Showing posts with label harapan. Show all posts
Showing posts with label harapan. Show all posts

25 January 2014

Sejuk dan berita kematian

bismillah.

hari dah malam larut gitu. So sejuk kan. Biasa guna kipas sehabis putar. Tapi sejak kebelakangan ni, agaklah sejuk.
Sang S pernah tanya, "semalam hujan?"
sebab pagi-pagi gitu teramat sejuk.
padahal ndak pon hujan.

Anakku Waafa berjaga sama..dan memberikan sekali kerja amal untuk umynya. Dia membuang hajat dimalam begini. Mau tidak mau terpaksa berbasuh air yang sejuk.
rezeki Waafa la nak..

Banyak sungguh khabar berita yang menyedihkan. Ayah kawan yang dikenali tetiba meninggal dunia. Ketua Dewan Ulama Pas pon pergi menemui Tuhannya, malah beberapa lagi kes kematian yang menyayukan hati.
betullah
"cukuplah kematian sebagai pengajaran".
walhal hari-hari ada saja berita kematian manusia.

yala..
marilah kita muhasabah dengan baiki apa amalan kita yang masih buruk.Misalan Solat Fardhu. (-__-).

09 January 2014

Visi menjadi manusia bermanfaat.

sasaran adalah hala tembakan sesebuah tembakan atau anak panah.

1. Kaunselor Laktasi (
-untuk tambah ilmu sendiri
-ingin membantu mmmies yang sukar direct bf dengan anak dan ada cita-cita untuk menyusukan anak.

2. Buat ban
-sebab suka gilos makang ini ban

3. Buat cake
-suka makang juga
-boleh jana pendapatan

4. Jahit Skirt, Jubah
-love gila-gila pakai
-ooh juga berharap boleh buat jenama sendiri

5. Belajar bahasa Isyarat
-dekat Twintech ada
-untuk tambah kemahiran diri

6. Dapat lesen kereta
-paling penting dalam segala hal di atas!!
-asyik nak tunggu driver free..memang adakalanya merugikan diri sendiri..menyusahkan dan macam-macamlah
walaupun best lagi jadi penumpang.huehue.
- hal kecemasan adalah sesuatu yang tiada siapa jangka kan..

7. Buku ooh buku.
-insyaAllah satu hari 1muka surat.

Sesiapa yang membaca ini.Tolong doakan begini "Jadikanlah Maje ini manusia yang bermanfaat dan berguna kepada jemaah, kepada orang lain..dan berilah dia kekuatan untuk mencapai misi yang gagah ini".aminnn ya rabb.


nota kakiku:
apabila bercita-cita ingin bermanfaat kepada orang lain. Harus menjadi keutamaan apabila melakukan apapun. Yalah hidup ni kan bukan nafsi-nasfsi.
jika tenaga amat terhad untuk disumbangkan.Sumbangkanlah dalam bentuk yang tetap bermanfaat. Bukan hanya bercita-cita.
Wafa jangan boring dengan bermacam cita-cita umy ni..

31 December 2013

Felixia Yeap bertudung

aku tak kenal pun dia.
tapi dari blog beliau, aku nampak beliau memang suka expose diri dan berani.
sudah namanya model kan.

dan akhirnya dia memilih untuk bertudung kerana rasa 'selamat'.
bermakna dia telah merasakans sesuatu sangat.
ya sesuatu la.
macam akulah kan..tidak pernah naik Menara Tokyo.
tetiba aku boleh naik. tentulah rasa sesuatu.begitulah kot perasaan dia.

dan aku yakinlah yang marah-marah sebab dia masih still bergelumang dengan dunia modelling. perlulah kan bersabar.
Jika dia boleh bersabar dengan keegoan 'minat modeling' dengan memilih bertudung,
kenapa nak push sangat lah kan.
ko dah biasa makan 4 pinggan, orang push suruh makan setengah pinggan. mesti akan rasa 'woi agak-agaklah'.
tapi kalau yang push dengan nasihat yang hormat.mesti hati akan terasa terhormat untuk memikirkan tentang nasihat orang.

apapun, tahniah kepada pengetuk hidayah itu.Semoga kita yang Islam makin berbangga dengan agama kita.Dan yang bukan Islam akan lebih mengkaji untuk memasuki agama Islam.aminnn

18 December 2013

itu yang sunyi

dia tiada teman,
selama ini dia berperasaan dia punya segala untuk menarik ramai teman,
atau dia bersangka dia tidak perlukan teman..

harinya sunyi dan sendiri
berjalan dengan hanya ditemani bunyi tapak kasut,
atau kadang kala hanya titis hujan penemannya,
itulah kehidupannya,

malamnya berteman kotak kosong yang bersuara,
kadangnya sengaja menidurkan diri dicelah-celah lambakan buku,
supaya terasa hidupnya berteman.

tapi sunyi tetap datang,
dia memilih untuk menerima kesanya sikapnya dengan besunyi-sunyian,
walaupun dia tahu sunyi itu sendiri,
sendiri itu menakutkan,

ramai rakan-rakan membuat status agar yang sunyi mencari Tuhan,
tetapi dia percaya mereka juga sebenarnya sepertinya,sunyi dan sepi.
dia mendakap buku dan cuba ketawa,
tetapi arhh..dia masih sendiri.walaupun sunyi sudah mengurang.

lalu dia bertemu pemilik jiwanya yang sunyi,
dia cuma ingin bertemu, tiada niat untuk menghilangkan sunyi apatah lagi lari dari menyendiri..
tetapi yang ditemuinya bahagia dan mendamaikan.
dia menjadi gembira didalam segan.
rupanya dia tidak perlu berasa sendiri,
kerana setiap masa Tuhan bersamanya,
Mungkar dan Nakir menemannya.

"ketika tiada bahu,dada,pelukan untuk disandarkan, masih ada bumi untuk bersujud"

04 November 2013

Tahun Baru Hijrah yaa

bismillah.

Selamat Tahun Baru 1435H!.

Misi bulan ni
1. Ajar Fath guna toilet.
2.Gunting dan jahit jubah
3.Buat skirt
4.Buat cheese Kek
5.Tanam pokok di keliling rumah (pokok yang berguna, tamau cantik tapi tadak guna)
6.Siapkan novel itu.
7.Istiqomah gi kelas ngaji Ustajah Faz


Banyak lagi misinya, tapi bila tulis cam ni.Rasa wowww banyak weiii.


07 September 2011

raya 1432H

salam.Alhamdulillah dah masuk 8 Syawal. Copeknya masa itu. Cam putaran jam juga.

Bagai baru semalam jak hidup.Bagai semalam juga menyambut raya yang selalu disalah tafsir sebagai hari penuh sedih dan duka jika tiada ahli keluarga. Padahal ia adalah hari kemenangan kita,setelah sebulan berpuasa dan melawan nafsu negatif.
TV-TV berabis pulas dengan tayangan raya dan cerita raya yang jauh maksud dengan meraikan raya sebenarnya. Maka tidak hairanlah,raya bagai pesta dan kegagalan minda menilai maksud raya itu.

Semasa menghampiri raya,saya asyik dengan kerja-kerja orang mengada-ngada.Titoq dan menahan sabar dengan hormon-hormon diri yang selalu lemah.Tidak berdaya membuat apa. Kecuali terlanjur belajar membuat ketupat palas yang memang tidak pandai jadi.Penat juga mata melilau mak mentua dan kak Ipaq buat,semuanya tidak menjadi.
Sebelum matahari Ramadhan berakhir,kami menziarahi kubur Abah yang pergi berjumpa khaliqNya.Membaca surah-surah dan Yaasin.Agak ramai juga penziarah yang datang.Ada yang datang untuk menjirus,membersihkan dan ada juga yang membaca surah Yaasin anak beranak.Kesian ahli kubur yang telah pergi dulu.Mesti merasai pemergian Ramadhan itu. Sedangkan kita yang 'ahli' kubur yang masih hidup,tidak sabar-sabar mau berpesta raya.Dengan bunyi-bunyi mercun yang tidak memikirkan perasaan jiran-jiran yang mahu berehat.Dengan pakaian-pakaian baru yang menyeksa pandangan 'bukan mahram'. Segalanya atas dasar "asal aku bahagia".

Indahnya Raya kali ini.Beraya bersama-sama orang yang akan menjadi rakan karib kita.Yang sedia menegur dan memperbaiki kita.Itulah manisnya sebuah perkahwinan.Sama-sama mahu menjadi chek-balance.

Kepada mamaku yang sentiasa 'membebel' apabila persiapan masakan raya mau disiapkan.Sehingga mau 'dibaca'.Moga Tahun depan kita merayakan bersama.Tidak sabar,mau menikmati tadarus bersama.Mesti indah dan manis-manis kan..

04 May 2011

namamu di Facebook


Dulu-dulu.
Orang nak kawin.
Orang-orang kuat akan tunjuk gambar jak.
kadang gambar pasport.
Tang muka nampak jelas.
Yang lain fikir sendiri saja.

Sekarang ini,ada Facebook. Orang masukkan semua gambar.
Mahu tengok gambar berdiri tegak?
Duduk-duduk?
Makan-makan?
Semua boleh nampak.

Ada seorang kawan tu. Dia kata,tak baik muslimat letak gambar-gambar dalam tuuu.
Semua orang akan nampak.
Bahan fitnah..bla..blaa..blaaa.

Lepas tu..beberapa muslimat yang setuju pun delatelah gambaq-gambaq dalam tu. Sampai tinggal gambar-gambar tertentu saja.
Satu sifat yang baik.
Mengelak fitnah dan penonjolan diri yang lebih.
Saya solute juga dengan orang-orang macam ni. Sebab saya pun payah juga nak delate-delate gambar. Lagi-lagi gambar-gambar bersama kawan-kawan. Ada keindahan meletakkan disitu.

Tapi..masalahnya..
bila kat gambar profile tu. Orang lain tak minta pun letak gambar. Itu prinsip kita kan.
Dah letak nama cam Mawar Din, Serikandi Bunga Raya, Asrar Semerah etc..lepas tu tepeklah gambar-gambar bunga-bunga. Iyalah..selaras dengan nama yang kebunga-bungaaan ataupun keserikandi/an. Tidakpun gambar wanita bermata coklat-bening berpurdah,sambil kening 'tercukur' halus.

Masalah sangat ka?
Bagi saya,sangatlah bermasalah.
Sebab saya ni ada 'sifat baik'.
Payah nak ingat nama orang.
Tapi,insyaAllah senang nak ingat muka.
(Kira visual saya power banding dengan memori).

Iyalah..walaupun orang kata negatif-negatif pasal Facebook.
Tapi kelebihan yang ada perlulah saya manfaatkan.

Antaranya,
menerusakan atau menyambung silaturrahim.
Kawan yang jumpa masa sekolah,berbelas-belas tahun..tup..tup jumpa kat Facebook.
Misalnya.

Atau..kawan-kawan yang pernah berbincang-diskusi-program-bermesra. Lepas tu jarang jumpa,
terserempak pulak dalam Facebook.

Lepas tu..yang 'mesra' sound-sound'. Kita punyalah pening round+refresh.
Siapalah dia ni. Pagi-pagi dah "Kak Maje??? lama tak jumpa...sehat??".

Itu baru sikit.
Kalau yang hidupnya sibuk,yang kita jumpa sekali-dua,kadang-kadang,jarang lagilah.
Ingat dia nak bongkar gambar-gambar kita kat wall tu?
alahai..

"bukan apa...nama Mawar Berduri Tajam..gambar bunga mawar..tong-teng-tang chat..komen dalam FB..bila tanya..alahai..dijawabnya takkan saya pun awak tak kenal sayang oii".

Sudah.

Tidak pasal-pasal benda mudah. Jadi payah.

Kalau sayala
Kalau dah nama gitu. Buat-buat kenal saja. Tapi kalau tertanya "siapa ya?". Harap bersabarlah ya sayang-sayang. (n____n)

06 November 2010

senandung mendung




saya nampak,
ramai yang berani tulis,
berani kata,
berani cakap,
tentang kehidupan berumah tangga.
ermmm..
kadang terfikir,
betapa smartnya jangkaan mereka terhadap kehidupan rumah tangga.

ada yang mencoretnya penuh dengan kesyahduan,
misalnya;
"buat bakal imamku"
"buat bakal future husband"
"surat untuk bakal isteriku"
macam-macam lagi sebenarnya.
kagum.
terbaik.
juga mungkin pelik.

betapa semua insan dalam dunia ini,
mengharapkan indah-indah dalam sebuah alam itu,
alam yang dinamakan sebagai syurga dunia...
ermmm..
semudah madah yang kita cipta,
semudah impian yang kita lakar,
adakah kita sedar,
kita selalu menikmati fasa pra rumah tangga sebenarnya..
malah,
mungkin tanpa sedar kita sedang melalui fasa-fasa itu sekarang..




maafkan saya,
untuk semua yang berfikir kontra daripada saya....
saya cuma melahirkan rasa yang terkuak di dalam benak ini..
hehe.

saya suka membandingkan penulisan orang-orang bujang,
dengan orang-orang bukan bujang,
like macam ustaz hazrizal,
pahrol juoi,
norhayati...erk..lupa nama penuh beliau,

begitu juga dengan perkataan yang lahir dari mulut-mulut orang yang sudah merasai atau sedang menikmati kehidupan itu..

jawapan yang saya dapat ialah...
BERBEZA..

saya bukan menempelak mereka yang ingin mengeluarkan idea..
apatah lagi menyindir-nyindir,
sekadar melontarkan idea saya,
yang mungkin hanya sebagai interframe,

saya bukan tidak membaca cerita islamik,
fatimah Syarhah,
maaf,
saya hampir membacanya triple,
bukan kerana plotnya,
tetapi mencari isi penting yang boleh dikaitkan dengan kehidupan saya..

saya terduduk,
membayangkan kalau-kalau saya ...
ahhhh..
sebenarnya pointnya,
erti sebuah hidup adalah berbeza mengikut pandangan masing-masing..

erhhh..
jangan pening deh,
saya katakan begitu,
kerana kerisauan saya terhadap diri saya,
rakan-rakan saya,
dan mereka-mereka yang lain,
yang cuba menjadi watak-watak dalam sebuah plot novel Islamik,

"saya rasa, percintaan kami yang terbina ini penuh dengan kemaksiatan..saya inginkan seperti dulu yang bebas dari memikirkan dia".
satu ayat yang baik sebenarnya, daripada coretan sang penulis..
tetapi beza didefinisikan oleh pembaca,
maaf..
saya bukan menyalahkan jodoh atau takdir Allah,
tetapi..
dari kelakuan mereka yang memutuskan sesuatu ikatan, kerana mengatakn ikatan tanpa akad itu adalah HARAM.
akhirnya,
si pemutus itu, bersedih hati.
tetapi diluarnya,
dia menampakkan kegagahan dirinya,

maka, lahirlah satu sifat yang sangat saya takuti,
EGO.
lagi teruk,merasakn diri baik,
merasakan diri hebat.
kerana yakin,
ALLAH akan temukan dirinya dengan orang yang didambakan..
ohhh..
bahasa ini sedikit pusing,
terpengaruh dengan kegoncangan otak yang melanda akibat LATIHAN ILMIAH ini..

senang cerita..
kehidupan yang kita lalui sekarang, sebelum -sebelum ini,
akan terus kita lalui,
sekiranya kita masih seperti ini,

maksudnya?,
kalau sekarang kita suka sangat merajuk-rajuk dengan si dia,
nanti dah masuk alam rumah tangga,
semua tu akan ada lagi,
tidak akan terhapus,
melainkan kita mengubah sekarang..

macam makin pusing jak ayat ini..

apa yang pasti,
kita adalah kita, seperti hari ini,
asbab berumah tangga,
tidak akan melunturkan diri kita yang ada pada hari ini,

tidak percaya?..
silalah belek kisah-kisah mereka yang telah berumah tangga..

kalau tidak faham,
bacalah berulang-ulang
(heheh..amatur punya tulisan memang pening sikit).

pendek kisah,
kalau teruja baca kisah tulisan Fatimah Syarhah,
sesekali baca jugalah kisah tulisan Bercinta Sampai Ke Syurga karangan Ustaz Hasrizal,
kalau masih tidak dapat membezakan,
bacalah Permata Dari Timur..

bukan apanya..
risau-risau kita terlalu ingin menjaga sebua ikhtilat,
sehingga kita,
menutup ruang-ruang CINTA si adam, atau hawa yang berbeza dari watak sebuah cerita Islamik..
akhirnya,
beruntunglah diri,
andai berjumpa si Adam berjiwa imam, berfikiran isteri, berkelakuan ayah dan ibu,
atau berjumpa dengan si Hawa berjiwa dai'e, berfikiran imam, berkelakuan ibu..


ahhh..
sukarnya menyatakan apa yang kita harapkan buat diri yang masih belum menikmati keindahan,kepayahan, kesakitan sebuah alam yang belum pernah lagi dirasakan.

yang pasti,
bersedialah untuk melengkapkan sebuah kehidupan,
kerana kita hidup dengan cabaran setanding kekuatan yang kita ada.

nota tumit kaki:
tulisan ini, ketika otak sedang berkocak-kocak dengan Latihan Ilmiah yang sangat menakutkan..huwah2.

12 July 2010

patah hati

dia derita.
matanya membengkak.
lidahnya kelu.
bibirnya senget.

aku terpaku.
antara percaya atau bermimpi.
dia bukan si cantik yang ku kenal dulu.

bicaranya perlahan.
malunya terlampau.
hilang sudah wassatiyah yang digembar-gemburkan dulu.

"lu terlampau beb..."
aku sengajaja berbicara sekasarnya.

Air matanya terembes.
perlahan.
sepi.
tunduknya malu.
seperti dia bukan lagi si terompet suara gelombang reformasi.

"lu tau..apa samanya lu dengan si pengidap HIV positif?".
Aku jengkel.Kenapa aku perlu berbicara sekasar ini kepadanya.

Dia mendongak.
Mungkin tersentak dengan perkataan 'HIV positif'.
Aku tidak akan dan tidak berniat menuduhnya dia dan HIV itu adalah sama.

"ana..bukan pengidap penyakit durjana itu...".

"ini mungkin kifarh terhadap dosa-dosa ana..".

Dia sepertinya hendak bangkit dari pangkin semen itu.
Seperti berjuah hati denganku.
Aku dapat membaca hatinya.
Aneh.
Tetapi aku tetap merinduinya dirinya yang dulu.
Aku menyayangi dirinya dulu.
Atau..
aku sebenarnya takut..
kalau-kalau aku ditempatnya..
tiada orang lain yang mencabar aku..
sebagaimana aku ingin mencabarnya.


"ana balik dulu..sebentar lagi adik ana akan datang..ana perlu berehat..kampung ana merindui ana..".
Dia masih mampu menyalami aku.
mengucup tanganku tanda hormatnya.

'maafkan aku'. air mataku hampir tertewas.
ingin sahaja aku memohon kemaafan padanya.
Atas ketelanjuran bahasaku.

"weiiii...lu pernah baca kisah Nabi Shuaib..yang badanya hampir hilang..hanya tulang yang tinggal..badanhya dipenuhi ulat...itukah pembalasan Allah padanya??..pada nilai ketaqwaannya?..betulkah itu pembalasann..?!!!!!!"
aku menjerit sekuatnya.
walau dia tidak memandang aku seperti selalu.

"weiii..lu bukan tidak tahu..Allah bebas melakukan apa saja kepada kita..hambanya..
apa yang penting sekarang ????...semangat dan tiada pesimis lagi..tiada putus asa...!!!"

"please....lu tau..bezanya lu dengan semua pemilik penyakit parmenant ialah...semangat..semangat untuk terus hidup..semangat beb..semangat...".
Ahh.aku sudah kalah. Air mataku terlalu kuat untuk ku lawan.

Pulanglah untuk berehat. Dan datang kembali sebagai satria.

31 March 2010

1 Cinta

ketika segala bagaikan bisu,
jiwa meronta,
menderu-deru bagai asap tebal yang gelap,

menagih simpati,
sambil hati bagai tersiat,
kenapa kebal belum bertandang?


Bisunya sunyi,
namun gelodaknya sembilu,
panahan yang tajam terpacak,

hati tidak pernah keras,
jiwa belum pernah diam,
kerana menyusun blok-blok Cinta,
bukan seperti menyusun pasanga-pasangan Puzzle.

Semakin dicuba,
semakin bertindan desakan,
susunlah ia,
sebagaimana bentuknya asalnya.


Satu Cinta
by; Hasnul Jamal

(Ya ghaffar….
ighfirlana zhunubana..
watub ‘alaina..
wa’fu’anna…
ya Maulana..)

oh tuhanku..
Engkau dengarlah rintihanku..
di waktu keheningan malam Engkau dengarlah rintihanku…
Engkau terimalah bisikanku
di waktu keseorangan Kau kabulkanlah doaku
walaupun aku tidak pandai memohon

aku hambaMu yang hina ini
dtg kpdMu di waktu waktu kegelapan malam
mengadu segala kesalahan
memohon dgn rahmatMu
ampunan dan kemaafan dipinta

aku dtg kepadaMu menyerah diri dengan penuh penyesalan
aku tersungkur ke hadratMu Tuhan
menyerah diri dgn penuh kehinaan
oh…Tuhan

sudah aku bersungguh beramal
namun banyak cacat celanya
bahkan aku andai derhaka
ditambah lagi dengan dosa-dosa
jauhariku yang belum dapat aku tinggalkan

Tuhan…
sebenarnya aku tersiksa dengan dosa
jiwaku tidak tenang dengan segala kesalahan
kerana itulah aku,dtg kepadaMu
memohon keampunan

ampunkanlah aku Tuhan
kalau Engkau tak ampunkan
hidupku sudah tiada baki apa-apa lagi
kaya pun tiada guna

apatah lagi miskin papa

segala yang aku miliki sudah tiada nilainya
hidupku tiada sempurna

Aku dtg kepadamu menyerah diri dengan penuh penyesalan
Aku tersungkur ke hadratMu tuhan
menyerah diri dgn penuh kehinaan
ooo…Tuhan terimalah..
Aku kan hambaMu…

27 March 2010

jenguk2

Semakin berusia. Semakin kami jauh.
Berjumpa hanya sekali-sekala.

Namun,
itukah alasan untuk mempersoalkan perjalanan kehidupan.
Panjangnya.
Simpangnya.
Jaraknya.

Namun,tautan hati.
Payahnya untuk dirungkai.

Semakin jauh,
semakin kita sedar,
betapa kita sangat memerlukan mereka disisi.




Merekalah mata hati,
pengarang jantung,
segala macam yang punya nilai sama waktu dengannya.

Kalau bisa,
kita menuturkan,
"biarkan kisah lalu, sebagai penyeri..."

"suatu masa nanti...kita akan lebih jauh....tetapi semakin dekat dan terus melekat di hati".

"semakin kerap menjadi perindu,
semakin kebal urat-urat sendi,
semakin giat kita merintih,
semakin bertambah kagumnya terhadap perancangan Allah".


.............................................................................................

"kak...aku tidak tahu...sambung tingkatan 6@ amik diploma..apa pandangan kakak"

"kak...apa khabar...kak saya semakin tercabar hidup begini...saya rindu kan kakak.."

"kak..Alhamdulillah dapat skor STPM 4A....tapi tidaklah poplet..."

"kak...napa lama tak hubungi saya....sibuk ek.."

"kak...bila boleh jumpa lagi..".

Apapun ayat yang tertulis. Mereka telah mengajar diri menjadi lebih berguna. Menjadi lebih 'kakak'.


"ala...sibuklah sangat..sampai call tangkat..."

Hidup bersama mereka. Bukan suatu rancangan yang dirancang sebaiknya. Tetapi satu rancangan yang tidak diduga.

Biasa juga alasan basi diberikan.
"eh...kedit kontang.."
"betri kong"
"ada hal masa tu"

Bagaimana mungkin dilupakan mereka ini.
Yang mengajar menjatuhkan ego yang kadang kala tingginya melangit.
'brutal' yang kadangnya menyakitkan mata melihat.

"maaf, saya bukan bukan sibuk...tapi selalu lupa.."

Terima kasih adik-adik yang mengajar saya menjadi 'kakak'.

Egois

Memang aku pantang.
Nak baca hak aku.
Tanya aku.
Kalau rasa tak perlu tanya aku,
mesti yakin benda itu tidak menjadi masalah kepadaku.

Tapi kalau rasa,
sentuh pun aku tak bagi,
itu bermakna,
tidak perlu minta izin,
memang SAH bukan untuk dibaca, selain aku.

Kalau aku merancang,
aku bukan buat suka-suka,
aku alasan dan sebab yang kukuh,
Kenapa aku menyembunyikan,
sebab itu ada harga dalamnya,
ada nilai yang tidak dapat dinilai oleh mana-mana mata.
Aku tidak menuduh tidak semua orang berfikiran begitu.
Tetapi aku optimisme yang ada benda yang bukan memerlukan sesiapa untuk merasainya.

Apa perlu menyibukkan diri.
Bukankah kita mempunyai kerja-kerja lain yang lebih banyak dari masa yang kita ada.
Mujur masa tidak dibeli.
Kalau tidak,sudah tentu orang kaya rasa bahagia.
Mereka boleh memiliki 100 jam untuk sehari.

Berbalik kepada hak aku.
Aku bukan benci.
Tetapi inilah pendirian.
Aku mungkin tidak segah mana-mana orang.
Tetapi biarkanlah aku dengan duniaku sesekali.
Aku pun jarang selesa hidup berseorangan.
Sebab Serigala lebih senang diintai Harimau apabila berseekoran.


Ahh. Aku mungkin alergik pada kisah lampau. Ceh.

31 December 2009

gitaris muslimah

salam.

Dia. Sangat sukakan lagu.
Lantaklah dari aliran mana. Tradisional, Slow Rock, Hip Hop dan yang dinamakan muzik.

Lagi-lagi, bila lirik lagu tu menyentuh, menampar, menendang hati dan sanubari.
Tapi, kalau ada penyanyi lagu tu baik-baik dan sopan-sopan..lagilah bertambah semangat orang-orang untuk menyanyikan semula lagunya..hehe.

Tapi, macam di Malaysia ini. Berapa ketul penyanyi, penerbit, komposer yang tergolong dalam situ.

Ahh..
Masalah sangat kah ni..?

hasil mengoogle ( sekadar gambar hiasan)




........................................
dedikasi untuk mama,ibu-ibu, dan sesiapa yang terasa gan lagu ni.



Permata (Untuk Isteri Ku)

by; Kopratasa


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku





02 November 2009

kelonsong Peluru

"weiii..dengar lagu apa tu...". Si Mona S ni selalu sahaja menyibuk. Dentuman dari earfonku pun masih jelas ditelinganya.

"lagu HUJAN..kenapa?". Ku lihat Mona S mencebikkan bibir. Dia asyik dengan buku-bukunya.

"ingatkan lagu UNIC..". Dia masih mencebik. Buruk sekali bentuk cebikan yang dibuat.

"suka akulah..telinga aku...". Aku tahu. Waktu malam begini. Dia lebih suka mendengar lagu2 nasid. Dan ayat ini adalah 'ganas' untuk dia.

"ehhh..Bila Aku Sudah Tiada...atau Aku Skandal...atau..mencari konklusi". Cun!. Aku memang solut Mona S. Lagu HUJAN dia boleh ingat.

"tidak...KELONSOR PELURU...versi Rap...nak dengar....???". Aku pasang kuat sikit lagu tu. Biar Mona layan.

"ehhhh..lagu ni...tak pernah dengar pun..". Dia terus sambung baca buku.




Lagha?. Aku suka lirik lagu ini.



Kelonsong Peluru
Noh (HUJAN)-masa rap dulu2


jelas di depan mata namun masih berpeluk tubuh tak berbuat apa,
saudara Muslim ku diseluruh dunia adayang teraniaya,
komplot bantuan dari Amerika negara durjana ZIONIS,
membunuh dan juga memperkosa memakan 50 tahun untuk menhancurkan masjid Al Aqsa [Palestin],
perjanjian bertukar tukar tak guna,
dimana tanggung jawab kita semua palestin sudah lama menderita,
bunyian ngeri tangisan anak kecil masjid surau rumah semuanya dibedil,
namun tiada tindakan yang diambil hanya jadi perbualan dunia,
seribu satu pelbagai jenis cerita melihat gelagat kejam anak Adam dan juga anak Hawa,
MAJLIS BANGSA BANGSA BERSATU! dimana kamu,
hanya perpeluk tubuh terdiam membisu . .



KELONSONG PELURU,

MEMBANJIRI JALAN DAN JUGA LAMAN RUMAH KU TUHAN KU YANG SATU TURUNKAN KEAJAIBAN AGAR KAMI BERSATU KELONSONG PELURU, MEMBANJIRI JALAN DAN JUGA LAMAN RUMAH KU TUHAN KU YANG SATU, TUHAN KU YANG SATU . . .[ALLAH]



Mujahidin berjuang dan jangan ada yang lepas tangan,
dimanakah demokrasi keamanan yang dijanjikan,
ini soal politik dunia krisis ekonomi dan agama,
kenapa asyik² Islam yang kena THAILAND FILIPINA UK sama sahaja,
ZIONIS latnatullah takkan kemana-mana macam tentera bergajah mati dibaling batu berapi dari neraka,
hasutan syaitan makin ketara,
makin berapi dendam lama membara yahudi tak mengenang budi,
memang CELAKA!
lain pula cerita IRAQ dibantai amerika,
mahu membela nasib orang ARAB katanya,
kau siksa mereka yang didalam tahanan,

Insyallah ALLAH turunkan bala kita lihat boleh kah kau bertahan, sampai bila? bicara? yang pasti akhirat masanya



.................
n
ota I:
-Konsert Muslim belum ada lagi..setakat jemput artis nasyid bawa lagu dakwah...dah banyak berlaku
jemputlah kumpulan2 kegilaan remaja..baru betul2 tranfomasi. ishh..bila lah berlaku..?? kesian remaja kita.

~terus boikot barangan Yahudi!!

sesuka ati

"tengok muslimat tu...aktif..sebijik macam hyperactif..senyum sana sini..semua orang dia sapa.."

"sepatutnya muslimat ni, kena jaga ikhtilat...sejak tadi..ana nampak senyum..ana taulah sikap enti ni peramah..kita kena lemah lembut..jaga sikit..enti bukannya muslimin..semua orang enti nak senyum..."

Seorang lelaki menegur. Lembut dalam tegas. Terkebil-kebil dan tersipu malu si muslimat. Rona mukanya semakin merah. Hatinya sakit. Jiwanya tidak senang.

Dia tidak lagi boleh menggunakan bahasa hariannya di rumah dan bahasa orang sekelilingnya setiap harinya.

"ahhh..aku apa peduli..."

"suka akulah...sebok jak"


"wei...ko jangan nak cari nahas.."


"hampeh ko!!!.."


"ada..ada aku kisah..".


Semua ini hilang. Dia semakin keliru. Disekelilingnya adalah manusia yang biasa menggunakan bahasa sebegitu. Namun, apabila dia ke 'kelompok' sana. Dia harus BERLEMAH LEMBUT, SERIUS, malah lebih banyak diam. Dia bingung dengan dunia barunya. Teman-teman lamanya mula menjauhkan diri. Ayat-ayat lamanya sudah hampir terhapus. Dia terasing dalam dunianya. kepetahannya semakin tenggelam. Dia tidak lagi berminat dengan dunia lamanya. Dia kalut berdepan dengan teman lamanya. Bahasany tidak sama. Dia mula kehilangan kata untuk berbicara dengan orang luar'.

Lalu dia merintih..

"perlukah saya menjauhkan diri dengan kawan-kawan saya...saya sunyi tanpa kawan....". Dia merintih pada seorang 'kakak'.

"dik...inilah dugaan dalam perjuangan...setakat kawan lari...apalah sangat dugaan itu...lihat bagaimana Rasulullah dahulu...keluarga baginda sendiri yang memulaunya...".

Terlalu panjang lebar 'kakak' itu menerangkan. Dia menjadi malu. Terbayang bagaimana situasinya sendiri di rumah. Mujur ibu ayahnya masih memahami. Namun, sanak saudaranya?...semua takut dan segan mendekati. Ataupun dia tidak lagi berani untuk 'berbicara' seperti dulu.


...................................

Mujur ada teman bernama Iman.

"kenapa perlu kau menjauhi mereka...itulah mad'u mu...kau tahu...kau mesti berubah ke arah yang lebih baik...tapi apa perlu kau menjauhi mereka...sepatutnya merekalah yang menerima tempias dakwahmu......"

"jadilah seperti dahulu...tapi bukan bermakna hilang nilai-nilai muslimah yang WAJIB kau pelihara....kau dan 'mereka' tidak sama...kau tetap kau...kemana pun kau pergi kau tetap membawa sikap yang mu yang dulu...tetapi tugas dakwahmu bukan boleh berhenti...."

"coz...Allah will ask...what U doing when U youth...". Iman berlalu dalam senyum. Meninggalkan sebaris bahasa Inggeris yang berterabur.

27 October 2009

asalnya dari tulang rusuk kiri yang bengkok

Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)

................................................................................................

Pagi-pagi lagi,
tidur terganggu dengan siulan.
Si telefon tangan.

Melihat situasi demam peperiksaan yang baru bermula.
Dia seoalah-olah tidak reti bahasa.

Selepas beberapa ketika.
Pointnya mula masuk.
"bagaimana ni...umur saya telah di ambang danger..tapi.."

"belum ada calon...?..atau.."

"err..sebenarnya...".

Dia bercerita lebih lama dari tempoh Subuh yang ada.

"entahlah...katanya dia serius dengan saya...saya pun nampak keseriusannya ..cuma.."

Berada dikedudukan orang ketiga bukan situasi yang selamat.
Mungkin jika calon itu bertemu dengan yang lebih jelita. Kedudukan akan berkecamuk lagi.
Mungkin bukan esok. Tapi hari-hari yang mendatang.

"jadi...apakah yang perlu saya buat...?".
Suaranya lirih.


Ini bukan masalah remaja kuat berprogram.
Atau remaja yang berjiwa Ruhul Jadid.
Yang hidupnya diselubungi tarbiyyah jemaah.
Dia wanita yang menghampiri usia 30.
Selayaknya usia ini, dia sudah berkeluarga.
Sungguh. Diri diajak resah dengan persoalannya yang betul buntu.


Tidak hairanlah Waheedah mencipta perkahwinan kontroversi.
Itu jauh lebih mulia (?), dari terus memilih status 'single'.
Kredit untuk Kak Wawa yang manis itu.

.........................................

"soalnya...dia bukan sahaja ada calon lain...tapi perbezaan agama itu..."

Ah.. Kekurangan pengalaman dan ilmu diri bukannya dapat membantu dia.

"itulah yang saya runsingkan...dia Kristian...".
Dia mengeluh.

"tiadakah calon yang lain...?".

Dia diam. Mungkin berfikir.

"ada jak...tetapi tidak nampak keseriusannya...".
Ya. Inilah dilemanya. Mahu tetapi tidak serius. Lebih suka tanpa apa-apa ikatan. Bagaimana mahu menilai tahap kesungguhan lelaki?. Usianya bertambah. Tidak menjadi masalah. Untuk wanita. Makin bertambah usia, bertambah juga risaunya. Nilai kesuburan juga akan berkurang, berkemungkinan besar makin berisiko pula untuk melahirkan zuriat.


"soal agama mungkin boleh dibimbing...yang penting dia bersedia menjadi ketua dan pemimpin..."
Diri makin kalut bersama. Berat persoalan pempimpin dalam keluarga. Selayaknya dilemparkan kepada PAKAR. Atau golongan yang 'lebih dulu makan garam'.


"...bukankah redha Allah itu yang penting.."

Sesiapa yang membuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka

sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati

ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t."

(Riwayat Bukhari).






"...cuba solat Istiharah...memohon petunjuk yang terbaik...".
Itu penutup. Rasanya kurang membantu untuknya.Sekurang-kurangnya mengingatkan dia dan diri, bahawa. Ada kuasa ghaib yang lebih tahu soal begini.

Bukankah dicipta wanita untuk menyerikan dunia.


...........................................................................................

Abdullah bin Masud pernah mengucapkan: “Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang.






.....................................

nota I:
-rumahku syurgaku

26 October 2009

belajar dari buah-buahan

Ada

ada orang
belajar di institut pengajian tinggi,
belajar di bilik berhawa dingin.
mendengar pensyarah bersyarah.

ada juga yang belajar di sekolah,
sekolah batu, atau kayu,
mendengar cigu mengajar di depan kelas,

ada juga belajar di pondok,
ada di rumah tok guru,
ada bawah pokok,

ada di mana-mana,
menuntut dari orang berilmu.

sudah maju,
tidak lagi macam dulu-dulu,
belajar sambil menengok-nengok,
lepas tulis terus padam,
sebab pakai kalam batu,


by papai


ada kelapa,
dimana-mana saja,
di tepi rumah,
belakang rumah,
di kebun kelapa,

belajar dari kelapa,
masa muda sedap diminumm,
makin tua,
makin banyak santan,
tempurung dibuat timba atau perhiasan,
daunya dibuat penyapu,
batangnya dibuat titi,
pelepahnya dibuat bakar,
jarang dibuang begitu saja.


by papai



ada buah macam pelik,
pertama nampak, macam telur ular,
rupanya buah salak,
pokoknya berduri,
berhati-hati semasa mengambilnya,
isinya manis,
khasiatnya banyak,
hanya baka yang baik menghasilkan buah salak yang baik,
binatang buas pun segan memetik.



...........................................................................
nota I:
-selamat belajar

23 October 2009

al-kisah

cerita ini dipinjam dari cerita seorang Dr. Kemudian di ubah suai sedikit.

Kisanhnya mengenai ITIK dan AYAM.

Mereka berdua, sedang bersekolah. Sekolahnya sangatlah terbaik diantara sekolah yang ada.

Al kisahnya mereka adalaha hewan yang baru bersekolah di sekolah itu.
Kedua ibu bapa hewan terbabit sangat bergembira apabila anak mereka bersekolah di situ.

Setiap hari, kecuali hari cuti mereka akan ke sekolah.
Dan setiap hari bertambahlah ilmu mereka.

Ibu si ITIK merasa takjub. Apabila si ITIK semaki laju berjalan dan melangkah. Bertambahlah keyakinan mereka terhadap sistem sekolah itu. Yang mampu merubah keturunan ITIK, daripada berjalan terkedek-kedek, kepada berjalan laju.

Manakala,
Ibu si AYAM, juga merasa gumbira. Anaknya si AYAM, sudah tidak takut air lagi. Malah AYAM semakin ligat berenang di kolam. Sedangkan, AYAM bukanlah binatang yang tahu berenang. Memang semua tahu, kelemahan AYAM ini.


.............................................................................


Suatu hari. si ITIK dan si AYAM. Mula tidak mahu ke sekolah.
Ibu kedua hewan itu merasa hairan.
Kebiasaanya, di waku pagi, mereka berdua sangatlah aktif untuk bangun.

"malaslah bu...kaki saya dah dipenuhi lebam dan luka...saya dah tidak larat untuk ke sekolah...". Si ITIK mengadu sambil menitiskan air mata.

Ibu si ITIK membelek kaki anaknya. Ya. Lebam dan dipenuhi dengan bekas-bekas luka. Malah ada yang masih terluka.

Manakala,
si AYAM pula,

"bu...AYAM dah tak larat...". AYAM berkata terputus-putus kerana asyik dengan bersin. Hidungnya sering dipenuhi mukus dan matanya semakin merah.

Ibu si AYAM memegang badan anaknya. Panas.



.......................................
kedua-dua ibu haiwan tersebut pun berbincang.

"apa kata kita tanya depa berdua...if ada something yang berlaku kat sekolah depa...". Ibu si ITIK membuat konklusi perbincangan rahsia mereka berdua. Percampuran loghat perak dan sedikit bahasa Inggeris digunakan untuk menggambarkan mereka adalah bukan haiwan sembarangan.

"betul tu...agak-agaknya mesti ada sesuatu yang berlaku...". Ibu si AYAM bersetuju.



.........................................................................

"tak tahan bu...tiap-tiap pagi..kena lari keliling padang...kalau catatan masa lambat, kena buat lagi...."

"...semua haiwan kutuk saya jalan lambat bu....tak tahan...saya pun berusaha untuk jalan laju...tetapi saya....."

Si ITIK bercerita sambil menangis teresak-esak.



...........................................

"....bagai nak gilak bu....setiap pagi saya kena berenang...dulu saya hampir lemas dibuatnya......"

"...kalau saya malas untuk berenang....class mate saya cadang nak pulau saya...macam kucing...mangkarung...semuanya pakat nak pulau saya kalau tak pandai berenang........"

AYAM pun bercerita sambil memicit-micit hidungnya yang asyik berair dan sayapnya yang semakin kekurangan bulu.



.......................................

Setelah mendengar cerita itu, kedua ibu haiwan terbabit pun setuju untuk memindahkan anak mereka dari sekolah itu.


sekian...




.....................
nota I:
-ada kalanya, kita sibuk memperbaiki kelemahan kita sehingga terlupa ada kelebihan yang perlu dipertingkatkan.
-sama-samalah kita mempertingkatkan kelebihan yang ada.

16 October 2009

macam-macam




ini kucing jantan





Hari ini Jumaat.
hari ini pening. Tido indak cukup. Cari jurnal untuk kerja-kerja..lala..kerja.

Kemudian,
tiba-tiba ada orang buat ganguan.
Tanya macam-macam.

Sampai otak jadi macam-macam.
ayat pun macam-macam.
macam-macam sajja jadinya.

Kesian orang itu. ditermacam-macamkan.
Lain kali kena ada skil macam-macam supaya kita hebat macam-macam.



gambar hias-hias

Ada orang suka dengar lagu Jepun.

Mungkin suka makan sushi.
Mungkin juga suka macam-macam lagu.
Lagu memang pun macam-macam.
Ada yang lentok dan leleh.
Ada yang hampeh dan hancuss.

Ada macam-macam.

Macam-macam lagu buat kita fikir macam-macam.


anak orang asli yang asli

Ada yang fikir pasal orang lain,
Ada yang fikir pasal cinta lama,

ada yang fikir pasal keindahan dunia.

Macam-macam inilah buat kita makin sayang dengan Pencipta Kita.Allah yang Maha Esa.




Semalam, ada orang jemput datang. Suruh datang makan-makan macam-macam.
Makan nasi dengan tomyam BB. Sangat sedap. Juga ada kuih raya. Kerang rebus. Sup daging.

Tapi sebab mulut budak seorang itu macam mahu kena libas.
Jadi macam-macam tadi tidak menarik semangat makan.
Macam-macam sahaja mulut manusia.
Ada yang suka cakap yang kotor.

Suka cakap lawak-lawak.
Suka main-main cakap.

Suka cakap dan buat macam-macam gaya.

Lepas itu terus minta diri. Dalam kepala fikir macam-macam.

Sambil naik bas. Allah bagi sedar.

Ciptaanya memang macam-macam.
Kalau kita hanya sejenis, tidak macam-macam.
Macam ada yang kurang.






Dalam macam-macam. Allah sudah letak garis panduan dan peringatan yang bermacam-macam

" wa ma khalaqtul jinna wal insa illa liya'budun "
“Dan tidak aku ciptakan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku” (Ad-Dhariyat:56)


“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah manusia sejagat” (Ali Imran : 110)


Supaya kita lebih sedar. Lebih bersyukur dalam menilai. So, kita harus ada skill yang macam-macam untuk menarik manusia yang bermacam-macam perangai agar bermanfaat kepada umat Islam yang lain.



...................
nota I:
macam = seperti
Macam-macam = Pelbagai

~hari ini pembentangan 'Kepelbagaian' dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim (moga ada manfaat)


11 September 2009

tulis-tulis

Aku duduk di tepi batu besar.
Memerhatikan sawah di kawasan gunung.
Keadaan para petani membina aliran air.
Suasana sawah menghijau.

'sayang..kamera kehabisan rol'.

Angin petang memang sepoi.
Gigi yang ngilu, bertambah umphnya.
Sakit.

Seorang budak lelaki bertanya.Uppi.

"apa dipugau' tu'(buat apa tu?)?".

Tidak berjawab. Ngilu terlampau.
Namun memberi senyuman.

Uppi cepat-cepat berlalu.
Mungkin mengejar 'sahabat-sahabatnya' yang bermain panjat-panjat busut.
Ada 4 orang kanak-kanak.
Seorang perempuan. 3 lelaki.
Berumur 3 hingga 5 tahun.
Terlalu riang.
Ketawa berdekah-dekah walau berkali jatuh terguling-guling.

Ah. Sakit lagi.
'ajak suaramu beristighfar sayang'.
Aku berjiwang dengan diri sendiri.

"Astagfirhalazim. Lailahaillaullah. Allah.". Sedikit sengau fon yang meletus.

Sakit sekali!.
zikir diulang. Membentuk satu nada yang memujuk.


.
betul-betul gambar hiasan (by; maje)


"wei...ingatkan siapa tu?"
. Acci. Sepupuku menjerit. Dia baru balik dari bermain bola tampar. Permainan harian orang-orang dikampung ini. Berseluar hawai paras lutut.

Senyum. Acci mendekat.
"ingatkan cowok ya...?". Cis!

Menggeleng.
"ingat mati Acci...kapan-kapan kita akan mati".
Acci diam. Dia bergegas naik ke rumah.

.................................................................
Sakit sudah reda. "eh...anak manis...koknya sedang mikirin...?(sedang berfikir?)". Paman Ali. Bapa kepada Acci.
Dia mendekat dan duduk disebelah.

Aku senyum. Paman juga senyum. Cantik dan putih susunan giginya.

"mikirin apa tu anak manis?". Paman melunjurkan kaki.

"tiada apa paman...saja layan blues". Sengih.

betul-betul gambar hiasan (by; maje)


Aku memerhatikan kaki paman. Kaki kirinya sudah pendek. Dipotong hingga ke lutut ketika tercedera.

Kami bercerita. Bercerita mengenai kerjayanya. Seorang usahawan.

Aku cuba bertanya mengenai kakinya. Segan mematikan mukaddimah soalanku.

'kenapa dia tidak memakai kaki palsu?'.

Hanya bertongkat.

.......................................................................

Dia bertanya mengenai kehidupanku. Pengajianku.

"kira-kira...mahu sambung lagi kuliahnya selepas ini...?". Paman bertanya sambil mengurut kepala lutut kirinya.

Aku mengangguk.

"asal paman mahu biayai ongkosnya...". Ini guruanku. Paman ini baru ku kenal 2 hari yang lalu semasa menatang segelas besar air bandung di pasar Pare-Pare. Sambil melantak semangkuk coto makassar.
Ketika itu mereka sekeluarga melawat Acci di UNHAS. Sebelum singgah bercuti di kampung ini. Kampung dipergunungan.

"iya??...bisa aja...asal mahu belajar.". Pamanku tersengih-sengih.

"kok mahu kemana?...ke Amerika..ke Australia...atau mahu ke Jepang (jepun)..?". Aku agak ini hanya omong kosong pamanku.
"kok...insyaAllah betul kepingin mahu ke negara matahari terbit itu...".
Aku menjawab sambil tersengih-sengih. Gila. Aku bercakap dengan orang lebih berusia bukan kawan-kawan.
"iya...?insyaAllah bisa aja...selesai pengajiannya trus telpon aja...paman berjanji...".

Terkesima.

...............................................

Matahari semakin tenggelam.

"paman...saya bergurau sahaja..".

Paman senyum.

"iya..paman berjanji mahu membantu...ibumu itu adik paman...". Paman membetulkan kedudukan. Bersedia untuk berdiri.

"sebentar lagi kita akan berbuka...". Aku bingkas bangun. Dia angguk.

"nanti kita ke masjid...solat Tarawih...mana tahu Lailatulqadar malam ini..". Aku cuba membantu paman berdiri. Dia menolak.

"paman baru ingin mencoba terawih..". Dia sudah berdiri.

"maksud paman...?"

"selama ini..paman tidak berkesempatan...hatta solat harian pun kadang tertinggal".

Aku tahu. Paman berjaya dalam kerjaya. Cuma belum berjaya dalam bab ketuhanan.
Ish. Inilah masanya aku harus menegur.
"paman tahu....Allah sangat suka orang kaya yang baik hati dan rajin beribadat..". Kerongkong kosong berhenti sekejap.

"...berbanding seperti saya yang miskin, walaupun rajin beribadat...".

Pamanku memandangku dengan senyuman.

"kok gitu...Allah suka hambaNya yang rajin beribadat..?"

"iya...tapi Allah lagi suka hambaNya yang hartawan dan beriman kepadaNya..".


...................................................................................




Kami senyum melangkah serentak.












..............................................
nota I;
tulisan ini cuba memberikan wataknya betul. Jalan ceritanya hanya pandangan peribadi

Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...