30 January 2014

Jual

bismillah.

saya dah start jual barangan.
ops sebenarnya.Saya hanya mau jual barangan yang saya juga gunakan.Gitu..

tapi yang ni saya belum pun guna.Tapi saya memang bercita-cita mau gunaa.
Adikku yang serius dengan masalah jerawatnya serius mau mengatasinya.Dan dia pun membeli dari saya.

saya kata guna 3 bulan, tanpa campur apa-apa produk.Lihat kalau berkesang atau tidak.
Susu Frisomum tu hadiah dari PMC masa Waafa lahir..tapi sampai sekarang separuh lagi isinya.Sebab saya ndak dapat sukai perasanya.Hee (saya tak jual tu)

sebenarnya banyak barangan berjenama Shaklee ni.
tapi kalau yang aku bercita-cita mau jadikan makanan, adalah macam
1. Alfafa
2. Vita-C- sesuai untuk macam aku yang penakut dengan pil
3. Penapis ais.

ni jaklah cita-citaku. Kalau aku kaya raya lainlah. Yalah..dolu-dolu makanan yang kita makan memang cukup zat, sebab guna baja pun kurang kimia. Guna racun serangga pun mungkin kurang. Mungkinlah.
kalau yang makanan laut macam ikang, ketam,kerang,sotong tu semua berkhasiat.Tapi sekarang ni..haiwan-haiwan tu dah makan juga makanan yang tercemar dilautan tu. Mau tidak mau kena ambil dari sumber lain. Macam aku masa mengandungkan dua orang tu. Aku memang ndak suka itu pil zink tu. sebab aku rasa bagus makan kerang jak. Tapi bila fikir yang kerang tu camana, aku makan juga, walaupun lepas tu muntah.

kalaulah masa tu terbuka hati kan, sudah lama ku sambar ini Shaklee. Harapannya yang testimoni tu bukan bertujuan hanya mau kasi laris jualan saja. Biar betul-betul mau beritahu yang kualiti sesuatu produk tu.
kalau KKM kita ni kaya, mungkin sesuai sudah ini produk di letak di Farmasi Hospital kan..kan..

25 January 2014

Sejuk dan berita kematian

bismillah.

hari dah malam larut gitu. So sejuk kan. Biasa guna kipas sehabis putar. Tapi sejak kebelakangan ni, agaklah sejuk.
Sang S pernah tanya, "semalam hujan?"
sebab pagi-pagi gitu teramat sejuk.
padahal ndak pon hujan.

Anakku Waafa berjaga sama..dan memberikan sekali kerja amal untuk umynya. Dia membuang hajat dimalam begini. Mau tidak mau terpaksa berbasuh air yang sejuk.
rezeki Waafa la nak..

Banyak sungguh khabar berita yang menyedihkan. Ayah kawan yang dikenali tetiba meninggal dunia. Ketua Dewan Ulama Pas pon pergi menemui Tuhannya, malah beberapa lagi kes kematian yang menyayukan hati.
betullah
"cukuplah kematian sebagai pengajaran".
walhal hari-hari ada saja berita kematian manusia.

yala..
marilah kita muhasabah dengan baiki apa amalan kita yang masih buruk.Misalan Solat Fardhu. (-__-).

24 January 2014

muhasabah sebelum klik SHARE

aku cuma harap kita tahu mana memberikan impak baik bermanfaat kepada ummat.barulah klik butang share.
terutamanya yang melibatkan maruah dan kesan kepada emosi.
contohnya kisah kematian yang menyayat hati sama ada di Syria, Somalia mahupun Malaysia sendiri.

saya dulu pun suka share. misalan banda yang lawak. Macam karangan budak yang lucu. Tapi bila fikir balik, kang suatu masa nanti si penulis tu dah dewasa. Dan tahu yang ramai orang baca karangan dia dulu..ohhh itu sangatlah membuat dia berasa down. lagi kalau yang share siap buat status memedihkan.
melainkan dia jenis tidak kisah kan..

saya pernah menegur seorang lelaki yang sentiasa mengaku dia Dai'e kerana menunjukkan gambar si totok ameno yang telah meninggal dunia. Jenazahnya disembahyangkan oleh seorang ahli gerakan Islam. Seolah menngatakan begini.
"si totok ni dulu memusuhi perjuangan Islam, namun semasa dia meninggal si pejuang Islam tetap menyembahyangkan jenazah si totok".

hal ini
1. menunjukkan si pejuang Islam manusia yang baik, kerana sanggup datang walaupun almarhum memusuhi perjuagannya.
2. Bila si Dai'e share dan tunjukkan muka si almarhum sekali..apa kes??.
3. Kalau tak letak gambar almarhum. orang kan lebih respek si pejuang itu?

muhasabah.

22 January 2014

Aku, Sawah dan Padi

bismillah.


 tulisan dulu.SINI

aku hangin juga bila Pak Menteri naik campur tangan isu harga padi.
bukan nak membantu, tapi membantut.

terasa segar pula ingatan tentang padi.
aku dan padi..gitu..
dulu lah, sumber rezeki kami ialah jual padi.
ooh.aku tidaklah tau sangat kaedah jual beli ini.
cuma ada masa itu, mamaku elak jual padi dengan KPD.(kira macam BERANAS la kot)
diorang kampung sebut "ke pe de".

mamaku: "Pai kalau 'ke pe de' datang, gitau ndak banyak padi kita ya"
pai:"ok".
Pegawai KPD datang dan tanya dekat Pai yang umur 4 tahun kot masa tu.
pegawai KPD: "dik, banyak kah padi mu?"
pai: "banyak padiku"
(sebenarnya memang tidak banyak pun, tapi dah mata budak kecil..)

sebab KPD tu beli murah sangat.
aku memang kalau suruh ulang balik kesusahan urus padi ni..memang taubat.sebab aku tau susahnya ya ampun.
tapi makan, tetap beterabur juga nasi di lantai
sebab tu terkadang aku ni obsesi sangat makan sampai lincun licin piring.
dah berkurun baru terasa peritnya la hidup dengan padi.

1. Fasa menanam
sandi.sebab kena tunduk untuk benamkan pokok padi di lumpur.
boleh jadi 2 minggu ni lah kerjanya.
rehat masa solat ataupun tengahari sikit sajalah
lepas tu sambung sampai gelap petang.
kaki pula akan masuk lumpur.lepas tu balik rumah korek-korek dan cium .baunya dan buruknya perangai

ihsan Google

cara menanam tradisional (ihsan google)


2. Halau burung
bila padi dah membesar..keluar padi dah. Dari lembut ke keras. Dari hijau ke kuning.
dalam sebulan kot kena jaga dari dimakan burung pipit. Aku dulu punyalah naik benci dengan binatang ni.
jaga itu burung dari matahri belum terbit sampai terbenam..choiii. lama gila.


contoh pondok, lebih kurang ginilah rupa pondok kami..atau lebih teruk dari ini (ihsan Google lagi)

sebenarnya tidaklah teruk mana.
duduk di pondok. sediakan tali yang dipasang dengan kompek-kompek untuk menakutkan burung tu. tarek jak tali tu selan 3 minit
tapi..dalam setiap sejam gitu, kena round keliling sawah untuk pastikan tiada burung degil stay makan padi.
kadang burung ni boleh nampak dari pondok. Kadang ada yang biadap dan bajet teror tu tunggu ko datang bawa kompek yang dikibar-kibarkan barulah dia terbang. Tu pun dekat-dekat jak terbangnya. Nanti datang lagi..bikin fanas!
fasa paling sakit masa padi tu masih menghijau, masa tu kalau tekan padi tu rasanya macam manis-manis, lembut macam tepung buat goreng pisang.
masa ni burung sangat gila meroyan mau memakan.Iyalah kan, sedap..lembut.
kalau dah start menguning, burung kurang makan sudah.sebab keras kan.

kalau burung dah makan masa belum kuning. padi tu tetap ada ..tapi kosong di dalamnya. ( namanya ampas padi)

kalau sudah namanya jaga itu padi, kirim salamlah mau tengok kartun kah..tv kah..seharian hang staylah dekat pondok tu..huhu.
tapi aku selalu juga mengelat kot, suruh adik aku jaga.
ataupun aku tertidur di pondok.
heeee.
sebab tu lah, aku rasa perit ya ampun.

3. musim menuai
kalau fasa jaga padi dari padi tu keluar hasil hingga menguning..sakitnya tidak seberapa bila banding dengan fasa menuai ni.
huhu. kena sabit, terbongkok-bongkok ya ampun.
lepas sabit, kena angkat dan kumpul di satu kawasan.
ni janganlah bajet jaga kulit, jaga apa kan.
kadang tergatal-gatal juga kaki, tangan, badan..segalanya laaa.
orang Bugis bilang menyangking..kalau hujan dan berangin padi akan sengetlah macam dalam gambar ini (ihsan Google)


4. Memisahkan buah padi dari pokok.
yang ni pun penat.Sebab kena banting padi tu.
kalau matahari terik lagi lah best tahap cendawan goreng.
pedih mata, gatal-gatal.
kami guna drum (ihsan Google saja ni)



ada guna kaki..tapi kami tidak guna, lebih teruk dan macam kurang ajar dengan makanan...hahah (goole puny ihsan)



lepas tu kena pisahkan cebisan-cebisan pokok dari padi.
baru kena jemur, sudah kering kontang baru boleh masuk karung.
biasanya makan 3 hari begitu. Kena ulang jemur dan pungut.

proses jemur..sambil jemur, buang cebisan pokok (ihsan Google lagiii)


6. Proses simpan
erk.sebelum simpan, kena buang dulu padi yang tiada isi. Yang ni pun kerja berat.
kami guna kaedah senang.
sebab rumah lantai kayu, jadi padi di tuang dari lubang tu. Lepas tu di bawah rumah ada kipas. Yang kosong kipas tiup ke tepi. yang tinggal yang berisi la.
masukkan dalam karung, jahit..dan simpan di rumah. Padi ni memenopoli 40% ruang rumah.
hidup bersama padi lah jawabnya.
lagi bila rumah kami masih kecil lagi masa tu.
ui..yang paling sandi, masa belum ada kipas, dan belum tau boleh guna kipas..kami kena guna nyiru (orang bugis bilang pettapi).kami kibas-kibas, sampai macam apa dah

7. bila dah habis proses ni
datanglah beberapa pembeli padi.
beliauku memang anti dengan KPD, walaupun KPD ni bagi racunla untuk kegunaan padi. Sebab harga dorang murah ya ampun.
tapi kalau tokey cina. Memang suka, sebab harga dorang agak mahal.
lupa sudah berapa harganya.
tapi masih tidak layak bergelar orang kaya juga.
lagi senang, padi tu dimesin..jadi beras..dan dijual dipasar. Biasanya harganya RM2 sekilo. Kalau padi merah atau padi bukit mahal sikit RM2.50 gitu.
jadi kalau laku 10 kilo, dapatlah RM20.
masa ni orang kampung aku banyak juga yang jadi peniaga beras ni.Jadi kami bersainglah.
orang lebih suka beras yang kurang hancur.


sebenarnya, semua fasa sakit.
sebelum segala fasa di atas, kena sediakan sawah dulu, sawah tu kena lembik dan senang untuk menanam. Ada air yang cukup. Ni kerja bapakulah, dia melembutkan sawah dengan hanya mengcangkul. hoi..penat itu kerja, sebab tu kaki bapaku sangatlah buruk, asyik berendam di lumpur. Eh tetiba aku sangat rindukan beliauku itu.isk isk.
bapaku ni live dia sawah..sawah..kebun..kebun..sebab tu aku mau sangat, bawa dia jenjalan ..harap Allah kabulkan niatku ini. Aminnn.

kadang tu air sungai tiba-tiba banya, maka saliran tu haruslah tidak memasuki petak sawah. Bapakulah punya kerja.
Terkadang tu bapaku malam baru nampak di rumah. Seharian dia di sawah.
sekarang ni dia mau join kelab 40 hari keluar bertabligh, aku memang tidak membantah..iyalah dah lama sangat hidupnya asyik dengan kerja..kerjaaaaaaaaaaaaaaa.

bila..fikir balik, memang susah. Tapi itu kan hidup. Paling tidak kita makan hasil dari usaha kita. Cuma sekarang ni, kehidupan nampak senang sikit.Sikitlah, jadi macam orang kampung ni hidup mewah, semua main beli kan.Beras pun. Kami pun dah tutup sawah tu tanam sawit. Rasanya kamilah orang terakhir tutup sawah. Orang lain semua dah seronok dengan sawit berbanding padi.

 



ni sajalah daripada kamera sendiri..akupun lupa dah bila ni. Yang pasti adikku belum baligh lagi masa ni..hee. Yang kecil comel tu dah Tahun 4 kot sekarang ni,jiran kami yang suka sangat main dekat sawah ni
tapi sebenarnya, padi ni bukan nya susah.Kalau tanam time burung mengembara ke tempat lain, tak perlu jaga pun. kalau ada mesin dan pembaja, tak perlu mengcangkul pun. Tak perlu risau nak menanam pun.
tu lah yang aku nampak dekat Kota Belud, kalau tidak silap...projek Bernas.
dekat Kedah..dekat Tg Karang.
usaha ni nampak kecil tapi untuk produk negara juga.
kalau asyik BERNAS yang monopoli, kesianyalah hidup para pesawah. Dah tu harga tiada nego ya.
takkan nak bagi semua sawah kena timbus untuk buat perumahan, atau tanam benda yang lain..tak pun buat kolam udang kan.
lama-lama kita hidup dengan bergantung pada negara luar. Semua benda nak main import. Memanglah lebih murah..tapi kalau dah bergantung sangat, nanti Thai, Vietnam apalagi ntah negara yang jual padi tu bagi harga mahal..kita pun terpaksa beli, sebab kita dah tiada pilihan.

sekarang ni, dah banyak kot kajian dah dibuat agar padi Malaysia juga berkualiti.
rugilah kan..kalau mengizinkan monopoli berlaku. Lepas tu banyak pula projek tambak sawah, buat kolam udanglah..kolam ikan la.

haiiiih.
"Ya Allah..padaMu jua kami mohon kekuatan".

21 January 2014

feedback Sv yang mengenyangkan

bismillah.

feedback Sv yang mengenyangkan lah sangat

Sv komen kajian awal yang saya buat perlu dibanyakkan lagi dan difokuskan.
aku balas:"Prof, aku nak cari jurnal yang berkaitan tu..tunggang langgang rumahku dah..hahaa
lepas tu..sampel percubaan, dari 5 orang ke 15 orang.Pengsan.*
aku balas dalam hati jak pon.
ya hanana..ya hanana

baru jak aku terfikir mana nak cari cari sampel 5 ornag, sudah dapat arahan minta ditambah.
dan minta dicepatkan.
miahhaha.
opss.memang aku mau semua sattle sebelum bulan Feb.
Feb nak fokus benda lain pulok.

umy ambik gambar, time rasa mau banting abam sebab asyik kasi nangis Waafa

gitu dong.
Bagus juga arahan tu.Biar aku terus jauh dari 'zon selesa'.
huahuaaaaaaaaaaaa.

apapun.hope. aku istiqomah a.k.a mantain dapat feedback yang molek-molek.

ya.hope..hope and the new Hope

19 January 2014

pilih saja

Banjaran titiwangsa ini kadang memberi semangat, kadang sayu jak..teringat banjaran Croker kali..
semasa sesi mendaftar 2012 dulu. Sayar rasa rileks.Namun, bila fikirkan kebanyakan mereka ialah para pendidik yang setiap masa berdepan dengan realiti pendidikan di Malaysia, saya menjadi kerdil yang amat!

susahnya membayangkan perkara yang tidak pernah kita lalui.
pengalaman latihan mengajar pun amatlah dikit yang amat.

tetapi..hari seharian, saya boleh menarik nafas lega dan semput.
kerana pembacaan yang diperlukan dalam bidang ini mendekatkan saya untuk lebih memahami dari mata hati dunia seorang manusia yang masih belum tahu membezakan baiknya dan buruknya. Iaitu KANAK-KANAK.
usah jauh-jauh. Pandang diri sendiri pun..kadang kita tahu benda itu its salah, tapi kita masih buat.

banyak faktor pemilihan yang saya buat. Oleh kerana bidang saya semasa digree adalah pendidikan. Makanya, saya berfikir bagaimana kalau saya teruskan saja bidang dahulu?
tetapi saya juga amat menyukai bidang ini..walau hakikatnya saya bukan suka sangat dengan duni kanak-kanak yang kadang oooh sungguh menginsafkan.
kalau wangi..wangi, comel, baik dimau.Busuk beringus,suka menangis..cepat-cepat lari. Itu bukan pencinta kanak-kanak yang sejati..itu lah aku!. di luar sana pon ramai kan..(ayat cover la ni)

tetapi ntahlah..saya hanya fikirkan ilmu yang aku tuntut berguna dan boleh dimanfaatkan.
lalu saya pun mengambil bidang yang seringkali diperlekehkan orang.
ahh, peduli apa dengan mereka..kihkih

teringat lagi balik..semasa mendaftar dulu, seorang guru matematik yang juga punya digree dalam bidang itu mengambil bidang psikologi. Katanya dia sukakan bidang psikologi itu.
walaupun aku kurang berkenan dengan jawapannya. aku akui ramai yang dahulunya berubah bidang kerana..mereka sebenarnya..tidak sanggup dengan bidang asal, atau memang jiwanya lebih kepada bidang baru itu. entah. wallhualam.

apa-apalah. Semoga kita bukan sesuatu kerana didorong suka-suka. Kerana Malaysia yang tercinta ini memerlukan pakar-pakar. Itu ayat yang selalu diulangin oleh Sang S. Walaupun keputusan digree beliau tidaklah sehebat mana kalau banding dengan saya macam sama jeeee, keberanian meneruskan bidang itu terdorong kerana beliau mahu pakar dalam bidang itu!. Jempol Sang S..anda adalah idola saya. *clapclap*

driver dan co. 
teringat seorang penulis buku agama, rupanya beliau bukan dalam bidang agama, tetapi kerana inginkan kelainan, penulis itu meneruskan pengajian ke tempat yang lebih tinggi dalam bidang agama. Jika kita yang bukan dari bidang agama atau bidang lama dia. Tentu kita kagum. Hakikatnya, beliau boleh ditafsirkan tidak menguasai sesuatu cabang ilmu dengan lebih mendalam.

takpalah. Semoga beliau tetap bermunafaatn kepada agama.

apapun. Untuk menjadi pakar, SUKA sahaja tidak mencukupi.Ia perlukan
KEMAHUAN,KESUNGGUHAN dan kesediann.
cehh. tetiba pulak.
abam ni, sekotak tu dah separuh baru mau pass dekat orang lain


17 January 2014

luahan ayat bersepahan

bismillah.

kan sekarnag ini sudah pagi.
rutinlah sang perajin begini.
begini sebenarnya, oleh kerana saya jenis buat tanpa merancang. Saya telah menjadi manusia paling penakut!.
misalan begini, saya sedang berfirki tentang sesuatu tentang kajian saya, dan tiba-tiba mendapat idea..tesu saya ingin menulis.
dan tiba-tiba Fath duduk di kerusi dan bermain kereta-kereta di keyboard. Atau Wafa minta disusukan atau ditidurkan. Langsung hilanglah segalanya.

tapi kali ini kesnya lain.
saya memang kematian idea untuk menulis.
sebelum ini saya sudahpun menulis tentangnya tetapi cara menulis saya tidak disukai SV saya. Kok gitu..saya harusnya menukarnya ke cara yag lain.
tapi pada masa yang ini saya punya banyak bahan untuk ditulis!

yang bijaknya saya semakin kurang faham apa yang saya ingin cari..
jadinya seharian otaknya asyik mikirin hal itu.
lalu saya berusaha mencari sampai guna ID Sang S untuk memudahkan mencari bahan itu.
tetapi..ya..sudah tentu saya sedang kerisauan, kerana semua bahan itu dalam bahasa asing!

huwaaaa.

hari ini saya marah-marah saja kerjaanya. Marah dan mudah sangat singgah tangan.
1. Fath main air dan basahkan bilik
2. Fath main kasar dengan adik yang sedang enak diam-diam.
3. Fath makan dan sembur-sembur
4. Fath masukkan kertas-kertas lain, semasa saya sibuk memprint jurnal-jurnal untuk dibaca sambil-sambil
5. Fath lewat tidur!

wooohaa..semuanya menuju ke arah anak kecil yang tidak tahu menahu!
siapakah yang harus dipersalahkan, selain diri sendiri???
itu saya akui. Saya yang kurang bijak mengaturkan.

apabila saya letih mengurus, kami sama-sama tertidur. Malah mungkin saya lebih lama tidur!
akibatnya banyak masa saya diisi dengan perkara yang bukan membantu kajian saya..huhi.

ini namanya, luahan hati tanpa hala tuju. Setidaknya saya mula sedar bagaimana memulakan balik..

16 January 2014

anak-anakku

bismillah.

hari ini 15 Januari.Rabu

aku bawa Wafa ke Klinik.
padahal temujanjinya ialah pada 20 Dis 2013!.

akibatnya nurse pun bersifat hangin-hangin. Dan secara mutlak kami menjadi last peserta Klinik Ibu Dan Ank. abi terpaksa balik jam 5 15 pm pi tempat kerja semula.

padahalnya. kami ke Klinik dalam 4.15 gitu...hehehe.
kiranya sejam sahaja lah proses.
Timbang,
ukur lilit kepala,
tinggi,
dannn
suntik!

yahooo.
sesi yang paling cepat sebenarnya. Sebab itu abi suka kalau pegi sebelah petang. (^__^).


abam Fath pon pigi.
mat sudah mengantuk.
sampai sana main dan berdiri tengok orang sekitar kerusi yang abi dan umy duduk.
padahal, kebiasaanya dia seluruh klinik tu di lawatnya.

lucu,
sebab ada budak sebaya Fath,suka dekat kasut Fat yang kotor dan bertanah tu .(selipar tu orang pakai dekat rumah saja, dia bawa sekali jalan juga..)
budak tu muda dalam 6 bulan kot dari Fath.
pegang-pegang kasut Fath.
Fath ni sikapnya adalah 'barang aku jangan pandai-pandai sentuh!'.
jadi Fath pun tolak budak tu.
terdudukl budak tu.
dia bangun dan pegi lagi pegang kasut Fath yang ada belalai tu.
"Nganganagan"!
coi..menjerit dan mau menangis Fath larang budak tu.
hahaha.umy gelak.
abi kata dari tadi budak tu asyik usik kasut Fath.

Fath ni semakin homel.Umy berwuduk. Dia biasa ikut sekali basahkan diri.
tapi hari tu dia diam-diam.
umy dah saspek.
dan betul.
dia menulis dan melukis di dinding.Mujur guna crayon. Kalau pen..kena sudah

"oooh.lukis kangkung ya Fath?"
Fath tunjuk dan gitau, bola, ayam..
ntah apa-apalah Fath.

nampak gaya Fath dah boleh ikut sebut apa yang kita sebut. SO umy kena rajin cakap yang molek-molek ya..
kapal terbang, cicak, nasik, kasut, pen, tibi (TV).

Soleh umy ni memang cepat tiru orang buat apa. Kasut buruk itulah menjadi buruan budak kat klinik tu

lepas tu dari luar jerit-jerit "umy..umy". Fath masa ni umy demam nak tido jak. kalau tak umy tak akan izin abi bakar sampah tepi rumah

kopiah abi juga yang disukainya

paksa adek suruh menyusu dengan abam..hoi

lihatlah lukisan saya

14 January 2014

memanas dengan anak konit

bismillah.

oleh kerana internet ini agak laju bagai siput yang kurang sihat. Aku menjadi sedikit kepanasan. Tetapi apabila Wafa pula naik ragam mau tidur. Menambah lah kepansanku ke 100'C. Sekejap lagi boleh jadi geng syaitinirajim.
Nauzubillah!.
boleh pula aku termemanas dengan baby yang baru 3 bulan++ sebab pukul 4 pagi masih uwekk..uwekkk..nmau umy pegang.

akibatnya, aku menyabarkan diri dengan membaca benda yang menyeronokkan. Gitu dong terapinya..

aku ni tengah memanas mencari 5 orang SAHAJA sampel percubaan untuk kajian maha hebatku ni. Yalaitu..

Oit

09 January 2014

Visi menjadi manusia bermanfaat.

sasaran adalah hala tembakan sesebuah tembakan atau anak panah.

1. Kaunselor Laktasi (
-untuk tambah ilmu sendiri
-ingin membantu mmmies yang sukar direct bf dengan anak dan ada cita-cita untuk menyusukan anak.

2. Buat ban
-sebab suka gilos makang ini ban

3. Buat cake
-suka makang juga
-boleh jana pendapatan

4. Jahit Skirt, Jubah
-love gila-gila pakai
-ooh juga berharap boleh buat jenama sendiri

5. Belajar bahasa Isyarat
-dekat Twintech ada
-untuk tambah kemahiran diri

6. Dapat lesen kereta
-paling penting dalam segala hal di atas!!
-asyik nak tunggu driver free..memang adakalanya merugikan diri sendiri..menyusahkan dan macam-macamlah
walaupun best lagi jadi penumpang.huehue.
- hal kecemasan adalah sesuatu yang tiada siapa jangka kan..

7. Buku ooh buku.
-insyaAllah satu hari 1muka surat.

Sesiapa yang membaca ini.Tolong doakan begini "Jadikanlah Maje ini manusia yang bermanfaat dan berguna kepada jemaah, kepada orang lain..dan berilah dia kekuatan untuk mencapai misi yang gagah ini".aminnn ya rabb.


nota kakiku:
apabila bercita-cita ingin bermanfaat kepada orang lain. Harus menjadi keutamaan apabila melakukan apapun. Yalah hidup ni kan bukan nafsi-nasfsi.
jika tenaga amat terhad untuk disumbangkan.Sumbangkanlah dalam bentuk yang tetap bermanfaat. Bukan hanya bercita-cita.
Wafa jangan boring dengan bermacam cita-cita umy ni..

08 January 2014

misi yang gagah 2014

bismillah.

oo sudah dekat 2 tahun ++ aku jadi suri di rumah.
ok lah kan suri. Jangan jadi biawak hidup..nauzubillah.

untuk 2014. ni misi macam makin bagus aja.
tiada sudah niat untuk kerja full time.
mungkin sebab dalam hati ada taman mau dibina. ceeeh.

misi macam biasa. Untuk diri, keluarga, kaum kerabat dan sekalian alam. amboi gituu.

nak buat buku. Nak buat duit. Nak sumbang duit, terutamanya untuk anak-anak di negeriku yang ku sinta. Nak habiskan belajar yang paling utama!

Mohon dengan sangat Allah bantuin dan tunjuin jalanNya.aminnn

walaupun kiri kanan menduga..harus go on

06 January 2014

Wafa kena cacar air dan tesisku belum start

Wafa terkena cacar air.
pada hari isnin (30 Disember 2013).
lalu aku panik, risauu, dan bermacam-macam lagi.
Temujanji dengan doktor terpaksalah di kasi hold.

umy jenis stress sikit. Lagi bila jumpa Prof. Prof sound kenapa aku lambat mula.
coi..
terus terbayang-bayang kenapa teruk sangt diri ini..kenapa tak buat ni..kenapa cari pasal buat tajuk tu..
lepas tu tidur asyik berjaga sebab Wafa tidak selesa. Sikit nak minta susu.
syukurlah aku masuh kebal dari marah Wafa.
Tapi kalau Fath aku target tahun ni tak mau marah dia. Kalau bengang ingnore saja. Buat tidak nampak tidak kenal.

Tapi, kalau abinya..
yang tu rumitlah.
takkan nak ignore kan.
jadi inilah yang mencabar. Seharian tak sentuh tesis sebab kepala otak masih belum stabil.


abam tetap main susun, termasuk si aumm

entah darimana dapat..kaki kerusi pun jadi mic

balik dari N9. Dah start biji muncul

di perut

kepala
masa ni, berani dan yakin saja sama macam aku juga ni. Piocit-picit lepas tu kelua rair. Tidak lama lepas tu boleh sembuh..
hakikatnya..
Walaupun Wafa kurang sihat, tetap keluar main. (1 Jan 2014)

masa ni rasa mau nangi pun ada

demam 2 hari, mental umy pun bercelaru

atok ada di rumah..dia suruh cari daun peria..mana mau cari


ni mau ke upsi

balik UPSi..dah kurang sikit, suhu pun dah 37 dan makin ok

gambar-gambar ini sepanjang minggu lepas dari 30 Dis 2013-6hb Jan 2014. Setiap hari ada saja ujian datang. Kadang terasa seperti perasaan di atas.

bila terasa down kan. Terus cari kekuatan, ambil masa layan down dulu..

lastly, menyesal sendiri sebab terlalu lama ambil masa nak cool down.lepas tu pujuk diri sendiri. Takpa yang berlalu berlalu, sekarang pandang depan.



Aku akan convo 2014. InsyaAllah. Aminn!

01 January 2014

perkembang bayi hujung 3 bulan., semua ibu/bapa penjaga perlu tau


Milestones By end of 3 months
-Can briefly calm self
-Smiles
-Focuses on faces
- Coos (ini ai pon indak tau)
-Turns toward sounds
- Follows things with eyes
- Acts bored (cries, fusses) if activity doesn’t change
-Holds head up
-May begin to push up when lying on tummy

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...