Showing posts with label perkembangan bayi 18 bulan. Show all posts
Showing posts with label perkembangan bayi 18 bulan. Show all posts

18 January 2021

Bertindaklah awal jika bayi 18 bulan

 bismillah.

.

setelah periksa, semua kategori budak, itu dari kemampuan sosial dan emosi, bahasa dan komunikasi dan pergerakan dan perkembangan fizikal

Jangan lupa buat tindakan segera dengan memaklumkan kepada doktor kepada anak kita, boleh dibuat semasa chekup dibuat diklinik. atau kita sendiri buat temujanji di klinik yang kita pi..

.

1. Tidak berminat menunjukkan sesuatu benda kepada orang lain, terutama kepada penjaganya. (kita sebagai ibu bapa, atau pengasuh budak).

ni, kitalah yang kena prihatin tanyakan kepada penjaga jika semasa dalam jagaan diaorang, budak tu ada perangai ni. Manalah tahu kan, dengan kita budak tunjuk,tetapi dengan orang lain , budak jadi penakut atau apan kan...keutamaan, kita CAKNA, AMBIL TAHU akan kelakuan budak itu walau mungkin kita hanya ada bersamanya dalam jam yang terhad.

.

2. Dah 18 bulan, tapi tidak boleh berjalan. 

kena maklumkan dengan doktor yang merawat dan periksa. Biar doktor buat sesuatu tindakan, biasanya doktor memang prihatin tentang ni. Doktor akan buat surat refer kepada doktor kanak-kanak di hospital misalnya. 

Lagi untung dan baiknya, kalau kita ada panel ada kad medical. Gunakanlah, terus bawa anak jumpa pakar yang sewajarnya.

itu mungkin bukan petanda anak itu ada kekurangan (atau kecacatan), tapi tidak mustahil. Kelebihan dia, bila maklum awal, tindakan awal pun dapat dibuat. TERLALU BANYAK KEBAIKAN bila intevensi (campur tangan pihak membantu) dibuat awal. Sekarang terlalu ramai  pakar-pakar yang sediakn program untuk bantu budak yang ada masalah awal ni.

bahasanya orang sebut EIP,

kredit gambar SINI

ada yang jenis berbayar, ada yang kos tidak tinggi pun ada, yang kita boleh buat sendiri pun ada. Pokok pangkalnya banyak benda boleh buat untuk bantu budak itu.

.

3. Budak tidak tahu kegunaan benda yang biasa digunakan seharian

contoh sudu, benda ni biasa budak tahu saja guna dia, kita bagi budak akan ambil dan buat 'makan'.

tetapi ada budak yang tidak tahu. Ini pun banyak sebab budak tidak tahu, mungkin terlalu selalu dibagi gadjet, makan semua tidak pernah sendiri. Paling orang takut, budak itu sebenarnya ada ciri-ciri autisme. Tapi, semua ini hanya boleh disahkan oleh ahlinya. Yang utama, mak ayah atau penjaga kena tahu jangan BUAT TIDAK TAHU . Yang rugi, BUDAK itu kalau dapat mak ayah begini.

.

4. Budak tidak meniru perbuatan atau kelakuan orang lain


5. Tidak tahu bercakap. Perkataan tidak ada keluar dari mulut


6. Tidak tahu sebut perkataan, sekurang-kurangnya 6 perkataan

contoh perkataan mudah: mata, kaki, makan, dahaga, jom, nak


7. Tidak peduli atau bertindak balas bila penjaga pergi atau datang 


8. Kemahiran budak yang ada, berkurangan atau menghilang.

.

ini kerana, kesedaran dunia tentang autisme semakin membaik. Boleh rujuk poster ini untuk lebih kesedaran tentang autisme dalam kehidupan kita. Banyak ciri-ciri autisme ni. Ini kena belajar lebih lagi. Apapun keutamaan mesti tahu 8 perkara di atas. Jika ada, terus bertindak. Jangan biarkan .

zoom untuk lebih tumbuhsaran. Kredit gambar: Adam-Mila.com

.


                   

17 January 2021

perkembangan baby 18 bulan (1 tahun 6bulan)- Pergerakan dan Perkembangan Fizikal

Bismillah.
.
untuk perkembangan bahagian pergerakan.
mari kita tengok dari :
1. Boleh sudah bergerak atau berdiri, berjalan berseorangan tidak perlu bantuan alat atau orang lain.

kredit  gambar SINI


- BERJALAN SENDIRI TANPA BANTUAN ORANG LAIN ini, adalah fasa setelah budak ni dah melalui fasa yang lainnya, macam dalam gambar poster ni.. kalau fasa-fasa ni tak lengkap, tiba-tiba baby boleh berdiri sendiri...itu bukan kebiasaan ya, makanya kenalah chek, dan eloklah kita prihatin luar kebiasaan itu.


apapun,dalam fasa bab nak berdiri dan berjalan sendiri ni, jika ada bantuan..benda ni boleh dikuasai dengan baik dan cukup. Banyak bantuan boleh diberikan untuk budak ni berani untuk berdiri dan berjalan. Bagi saya, paling utama dalam ni, biar budak tu crawling lama sikit..
.
ni perangai orang luar sana..siap buat pertandingan lagi..

2. Kemungkinan boleh berjalan dan berlari daaa...aktif lah, atau dah dapat kaki , istilah orang kita.
.
boleh tengok VIDEO ini.  rumah  yang ada tangga memang banyak kelebihan lah. Budak pasti akan nak naik dan turun, memang banyak kerja fasa ni. Ada yang pasang penghadang nak elak budak naik tangga, takut jatuh kan.. tapi boleh saja bagi budak itu naik turun DENGAN SYARAT kita kawal dia. Biar budak itu rasa,  tangga itu tidaklah sesuatu yang menyeronokkan, kerana buda itu boleh saja naik turun pun sesuka hatinya.
.
sumber gambar SINI

fasa ni, memang boleh kurus buku lali la, DENGAN SYARAT kita follow dan terus bagi kebebasan bersyarat kepada budak ini. Budak pula, asal nampak ada ruang luas, dia akan terus lari. Tengah dapat tahu, yang dia akan kemahiran berlari kan....mesti budak teruja habis-habisan.
.
sayang kalau fasa ni kita kawal dan tidak bagi peluang untuk budak itu berlari. Apatah lagi bila berlari dan berjalan tanpa kasut.. (biasa kita buat dirumah kan, kita kan jenis buka kasut bila dalam rumah)
.
siap ada kajian lagi dibuat, untuk kesan kebaikan budak berlari dan berjalan dengan kaki ayam..
ada peluang , kita bongkar kebaikan dedahkan kaki budak dengan lantai tanpa kasut ini.

kredit gambar SINI
.

3.Boleh tolak mainan sambil berjalan. Haa...dulu dulu orang buat kereta mainan dengan alat boleh tolak, ni sekarang dah kormesil daaa....sangatlah sesuai untuk umur budak ni.
kredit gambar: manhassan.blogspot.com

 dulu-dulu kita tidak mampu nak beli kedai, siap tayar guna selipar terbuang. Kalau ada ayah ayah atau bapa saudara jenis bijak bertukang, buat guna kayu. Walau zaman itu, kita tidaklah bagi mainan itu kat budak 18 bulan ini, namun, disebalik falsafah mainan itu, ada banyak, dan ia kita buat tanpa sedar tentu nak bawa mainan itu main bersama bersama. Padahal, benda ini buat kemahiran kognitif berkembang. kita


 

kredit gambar : gpsbestari



4. Kita kasi pakai pakaian, budak dah pandai buka semua. Hatta pempes dia dah pandai buka sendiri...kira dai test buka, lama-lama dia tahu dia dah terror buka sendiri. Kadang buka seluar sendiri

kredit gambar : PHOTOALTO/VEER

5. minum guna cawan, selama ni kita dah dedahkan...di umur ni, dia pandai dah buat sendiri

kredit gambar::https://www.usa.philips.com/

Kemahiran ini, akan nampak hasil bila kita selalu dedahkan dengan cawan. jangan sia-siakan fasa ini. Lepas dah pandai pegang cawan sendiri,kita tidak akan nampak lagi kemahiran satu ni...tau-tau dah pandaituang air sendiri.

6. makan guna sudu, ni tengok kita juga, kalau kita selalu bagi makan guna sudu...dia pun dah belajar. dan akhirnya boleh da h buat sendiri.
fasa ni masa untuk sediakan makanan boleh dipegang,  finger food
kredit gambar : happyfamilyorganic.com

16 January 2021

perkembangan bayi 18 bulan -- Perkembangan baby 1tahun 6 bulan (KOGNITIF- PEMBELAJARAN, PEMIKIRAN, PENYELESAIAN-MASALAH)

 bismillah.

.

kita masih, bincang pasal budak 18 bulan. Perkembangan yang lain yang perlu kita sebagai ibu bapa, penjaga seperti sosial emosi dan bahasa dan komunikasi  perlu ambil tahu. 

disclaimair:  apapun yang ditulis dalam ni secara umum sahaja ya.. nak huraian lebih, kenalah jumpa pakar budak,atau baca benda yang berkaitan biar jelas, biar jelas lagi benderang.

.

C. KOGNITIF- PEMBELAJARAN, PEMIKIRAN, PENYELESAIAN-MASALAH

1. Tahu kegunaan atau tujuan benda yang biasa budak nampak

- seperti telefon pintar (pintar ka?), berus gigi, sudu, 

- benda lain, seperti kasut, selipar, baju. Budak akan buat, pakai semua ni sebagaimana dia nampak dan faham. kalau nampak dia pakai tunggang terbalik, kasi biar. Budak baru nak faham kan...



kadang nampak ahli keluarga dia suka berikir pegang tasbih...pun budak akan buat. Nampak sejadah tiru solat. Ni semua dalam kategori inilah....

kredit gambar: Babycenter.com

walau nampak benda ni tidaklah hebat, tapi fasa inilah budak belajar bercakap, belajar memahami respon mak ayah dia, penjaga dia. Paling utama, budak sedang belajar untuk memahamkan orang lain, kesian kan...mereka sedang struggle, jika fasa ni banyak menangis...itu antara petanda mereka sedang kecewa..ya boleh jadi ya. Menangis bukan semata mengada-ngada, lapar, atau manja.

.

2. Buat sesuatu untuk minta perhatian dan mahu tunjukkan sesuatu yang menarik perhatian budak itu.

tentang ini, macam-macam kaedah budak itu. Ada jenis tarik tangan. Ada jenis pukul-pukul tangan kita supaya kita layan pandangan budak itu.


ada juga cara sakit, kita tengah khusyuk buat kerja, budak itu datang guna kaedah dia. Lastly dia tampar saja muka hang, biar hang stop buat kerja dan layan dia punya pemerhatian. Bab inilah, baru kita kenal...budak ni tak layan..dia main kasaq ya. Ni salah memang ada kat budak, salah kat kita la puncanya. Maka kita perlu bijak bertindak...supaya budak ni tidak buat begitu lagi...

.

'takpa, dia budak lagi'

hah... tentang hal ini tak boleh guna term ni. Tamparan kena dekat kita, kita boleh guna alasan itu..anak kita, Kena dekat orang lain, mendidih member..

kerana budak lagi, kita kena buat sesuatu supaya kelakuan itu tidak tumbuh berakar.

.

3. Tertarik dengan mainan dan haiwan, dan buat kelakuan'sedang' memberi makanan. 

kredit gambar SINI

3. Tertarik dengan mainan dan haiwan, dan buat kelakuan'sedang' memberi makanan. 




kredit gambar SINI

Tentang suap-menyuap ni,nanti kita cuba detailkan kenapa?, apa kebaikan? dan apa kaitan kemampuan menyuap ini kepada kognitif budak. Jangan main-main, hah...semua ini ada falsafah disebalikny.
Sebab itu, ramai kata bawa 6 tahun adalah usia EMAS. bukan semata 60 tahun keatas...


4. Boleh mengenal pasti dengan anggota tubuh badan

kredit gambar SINI


5. Boleh  dengar arahan, walau dengan bercakap. Dengan syarat arahan itu ringkas. Ini disebabkan budak dah selalu dengar arahan ini. contoh, "duduk", "bangun". 

boleh tengok video ni.


Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...