12 March 2010

Semasa otak sedang serabut.
Dengan pertindihan kerja yang perlu diselesaikan.

BUzzz.Buzz.
Entah berapa juta kali makhluk asing itu membunyikan Buzznya.

Qi seperti dibawah arus sedar.
Dia pantas menaip bahasa-bahasa jahat pada YMnya.

"ya sengal...kenapa?..apa boleh dibantu..?".

Dia menaip sambil otak dan mindanya hilang dicelah-celah buku-buku yang bersepah-sepah di meja kecil itu.

Hilang sekejap serabut yang bertaut.

"U Qi kan...?".

Tanpa salam. Makhluk itu terus aktif bertanya.

Qi seperti tadi.
Terus menaip ayat-ayat jahatnya.

...................................................................................

"Qi...tidak lama lagi saya akan pulang..saya tahu tanah air merindui saya...hahaha.."

"perasanlah Lu, Lu yang rindukan tanah air...jangan nak tuduh-tuduh tanah air rindukan Lu pulak..".


"Qi...sebok ek skang ni...status YM pun nampak begitu..".

Qi tergelak kecil. Betulkah ini King?. Dia masih kurang yakin.

"..It's King?".

"Yup..its me..".


.............................................................


Semasa dia sedang enak menjamu mata dengan sign language lecture yang lancar berbicara dihadapan.
Dia seperti diserang angau.
Kata-kata King meracuni mindanya.
Tumpuannya lari dari kelas sederhana besar itu.


"saya sibuk...sibuk berfikir, betulkah langkah yang saya ambil, betulkah saya suka cara ini, jalan ini,...bla..bla".

"Qi..U tahu siapa menunggu mu di kampung...siapa yang selalu berdoa untuk U..yang selalu bersedia dengan segala permintaan U...".

Qi bukan lupa semua itu. Itulah pembakar semangatnya. Pembakar malasnya. Pembakar geramnya. Pembakar amarahnya.


"..Maaf Qi, ayat ini juga untuk I, ketika I tidak rasa bahagianya berada di bumi ini...I cuma nak berkongsi dengan U Qi.. U kan wanita besi..".

"hahah...bila masa saya ni jadi besi?".

Qi masih dengan cerita semalam. Walau rakan-rakannya sedang bersiap untuk keluar. Sign Language Lecture itu sudah tamat. Dia hampir lupa dia dimana.

"Qi...biasanya kamu yang kalam kabut keluar..".

Ex menegur. Sambil tersengih-sengih. Inilah rakan sekelasnya yang rajin bertegur sapa dengannya. Rakan lain, Qi tiada kuasa untuk menghukum. Dia yang banyak menjauhkan diri.

"Qi...petang ni...jom ke Pesta Buku kat PWTC...". Ex masih berdiri ditepi kerusinya.

"jom...ko pi pagi..aku pi petang". Qi terus bangkit. Sebelum keluar, dia sempat menunjukkan Thumbs! kepada Ex yang seperti kebingungan.

Teringat pesta buku.
Ah. Koceknya sudah kering kontang.
Makannya pun hanya angin+ air.

Kakinya pantas, mengejar bas-bas untuk cepat sampai ke markasnya.

"Qi..ko tak nak pi kah...".

Ex menjerit dibelakang. Dia sudah disisi motornya.
Memegang helmet sambil menjerit.

"..kocek kering bro...ko tolong beli buku pasal Emosi keluaran mana-mana IPTA...ok?".

Qi juga separa menjerit.

Ex sudah berhelmet.

.............................................................................................


Qi mengatur langkah lambat di cafe.
Menunggu-nunggu penjual air itu membungkus teh ais dan fresh orange yang dipesannya.

"Qi...!".
Pantas Qi menoleh. Ex sedang menjamu selera di cafe itu.

"sini sat..". Ex memanggil. Beberapa mata mula memandang aneh padanya.

Qi menunjukkan singn tunggu.



......................................................

"ni buku Emosi manusia...". Ex mengeluarkan dari begnya.

"berapa Ex?" Qi sudah risau. Koceknya langsung tidak berisi apa-apa nilai wang.

"ko nak..aku beli...".

"Tapi, berapa Ex..?".

Ex terus dengan menadah tangan berdoa..makan dan membiarkan Qi seperti patung memadangnya.

Ahh. Mana nak cari duit ni.

"aku ikhlas Qi..". Ex akhirnya bersuara, entah pada suapan ke berapa.



......................................................................................


"Qi...U ada FB kan..?".

"kalau ada, dosakah?".

"U letak nama sebenar?"

"..yup..ikut ejaan dalam MyKad..."

"haha~hihi...bukan ikut Pasport?"

"..lorr...kan pasport ikut nama dalam Mykad juga...konfomlah tu..."

Haha. Qi tergelak kecil. Entah kenapa otaknya mula senang dengan situasi itu.


"..Qi..balik nanti...I nak round seluruh Malaysia...Tiap negeri I dah ada kawan..boleh tolong kurangkan bajet...hehhe.."

"bagus-bagus..canteek perancangan Lu bro..tidak sia-sia Lu jadi Warganegara Malaysia.."

"...mungkin I perlukan 2-3 bulan untuk buat semua itu...".

"erk...boleh saya tanya?".

"apa dia?"

"...apa objektif Lu wat kerja baik tu..?"

"..erk...ni...belum masanya I kongsi dengan U."

"...sebab saya bakal wartawan kerr..?..hehehe".

"...U nak jadi wartawan Qi?..biar betik?"Huruf condong

"...hehe...insyaAllah, kalau tidak pun, kakak seorang wartawan..hehe"

"..terbaeek sungguh U Qi.."

"...erk...U nak bagi sumbangan kat orang-orang miskin kat Seluruh Malaysia kah?"

"emmm...apa faedah I cerita kat U Qi..?"

Dub!. Malu sungguh.
Qi rasa macam nak hilang dari alam sebantar.
Kenapa perlu sibuk hal orang lain.
Ah. Dah malu. Takkan diam jak.

"..King..sharing=caring..~hahahahha".

"yup...caring=loving=hoping=bling bling..."

"terbaek King!"

"..Qi I anak Yatim+piatu..I hanya hidup untuk nenek dan adik-adik I.."

Qi terkesima. Betulkah begitu.
Ah. Manusia boleh buat kata apa sahaja.
Kalau betul, dia tidak rugi. Kalau Salah dia tidak Untung.
Entah pepatah mana, Qi boleh berfikiran begitu.
Mungkin otaknya semakin tidak berfikir dengan baik.


"King...saya tumpang bangga dengan U"

"..bukan simpati?"

"lorr.."


"...I nak lawat mana-mana rumah anak Yatim yang sempat...sebelum tu ,kena kutip sumbangan dulu...kat sini I otw tengah usaha...adalah mencecah hampir seploh ribu...itupun kalau tukar gi RM."

"wow!...respek sungguh!"

"...Doakan ya..inipun hasil kerja berjemaah..kalau I sorang mimpilah dapat.."

"..jemaah?...U join jemaah King?"

"..erkk..doakan saja".





..........................................................