27 April 2011

kerana aku belum jatuh cinta




kerana aku belum jatuh cinta.
Jadi kemarahanku berhamburan.
Jiwaku tebakor dengan tabiat mereka.

Kerana aku belum jatuh cinta,
hatiku memberontak ganas,
mahu saja matakuku mengeluarkan bom jangka,
akan ku baling kepada generasi-generasi putus harapan itu.


kerana aku belum jatuh cinta,
aku lukiskan satu lakaran indah,
tentang cinta bersama DIA,
si Pemilik Nyawaku dan Hatiku,
Hanya CintaNya yang terindah pernah ku jumpa.


Kerana aku belum jatuh cinta,
ku sediakan selimut menyelubung hatiku,
agar dia sentiasa terlindung,
dari habuk-habuk cinta manusia.

kerana aku belum jatuh cinta,
aku hanya ketawa bila halaqah cinta duduk terlentang,
banyaknya isu,cinta juga yang dihalaqahkan,
jiwaku bukan taman bunga yang penuh mekar dan wangi,
walaupun sesekali aku melafazkan;
"dalam hati ada taman".



biarlah buku pengubat jiwa,
teman berukhwah tempat bermanja,
program berkala lautan cerita,
cinta disini lebih manis seperti kurma,

kerana aku belum jatuh cinta,
aku bina pintu untuk berbicara,
cinta itu hanya bicara matang senior-senior manis 20-an,
yang sedikit meluat untuk aku mentafsir
terasa tersiat hati melihat,
gelak-gelaknya sambil berbicara,
"sudah layak diorang ni".

Tapi perjalananku masih panjang,
tidak akan ku biar cinta menjadi ranjau sepanjang jalan.


kerana aku belum jatuh cinta,
ku lontar bisa yang bersarang dihati,
melihat manusia bercanda gurau,
adalah pemandangan panas untuk sebuah sketsa.
lalu ku biarkan sketsa menjadi panas,
kemudian terbakor dengan hati yang takutkan kepada DIA.

kerana aku belum jatuh cinta,
aka ku terus disini,
melihat dimensi cinta manusiawi suatu yang rigid, penuh lompang dan ketakutan,
kerana cintaku masih berselimut,
tiada siapa akan dapat melihat,

aku sudah masak pada erti sebuah cinta selain dariNya,
aku sudah penat mengkhatam kalimah-kalimah jiwang yang merosakkan jiwa,
aku bukan bodoh untuk mentafsir jalan mana untuk cinta yang penuh telus,
aku bukan beongek untuk memegang kata-kata seorang pria atau dar yang penat berseloka cinta,

sudah-sudahlah wahai generasiku,
cintamu itu sudah dimusnahi oleh gelodak rasa yang penuh kosong,
itulah rintihan halus pada jiwaku,
si pemilik jiwa yang mulus,
kerana aku belum jatuh Cinta

(MajE 27/04/11 9.40 am)

21 April 2011

Peperiksaan Last

Semalam saya last paper untuk subjek Tekanan, Sokongan dan Pengajaran. Subjek yang sangat baik untuk semua!

Dengan pembacaan yang separa-separa ingat. Alhamdulillah berjaya juga saya menjawab dengan penuh bergaya.

Satu hal yang sangat menggangu mental. Bila saya tidak tahu jadual perjalanan bas ke Dewan Peperiksaan!. Menyebabkan saya dilanda risau melampau-lampau. Agaknya camanlah kalau-kalau bas itu berhenti di Fakulti Pengajian Islam. Naya saya kena berlari untuk ke dewan.

Saya hanya ada pilihan. Naik bas pukul 7.30 atau pukul 8.00 pagi. Jika pukul 7.30 bermakna saya akan terjongok 1 jam di depan dewan!. Saya ingat lagi, semasa di tahun dua dulu, di dewan peperiksaan yang sama, jam yang sama. Saya telah terlambat 15 minit!.Sebabnya bas tidak meround ke DG. Kemudiannya saya terpaksa berjalan kaki separuh berlari pecut lebih kurang 1KM lebih. Gila!

Hari ini saya terbayang sama begitu.
Dengan bas yang terawal 7.45,saya sudah duduk panas-panas dalam bas. Penumpang pula beberapa ketul dan kebanyakannay turun di dewan lain. Saya bagaimana ni...lupa pulak bertanya kepada pemandu tadi...huh!

Tengah-tengah runshing begitu. Saya masih membelek nota-nota sebesar A4. Nampak sangat nota baru buat.
Duduk seorang minah serius gila. Sejak cicah duduk sebelah saya, notanya tidak bergerak di depan matanya.
Emm..tanya atau tidak?. Kang gangu pulak.

"eheh...adik exam kat mana?". Dari bunyi-bunyi suara saya itu, ada nada bermesra sebenarnya.

"kat DG". Dia tersenyum. Sebelum menyambung kembali membaca note keciknya. Huh! Alhamdulillah!.



nota tumit: Malu bertanya, resahlah dijiwa

11 April 2011

masak-masak

mau makan?
panas air panas. Siram habis ke mee.
Mee akan kembang dan slurppp.\
maka lapar telah habis.
ingin hebat lagi,
makan dengan berlaukkan nasi. pasti menyentap!.
makanan itu mudah.
semudah mee goreng+air panas=megi!

saya pesan untuk kebaikan umat.Untuk kesejahteraan diri.
yang mudah tidak semestinya kenyang?
untuk kenyang, makan saja tidak cukup.
jadi, jom masak!!

sedap?
bagus?
lambat?
penat?
sure semua ada. Ya..masak itu juga proses tarbiyyah.

yang sudah pantas masak, belum tentu bijak memelihara kesihatan.
kalau saya ke kedai-kedai makan, saya selalu berharap ada menu sehat untuk dinikmati. Tapi..sebaliknya,jarang ia berlaku.
tolaklah makanan segera,like keefsi,pijja,makdonal,etc.

jadi apa yang seharusnya?
belajarlah memasak?
tidak perlu, masaklah apa sahaja yang kita mampu.
belajar memasak akan menjadikan kita mahukan masakan terbaik atau ingin menyerupai masakkan si pulan-pulan.

realitinya, memasak akan mencabar kita menjadi kreatif.
iya...ia sudah tentu

07 April 2011

Ceritera Malin 1

Nasi Goreng Malin


Pagi itu dia menggoreng nasi lagi.
Nasi goreng kicap a.k.a nasi goreng mamak!.
Itulah rutinya, jika isterinya lewat bangun! huh!.
Tetapi..
Malin tetap reda,
sesekali mengeluarkan tenaga apa salahnya.

Bunyi air dibilik mandi berdencuran.
Bersama-sama dengan suara 'DJ pagi di rumah'.
isterinya sejak tadi marah-marah.
kerana tidak langsung mengejutkannya untuk menyediakan sarapan!.

'Bukan tak kejut sayang oii..tapi tak pandai terkejut-kejut'.

Terbayang-bayang hobinya beberapa tahun dulu...

dia bernama Malin. Seorang lelaki baik. Kulitnya cerahnya. Matanya berwarna 'brown'. Senyumannya manis. Tetapi jika tidak senyum. Mukanya ketat bin kensang.
Ada orang menggelarnya Rangga. Sinonim watak utama dalam cerita AADC. Namun, dia bukan suka digelar begitu. Tetapi bila orang dah gelar. Malin sangatlah bahagia. Dengupan jantungnya mengepam bahagia.

Malin.
Setiap hari, radio kapok milik datuknya dipasang sebesar suara. Pecahlah speaker radio usang itu. Tetapi dia selesa.
Ibunya, makcik Sonah. Seorang wanita baik hati. Penyokong setia kepada anak terunanya.
Ayahnya adalah pengkritik terhebat!. Setiap hari adalah masa untuk menjadi juri kepada Malin.
Seorang anak yang baik, tetapi sedikit 'lain'.

"Malin, sarapan dah siap?". Ayahnya yang sejak tadi menggosok sabit bertanya.
Malin chef dirumah. Juga pekerja di ladang.

"belum..ayah..mak nak pecok lada dulu". Malin yang berhenti sekejap tadi disisi ayahnya beredar. Dia terlupa ibunya meminta dia memetik lada di tepi kolam. Betul-betul di belakang rumah.

Malin bernyanyi-nyanyi. Lagu Allycats tentunya. Inilah kumpulan kesayanganya. Berderet kaset dibiliknya.
Peminat setia kan.

Malin bukanya tidak boleh menyanyi dengan baik.
Tetapi, dia memang tidak boleh langsung menyanyi!.
Ayahnya pernah puji,
"Malin..suara tu layak sangat jadi penyanyi back-up untuk koir sekolah tadika".

Malin gembira. Pujian dari ayahnya ini adalah jarang berlaku dalam hidupnya.

Tidak sedar. Poket baju melayunya sudah dipenuhi lada.
beberapa biji terjatuh dan mengenai kakinya.

"ini pembaziran!"
Malin lantas tunduk untuk mengutip.
Maka..
bertambah-tambahlah bilangan untuk dipungut.

pungut= kutip

Terbayang-bayang sambal lada cicah nasi goreng. Makanan kesukaanya. Kecur liur jadinya.

"abangggg...."
Fuhh. Terkeluar masuk jantungnya mendengar suara isterinya.

01 April 2011

susahnya (**___**) & senang

dulu tahun 2006 kebawah.

Dengan RM50 sudah cukup untuk bajet dapur.minyak,ikan,bawang,tepung,kopi,gula + jajan. Masa tu, yuran sekolah masih berbayar,adikberadik semua skul belako,hari2 dpt duit poket,Pendapat bulanan pun masih rm100 perkapita..(teori belasah)<<<---- yang ni saya hafal sebab selalu jadi tukang beli.

but, now, dengan situasi yang berbeza yuran skul FREE,pdpatn naik sikit,yg skul tgl 2 ketul,ekonomi negara mningkat..tapi situasi menghampiri INFLASI!

::bukan siapa memerintah..tapi bagaimana dia mentdbir::

sekarang, dengan RM10, bagaimana mahu mentadbir hidup?. Cukupkah sabar sebagai perisai?. Sangatlah cukup!. Kerana sabar itu separuh dari Iman.

tetapi, perlukah kita bersabar dengan orang-orang yang sengaja mencipta INFLASI demi kepentingan dirinya semata?.

sori.

saya ambik misalan. Saya seorang penternak lembu.

maka saya akan menghasilkan produk seperti baja, daging, susu segar, kulit haiwan, dan tentunya saya juga menawarkan pekerjaan!

oleh kerana saya perlu memikirkan soal keuntungan, soal kebahagiaan saya, siapa yang hidup bersama saya..dan reputasi saya, saya sudah semestinya akan memastikan MODAL yang saya keluarkan adalah rendah! dan biarlah akan menghasilkan keuntungan berbaloi-baloi-baloi.

bagaimana?

sudah tentu pelanggan mahukan produk yang terbaik daripada saya.Atau saya perlu mencari pelanggan yang 'hantam sajalah' untuk memastikan produk saya LAKU.

dan untuk menjaga imej&hubungan saya dan konco-konco saya,

saya harus memastikan konco2 saya adalah penerima sebahagian modal saya...kan. Bagi konco untuk buat apa? saya yang susah payah!...lagipun ini satu cara untuk saya memartabatkan konco2 saya dalam bidang saya!

jadi,

saya dapat memastikan untung selalu. Malah saya juga berkerja bersama2 konco saya!

apa isu disebalik semua ini?

produk2 saya akan sampai kepada pelanggan2 melalui konco2 saya, mungkin juga melalui konco kepada konco kawan saya, ataupun konco kepada konco kepada konco saya ataupun lebih panjang daripada ini...he

maka, terhasil lah;( Teori Maje,2011)

1. Produk yang mahal, kerana setiap konco memerlukan MODAL & UNTUNG

2. Produk yang hampeh..mungkin juga bagus..ataupun yang berkaitan.

3. Orang yang bijak berniaga,tetapi bukan konco..peluang untuk menawarkan perkhidmatan&produk yang lebih baik..KURANG peluang untuk masuk dalam 'bisnis' saya!

4. Saya perlu menjaga hubungan baik dengan konco2..dan juga konco kepada konco saya..konco punya konco kepada konco, konco2 saya- saya kena 'baik'..kalau permintaan diorang merapuh2..saya kena layan..walaupun saya terpaksa memberikan perkhidmatan yang kurang baik.

5. saya sudah tidak mengambil berat soal siapa yang memakan@menggunakan produk saya!

maka,

saya merayu disini. Jika saya seorang yang beriman, sudah tentu isu2 diatasa mampu diatasi, kerana orang beriman tidak akan menggadaikan KEBENARAN dan pastinya akan memikirkan hasil di AKHIRAT nanti.

saya tidak memaksa sesiapa mempercayai teori ini, kerana buku2 EKONOMI ASAS tingkatan 4&5 ataupan EKONOMI tingkatan 6 langsung tidak menjadi rujukan dalam penulisan ini, melainkan 'reasional'.

sekian.11.21 pm (1/4/2011)

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...