Hari ini, saya memontengkan diri untuk ke kelas.
Saya rasa bersalah atas 'kelakuan' buruk ini.
(semoga Allah mengampunkan saya).
Saya berasa bersalah yang teramat,
(semoga setiap kali melakukan kesalahan, saya merasakan sebegini).
Saya mendudukan diri, semasa menunggu masa hari ini.
YA. Saya bukan tidak larat sangat.
Tetapi saya memang kurang tenaga.
Saya harus makan,
walaupun nafsu makan saya telah bersembunyi.
saya harus bergerak dan menghirup udara segar.
walaupun saya hanya mampu untuk berbaring.
semuanya kerana nyawa yang sedang 'hidup' di rahim ini.
Kadang dan ketika saya berborak-borak bersama-sama 'dia'.
Sebagaimana yang dilakukan si abinya selalu.
kadang saya berasa hanya mampu mengusap.
Semoga KAMU akan lahir dan menguatkan semangat.
Perut saya panas.
Saya bingum, perut @ rahimkah yang sedang panas?.
Yang pasti saya hanya makan Nasi Biru pagi tadi, yang dibeli oleh kekasih hati.
Saya tahu,
saya sedang lapar sebenarnya!.
lalu saya cuba menguatkan diri dan semangat.
saya perlu keluar untuk membeli 'isi perut'.
saya sedih. Saya tidak lagi boleh seperti sebelum ini, melangkah dengan cepat dan makan mengikut 'mampu'.
oooh..saya merasai sedikit pengorbanan ibu saya dulu.
Ibu saya?.
Sabtu lalu, dia terjatuh dibilik air. Lantai licin.
saya hanya dapat bercakap dan meminta bapa berjaga-jaga.
saya seperti pingin saja melayangkan diri, duduk di sebelah ibu.
"semoga ibu selamat dan tidak cedera teruk".
bapa menyalahkan adik yang menyebabkan lantai licin.
saya sedikit emo.
Bukan masanya mencari siapa salah. Tetapi bagaimana selepas ini.
Maafkan saya bapa, saya bukan berlagak pandai, tetapi tahu kemampuan bapa yang terbatas.
"Semoga bapa terus kuat disisi ibu & adik-beradik".
Malamnya saya bermimpikan tentang mereka.
Saya sedih.
Di saat begini. Situasi begitu mencabar saya.
Terima kasih suami yang menjadikan saya 'hidup'.
Saya sedang lapar sekarang.
walaupun nafsu makan saya tiada.
sakitnya hati, pukul 9.30, makanan di cafe kolej dah TIADA.
kejam!.
saya hampir saja menumbuk meja.
tetapi...
ya Allah, malunya saya dengan orang yang hari-harinya yang sentiasa lapar!.
saya masih boleh membeli roti,air kotak, junk food untuk terus tidak lapar!.
saya kalah.
saya berharap cukuplah saya yang merasai keadaan ini.
sebelum ini, cafe adalah dapur harian saya, apabila lapar.
dan apabila sistem berubah..saya menjadikan cafe hanya tempat pandang-pandang.
nanti saya repot kat MPP GM!
besok pagi, saya ada test bahasa isyarat.
saya mati selera untuk mengulang kaji,
tidak seperti sebelum ini,
malas bagaimanapun saya akan berlatih dengan DR IN THE HOUSE.
saya tidak sentiasa melakukan perkara benar!.
semoga saya sentiasa memperbaiki diri.
kalaulah inilah hari terakhir saya...
malunya saya berhadapan skrin di padang masyar nanti.
nota tumit:
saya sedang bertatih