30 November 2017

Kelahiran Akid Soleh


Alhamdulillah, Akid pun sudah masuk umur ke-6 bulan, bulan ni.

sebelum aku lupa..sebab banyak benda perlu diingat dan dibuat.
marilah kita mengimbas kembali kelahiran Akid Wa Musleh.

Alkisahnya. Sepatut due Akid jatuh pada 10 Jun (nanti dichek balik..macam ragu pula).
yang pasti Akid lahir awal dari tarikh yang dijangka.

Petang sebelum hari kelahiran dia tu...kami pi melihat keindahan dan pesona pelbagai kereta di Carlist event, di Setia Alam. Tempat yang baru naik, dan baru pertama kali  piginya.

SS lah yang rancang semua itu.

dengan Viva kita bergaya kesana, selepas Zuhur. Dan round-round booth kereta di sana.
semua kereta harga 90k above. Hemmm..bukan selera budget kita tuuuu..





sini sajalah kita layan emcee bercakap-cakap
selepas SS round..mehlah kita berundur diri...
ooh ya.. ni adalah selera kita..sesuai untuk jalan grabel dan berhabuk....orang desa kan...

Fath Tanya camana kereta ni boleh buat begitu...hemmmm. Kereta ni bukan saja boleh buat begitu nak...banyak lagi gerakan sebenarnya dia boleh buat...sebab tu harga pun...emmmmm

tengah jalan balik..Nampak dari jauh ada robot sedang berjalan.... test driver bercinta tunggu..ramai betul peminat..kita layan robot ni jaklah...kepayahan juga dia tu berjalan dengan but yang berat.
ada juga benda ni.buat Fath happy dan teruja..alahai Transformer..Waafa terus ketakutan...





siap situ. makan dulu..beli makanan di food truck.hemm
banyak bukan Melayu yang datang. Parking pun siap berbayar. RM5 rasanya. Lupa pula.

Ada kemudahan la untuk solat dan lain tu. Ada buggy jugalah  untuk orang yang perlukan. Kitaorang naiklah...merasa..dan memang dah rasa macam nggak larat sudah gue.

Kita balik, singgah masjid Puncak Alam.. solat dan...barulah perasaan tanda turun.

banyak berjalan kali. Erk..
tidaklah juga..SS yang banyak round round booth. Aku hanya round yang laluan ke pentas..dan  duduk depan pentas sambal ambil free gift yang diorang sediakan.

siap join kuiz hari Ibu rasanya...hadiah telefon pintar itu.

bila turun tanda. Maka solat Asar jadi macam huru haralah perasaan, takut risau semua ada.
ni orang 10 kali beranak, normal kot ada perasaan ini.

lepas tu. kita balik mau maghrib pun. SS kejar waktu meeting.

aku ragu juga sebenarnya. Kena masak untuk makan malam. memang ndak sempat pun SS makan. Jadi setuju kita pi kedai makan, biasa. 

sebab keyakinan naik 70% akan beranak dalam tempoh tidak lama. Terus call mamaku, mamaku ni jenis gitu la. Bila aku call, dia suruh call next time, sebab busy di tempat kawen kaum kerabatnya.
hahah.

malam tu. SS pun pigilah meeting dengan kerisauan juga.
aku gitau, sedia saja kalau dicall suruh balik k.
Dia pun jenis meeting dan balik.
Lepak-lepak..kena tunggu cuti kah begitula.

Dia pun pi.

Aku solat semua.
makin yakin bila sakit start sudah, mengeras begitu.
tanda dari coklat ke arah kemerahan sudah.

silapnya, masa contraction datang..aku lawan. Bukan Tarik nafas...hahah.

kembali zero pengetahuan.

Niatnya, masuk minggu 36 baru kita study teknik pernafasan semua itu.
sebab sejarahnya sebelum ni over 40minggu kan.

silap kau roy. #Studyteknikpernafasan sejak tahu mengandung terus boleh #training setiap hari.

Bila sudah begitu.
Masih yakin, mungkin kalau awal pun. Sekitar subuh boleh ni bersalin..hahah.

yakin 40% begitu.
maka order teh ais la.
Balik tu SS bawakanlah.
teh ais kot. Dengan mihun goreng lebihan meeting.
sedap.

Pak Ipin punya masakan memang sedap. Pi Kuala Selangor cari gerai dia. Di simpang empat tu. Kedai kayu 2 tingkat. Tidaklah bergaya..jadi harga memang cantik punyalah.

SS pun kembali zero.
penat dari event petang, penat dari meeting.
Jadi tidur lah beliau.

aku tidur sekali
tapi, sebab risau melebihi 70%, makanya tidur ayam saja.

risau sebab anak dua tu mau letak mana, kalau aku kena gi kecemasan misalnya.
sebab jiran semua kerja.
eh lupa, ada jiran seorang tu boleh tolong kot.
cuma diorng dua ni, manalah biasa.
terutamanya Wafa tu.
mesti drama air mata kalau buka mata, umy ndakda.


lagipun, esok tu diorang test.
baru jak 2 minggu masuk sekolah  baru, kena hadap exam. Masaklah kome...

bila, fikir macam-macam. Jadi perasaan mengantuk pudar.
tapi try juga tidur. Sebab fikir kena ada tenaga kalau mau beranak ni.
doa. baca quranlah untuk mengawal emosi dan kerisauan ini.

SS pun kejap-kejap terjaga.

barang dah ready,
cuma barang baby, memang baru sepasang baju yang dibeli. yang sesuai untuk baby newborn.
niatnya, bila masuk 36 minggu..bukan saja belajar teknik, Ready juga untuk baju-baju ni.sekurangnya ada 3 pasanglah. 

sekitar jam 3 pagi begitu, contraction memang sekitar tiap 10 minit, masih tidak konsisten. Jadi tunggu lepas subuh lah.

.......
Habis subuh. Mengaji sikit.
siapkan diri, siapkan anak-anak.
memang kena ke hospital.
SS pun dah call klinik di Rawang tu, katanya boleh terima pesakit..anytime.

sekitar jam 7 lebih kita pun start enjin,
start bagitau Fath Wafa..kemungkinan hari ini diorang akan dapat baby.
happy dan blurr lagi.
haha. Hari isnin begitulah ragam budak-budak.

tapiiii..
boleh pula time tu..ada bunyi aneh di bonet depan tu...hu hu.

maka pagi tu...dengan kerisauan, air cond off.
hantar budak dua ni.
siap kiss dan minta diorang doa depan umy.

memang sakit agak kurang dari 10 minit setiap kali datang,
sebab SS pun mau tau perkembangan.
dan aku macam mood lebih kepada camana ya nanti..jadi aku pegang paha dia,kalau cengkam tu..bermakna sakitlah.

jadi, dalam kerisauan kereta tu.
risau juga terberanak ahaha. #periksa kenderaan tu memang haruslah pengajarannya

setiap kali jalan tidak rata, SS perlahankan.
hentakan tu, boleh bagi sakit .

ok, sampai klinik, betul macam ndak larat jalan sudah.
perangai sangat ni.

orang yang jaga bahagian bersalin tu...Nampak..dan tegur
eh macam sakit sangat dah tu...
bertambah debaran dan risau.

aku masuk LR, SS tidak dibenarkan masuk lagi.
aku minta dia belikan kurma apa-apalah untuk alas perut.

siap tukar dan masuk ubat semua. kena pi tandas,
tandas kenalah menapak...huhu.
dekat,
tapi sebab sakit kejap-kejap. Rasa macam jauhnya tandas tu.

selesai buang air semua.

barulah..disuruh aku baring. Sebab bukaan sudah 5cm kan.

seriau tengok katil tu...seketul disitu.
tinggi pula.

doa sejak dari rumah tidak putus.
minta dimudahkan.
dapat hadap sakitnya.
tiada koyakan.
dan lupa pula, minta lepas baby keluar aku boleh tertidur aman sekejap. Qodha tidur malam tu yang terganggu.

bila air ketuban dipecahkan.
chek degupan baby dipasang di perut.
aku pilih kedudukan mengiring ke kiri.

diorang pasang surah.
Alhamdulillah.
aku boleh ikut baca sekali.
sambal masih macam aduhhh..aku bersedia kah ini?.

SS di luar pula.
jadi, minta nurse situ panggil.

bila sakit sangat, sampai aku hanya diam hadap.
SS pegang tangan.
nurse urut bahagian atas punggung tu. Ada kelegaan sikit.
sampailah memang sakit yang tidak dapat aku hadap.
terus inform salah..."macam nak berrr..."

bidan tu boleh Tanya nurse dia dah masuk ubat membuang tak?.
bidan tu baru masuk dengan nurse lain.
dan nurse yang jaga aku tu pula, mengandung juga...huhu,

bila aku Tarik tangan SS, sebab sakit yang maha aku sebenarnya tidak mampu hadap.
nurse jaga belakang aku tu baca doa nabi Yunus. aku ikut siap baca doa mudahkan, jangan susahkan.

bidan tu tengok jam saja sambal siapkan alat.
tung tang, bunyi besi. Aku boleh Nampak semua tu...
seriau semua ada.

dalam kepala fikir, keluarlah sekarang.

bidan chek bukaan. Suruh aku bertahan lagi.

sampai betul sangattttttttt tidak boleh hadap sakit.

bidan pun, suruh aku baring terlentang.
masalahnya, aku tidak boleh.
kena bantu.
SS pun bantu bersama nurse yang mengandung itu.

ok, bolehalah ni.
kepala dah Nampak. Gitu kot ayatnya.
SS menunggu disisi saja.

ya rabb. punya kepayahan aku.
teran.

teran.

rasanya dalam 3 kali atau lebih.

aku dengar bidan tu kata, "scissor!".

huwaaaaaaaa..kena gunting ka?

rupanya untuk gunting tali pusat.

aku lupa, siapa potong, SS atau bidan tu...

bila Akid keluar, Nampak dari belakang dia...ya...baby BOY!

terus nurse yang bantu bidan letak dibawah kaca tu. Akupun baru dapat bersuara. "Akid soleh!!!..Assalamualaikum!".

wahh..dah ada nama. Kata bidan itu.


Akid lahir. Jam 10.32am. Pecah ketuban sekitar 9.30am. Patutlah bidan asyik tengok jam tadi, Mau membuat jangkaan sebenarnya. yalah diorang kan ready kotlah ada lagi mau beranak . Aku rasa aku pembuka hari tu.


lepas tu.
aku biasanya terlelap.
tapi kali ini. Segar ok mataku.
rupanya....
sakit dijahit lagi la. rasa bius tu tak makanlah, Klinik please sediakan yang dos tinggi..huhu.

huwahhhhh..dengan nafas yang macam lemas. kena jahit pula.
sakit contraction lepas pecah ketuban sekitar 20 minit.
sakit ni pula, melebihi 20 minit..dalam sejam juga rasanya.

tengah jahit, boleh pula...benang habis..
kenalah tunggu sekejap.

lepas jahit, barulah bidan keluarkan uri.
terasa jugalah uri itu keluar...

lepas tu, bidan macam asyik lap-lap..minta kain tisu dari nurse.
macam bidan cuba guna Bahasa aku tidak faham.
tapi aku yakin, ada something ni.

siap tu..memang macam OKU ok. langsung tidak mampu angkat badan.
hilang keupayaan.
sampai nurse minta tukar katil. aku tidak mampu angkat diri.
Allahu....baru aku faham, perasaan Ras Adiba tu...
solute habis dia punya semangat.

SS dan nurse lah yang bantu.
nurse tu dahlah mengandung.

bila ditolak masuk bilik wad.
betul aku macam lain sangat perasaan, dengan nafas yang ala-ala orang lemas.
gitu kot, masa SS sakit tu..paru-paru banyak air... :(.

cium tangan SS.
minta halal semua.
SS suruh sabar.

minta pasang tv. ada video Mariam bersalin saja.
itulah yang aku tengok.

SS pula kena kejar pi ambil anak. 
sebelum ambil anak kena chek kereta dulu.
dia pun sarapan belum.

minta dia pigilah. lagipun aku boleh tekan loceng kalau mau minta tolong semua.

bila SS jalan, aku macam mata segar bugar..huwaahhh.
susahnya mau lelap
sakitnya.
badan yang tidak mampu aku gerakkan.
kurma, kismis dan buahan kering tu, trylah telan.
bancuhan ESP Shaklee la juga aku minum. Betul-betul macam OKU.

tunggu SS...
nuse datang, minta bawakan Akid.

alohai...gebunya.


Debab ya pipimu sayang


bersambung....