Banjaran titiwangsa ini kadang memberi semangat, kadang sayu jak..teringat banjaran Croker kali.. |
susahnya membayangkan perkara yang tidak pernah kita lalui.
pengalaman latihan mengajar pun amatlah dikit yang amat.
tetapi..hari seharian, saya boleh menarik nafas lega dan semput.
kerana pembacaan yang diperlukan dalam bidang ini mendekatkan saya untuk lebih memahami dari mata hati dunia seorang manusia yang masih belum tahu membezakan baiknya dan buruknya. Iaitu KANAK-KANAK.
usah jauh-jauh. Pandang diri sendiri pun..kadang kita tahu benda itu its salah, tapi kita masih buat.
banyak faktor pemilihan yang saya buat. Oleh kerana bidang saya semasa digree adalah pendidikan. Makanya, saya berfikir bagaimana kalau saya teruskan saja bidang dahulu?
tetapi saya juga amat menyukai bidang ini..walau hakikatnya saya bukan suka sangat dengan duni kanak-kanak yang kadang oooh sungguh menginsafkan.
kalau wangi..wangi, comel, baik dimau.Busuk beringus,suka menangis..cepat-cepat lari. Itu bukan pencinta kanak-kanak yang sejati..itu lah aku!. di luar sana pon ramai kan..(ayat cover la ni)
tetapi ntahlah..saya hanya fikirkan ilmu yang aku tuntut berguna dan boleh dimanfaatkan.
lalu saya pun mengambil bidang yang seringkali diperlekehkan orang.
ahh, peduli apa dengan mereka..
teringat lagi balik..semasa mendaftar dulu, seorang guru matematik yang juga punya digree dalam bidang itu mengambil bidang psikologi. Katanya dia sukakan bidang psikologi itu.
walaupun aku kurang berkenan dengan jawapannya. aku akui ramai yang dahulunya berubah bidang kerana..mereka sebenarnya..tidak sanggup dengan bidang asal, atau memang jiwanya lebih kepada bidang baru itu. entah. wallhualam.
apa-apalah. Semoga kita bukan sesuatu kerana didorong suka-suka. Kerana Malaysia yang tercinta ini memerlukan pakar-pakar. Itu ayat yang selalu diulangin oleh Sang S. Walaupun keputusan digree beliau tidaklah sehebat mana kalau banding
driver dan co. |
takpalah. Semoga beliau tetap bermunafaatn kepada agama.
apapun. Untuk menjadi pakar, SUKA sahaja tidak mencukupi.Ia perlukan
KEMAHUAN,KESUNGGUHAN dan kesediann.
cehh. tetiba pulak.
abam ni, sekotak tu dah separuh baru mau pass dekat orang lain |