Qi mengayuh laju.
Dia membayangkan seekor anjing garang sedang mengejarnya.
"..anjing kejar orang naik basikal erk.."
Qi senyum.
Siti,Nur dan Mun sudah jauh tertinggal di dibelakang.
Qi menekan brek pada pedal basikal.
Matanya terpaut pada pokok belimbing yang ranum berbuah.
Buah ni. Halal ?.
Kalau boleh, dia nak juga memetik sambil menunggu-nunggu 3 jelitawan itu tiba.
Dia cuba mencari kamera digital milik Nur.
Cuba mengambil gambar dari pelbagai sisi.
Ah. Dia masih belum mesra bermain dengan kamera.
HPnya bergetar.
oh.. dia telah menset masa.
2 jam lagi ada lunch bersama geng-geng usrahnya.
Dia menoleh.
Sekumpulan pelajar PALAPES sedang duduk bersandar sepertinya. Tidak jauh dari tempatnya.
Mereka enak bertepuk tampar.
Sambil tangan memegang beberapa biji belimbing.
enak melihat mereka bergurau mesra.
Snap!.
Snap!.
Dia tertarik mengambil gambar.
seorang dari kumpulan itu menoleh.
Alamak.
Habislah!.
"wat pa tu..?"
"tunggu kawan.."
"awak amik gambar kan tadi...?". Suaranya biasa sahaja, tetapi seperti menambah kekecangan risau di dalam dirinya.
"erk...yup...best tengok korang, terbayang masa kanak-kanak dulu.".
Entah kenapa berani pula dia menjawab soalan itu.
Kang dia kena belasah tiba-tiba habislah.
Kan itu mencuri prevesi orang lain.
"erk...betulkah ni cik..?"
"betullah dik...korang memang best..kalau saya takda lelah...dah lama join PALAPES...".
huh!. Mana tiga jelitawan ni.
Cepatlah sampai.
Kan depa ni wat sesuatu kat aku, habislah.
'Ya Allah..kuatkan aku!'.
Sambil otaknya ligat memikirkan cara untuk menyelamatkan diri . Jika sesuatu berlaku.
"err..dah nak kul 10 ni...kita solat kat sini jaklah..". Sorang dari kumpulan itu memberi arahan. Beberapa orang mula berkumur-berkumur dengan air mineral yang dibawa oleh insan yang menegur tadi.
Ya Allah malunya.
Bersangka buruk.
"eh..kami minta diri dulu..".
Wakil tadi sudah berjalan ke satu tempat.
Rakan-rakan lain sudah mula mengikut.
Ada yang meletakkan topi.
Ada yang meletakkan sapu tangan.
Menjadi tempat untuk bersujud.
Semua membelakangi matahari yang mula memancar panas.
Snap! Snap!.
Qi pantas mengambil gambar dari beberapa posisi.
Sungguh menarik.
Melihat geng-geng PALAPES yang berdiri, rukuk, sujud dan ada yang berdoa.
..............................................
"Terbaekkk dik!!!..."
Wakil tadi tersenyum. Terserlah giginya yang putih. Menenggelamkan wajah-wajah yang kelam akibat sinaran matahari. Mungkin semasa latihan berpanas dengan matahari.
"..kalau inilah sikap pejuang yang akan mempertahankan negara...sungguh-sungguh selamat negara.."
"terima kasih kak...doakan kami istiqamah".
Mereka berjalan pergi sambil berjogging.
...........................................................
Menitis air mata melihat.
Terbayang bagaimana penganut Kristian berbangga memeluk Al-kitabnya.
Berbanggas memakai rantai cross.
Berbangga dengan lagu-lagu yang memuji kepercayaan mereka.
Kenapa aku?
tidak bangga dengan The Latter's from Allah yang ada.
tidak bangga dengan kecantikan dan keindahan Islam yang ada.
tidak bangga dengaan Islam yang membaluti tubuh dan rohaniku.
"Qi....kenapa ko?".
Nur yang kepenatan menolak basikal menegur. Mereka sama-sama duduk di tepinya.
Siti dan Mun juga kepenatan. Mereka duduk bersila di atas rumput yang menghijau.
"saya terharu..melihat.."
"ahh...budak-budak PALAPES tu nakal sungguh..sound akak tolak basikal ni.."
"ehe...memang silap pun kak...patutkah kita berbasikal di bukit begini..". Nur ketawa kecil.
Qi membatu. Melihat kelibatan kumpulan PALAPES yang sudah menghilang dari pandangan.
"akak...ada bawa air kan...nak sikit..".
Siti menunjukkan beg dibelakangya.
"nak ya...nak amik wuduk sikit.."
Nur, Siti dan Mun saling bertolehan.
"sesekali kita berafakur di tempat yang aman begini...". Nur juga mengambil air dibeg yang dibawanya.
Akhirnya, mereka berempat bangkit dan mencari tempat yang selesa dan aman.
Bersujudlah di muka bumi, kerana sekalian alam akan sama bersujud melihatmu.
Sebentar lagi, Nur sudah bersedia dengan Kupasan Buku MUSLIMAT IDEAL yang dibelinya semasa singgah di PWTC kelmarin.
~ada kaitan atau tidak, saya cuba mencoret sesuatu