31 March 2011

hari ini terasa begini



Emm. Semalam patutnya saya kena g klinik. Kena cucuk tangan untuk amin darah,test urin,scan tumbusaran janin.
ingat ni, bila JM Fadzilah call tadi.
"thax misi".

Tapi, semua tu saya dah stop.
JM nasihat tadi,
nak ngandung balik. Kena jarakkan dulu.

Lepas tu, kenalah saya berpantang jugak. Emm. (saya macam tahu ciput jak pasal pantang ni..)
saya pantang angkat berat, jalan laju-laju, makan kangkung, minum air soda&tajam2, berdiri lama..mop lantai pun saya pantang sekali..hehe
mak pun nasihat banyak "jangan cuci kain dulu..nanti urat tangan ter
sentak..bahaya untuk rahim".
tapi saya cuci juga sikit-sikit..kalau tidak bertimbunlah jawabnya.

yang pasti saya kempunanlah nak dapat baby tahun ni. (umur 50= anak 26,kalau dapat hidup lagi).
eh..tapi saya yakin hikmahnya banyak..beribu-rubu lemon( yang saya nampak sekarang pun dah banyak..yang akan datang tentu lebih banyak..insyaAllah).
kawan-kawan kata 'dia dah tunggu kat syurga'.amin40x. betulkah?. saya pun tidak pasti. Saya ingat dia masih belum ditiupkan roh. ehe..jahilnya saya.
Oleh itu saya nak usha-usha gaklah pasal baby out before waktunya kat buku2 or kitab2


19 minit lebih borak gan lecture kat telefon tadi. Panjang nasiha
t dia.
Yang paling saya ingat
"kena kuat,pujuk-pujuk diri".
siap nak bagi kismis zaffran. terima kasih Puan!.
terharu jugak gan keprihatinan puan.

alhmdulillah saya dah terima hakikat ini. Lebih-lebih lagi, kalau terdetik rasa 'masa usap-usap perut sebelum misscarriage', suami mesti ada. He give hug. Dia pun rasa sama. Moga pengalaman ini akan lebih memaknakan hidup kami.

untuk kawan-kawan&guru2 yang mesej, call, & give kata nasihat. Saya amat menghargainya!.
kawan-kawan group yang bagi banyak excuse kat saya!
terasa hidup lebih bererti.

"kehilangan ini mengajar saya untuk sentiasa memaknakan peluang!"

p/s-->> gambar kaut kat google

nota tumit:
saya nak jadi orang yang cakna jugak!

25 March 2011

tiada dah


Hari Rabu lalu (23/3/11). Hari yang penuh dengan rehat.
terkejut sekali lagi, aliran darah terlalu banyak.

"apakah?".
cepat-cepat saya memesej incik suami. Untuk memaklumkan.
sebagaimana pesan orang klinik.
"kalau darah banyak keluar..cepat datang klinik".

jam hampir ke pukul 4 sudah,
incik suami belum tiba,
padahal mesejnya suruh bersiap.
perut dah mencucuk!.

"ada Viva student..kena tunggu siap..".
oooo..saya harus faham.

sambil menjama roti dan air kosong,
coco-crunch+susu,
saya menunggu-nunggu, sedikit video cuba dibuat untuk persembahan minggu depan.
sakit makin menekan-nekan!.
seperti sengugut!.
saya gagahkan diri juga.

sebelum pukul 5, incik suami dah tiba diluar pagar. Menghon-hon tanda minta cepat.
sedangkan saya terkial-kial memasukkan kunci ke pemutar pintu.
terasa payah menegakkan badan.

"kenapa?".

saya hanya diam. Tidak mampu menerangkan.

"sakit". air mata saya dah keluar.

..........................................

"klinik dah tutup?".
incik suami cepat-ceoat masuk ke ruangan klinik ibu&anak.

tekanan darah saya diperiksa, keterangan diminta. Sakit!.

"dr dah balik...so..nak refer ke Hospital Tg.Karang?".
saya hanya angguk.
incik suami tidak puas hati. Mungkin semasa berbual di kereta tadi. Saya tersebut Hospital Sungai Buloh!.

"mana lebih dekat?." Incik suami tanya kat sorang lelaki, mungkin pegawai perubatan di situ.

"baik Hosp. Sg.Buloh..sebab sana ada pakar".

saya dibaringkan. Tangan dicucuk jarum sepanjang jari kelingking!. sakit lagi!.
badan saya dimasukkan air.
entah apa tujuannya.
mungkin untuk elak saya terhidrat.

van ambulans dah ready di luar. Saya segera dibaringkan. Seorang jururawat yang mengisi kad booking saya 4 minggu lepas menemani. Dia adalah pegawai on-call.

"saya pening..tak boleh pandang belakang".
dia memaklum.
saya hanya senyum.
kaki saya diselimutkan.
sedikit sakit masih terasa. Tetapi tangan kanan tetap dengan kesakitan jarumnya.

saya berbaring dan merenung langit sepanjang jalan.
bunyi siren ambulans membuatkan saya sesak dada.
saya sedang sakit!.

......................................................................
sampai sahaja di ruangan KECEMASAN, saya didaftrkan. Diambil tekanan darah sekali lagi. Beberapa pesakit membuat saya terinsaf. Ada lagi yang lebih daripada saya!.

hampir 15 minit menunggu, saya ditolak ke bahagian wad bersalin.
wooo..saya hanya mengikut. Terasa ada baby pulak.

saya dimasukkan ke bilik EPAU,wad no 16.

"Dr Ahmad!".
aduawai...kenapa lelaki pulak.
saya tidak betah duduk. Darah dah memenuhi ruangan belakang baju. Agak lama menunggu, seorang jururawat muncul. Jam menunjukkan pukul 7.

"nah..pakai...buka semua seluar". Kain berwarna pink diberikan.

sedang tangan saya setia dengan botol berisi air yang memasuki badan melalui tiub. Saya perlu memakai kain pulak..alahai..

saya segera masuk ke tandas dibilik itu jua.

darah menitik di lantai.
banyaknya darah saya!.

saya berjalan bagaikan orang masalah lutut.

"ekkk".
seketul daging sebesar tapak tangan keluar di kain pink.

"this is my baby?". Saya tidak dapat menahan mata. Dia dah pergi.........

........................................................................

"kenapa awak menangis..sepatutny awak bersyukur..manalah tahu..lahirnya nanti tak cukup sifat". Jururawat itu menegur saya yang menangis bagaikan kanak-kanak yang dicuri ais krimnya.

"saya sedihlah nurse". saya ingin membela diri. Tetapi..

"apasal duduk situ". Dia menegur saya, apabila saya terus duduk dikerusi milik Dr agaknyalah. Sedangkan saya sudah dipenuhi darah. Dia mengambil bekas untuk menempatkan janin tadi.
saya ingatkan tidak cukup,rupanya kecil sahaja dia. Sesuai dengan umurnya, 9 MINGGU 3 HARI.

innalillah..wainnalillahi rajiun..
sykurlah.dia keluar secara baik. tidak perlu dipaksa keluar menggunakan alatan pulak!
selepas menghubungi suami, saya diberikan katil untuk berehat.
saya memaksa suami saya masuk, walaupun undang-undang hospital tidak mengizinkan.

"tolonglah Cik...isteri saya sangat sedih sekarang".
Saya mendengar perbualan suami dan...mungkin scurity kot.
ya...saya memang sedang bersedih ketika itu. Dan saya tahu, saya sedih bersama-sama...


"sabar ya sayang...Allah mesti bagi hikmah banyak".





nota tumit:
moga masih ada peluang untuk saya menjadi isteri yang terbaik untuknya. Aminnnnnn


14 March 2011

emo


Hari ini, saya memontengkan diri untuk ke kelas.
Saya rasa bersalah atas 'kelakuan' buruk ini.
(semoga Allah mengampunkan saya).

Saya berasa bersalah yang teramat,
(semoga setiap kali melakukan kesalahan, saya merasakan sebegini).

Saya mendudukan diri, semasa menunggu masa hari ini.
YA. Saya bukan tidak larat sangat.
Tetapi saya memang kurang tenaga.

Saya harus makan,
walaupun nafsu makan saya telah bersembunyi.
saya harus bergerak dan menghirup udara segar.
walaupun saya hanya mampu untuk berbaring.
semuanya kerana nyawa yang sedang 'hidup' di rahim ini.

Kadang dan ketika saya berborak-borak bersama-sama 'dia'.
Sebagaimana yang dilakukan si abinya selalu.
kadang saya berasa hanya mampu mengusap.
Semoga KAMU akan lahir dan menguatkan semangat.

Perut saya panas.
Saya bingum, perut @ rahimkah yang sedang panas?.
Yang pasti saya hanya makan Nasi Biru pagi tadi, yang dibeli oleh kekasih hati.

Saya tahu,
saya sedang lapar sebenarnya!.

lalu saya cuba menguatkan diri dan semangat.
saya perlu keluar untuk membeli 'isi perut'.
saya sedih. Saya tidak lagi boleh seperti sebelum ini, melangkah dengan cepat dan makan mengikut 'mampu'.
oooh..saya merasai sedikit pengorbanan ibu saya dulu.

Ibu saya?.
Sabtu lalu, dia terjatuh dibilik air. Lantai licin.
saya hanya dapat bercakap dan meminta bapa berjaga-jaga.
saya seperti pingin saja melayangkan diri, duduk di sebelah ibu.
"semoga ibu selamat dan tidak cedera teruk".
bapa menyalahkan adik yang menyebabkan lantai licin.
saya sedikit emo.
Bukan masanya mencari siapa salah. Tetapi bagaimana selepas ini.
Maafkan saya bapa, saya bukan berlagak pandai, tetapi tahu kemampuan bapa yang terbatas.
"Semoga bapa terus kuat disisi ibu & adik-beradik".
Malamnya saya bermimpikan tentang mereka.
Saya sedih.
Di saat begini. Situasi begitu mencabar saya.
Terima kasih suami yang menjadikan saya 'hidup'.

Saya sedang lapar sekarang.
walaupun nafsu makan saya tiada.
sakitnya hati, pukul 9.30, makanan di cafe kolej dah TIADA.
kejam!.
saya hampir saja menumbuk meja.
tetapi...
ya Allah, malunya saya dengan orang yang hari-harinya yang sentiasa lapar!.

saya masih boleh membeli roti,air kotak, junk food untuk terus tidak lapar!.
saya kalah.

saya berharap cukuplah saya yang merasai keadaan ini.
sebelum ini, cafe adalah dapur harian saya, apabila lapar.
dan apabila sistem berubah..saya menjadikan cafe hanya tempat pandang-pandang.
nanti saya repot kat MPP GM!

besok pagi, saya ada test bahasa isyarat.
saya mati selera untuk mengulang kaji,
tidak seperti sebelum ini,
malas bagaimanapun saya akan berlatih dengan DR IN THE HOUSE.

saya tidak sentiasa melakukan perkara benar!.
semoga saya sentiasa memperbaiki diri.
kalaulah inilah hari terakhir saya...
malunya saya berhadapan skrin di padang masyar nanti.

nota tumit:
saya sedang bertatih

10 March 2011

pilihan, makanan dan pilihanraya




salahkah?
bila orang Kelantan tidak boleh telan budu?
rasa tekak kembang kempis..



salahkah?
bila orang Perak, tempoyak tidak boleh tembus tekak?
rasa pelik jak dengan durian yang diperam tu..

tapi tidak salahkan..
kalau orang Sabah boleh jak menyantap budu sambil buat muka toyeee..
(tapi ini bukan saya lah).
makan tempoyak..dengan nasik kosong panas pun cukup. Ini memang sayalah!.

tiap tempat ada ceritanya..ada sejarahnya..ada keburukannya..ada macam-macamnya.

Saya rasa begitu,
sebab..bila saya datang ke tempat orang lain..
saya jumpa macam-macam benda baru..
tapi..saya tidak jumpa pun benda yang sama ditempat asal saya.

sebab tulah..bermusafir mampu menambah pengatahuan..
jauh berjalan..luas pandangan.

jadi..bila ada tiket2 murah (murahlah jika banding harga minyak RON95 yang asyik naik sajja).
jom jalan-jalan ke negeri Sabah.
Sabah negeri di bawah bayu,
negeri tercorot dalam arus modenisasi,
ada macam-macam yang segar-segar dari sana..
ada seafood yang murah-murah (bagi saya tetap mahal..sebab tulah jarang makan).
ada kuih muih yang enak-enak.
ada macam-macam lagi.

apa yang menarik ini.
tidak dapat ditontoni di media massa..
percayalah.

tapi..saya percaya bangat..
kalau Pakatan Rakyat memerintah Sabah.
HARI-HARI MESTI MASUK TV.

saya malas bercerita tantang hal ini..sebab mengundang geram kepada PEMERINTAH.
kadang terfikir kedangkalan PEMERINTAH Sabah yang masih terhegeh-hegeh ikut arahan KERAJAAN PUSAT..sehinggalah segala hasil mahsul negeri tidak dapat SAYA NIKMATI!

Saya berharap sangat,dapatlah menikmati mee goreng cap udang..sambil tengokk-tengok kereta lalu depan rumah tanpa habuk..

tapi..
saya tidak dapat nampak semua itu sehingga tahun 2011 ini.

saya buat porst-mortem,
kenapa di semananjung,kampung kecil,jalan kecil..berturap?.

saya malas cerita dah...
ada time turunlah ke Sabah..sambil cari-cari makanan murah-murah,
jenguklah tahap kemiskinan yang disembunyikan oleh KERAJAAN.

apa-apapun...betullah..kemiskinan bukan menghalang kepada kejayaan, tetapi selalu menjadi menghalang kepada PERUBAHAN.

jom!...UBAH pilihan dalam PILIHAN RAYA

09 March 2011

kali ini


kalau muntah saja.
tiada masalah sangat pun.
mungkin ayat ini sedikit berlagak.
tapi..
bila selera makan sudah tidak ada.
hal ini memang masalah.
lagi-lagi bila kepala pening-pening,
dan badan tidak lalu berdiri.
wao..ini sudah macam orang sakit.
memang orang sakit pun..
sakit untuk orang yang bawa orang.
heee.

tidur,masalah,
duduk masalah,
baca buku tausah ceritalah,
semua serba serbi tidak kena.
tapi..langkah paling selamat adalah tidorrrrrrrrr.

bangun-bangun saja,tekak kembang kempis..
kalau angin keluar..lega sikit rasa..
kalau ada bunyi-bunyi pun lega..

tausah ceritalah pasal suami,
time-time larat mesti gosok baju dia cepat-cepat,
cuci baju-baju,kain-kain kotor cepat-cepat.
kalau tidak,
SUAMI akan buat semuanya.

kalau badan tidak selesa,
SUAMI lah jadi tukang gosok,
tukang bagi semangat,
"sabar".

bersediakah (wahai bakal2 suami diluar sana) ?.

hari ini, isteri duduk rumah.Tiada buat apa-apa.
suami kalam kabut.
gosok baju sendiri.
buat sarapan sendiri.
paksa isteri makan untuk sarapan.
rumah kemas sendiri,
mujur belum ada tukang hambur.

huisssh!..kalau dah nama hidup untuk lengkap melengkapi,
semua benda tiada masalah.


rindu melampau dengan kampungku yang memang kampungan itu (gambar hiasan saja)

pesan orang-orang di kampung,
kena keluar-keluar rumah,
hirup udara segar.
nanti SUAMI balik,minta bawa jalan-jalan,
makan jangan tinggal,
biar MUNTAH selepas makan,
jangan TIDAK MAKAN walau TIDAK MUNTAH.


nota tumit:
dah masuk minggu ke 7

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...