ...naik balik...sempatlah ambil gambar

ambil gambar...dan siap naik jip untuk ke bawah awan tadiii tu... di Gunung Bromo yang ada api tuu


bersambung...

Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...