31 December 2013

Felixia Yeap bertudung

aku tak kenal pun dia.
tapi dari blog beliau, aku nampak beliau memang suka expose diri dan berani.
sudah namanya model kan.

dan akhirnya dia memilih untuk bertudung kerana rasa 'selamat'.
bermakna dia telah merasakans sesuatu sangat.
ya sesuatu la.
macam akulah kan..tidak pernah naik Menara Tokyo.
tetiba aku boleh naik. tentulah rasa sesuatu.begitulah kot perasaan dia.

dan aku yakinlah yang marah-marah sebab dia masih still bergelumang dengan dunia modelling. perlulah kan bersabar.
Jika dia boleh bersabar dengan keegoan 'minat modeling' dengan memilih bertudung,
kenapa nak push sangat lah kan.
ko dah biasa makan 4 pinggan, orang push suruh makan setengah pinggan. mesti akan rasa 'woi agak-agaklah'.
tapi kalau yang push dengan nasihat yang hormat.mesti hati akan terasa terhormat untuk memikirkan tentang nasihat orang.

apapun, tahniah kepada pengetuk hidayah itu.Semoga kita yang Islam makin berbangga dengan agama kita.Dan yang bukan Islam akan lebih mengkaji untuk memasuki agama Islam.aminnn

melukislah anak-anak

sekolah rendah dulu, kita banyak melukis..melukis.

sebenarnya melukis lebih membina kreativiti, motor skill, dan memadankan. Kemahiran menaakul sedang dibina dan dibangunkan

kalau guru-guru banyak ajar mewarna. dan tujuan dia membina kreativiti.itu sesuatu yang tidka tepat.

sejak umur setahun lebih, sudah gatal tangan mau menconteng.mau menulis melukis segala macam yang menyesakkan mata mak bapa yang sukakan kebersihan.


It is unfortunate that the very word "scribble" has
negative connotations for adults.
- Viktor Lowenfeld


30 December 2013

Wafa Najla 3 bulan++


Wafa sudah boleh respon klo umy borak dengan dia.
suka pegang tangan dan main tangan dia. Kalau ada sarung tangan, pandai dia cabut yaa




cara Wafa main tangan dia

serius ya..

amboi umy, banyak ambil gambar

terganggu fokus saya ni umu weii..

sudah..sudah lah baaaa..(sambil goyang kaki dan tangan)

aaah..buat ndak perasang jaklah

27 December 2013

masih perbincangan draf pon

bismillah.

mungkin apabila sudah punya anak, aku harus banyak mengorbankan waktu tidur untuk kerja-kerja yang memerlukan fokus.

nah..buktinya sudah banyak kali aku terpaksa melawan perasaan mataku dengan menyoronokkan dan memikirkan yang baik-baik terhadap kajian kecilku ini.

seperti biasa, Wafa bersamaku terkebil-kebil sambil fokus menikmati hidangan.
dan aku bajet super,menaip 1 tangan.
hakikatnya, aku mengerti maksud, perngorban.
dan janganlah ada yang terkorban.aminn

Wafa siap ku tidurkan seorangan.
seperti biasa, Fath akan merengek lebih-lebihan bila bersama abi.Hamboii abam..

"Allah, mohon ikhlaskan hatiku.aminnn"

besok aku ingin ketemu lagi dengan Prof Dato' Dr. Moga ada benih bahagia dan curahan smart.aminn.


sollek

mula, shuttle, lepas tu buang guna raket, raket sangku, guna selipar, selipar sangkut..akhirnya goyang pokok, jatuh semua..(kemahiran berfikir perlu selalu diguna)



video
Fath dan Wafa

26 December 2013

kerjaku dulu

2007
aku habis stpm.
duduk rumah sekejap.
mamaku suruh kerja.
dia gitau ada kedai tu cari pekerja.
gaji ok juga.

aku memang berniat mau kerja.tapi masa tu ndak terfikir pun mau cari duit.

tapi mamaku selalu ulang;
"siapa mau bagi duit .dua ringgit pun"

wa.
tambahnya;
"sekurang-kurangnya ada duit untuk beli ini beli tiu yang kau mau".

akupun mintlah mamaku pigi risik kerja tu, tambang disediakan kah,ada makankah.
masa tu mamakukerjanya masih jual sayur.betapa mongonya aku.Sampai cari duit sendiri pun macam lagsung ndak terfikir.

balik dari menjual.mamaku gitau lengkap.katanya kalau setuju besokpun boleh pi kerja sudah.

gaji dalam RM280. makan free.Tambang free.Tambang RM1 jak pun pergi balik.Masa tu lah.sekarang ni. ndak jumpa sudah tambang serendah itu!

akupun memulakan kerja. Kedai runcit kecil jak pun. Milik seorang india Muslim. Ndak sempat aku bertanya siapa bosku tu.

yang aku ingat-ingat, masa solat, aku kena jaan kaki ke masjid.jauh jugalah.
sebenarnya boleh jak solat dibilik bos tu.bilik tu rasanya dia share dengan kawan.Tapi aiii seram aku nak pijak bilik orang.lagi lelaki kan.

aku kerja seminggu jak kot.

walaupun makan boleh mabil dekat kedai tu.atau makan yang dia masak.atau beli dekat kedai sebelah.kedai tu dekat dengan sekolahku kan.jadi banyaklah disitu penjual makanan.

aku makan beli jak kot.pagi tengahari.

tapi aku ambil keputusan berhenti;
1.sebab utamanya, kedai tu jual rokok batang-batang dekat pelajar sekolah aku dulu.choiii. aku macam rasa berdosa yang amat.

2. penat juga ulang alik gi masjid untuk solat

3.bau kedai tu.biasalah kan bangsa India ni, diorang ada macam apa ntah namanya tu yang dibakar.kemenyankah apa ntah. tiap hari aku ciumlah bau tu.takkan aku pakai mask pulak.

4.kawan-kawanku dapat kerja yang bagus-bagus.diorang ndak terfikir pun mau ajak aku.time tu rasa macam"aku ni siapalah". terasa hati juga. tapi aku terasa sekejap hari jak.lepas tu cool balik. ceh

4.aku malau sikitlah, terutama dekat budak-budak yang kenal aku.macam rasa hinanya diri.Vongoknya la juga

aku takut gitau mamaku.tapi aku cepat-cepat cari kerja lain yang jauh, iaitu di Tawau. Aku memang mau lari kononlah.biarlah tiada siapa yang tau.
sampai sana, kerja yang baik-baik, menurut anak sepupuku telah diisi orang.aku lambat!

jadi aku cari kerja lain lah.
kata anak sepupuku yang lebih tua dari aku."kau ada ic senang cari kerja!".

penat ya cari kerja. ada siap interview. Kerja Singer la. ni aku mau sudah. sekali tengok rakan sekerja banyak bangsa lelaki yang macam tidak pernah tengok perempuan.aku batalkan niat.
cari lah kerja macam pengemis juga ya mencari kerja ni.

terjumpalah kerja di sebuah butik.jadi budak milo.gaji RM230 yaa..kerja 6 hari, ahad separuh hari.

20 December 2013

jumaat ini

kalau belaja
r ada 14 minggu sesi perkuliahan.
semasa belajar juga dalam tempoh itu kita perlu mengambil beberapa subjek yang dibawa sepanjang satu semester itu.

saya bukan nak cerita pun pasal tu.
saya nak gitau kepada seluruh alam, bahawa saya dah melangkah kaki ke arah penyiapan disertasi saya!

huh..aku dah masuk minggu 15 baru jumpa prof untuk bentang proposal.wow..


gambar ini diambil semasa umy sibuk edit tambah proposal.thank anak's!

doa Jumaat

Aku doakan Prof Dato Dr sedia meluangkan masa paling tidak 15 minit nanti untuk aku bentang proposal ini.aminnnn

18 December 2013

itu yang sunyi

dia tiada teman,
selama ini dia berperasaan dia punya segala untuk menarik ramai teman,
atau dia bersangka dia tidak perlukan teman..

harinya sunyi dan sendiri
berjalan dengan hanya ditemani bunyi tapak kasut,
atau kadang kala hanya titis hujan penemannya,
itulah kehidupannya,

malamnya berteman kotak kosong yang bersuara,
kadangnya sengaja menidurkan diri dicelah-celah lambakan buku,
supaya terasa hidupnya berteman.

tapi sunyi tetap datang,
dia memilih untuk menerima kesanya sikapnya dengan besunyi-sunyian,
walaupun dia tahu sunyi itu sendiri,
sendiri itu menakutkan,

ramai rakan-rakan membuat status agar yang sunyi mencari Tuhan,
tetapi dia percaya mereka juga sebenarnya sepertinya,sunyi dan sepi.
dia mendakap buku dan cuba ketawa,
tetapi arhh..dia masih sendiri.walaupun sunyi sudah mengurang.

lalu dia bertemu pemilik jiwanya yang sunyi,
dia cuma ingin bertemu, tiada niat untuk menghilangkan sunyi apatah lagi lari dari menyendiri..
tetapi yang ditemuinya bahagia dan mendamaikan.
dia menjadi gembira didalam segan.
rupanya dia tidak perlu berasa sendiri,
kerana setiap masa Tuhan bersamanya,
Mungkar dan Nakir menemannya.

"ketika tiada bahu,dada,pelukan untuk disandarkan, masih ada bumi untuk bersujud"

13 December 2013

ehsan

entah.aku harap orang yang baca blog ni kan tau erti EHSAN.iaitu merasa Allah sedang melihat. Macam aku ni la menaip..aku mesti yakin yang Allah sedang melihat .Dan dua malaikat itu pula sedang mencatat apa yang aku buat.

itu point yang selalu kan manusia lupa. atau malas nak layan.

sama ada sebab selama ini hidupnya kurang diberi penekanan makna hdiup bertuhan. atau selama ini asyik kena paksa buat sesuatu.(apa ntah makna ini) 

ok.
aku teringat seorang kawan. o
kawan aku ni kategori baik. cantik pun ada.
malah paling teror diminati ramai.titik.

aku malaslah nak bongkar keburukan. itu its normal untuk setiap manusia.
cer ko gi tanya orang yang selalu ko borak. 1 minit dia boleh keluarkan bertimbun keburukan ko.

hihi.

kawan aku ni kategori bangsa dijaga dengan baik.
mak bapa baik-baik.
maka anaknya dijaga dengan baik juga.
hatta mau pakai seluar panjang pun dilarang.wow. pakai kain dan skirt saja yang boleh. Ndak pun jubah, atau dress.ini aku yang tambah-tambah.

kawan aku ni kan ramai peminat. dan kebetulan jaman itu, orang punyai telefon tangan masih boleh kira dengan jumlah gigi geraham saja.
jadi, dia ni kiranya antara gigi geraham itu la.

biasa la.ada telefon mesti ada kredit kan.
dia punya semua itu.

tetapi amat dukacita, bila dia pun jenis suka berkawan dengan bangsa lelaki.
bagi orang kebanyakan,  itu dikira normal. 
ada juga yang berwasangka itu its gediks.
tapi bagi aku dia adalah wanita yang normal.erkk
.
semua nama dalam list telefon itu adalah jenama-jenama wanita.
HAKIKATnya..bukan.
kerana ibu bapanya tidak mengizinkan anaknya berkawan dengan lelaki, itulah sebabnya.

bagaimana hidupnya sekarang?
dia tetap wanita normal. Ingin disayangi. ingin berfesyen. ingin menjadi cantik.
dan sekarang dia pun telah punya lelaki yang bergelar suami.

pengajaran. Jangan ajar anak takut buat salah. tapi ajarkanlah kenapa salah itu perlu ditakuti.erk..

10 December 2013

aku yang dulu

malam sudah larut kan.
baru habis meratap semua ikan-ikan sungai yang di goreng. enak biasa saja rasanya.

mereka kembali meneruskan rutin. duduk sambil bercerita.

kami anak perempuan. mengemas gelas dan piring-piring plastik.
tidak terus mencucinya.kerana air tinggal sedikit.cukup-cukup untuk hajat malam.
esok pagi akan menjunjung bawa ke sungai yang cetek.

aku rasa untung jadi lelaki.siang berkerja. makan semasa masanya.
tunggu anak perempuan membawa makanan dan minuman.
bekasnya cuma besen dan jug.

jeles aku dengan jiran sebelah.ibunya siap kunjungi dengan bekas yang menyelerakan nafsu makan.

tapi itulah kehidupan.kau gembira atau derita tanggung sendiri.

aku jadi bebal untuk faham.

patutlah banyak kisah kanak-kanak ku hanya muncul bila aku terlihat sesuatu.

oo aku tidak berdendam.cuma aku harapkan selepas ini kehidupan anak-anakku tidak seperti aku.

04 December 2013

perkembangan

Fath
1. Marah buang barang, tolak, kata tak nak smabil geleng pala
2. suka guling adik, buai adik, pegang kai adik, amik stokin adik dan pakai
3. pandai sebut roti, kuih
4. pandaidah ambik barang makanan dekat meja
5. pantang tengok terus boleh tiru.cth :sakinah main badminton.dia jumpa rajet dengan shutle terus bajet main
6.main di badan adik, main keta, mai
7. geli tengok isngus adik, lap kasaq
8. boleh dah diberuskan giginya tanpa mengamauk.harap dia gsosok sendiri.banyak makan ubat gigi adala
9.jarang sudah volenteer buang pampers adik.dah tidak guna pampers kot sebabnya
10.tetikus memang pandai guna.
11. suka tengok mengaji,azan
12. orang azan, dia tau dan sebut "aa-jan"
13. ada perkataan 'kan'. contoh 'ini bah kan"-ini bas kan.sambil tunjuk bas mainan dia
14.pandai panggil orang contoh dia main, abi duduk tempat lain. panggil dan tarik tangan abi.lepas suruh 'duk duk'-duduk. kadang juga umy siap masak.panggil Fath makan.Fath panggil abi juga.
15. suka korek-korek gabus
16.ambik apa-apa kain buat sejadah
17.bangun tidur, kalau bad mood tengok adik terus senyum

WAFA
1. dah cucuk 2 bulan
2.2 bulan++ berat 3.8. Mungkin sebab baru selesai minum susu sebelum tu
3.pandai respon bila kita berborak
4. pandai senyum
5. dah ada suara.."heii" 'aih"
6. pakai cd juga
7.nurse tu kata masa cucuk 2 bulan .muka cam boy

memupuk semangat kejiranan

tadi saya mengeluh.
saya bercerita tentang ketiadaan semangat kejiranan di sekeliling.
faktor utamanya, ialah kerana kita dah tidak merasakan kebergantungan kepada jiran.
lalu saya memetik kata UHAJ.
"dahulu orang makan ubi kayu..jadi bila disebut tentang syurga..mereka akan terbayang makanan yang enak-enak..."
"..tetapi..sekarang ini kebanyakan kita dah rasa makanan yang enak-enak, hidup yang baik-baik..pendek kata nikmat syurga dunia la..so apa lagi yang mendorong untuk kita merasai syurga kekal abadi itu?".

zauji menyambung, mungkin faktor semua sibuk kerja.
iya. mungkinlah juga

mungkin dahulu. asyik kita ke rumah jiran sebelah minta serai.pinjam cangkul.pinjam besen besar.
tetapi sekarang kita dah memiliki segalanya.lalu kita tidak rasa mahu berjiranan."aku tangan kanan, jiran tangan kiri, cubit tangan kanan, tangan kiri sakit".

lalu kami bercadang-cadang untuk:
1. keluar bersiar-siar bersama dua anak kami- zauji kadang buat.saya saja ni.sejak bersambung-sambung tugasan menjaga Fath, dengan alahan mengandungkan Wafa.ditambah dengan jumlah rumah jiran yang makin banyak pula, menambahkan suburkan rasa segan silu.
2. mahu membuat makan-makan.jemput semua jiran-jiran.
3. kena rajin ke masjid/majlis ilmu - cadangan dalam otak

01 December 2013

janji Sang S

manifesto yaaaa

meja baru

hari ini zauji beli meja baru.

baruuu.

hai hai

untuk letak komputer.
beli CPU juga dengan harga 1K++.

kelmarin, kereta kena batu. Lalu cermin pecah.Sedikit jaklah.
lalu kami balik dan terpaksalah keluar RM150 untuk gam bahagian yang terpecah itu.
garisan jakpun..rasanya tidak sampai dua jengkal pung!.

how duit boleh terbang bagaikan dedaun berguguran...

oh duit adalah penting.
marilah kita bersyukur dengan nikmat yang mampu kita rasa, walaupun tanpa mengeluarkan duit.


MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...