Showing posts with label hari ini. Show all posts
Showing posts with label hari ini. Show all posts

04 May 2011

namamu di Facebook


Dulu-dulu.
Orang nak kawin.
Orang-orang kuat akan tunjuk gambar jak.
kadang gambar pasport.
Tang muka nampak jelas.
Yang lain fikir sendiri saja.

Sekarang ini,ada Facebook. Orang masukkan semua gambar.
Mahu tengok gambar berdiri tegak?
Duduk-duduk?
Makan-makan?
Semua boleh nampak.

Ada seorang kawan tu. Dia kata,tak baik muslimat letak gambar-gambar dalam tuuu.
Semua orang akan nampak.
Bahan fitnah..bla..blaa..blaaa.

Lepas tu..beberapa muslimat yang setuju pun delatelah gambaq-gambaq dalam tu. Sampai tinggal gambar-gambar tertentu saja.
Satu sifat yang baik.
Mengelak fitnah dan penonjolan diri yang lebih.
Saya solute juga dengan orang-orang macam ni. Sebab saya pun payah juga nak delate-delate gambar. Lagi-lagi gambar-gambar bersama kawan-kawan. Ada keindahan meletakkan disitu.

Tapi..masalahnya..
bila kat gambar profile tu. Orang lain tak minta pun letak gambar. Itu prinsip kita kan.
Dah letak nama cam Mawar Din, Serikandi Bunga Raya, Asrar Semerah etc..lepas tu tepeklah gambar-gambar bunga-bunga. Iyalah..selaras dengan nama yang kebunga-bungaaan ataupun keserikandi/an. Tidakpun gambar wanita bermata coklat-bening berpurdah,sambil kening 'tercukur' halus.

Masalah sangat ka?
Bagi saya,sangatlah bermasalah.
Sebab saya ni ada 'sifat baik'.
Payah nak ingat nama orang.
Tapi,insyaAllah senang nak ingat muka.
(Kira visual saya power banding dengan memori).

Iyalah..walaupun orang kata negatif-negatif pasal Facebook.
Tapi kelebihan yang ada perlulah saya manfaatkan.

Antaranya,
menerusakan atau menyambung silaturrahim.
Kawan yang jumpa masa sekolah,berbelas-belas tahun..tup..tup jumpa kat Facebook.
Misalnya.

Atau..kawan-kawan yang pernah berbincang-diskusi-program-bermesra. Lepas tu jarang jumpa,
terserempak pulak dalam Facebook.

Lepas tu..yang 'mesra' sound-sound'. Kita punyalah pening round+refresh.
Siapalah dia ni. Pagi-pagi dah "Kak Maje??? lama tak jumpa...sehat??".

Itu baru sikit.
Kalau yang hidupnya sibuk,yang kita jumpa sekali-dua,kadang-kadang,jarang lagilah.
Ingat dia nak bongkar gambar-gambar kita kat wall tu?
alahai..

"bukan apa...nama Mawar Berduri Tajam..gambar bunga mawar..tong-teng-tang chat..komen dalam FB..bila tanya..alahai..dijawabnya takkan saya pun awak tak kenal sayang oii".

Sudah.

Tidak pasal-pasal benda mudah. Jadi payah.

Kalau sayala
Kalau dah nama gitu. Buat-buat kenal saja. Tapi kalau tertanya "siapa ya?". Harap bersabarlah ya sayang-sayang. (n____n)

25 January 2011

molek

pagi ni.bangkit awal sikit.
bangkit-bangkit terus bermonolog.
tangan pun buat sign-sign.
"oh test pulak pagi ni".
kepala mengong-mengong sekejap.

agak-agak jam berapa ni.
emmm..

lapar pulak.

baru peraasan.
semalam tidak makan apa pun.
ehe.

eh..
aku lupa doa.
kan time-time gini afdal berdoa.
lagi cantek kalau terus pi buat solat tahajud.

terus ingat encik sumi.
mesej kat beliau.
silalah bangkit QIAM.
ngeh2.
angau-angau begini.

tengok-tengok dalam hp ada banyak mesej.
mesej yang bertanya.
mesej yang memaklumkan.
mesej yang mengingatkan.
dan..
paling penting,
semua mesej itu mengingatkan,
banyak lagi perlu diisi dan dilakukan dalam tempoh hidup ini.

TENANG.
pagi ini tenang.
yang dengar,cuma bunyi cengkerik.

aku cuba ingat-ingat.
apa benda yang menghempap kepala ini.
oh..
ada macam-macam.
ala..sekitar diri saja pun.
asimen sekerat dua..
adik nak letak kat mana..
nanti nak test sign-language..
nanti nak isi perut kat mana..
nanti nak fotostat nota-nota..

wahhhh..ciput jak pung.

kalau aku ni bangun-bangun...
aduwai aku ni YB..
kejap kena ke kawasan ni untuk lawat rakyat marhaen..
kejap kena buat sidang media..tepis propoganda akhbar XYZ..
kejap..kena siap-siap,manatau ada SB-SB sedang buat-buat jadi cleaner cuci jalan raya..
ehh..anak-suami-ibu-bapa-mak mentua-ipar duai...
aduawaiii..
aku tidak boleh..
memang aku suka pemimpin yang care pasal rakyat..
tapi aku tidak boleh jadi YB!
muktamad.

jauhnya aku lari..
pulak pasal YB-YB pagi-pagi yang cool ni.

apa-apapun..
aku harap aku dan suami aku..
ehh..dia pun masuk sekali..
belasahlah..
dan..anak-anak aku nanti..tidak akan pilih pemimpin yang dalam otak hanya terlihat 'kesenangan dunia'.
ok.
aku sedar diri.
aku memang tidak patut ajak orang undi PAS.
sebab aku pun masih banyak keraguan dengan PAS.
tapi..untuk calon Tenang..aku ajak undi orang yang sepatutnya..
ngeh-ngeh..

sebab aku belum daftar pengundi pun...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


nota belakang tulis:
pagi-pagi kena ceriakan diri,sebab syukurlah Allah bagi peluang lagi hidup.
(yeahhh)

Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...