22 January 2014

Aku, Sawah dan Padi

bismillah.


 tulisan dulu.SINI

aku hangin juga bila Pak Menteri naik campur tangan isu harga padi.
bukan nak membantu, tapi membantut.

terasa segar pula ingatan tentang padi.
aku dan padi..gitu..
dulu lah, sumber rezeki kami ialah jual padi.
ooh.aku tidaklah tau sangat kaedah jual beli ini.
cuma ada masa itu, mamaku elak jual padi dengan KPD.(kira macam BERANAS la kot)
diorang kampung sebut "ke pe de".

mamaku: "Pai kalau 'ke pe de' datang, gitau ndak banyak padi kita ya"
pai:"ok".
Pegawai KPD datang dan tanya dekat Pai yang umur 4 tahun kot masa tu.
pegawai KPD: "dik, banyak kah padi mu?"
pai: "banyak padiku"
(sebenarnya memang tidak banyak pun, tapi dah mata budak kecil..)

sebab KPD tu beli murah sangat.
aku memang kalau suruh ulang balik kesusahan urus padi ni..memang taubat.sebab aku tau susahnya ya ampun.
tapi makan, tetap beterabur juga nasi di lantai
sebab tu terkadang aku ni obsesi sangat makan sampai lincun licin piring.
dah berkurun baru terasa peritnya la hidup dengan padi.

1. Fasa menanam
sandi.sebab kena tunduk untuk benamkan pokok padi di lumpur.
boleh jadi 2 minggu ni lah kerjanya.
rehat masa solat ataupun tengahari sikit sajalah
lepas tu sambung sampai gelap petang.
kaki pula akan masuk lumpur.lepas tu balik rumah korek-korek dan cium .baunya dan buruknya perangai

ihsan Google

cara menanam tradisional (ihsan google)


2. Halau burung
bila padi dah membesar..keluar padi dah. Dari lembut ke keras. Dari hijau ke kuning.
dalam sebulan kot kena jaga dari dimakan burung pipit. Aku dulu punyalah naik benci dengan binatang ni.
jaga itu burung dari matahri belum terbit sampai terbenam..choiii. lama gila.


contoh pondok, lebih kurang ginilah rupa pondok kami..atau lebih teruk dari ini (ihsan Google lagi)

sebenarnya tidaklah teruk mana.
duduk di pondok. sediakan tali yang dipasang dengan kompek-kompek untuk menakutkan burung tu. tarek jak tali tu selan 3 minit
tapi..dalam setiap sejam gitu, kena round keliling sawah untuk pastikan tiada burung degil stay makan padi.
kadang burung ni boleh nampak dari pondok. Kadang ada yang biadap dan bajet teror tu tunggu ko datang bawa kompek yang dikibar-kibarkan barulah dia terbang. Tu pun dekat-dekat jak terbangnya. Nanti datang lagi..bikin fanas!
fasa paling sakit masa padi tu masih menghijau, masa tu kalau tekan padi tu rasanya macam manis-manis, lembut macam tepung buat goreng pisang.
masa ni burung sangat gila meroyan mau memakan.Iyalah kan, sedap..lembut.
kalau dah start menguning, burung kurang makan sudah.sebab keras kan.

kalau burung dah makan masa belum kuning. padi tu tetap ada ..tapi kosong di dalamnya. ( namanya ampas padi)

kalau sudah namanya jaga itu padi, kirim salamlah mau tengok kartun kah..tv kah..seharian hang staylah dekat pondok tu..huhu.
tapi aku selalu juga mengelat kot, suruh adik aku jaga.
ataupun aku tertidur di pondok.
heeee.
sebab tu lah, aku rasa perit ya ampun.

3. musim menuai
kalau fasa jaga padi dari padi tu keluar hasil hingga menguning..sakitnya tidak seberapa bila banding dengan fasa menuai ni.
huhu. kena sabit, terbongkok-bongkok ya ampun.
lepas sabit, kena angkat dan kumpul di satu kawasan.
ni janganlah bajet jaga kulit, jaga apa kan.
kadang tergatal-gatal juga kaki, tangan, badan..segalanya laaa.
orang Bugis bilang menyangking..kalau hujan dan berangin padi akan sengetlah macam dalam gambar ini (ihsan Google)


4. Memisahkan buah padi dari pokok.
yang ni pun penat.Sebab kena banting padi tu.
kalau matahari terik lagi lah best tahap cendawan goreng.
pedih mata, gatal-gatal.
kami guna drum (ihsan Google saja ni)



ada guna kaki..tapi kami tidak guna, lebih teruk dan macam kurang ajar dengan makanan...hahah (goole puny ihsan)



lepas tu kena pisahkan cebisan-cebisan pokok dari padi.
baru kena jemur, sudah kering kontang baru boleh masuk karung.
biasanya makan 3 hari begitu. Kena ulang jemur dan pungut.

proses jemur..sambil jemur, buang cebisan pokok (ihsan Google lagiii)


6. Proses simpan
erk.sebelum simpan, kena buang dulu padi yang tiada isi. Yang ni pun kerja berat.
kami guna kaedah senang.
sebab rumah lantai kayu, jadi padi di tuang dari lubang tu. Lepas tu di bawah rumah ada kipas. Yang kosong kipas tiup ke tepi. yang tinggal yang berisi la.
masukkan dalam karung, jahit..dan simpan di rumah. Padi ni memenopoli 40% ruang rumah.
hidup bersama padi lah jawabnya.
lagi bila rumah kami masih kecil lagi masa tu.
ui..yang paling sandi, masa belum ada kipas, dan belum tau boleh guna kipas..kami kena guna nyiru (orang bugis bilang pettapi).kami kibas-kibas, sampai macam apa dah

7. bila dah habis proses ni
datanglah beberapa pembeli padi.
beliauku memang anti dengan KPD, walaupun KPD ni bagi racunla untuk kegunaan padi. Sebab harga dorang murah ya ampun.
tapi kalau tokey cina. Memang suka, sebab harga dorang agak mahal.
lupa sudah berapa harganya.
tapi masih tidak layak bergelar orang kaya juga.
lagi senang, padi tu dimesin..jadi beras..dan dijual dipasar. Biasanya harganya RM2 sekilo. Kalau padi merah atau padi bukit mahal sikit RM2.50 gitu.
jadi kalau laku 10 kilo, dapatlah RM20.
masa ni orang kampung aku banyak juga yang jadi peniaga beras ni.Jadi kami bersainglah.
orang lebih suka beras yang kurang hancur.


sebenarnya, semua fasa sakit.
sebelum segala fasa di atas, kena sediakan sawah dulu, sawah tu kena lembik dan senang untuk menanam. Ada air yang cukup. Ni kerja bapakulah, dia melembutkan sawah dengan hanya mengcangkul. hoi..penat itu kerja, sebab tu kaki bapaku sangatlah buruk, asyik berendam di lumpur. Eh tetiba aku sangat rindukan beliauku itu.isk isk.
bapaku ni live dia sawah..sawah..kebun..kebun..sebab tu aku mau sangat, bawa dia jenjalan ..harap Allah kabulkan niatku ini. Aminnn.

kadang tu air sungai tiba-tiba banya, maka saliran tu haruslah tidak memasuki petak sawah. Bapakulah punya kerja.
Terkadang tu bapaku malam baru nampak di rumah. Seharian dia di sawah.
sekarang ni dia mau join kelab 40 hari keluar bertabligh, aku memang tidak membantah..iyalah dah lama sangat hidupnya asyik dengan kerja..kerjaaaaaaaaaaaaaaa.

bila..fikir balik, memang susah. Tapi itu kan hidup. Paling tidak kita makan hasil dari usaha kita. Cuma sekarang ni, kehidupan nampak senang sikit.Sikitlah, jadi macam orang kampung ni hidup mewah, semua main beli kan.Beras pun. Kami pun dah tutup sawah tu tanam sawit. Rasanya kamilah orang terakhir tutup sawah. Orang lain semua dah seronok dengan sawit berbanding padi.

 



ni sajalah daripada kamera sendiri..akupun lupa dah bila ni. Yang pasti adikku belum baligh lagi masa ni..hee. Yang kecil comel tu dah Tahun 4 kot sekarang ni,jiran kami yang suka sangat main dekat sawah ni
tapi sebenarnya, padi ni bukan nya susah.Kalau tanam time burung mengembara ke tempat lain, tak perlu jaga pun. kalau ada mesin dan pembaja, tak perlu mengcangkul pun. Tak perlu risau nak menanam pun.
tu lah yang aku nampak dekat Kota Belud, kalau tidak silap...projek Bernas.
dekat Kedah..dekat Tg Karang.
usaha ni nampak kecil tapi untuk produk negara juga.
kalau asyik BERNAS yang monopoli, kesianyalah hidup para pesawah. Dah tu harga tiada nego ya.
takkan nak bagi semua sawah kena timbus untuk buat perumahan, atau tanam benda yang lain..tak pun buat kolam udang kan.
lama-lama kita hidup dengan bergantung pada negara luar. Semua benda nak main import. Memanglah lebih murah..tapi kalau dah bergantung sangat, nanti Thai, Vietnam apalagi ntah negara yang jual padi tu bagi harga mahal..kita pun terpaksa beli, sebab kita dah tiada pilihan.

sekarang ni, dah banyak kot kajian dah dibuat agar padi Malaysia juga berkualiti.
rugilah kan..kalau mengizinkan monopoli berlaku. Lepas tu banyak pula projek tambak sawah, buat kolam udanglah..kolam ikan la.

haiiiih.
"Ya Allah..padaMu jua kami mohon kekuatan".