Showing posts with label my masterkiut. Show all posts
Showing posts with label my masterkiut. Show all posts

29 July 2025

Biasiswa Master Phd

 salam


2012 tu zaman mula perubahan. Ada pendapat mau ramaikanlah golongan sarjana. Itu yang tertubuhnya MyBrain itu.


SS pun dulu buat Master 2009 guna MyBrain15. Dia lagi best, masa tu yuran kolej, jubah semua dibayarkan.

Ada kawan, master phd semua MyBrain dia, patutlah dia belajar lama masa tu. Yalah kan, kalau macam tenaga pengajar IPTA, diorang bagi masa, 2 tahun master, 4 tahun Phd. 6 tahun. Itupun tidak berturut. Tapi kawan ni macam lebih. Rupanya dia dapat MyBrain. Rezeki dia jadi pemula atau perintis.


Masa itu, MyBrain target 60,000 pemegang PhD menjelang tahun 2023, bermula dari hanya 8,000 orang pada 2009. Tidak tahulah 2025 ni ada ramai 60k atau separuh. Belum ada data rasmi.

Kalau Singapura, anggaran 1.8% rakyatnya ada Phd. atau 1.8 juta. Mak aih jauhhhh


SS pun dalam 4-5 semester dia, MyBrain bayar. Lepas tu dia bayar sendiri. Masa ni yuran Phd sains masih harga marhaen.

Kita kena update tiap semester perkembangan kita dilaman MyBrain. 


.

sekarang ada MyBrain2.0, cuma dia makin limited la. Biasalah kan, benda yang mula ramai berminat, terus jadi sedikit ketat. untuk 2025 ni sudah tutup, Mei hari tu.

Jadi buka selalu, kalau mau tahu


28 July 2025

Cara sambung Master

 salam

untuk sambung master ni, 

kita mesti mulakan dengan cari

1. BIDANG KITA

- kalau degree pendidikan, banyak lah peluang belajar itu

- degree pula cemerlang, lagi banyak peluang


2. TAJUK KAJIAN KITA

- research kita ada fokus dia

- untuk fokus ni, mestilah ada objektif, apapun benda kita buat mestilah kena ada objektif, tujuan

- barulah langkah seterusnya, objektif pula barulah lahir, persoalan, barulah lahir, kajian lepas atau literature revie, barulah ada langkah seterusnya

- yang ni kita boleh dapatkan seterusnya, bila kita masuk kelas Kaedah Kajian, atau Metode Research

- aku 2012 tu, aku mula dah fikir apa ya kajian nak buat. Sebab aku malas buat yang menyusahkan, kemudian aku pula tidak minat. Dia kalau menyusahkan, tapi kau tau tujuan, dia boleh bina puzzle minat kita. 2013 atau 2014 tu barulah aku mula. Punyalah lambat, padahal sudah masuk kelas pun. Sebab kita bingung, 


3. YURAN

- inilah cabaran utama. Kecuali kita memang sentiasa berduit

- untuk aku, aku daftar dulu, bayar yuran semester 1, bayar yuran pendaftaran, kemudian barulah aku pohon MyBrain. 

- semester 2 dapat, dan mereka bayarkan, termasuk semester 1 tu, aku dapat balik duit t

- masalah besar belajar ni, keperluan harian, keperluan print, kena sentiasa guna printer, 


4. MESTI ADA LAPTOP

- walaupun laptop lembab, sebab tidak update perisian, terutama power point dan word. 2 ni cukup besar rahmat sudah

- macam SS dulu, dia guna perisian, jadi laptop dia kena power la, 


.

lain-lain nanti aku tambah lagi. walaupun rasa benda ni baru semalam berlaku, aku banyak kena ulang fikir. ruginya aku tidak tulis masa itu.


28 May 2025

Selepas Master

masa ambil Master 2012 tu, aku plan lepas ambil bolehlah guna untuk jadi pensyarah mana-mana ipts kan.

lagi masa aku ada jumpa lecturer aku masa UKM, aku cerita aku tidak jadi cikgu, aku ambil master sekarang, dia cakap good, lepas ni bolehlah jadi pensyarah.

bila pensyarah kita yang kita takuti cakap begitu, dia bagi lah harapan. Harapan semata-mata saja.

sebab habis saja hantar tesis, dapat pengesahan habis belajar. Kami pindah.

dan anak pun 3 orang sudah. 2 orang mula sekolah. Pelan-pelan belajar bangun awal anak itu dan sekaligus, kabur sudah jalan.

anak 3, bermakna bertambah sudah belanja dan urusan 24 yang ada tu.

.

Jadi, memang tidaklah terfikir mau kerja.

UPSI pula, offer buat Phd.

naaa, kalau dekat sambar ba. Masih ada lagi Mybrain masa tu, walau katanya cerewet sudah, kena interview lagi untuk memohon saja. Sangat melecehkan untuk orang-orang yang sudah banyak urusan.

tapi kan, hendak seribu daya kan... tidak mau bah seribu dalih.

"buat master ni untuk apa??"

kalau soalan ni ada jawapan, walaupun kabur. bermakna anda calon yang bagus.

kalau soalan ini dengan nada mengejek saja. Tidak payahlan fokus jalan ni, pergilah kau jalan yang lain. 

tiada jawapan padu untuk soalan ini. Sebab untuk tahun 2025 ni sahaja, ada 3 orang yang aku kenal ada master tapi fulltime jadi driver saja. Jadi mungkin master itu hanya mengisi masa lapang untuk sesuatu yang legit.

sekarang mau jadi pensyarah ipts pun banyak sudah syarat lain. Hatta kursus pun ada sudah yan tidak releven kan. 

Tapi kalau kau betul-betul mau buat, buat saja bah..akupun sampai sekarang rasa berguna master ku ni. Paling tidak untuk diri sendiri. Itulah paling rendah kegunaanya.

27 May 2025

Sebelum Post Graduate

 2017 dulu, lepas saja habis Konvo Master Pendidikan Awal Kanak-Kanak, aku terus lupa banyak benda yang kena tulis.

Sebelum tu bukan main kan, macam-macam mau tulis tentang pengalaman.

Pengalama dia biasa saja. Tapi sebab aku hanya nikmati time tu, thats time bilang, aku pun malas sudah mau bawa ke depan. Jadi niat terkubur begitu saja.

Yang best masa tu, aku start Master masa anak aku 7 bulan. 2012 tu. 

1. Aku mohon mana-mana sahaja, masa tu pohon tidak perlu apa-apa. Sebab aku ambil kos campuran. Bukan full research.

2. Bila aku dah pohon. Aku cari maklumat di MyBrain. Sebab masa tu SS pun pohon MyBrain untuk PhD dia. Itu nantilah aku cerita. Dia macam ndak update pasal tu, jadi dia kena bayar untuk beberapa sem seterusnya.

3. Mybrain wajibkan, untuk pohon kena ada surat tawaran dan sudah start belajar.

4. Lepas dapat surat tawaran, kena daftar semua. Aku lawat fakulti untuk kelas-kelas ku nanti.

5. Surat tawaran tu kena buat check up, ni aku buat di klinik swasta jak, dalam 60 begitu. Masa tu rasa mahal jak, tapi demi untuk memenuhi syarat, buat jaklah. Tahanlah makan sekejap.

7. Lepas aku start ka begitu, aku hantarlah syarat yang MyBrain (MyMaster) minta. Online jak masa ni, masa ni kami sudah ada wifi, bukan Unifi, dia low sikit dari ni. Masa ni unifi hanya dikawasan besar dan bandar besar.

8. Wifi ni nyawa selepas laptop.

9. Tapi SS dia guna laptop dan pc. Pc best sebeb laju sikit. SS guna perisian kan, dia perlukan la yang space besar sikit.

10.  Masa ni rumah kami sangatlah minimalis.

11. Bila dapat mybrain, terus deposit yuran semua. Pihak Bendahari Upsi pulangkan. Saya tidak ingat pasal ni, rasanya saya ke pejabat Bendahari juga untuk urusan dia.

12. Kena cakna hari-hari apa yang web post graduate bagi info.

13. Kita ada email sendiri. Upsi bagi

14. Masalahku, aku tidak pandai memandu. Jadi bermasalah untuk jumpa supervisor selalu.

15. Supervisor pula, masuk semester tiga, kalau tidak silap... buat tesis dia berhenti kerja. Masak aku!. Dia boleh pindah kerja pi Jepun ya. 

16. Bila aku send update tesis aku, barulah dia bagitau dia tidak sudah jadi staff upsi.

17. Aku manalah kenal pensyarah jabatan aku, aku kenal 3 orang saja, sebad diorang pun jadi supervisor kawan-kawan yang sama dengan aku. 

18. Aku ke pejabat untuk hal ini. Termasuk aku kena bagi amaran akhir sebab dah hampir expired sudah. Aku belum siap siap buat tesisku.

Pi Pejabat macam biasa, kena sidai. 

19. Dari sini dapatlah aku supervisor baru, hah...bila orang sini, masaklah aku. Pensyarah yang ada dipejabat ni, diorang ndak terlibat dalam hal-hal research. But rezeki, SV baru ni masih bantu aku juga.

20. Aku start buat tesis tahun 2014 ya...wow...sem last 2015-2016 baru aku dapat supervisor baru... aku lupa, tapi ada sem tu aku hanya buat bab 2 atau 3 saja. Sangat tidak optimum. Lembab!

21. Saat semua kawan-kawan sudah konvo aku masih stuck.

22. Itu yang bila dipejabat tejumpa lecturer yang kenal, dia tanya kau buat phd ka? Senyum jaklah.

23. Bila dah jumpa SV baru, nampaklah sudah jalan sikit.

24. Dari sini, aku nampaklah masalah aku sebenarnya bukan  Masalah Kenderaan!, tapi aku sendiri tidak tahu kena buat apa!.

24. Sebenarnya untuk tesis, kena fokus bab 1 dulu, lepas tu bab 3, barulah bab 4.

25. Bab lain settle bila dah lulus Viva!

26. Aku ni lulus viva 2016 ndak silap. Masa belum mengandung. Bila mengandung aku lupa pasal tesis. huhu.

27. Aku betul-betul follow 6 bulan untuk untuk correction. Padahal dia boleh siap 16 hari saja kot. Aku bukan kerja pun. Aku CUMA FULL TIME MOTHER. Huhu.

28. Patut 2016 tu, SS konvo aku boleh konvo sama-sama. Harapan tinggal harapan, bila tiada usaha.

29. Mujurlah SS konvo, dia pun menyindirlah, hahah.

30. Alhamdulillah, setelah banyak pembetulan dibuat. Terutama bab space yang leceh tu. Gaya Penulisan tu. Patut kan, masa ditegur oleh pejabat Tesis, ko terus betulkan di situ. Ini nanti balik baru teringat apa ya?


banyaklah kesalahan yang common. Yang sepatutnya tidak menjadi halangan besar, tapi menjadi besar pula.



10 April 2015

Judith A. Myers-Walls

NI antara pakar dalam kanak-kanak.
terutamanya tang dunia matematik.

antaranya tentang saiz.

bila taip jak nama beliau..keluarlah kemahiran yang beliau dan tim ada.

10 November 2014

Kurang Periksa

atau sudah TEPU?

bila kita asyik menulis, membaca dan membetulkan akhirnya...

ya.

saya hantar semula kerja yang belum diperiksa.
sebab sudah diperiksa sebahagian dan yang lain tengok saja.
dan hantar siap tulis telah diperiksa.

itulah kan..

padahal sebelum itu. Siap jadual tinggal copy masuk kerja.


kena Tulis..Tulis..supaya fokus dan penuhi apa sebenarnya yang mahu dibetulkan.

INI BERKENAAN BAB 3 PROPOSAL .Huh

Jazakillah Prof, sebab tulis banyak dan mudah untuk orang macam saya ni faham :(

hantar hujung bulan Ogos.

Prof chek..

nota: Bulan Oktober aku wassap (sebab kat Jepun, tarak boleh mesej).
Prof balas. 2-3 hari kemudian. hihi

14 July 2014

Kenanga, baju raya,baucer buku 1 Malaysia.



oleh kerana SS tidak lagi ke UTM seperti sebelum-sebelum ini. Maka SS meminta tolong kawannya untuk diambilkan baucernya.
dan lama menunggu. Akhirnya baucer pun datang.
kebetulan, Sabtu itu mau ke KL konon. Mau berbelanja raya.
sedangkan kewangan terumbang ambing.



tu dia: sebelum berkaki-kaki kan haruslah aku berusaha menyiapkan bab 2 dan hantar kepada Prof A. dan aku minta pertimbangan kasih sayang SS jaga anak kecil comel nak rak.
SS pun jaga.
Wafa memang pengikut setia (sesuai dengan nama . Wafa: taat) kepada abam. Abam bermain kereta di luar. Wafa pula menjejak dan mengikut kemana abam pi.
sekali abam ke belakang rumah!

sikit lagi ke kawasan parit paritan.
Tahniah abi!.

terus aku stop kan kerja menaip dan membaca jurnal yang sungguh aku tidak suka!. kerana jurnal itu mudah, tetapi kerana bahasa english. Aku jadi merangkak dan merengkot.

Terus pi ambik Wafa.

dan letak dekat bawah. aku teruskan kerja menaip.

sekali Wafa merengek.
dan SS pun pangku.
Wafa mana suka dipangku masa mood tengah best mau main.

Sekali..
tu dia..
merangkak ke depan rumah pula.
sebab abam gi panjat pagar rumah.
haha.

risau ya. Depan tu jalan raya.
kalau ke jalan dia merangkak..camana?
terus aku pun pot pet.

dan SS bangkit.
senang cerita, tutup pintu. Paksa abam masuk. Mau panjat, panjat grill.

cepat-cepat kasi siap taip bab 2 bahagian i. Huh senang sikit, hantar yang selesai. Yang belum kita hantar nanti.

kasi mandi Wafa dan bagi susu.
kasi tidur.

dan siapkan abam.
SS pula malam tadi, tidur lambat.
jadi memang tidur sajalah kerjanya.

kalau sepuluh jam tidur. bangun 11 kali, baik tidur 1 jam. Lagi berkualiti.
dah ada anak, mau tidak mau begitulah kan.

...............................................................................................................................

21 June 2014

Belajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di UPSI


iklan belajar.

[gambar hiasang:ini bukan homeless]


2 minggu lepas. mereka menunggu umy. Umy sedang berdiskuss dengan SV yang osem.
alhamdulillah niat datang petang Khamis.
biasa datang jumaat.
dan..takdir Allah jumaat SV ada hal di Putrajaya.
OMG..

kenapa patik beriya mau buat iklan ni?.
padahal berbayar pun tidak..hi

sebabnya.

ada tanya. "maje ko buat apa?cikgu eh?".

Sebenarnya..
patik sedang belajar Earlychildhood Education. (bahasa Bugisnya). atau Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

baru sem 4. *patut dah last sem ni
Ramai dah kawan-kawan patik dah habis. Tinggal konvo.
kebanyakan mereka dari golongan guru-guru Malaysia (support yuran sendiri).

ok. terus.
camana tentang kerjaya??? cabarann??
1. Ok. Serius sekarang banyak kerjaya dalam bidang ni. Tidak percaya mung gi buka portal kerjaya. Kerjaya ni memang banyak. Dari sekecil-kecil pengasuh kepada yang lebih besar iaitu buka bisnes sendiri. Tadika la..

2. Dari aspek lain. Serius. Bidang ni bukan senang. Bukan belajar camana cuci najis budak semata. Cara suap bubur pun bukan. Kalau nak tahu lanjut boleh buka web Earlychildhood dimana-mana web.

3. Jika nak kerjayanya dalam bidang akademik. Sedikit cabaran. Sebab biasa 'mereka' nak yang berlatar belakang 'pendidikan'. Tapi rezeki itu atas usaha, usaha atas kehendakNya juga.. kalau pengalaman jadi taruhan mungkin..atau kebetulan memang perlu sangat.. usahakanlah

4. Patik bila nak habis??? (ok patik nak habis sekarang.boleh?). Patik ada pilihan habis semester ini atau anytime yang patik sukaaaa..vhavha.
ok serius mahu habis sebelum sem depan bermula.aminnnn


5. Yurannn? Ok setakat ni yuran paling rendah untuk IPTA.. di UPSI.
Dan UPSI antara IPTA otai dalam bidang ini.
Patik? patik guna MyBrain..
My Brain bagi sampai 2016..tapi setakat RM10 000.

My Brain ni syaratnya mudah..kerja 5 tahun dekat Malaysia. Kena lulus sepanjang belajar. Hantar laporan pengajian setiap semester. Elakkan kes Polis (^_^). Untuk kakitangan kerajaan tidak boleh la..hanya untuk selain dari itu. Buka Web MyBrain untuk lebih faham.

6. rasanya 89% pelajar post di UPSI adalah mak-bapa budak..so hal itu bukan 'hebat'. Tapi kalau anak kecil bawa 4 tahun...patik antara yang terkena tempias sentiasa dicabar..bhehbhabha. SS pun sekali (baru fair).Percaya dan mahu. Juga fikirkan bolehhh!. Rilekss..yang bujang pun ada cabaran kan..so...

ok.Tapi patik masih kecewa sebab bidang ni ramai pompuan. Sedangkan dalam tarbiyyah aulad, kena ada lelaki dan perempuan kan.
Dah memang bidang pendidikan dimonopoli oleh bangsa pompuan kan.. lagi sedih bila digree dulu bidang lain, lepas tu ambik bidang ni. Sangat rugi sebenarnya..tapi dah mereka minat kan.
padahal dalam bidang mereka tu, masih boleh mengkaji kanak-kanak. Misalnya dalam Lakonan dan Teater tu..dalam perubatan..malah dalam ekonomi pun boleh.
tapi mungkin sebab dorang minat kot.
tidak pun mereka seronok.
ataupun sebab bidang mereka tu stress lebih.

jadi berubahlah mereka ke bidang ini.

macam patik juga..dari bidang pend.khas..
namun..dalam pend.khas memang ada belajar tentang kanak-kanak. dan dalam kanak-kanak ni pun ada belajar pasal pendidikan khas.
pi mai pi mai tang tu..

ha..kiranya tidak lari jauh.
cuma kadang ada yang terpaksa patik bermula zero juga. Pasal kurikulum misalnya..

jadi..jika ada adik-adik nak masuk bidang ni. Keranaminat dengan kanak-kanak, patik sangat galakkan. Terutama bangsa lelaki. Tapi kena percaya "menuntut ilmu bukan benda senang lenang".
Buang saja apa orang cakap. Diorang tak tahu..





Yang benar: pelajar yang jadi singa, bila anak sibuk bantu menaip :D

13 May 2014

blog untuk rujukan buat proposal

blog ni memang gelemer drotpss

yang ni bahan cicah untuk tajuk ambo.sini

yang ni ceramah menyentap manusia yang suka dengar ceramah lawak jenaka. sini

30 April 2014

Problem Solving, Reasoning and Numeracy in the Early Years Foundation Stage

ini sumber yang boleh sangat praktikal.
http://www.childrens-mathematics.net/childrenthinkingmathematically_psrn.pdf

sangat sesuai untuk menmbaut aktiviti matematik kanak-kanak.

untuk aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak ibu bapa..boleh rujuk artikel ini

25 April 2014

ruang di dalam seni

bila cakap tentan seni, ia bukan hanya menyanyi, menari, melukis dan melawak :D.

iaaaa moreeee than thats.OH English yang baguih.

tapi aku bukan nak hurai pasai seni.
aku cuma nak hurai pasal RUANG.

http://www.ustzamri.com/jqaf/Seni%20Dlm%20Pendidikan%20M1.pdf

yang ni dia modul, aku korek dari Google.
best juga mengorek ni..mihmih

bolehlah baca untuk lebih tahu tentang SENI. darilah asal usul sehingga kepada amalan praktis.

boleh lah di buat disekolah, terutamanya guru seni berkaitan. guru Sains pun  boleh, Guru Sejarah pon boleh..he.

yang penting berani lawan arah :D

kali ini saya bercerita tentang RUANG SAHAJA!

12 April 2014

misi April

kalau mood tengah down dan agaklah kurang rajin . Kena buat rancangan. Kuah-kuah-kuah (makan kuah).
 haruslah membuat sasaran
begitu dong.


sasaran Aprlil.

1. (murid sekolah)

minggu 2: hantar proposal ke SV/ hantar ke fakultas
minggu 3: hantar ke fakultas
minggu 4/5: boleh dapat khabar pembentangan

2. Selesai loan papai



peneman setia

05 April 2014

Jumaat barakah dan cerita ayam kampung

tadi patik jumpa SV..kul 12.45pm begitu. Faham-fahamlah, sejam mana cukup.

Fath wa Waafa dekat abi. Tunggu di parking kereta.

Azan pulak tidak ku dengar.Hp pulak masalah.So tiada sms/tiada call. keluar pukul 1.50pm.ooh my love-lobe solat Jumat!

lari-lari..tengok mereka tiada di parkingan.
mesti dekat masjid!

Patik pun tiru Usain Bolt..ke masjid. OMG..dah rakaat kedua!..(ramai jak pun lari-lari kejar rakaat tu).

(-__-). Sampai masjid tengok jejaka&gadis kecil tu rileks je sebelah abi dan jemaah yang lain.



tu diaa Fath hujung soff..soff kanak-kanak dia tidak layan

sebelah abi tu lah Waafa rileks meniarap,merangkak...kiki

Ambik Waafa gi naik tingkat atas..Solat terus.. Waafa tidak nangis pun..padahal sejam lebih dikasi tinggal..

Bagi fail umy ni..ni la mainan dia..ditolak sana..di tolak sini...eh jumpa Yanti tu, tapi tidak sempat amik gambar pulok...
p/s:
1. Naluri ibu harus ada..tapi harus kawal juga.
2. Tolong menolong amalan mulia
3. Bersangka baik dengan Allah. Yakin. InsyaAllah pasti akan baik-baik saja

09 February 2014

Wafa jumpa pakar kanak-kanak


6.04.14
masuk umur 4 bulan haruslah berjumpa pakar kanak-kanak. Sebabnya kan Wafa pernah 'warded' masa umur 2 minggu dulu. Jadi mereka (pihak kesihatan) mau tengoklah perkembangannya..ada effect atau tidak dengan kes dulu.
Alhamdulillah Waafa baik-baik saja.
4 bulan kemudian, perlu datang dan chek lagi.

begitulah kisah gadisku ini.

check berat, ukur lilit kepala, tinggi (ni rutin baby kalu ke  Klinik)-ooh Wafa sedang tidur dengan enak masa ni..bila mau diletak di penimbang terus uwaaaaaa.

camana Doc tu chek..mudah saja (sambil petik jari).
1.Diagnos, dengan tanya camana perkembangan..perkembangan dengan baca dekat Google pun boleh jumpa.Tapi tidak sama bila Doc pakar sendiri yang sah kan. Doc tanya perkembangan fizikal, kognitifnya dan blaaaa..bla
2. Doc chek fizikal dan tengok respon Wafa
3. Hanya 10 minit sahaja ya. Tetapi untuk menunggunya..sampai tertidur-tidur gitu. Inilah kan kehidupan, kita bukan mahukan sangat layanan, kita mahukan perkhidmatan kesihatan.Layanan baik ialah bonus.

kalau dulu mungkin tiada begini.Sebab dulu kajian-kajian masih terhad.

tunggu turn jumpa Doc. Wafa makan dulu. Lepas Wafa tidur..umy keluar dari bilik menyusu..abi dan abam sedang enak main di bilik main.Umy pula tersambung tidur.Mengantuk sebab pagi-pagi dah ke UPSI jumpa SV


jumpa doc..Wafa terpaksa bangun dan uwaaaaaaaa."aku nak tidur lagiiii".

Doc Chinese..abi suruh bye.Sebab masa doc sibuk tanya umu dia pi buka-buka laci dan tong sampah yang tekan kaki..jug ada patung dia mau buat harta
tunggu nurse bagi next appoiment
Fath mau duduk, tapi dia melutut..dan bajet sedang menunggu di kaunter
lama tunggu..dia pi berenang dulu
berenang lagi dan umy sound suruh bangun..
"bestlah berenang sini umy"
SEBELUM chek rutin dekat bilik nurse, eh terjumpa dengan seseorang. Yang bagusnya dia sudi menegur, walaupun otak saya berkerja kerasa untuk mengingat "siapakah dia ini".
Anak kami sebaya, anaknya pun pernah warded sebab 'jaundice' dan kelahiran pra matang. Tapi kali ini kes anaknya ialah..tengkorak kepala belum bercantum, jadi bahagian tengah kepala anaknya lembut gitu. (seram juga nak pegang).  Umur dan 5 bulan, kepala masih lembut?. Itu luar kuasa manusia.

eh. Tu sajalah.









ok, mau balik.abi pi ambik kereta dulu

21 January 2014

feedback Sv yang mengenyangkan

bismillah.

feedback Sv yang mengenyangkan lah sangat

Sv komen kajian awal yang saya buat perlu dibanyakkan lagi dan difokuskan.
aku balas:"Prof, aku nak cari jurnal yang berkaitan tu..tunggang langgang rumahku dah..hahaa
lepas tu..sampel percubaan, dari 5 orang ke 15 orang.Pengsan.*
aku balas dalam hati jak pon.
ya hanana..ya hanana

baru jak aku terfikir mana nak cari cari sampel 5 ornag, sudah dapat arahan minta ditambah.
dan minta dicepatkan.
miahhaha.
opss.memang aku mau semua sattle sebelum bulan Feb.
Feb nak fokus benda lain pulok.

umy ambik gambar, time rasa mau banting abam sebab asyik kasi nangis Waafa

gitu dong.
Bagus juga arahan tu.Biar aku terus jauh dari 'zon selesa'.
huahuaaaaaaaaaaaa.

apapun.hope. aku istiqomah a.k.a mantain dapat feedback yang molek-molek.

ya.hope..hope and the new Hope

19 January 2014

pilih saja

Banjaran titiwangsa ini kadang memberi semangat, kadang sayu jak..teringat banjaran Croker kali..
semasa sesi mendaftar 2012 dulu. Sayar rasa rileks.Namun, bila fikirkan kebanyakan mereka ialah para pendidik yang setiap masa berdepan dengan realiti pendidikan di Malaysia, saya menjadi kerdil yang amat!

susahnya membayangkan perkara yang tidak pernah kita lalui.
pengalaman latihan mengajar pun amatlah dikit yang amat.

tetapi..hari seharian, saya boleh menarik nafas lega dan semput.
kerana pembacaan yang diperlukan dalam bidang ini mendekatkan saya untuk lebih memahami dari mata hati dunia seorang manusia yang masih belum tahu membezakan baiknya dan buruknya. Iaitu KANAK-KANAK.
usah jauh-jauh. Pandang diri sendiri pun..kadang kita tahu benda itu its salah, tapi kita masih buat.

banyak faktor pemilihan yang saya buat. Oleh kerana bidang saya semasa digree adalah pendidikan. Makanya, saya berfikir bagaimana kalau saya teruskan saja bidang dahulu?
tetapi saya juga amat menyukai bidang ini..walau hakikatnya saya bukan suka sangat dengan duni kanak-kanak yang kadang oooh sungguh menginsafkan.
kalau wangi..wangi, comel, baik dimau.Busuk beringus,suka menangis..cepat-cepat lari. Itu bukan pencinta kanak-kanak yang sejati..itu lah aku!. di luar sana pon ramai kan..(ayat cover la ni)

tetapi ntahlah..saya hanya fikirkan ilmu yang aku tuntut berguna dan boleh dimanfaatkan.
lalu saya pun mengambil bidang yang seringkali diperlekehkan orang.
ahh, peduli apa dengan mereka..kihkih

teringat lagi balik..semasa mendaftar dulu, seorang guru matematik yang juga punya digree dalam bidang itu mengambil bidang psikologi. Katanya dia sukakan bidang psikologi itu.
walaupun aku kurang berkenan dengan jawapannya. aku akui ramai yang dahulunya berubah bidang kerana..mereka sebenarnya..tidak sanggup dengan bidang asal, atau memang jiwanya lebih kepada bidang baru itu. entah. wallhualam.

apa-apalah. Semoga kita bukan sesuatu kerana didorong suka-suka. Kerana Malaysia yang tercinta ini memerlukan pakar-pakar. Itu ayat yang selalu diulangin oleh Sang S. Walaupun keputusan digree beliau tidaklah sehebat mana kalau banding dengan saya macam sama jeeee, keberanian meneruskan bidang itu terdorong kerana beliau mahu pakar dalam bidang itu!. Jempol Sang S..anda adalah idola saya. *clapclap*

driver dan co. 
teringat seorang penulis buku agama, rupanya beliau bukan dalam bidang agama, tetapi kerana inginkan kelainan, penulis itu meneruskan pengajian ke tempat yang lebih tinggi dalam bidang agama. Jika kita yang bukan dari bidang agama atau bidang lama dia. Tentu kita kagum. Hakikatnya, beliau boleh ditafsirkan tidak menguasai sesuatu cabang ilmu dengan lebih mendalam.

takpalah. Semoga beliau tetap bermunafaatn kepada agama.

apapun. Untuk menjadi pakar, SUKA sahaja tidak mencukupi.Ia perlukan
KEMAHUAN,KESUNGGUHAN dan kesediann.
cehh. tetiba pulak.
abam ni, sekotak tu dah separuh baru mau pass dekat orang lain


17 January 2014

luahan ayat bersepahan

bismillah.

kan sekarnag ini sudah pagi.
rutinlah sang perajin begini.
begini sebenarnya, oleh kerana saya jenis buat tanpa merancang. Saya telah menjadi manusia paling penakut!.
misalan begini, saya sedang berfirki tentang sesuatu tentang kajian saya, dan tiba-tiba mendapat idea..tesu saya ingin menulis.
dan tiba-tiba Fath duduk di kerusi dan bermain kereta-kereta di keyboard. Atau Wafa minta disusukan atau ditidurkan. Langsung hilanglah segalanya.

tapi kali ini kesnya lain.
saya memang kematian idea untuk menulis.
sebelum ini saya sudahpun menulis tentangnya tetapi cara menulis saya tidak disukai SV saya. Kok gitu..saya harusnya menukarnya ke cara yag lain.
tapi pada masa yang ini saya punya banyak bahan untuk ditulis!

yang bijaknya saya semakin kurang faham apa yang saya ingin cari..
jadinya seharian otaknya asyik mikirin hal itu.
lalu saya berusaha mencari sampai guna ID Sang S untuk memudahkan mencari bahan itu.
tetapi..ya..sudah tentu saya sedang kerisauan, kerana semua bahan itu dalam bahasa asing!

huwaaaa.

hari ini saya marah-marah saja kerjaanya. Marah dan mudah sangat singgah tangan.
1. Fath main air dan basahkan bilik
2. Fath main kasar dengan adik yang sedang enak diam-diam.
3. Fath makan dan sembur-sembur
4. Fath masukkan kertas-kertas lain, semasa saya sibuk memprint jurnal-jurnal untuk dibaca sambil-sambil
5. Fath lewat tidur!

wooohaa..semuanya menuju ke arah anak kecil yang tidak tahu menahu!
siapakah yang harus dipersalahkan, selain diri sendiri???
itu saya akui. Saya yang kurang bijak mengaturkan.

apabila saya letih mengurus, kami sama-sama tertidur. Malah mungkin saya lebih lama tidur!
akibatnya banyak masa saya diisi dengan perkara yang bukan membantu kajian saya..huhi.

ini namanya, luahan hati tanpa hala tuju. Setidaknya saya mula sedar bagaimana memulakan balik..

14 January 2014

memanas dengan anak konit

bismillah.

oleh kerana internet ini agak laju bagai siput yang kurang sihat. Aku menjadi sedikit kepanasan. Tetapi apabila Wafa pula naik ragam mau tidur. Menambah lah kepansanku ke 100'C. Sekejap lagi boleh jadi geng syaitinirajim.
Nauzubillah!.
boleh pula aku termemanas dengan baby yang baru 3 bulan++ sebab pukul 4 pagi masih uwekk..uwekkk..nmau umy pegang.

akibatnya, aku menyabarkan diri dengan membaca benda yang menyeronokkan. Gitu dong terapinya..

aku ni tengah memanas mencari 5 orang SAHAJA sampel percubaan untuk kajian maha hebatku ni. Yalaitu..

Oit

08 January 2014

misi yang gagah 2014

bismillah.

oo sudah dekat 2 tahun ++ aku jadi suri di rumah.
ok lah kan suri. Jangan jadi biawak hidup..nauzubillah.

untuk 2014. ni misi macam makin bagus aja.
tiada sudah niat untuk kerja full time.
mungkin sebab dalam hati ada taman mau dibina. ceeeh.

misi macam biasa. Untuk diri, keluarga, kaum kerabat dan sekalian alam. amboi gituu.

nak buat buku. Nak buat duit. Nak sumbang duit, terutamanya untuk anak-anak di negeriku yang ku sinta. Nak habiskan belajar yang paling utama!

Mohon dengan sangat Allah bantuin dan tunjuin jalanNya.aminnn

walaupun kiri kanan menduga..harus go on

06 January 2014

Wafa kena cacar air dan tesisku belum start

Wafa terkena cacar air.
pada hari isnin (30 Disember 2013).
lalu aku panik, risauu, dan bermacam-macam lagi.
Temujanji dengan doktor terpaksalah di kasi hold.

umy jenis stress sikit. Lagi bila jumpa Prof. Prof sound kenapa aku lambat mula.
coi..
terus terbayang-bayang kenapa teruk sangt diri ini..kenapa tak buat ni..kenapa cari pasal buat tajuk tu..
lepas tu tidur asyik berjaga sebab Wafa tidak selesa. Sikit nak minta susu.
syukurlah aku masuh kebal dari marah Wafa.
Tapi kalau Fath aku target tahun ni tak mau marah dia. Kalau bengang ingnore saja. Buat tidak nampak tidak kenal.

Tapi, kalau abinya..
yang tu rumitlah.
takkan nak ignore kan.
jadi inilah yang mencabar. Seharian tak sentuh tesis sebab kepala otak masih belum stabil.


abam tetap main susun, termasuk si aumm

entah darimana dapat..kaki kerusi pun jadi mic

balik dari N9. Dah start biji muncul

di perut

kepala
masa ni, berani dan yakin saja sama macam aku juga ni. Piocit-picit lepas tu kelua rair. Tidak lama lepas tu boleh sembuh..
hakikatnya..
Walaupun Wafa kurang sihat, tetap keluar main. (1 Jan 2014)

masa ni rasa mau nangi pun ada

demam 2 hari, mental umy pun bercelaru

atok ada di rumah..dia suruh cari daun peria..mana mau cari


ni mau ke upsi

balik UPSi..dah kurang sikit, suhu pun dah 37 dan makin ok

gambar-gambar ini sepanjang minggu lepas dari 30 Dis 2013-6hb Jan 2014. Setiap hari ada saja ujian datang. Kadang terasa seperti perasaan di atas.

bila terasa down kan. Terus cari kekuatan, ambil masa layan down dulu..

lastly, menyesal sendiri sebab terlalu lama ambil masa nak cool down.lepas tu pujuk diri sendiri. Takpa yang berlalu berlalu, sekarang pandang depan.



Aku akan convo 2014. InsyaAllah. Aminn!

Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...