24 March 2021

Perkembangan kanak-kanak 2 tahun

 

bismillah.
hari ini kita kenali perkara  yang berkaitan dengan perkembangan kognitif (pembelajaran,pemikiran,  penyelesaian masalah) kanak-kanak di usia 2 tahun.
.
perkembangan kognitif  kanak-kanak 2 tahun.

.

1. Budak umur ni dah boleh temui benda yang tersembunyi, atau terlindung  dengan dua atau tiga penghadang atau penghalang



kredit gambar: cdc. gov.com

budak usia ni sedang menajamkan kemahiran berfikir dan melihat yang selama ini didedahkan. Teringat Madia ni, biasa memang akan tanya mana remote. Terkadang benda itu letak merata juga. Akan  nampaklah Madia akan jumpa. Sebab dia pun boleh agak tempat yang berkemungkinan benda itu diletak. 
.
kadang juga sembunyikan benda di tempat agak tersorok. Budak ni boleh faham dah benda tu ada disitu, cuma tidak pasti dimana, melainkan benda itu budak ni nampak kita sembunyikan.
ada waktu sengaja minta ambil sesuatu benda yang agak jauh dan tersembunyi, bila tidak jumpa. Ulang lagi bagitahu. Memang akan jumpa... jadi, itu petanda budak ni dah capai tahap normal yang perlu dikuasai mereka.
.
2. Dah mula bezakan bentuk dan warna
hah...biasa kita nampak benda-benda toys ni ada jenis yang bentuk bentuk dan ada yang jenis barwarna tertentu, mainan untuk budak 2 tahun ni perlukan bentuk yang pelbagai. Biasa yang juara dalam permainan budak ni Fisher Price lah...memang ada ada asas dan keperluan permainan yang mereka jual.

kredit gambar: fisher price  LAZADA

yang tukang copy produk mereka ni kurang peduli falsafah disebalik mainan ni, tu yang ada benarnya. Tidak semua mainan sesuai dibuat main. Selain bahan yang digunakan, yang buat mahal..sebab mainan diorang ni dibuat bukan sekadar mainan. 
.
kadang jumpa preloved Frice Price ni harga masih mahal dari yang baru copy punya.  Fahamlah kita, penjual pun mahu buat untung mereka, dengan kos-kos yang mereka keluarkan.
.
eh melalut pasal lain sudah kita ni..
.
nak ceritanya budak 2 tahun ni dah boleh bezakan bentuk, kerana sejak seawal usia diorang dah didedahkan dengan bermacam-macam bentuk. Ada juga yang mak ayah dah dedahkan sentuh dan budak usia awal tu dengan aneka jenis mainan yang ada bentuk ni. Jadi bila dah usia 2 tahun, budak ni dah mampu kenal dah. Kalau bagi jenis bentuk dan warna budak ni kenal dah. 
.
Tapi, kalau yang kita tidak dedahkan seawal usia. Jangan kecewa, manfaatkan kemahiran budak ni dengan ajar bentuk bentuk dan warna. Sebab usia ni emas ok.

walau masih ada pemahaman yang 'asyik main' saja budak ni. Hah...tengok apa yang dimain tu. Usia ni memang MAIN lah cara diorang belajar. Bukan duduk melanguk tengok youtube semata itu.... 


kredit gambar: cdc.gov.com


3. Boleh lengkapkan perkataan dan rima dalam buku yang budak ni biasa dibacakan bersama

kredit video : youtube cdc.gov.com


4. Boleh bermain make-believe 
walau budak ni 2 tahun mereka dah boleh tiru watak  dengan main ni, misalnya main cikgu cikgu, main anak patung,main apa-apa pun pekerjaan yang boleh dilihat oleh  budak ini. Misalnya, budak ni tiru barista buat kopi.

kredit gambar: notimeforflashcard.com


5. Membina menara dengan permainan blok 
dalam kelas modul montessori kita akan nampak benda benda ini wujud. Kerana benda ni dianggap sesuatu yang sangat membantu banyak hal kepada budak. Untuk budak 2 tahun, boleh susun 4 blok dan nampak stabil. Semakin besar budak tu, semakin banyak dan tinggi bangunan blok yang budak ini boleh buat.

kredit gambar : https://www.howwemontessori.com

ni boleh jumpa di LAZADA



6. kerap gunakan sebelah tangan, berbanding keduanya
boleh tengok masa budak ni tengah memegang sesuatu. Melempar benda.

7. Boleh faham arahan yang mudah. Arahan 2 langkah yang mudah.
contoh, "ambik kasut, pakai ye".
.

8. Boleh menamakan benda atau objek di buku yang dilihat.
masa ni boleh carikan buku-buku yang berkulit tebal.Biasa buku baby memang tebal dan lasak, buku tu bila selalu digunakan. Budak umur ni akan kenal dah apa benda yang kita tunjuk itu.
.
untuk modul Montessori, idea buku diorang pun selain mengenalkan benda atau objek, ia juga bantu budak ini busy. Ya budak 2 tahun ni, jika kita dedahkan awal, kuasa fokus diorang memang terbaik. Dengan buku ni,diorang akan busy habis la..

buku inspirasai Montessori, boleh jumpa di LAZADA