.
untuk perkembangan bahagian pergerakan.
mari kita tengok dari :
1. Boleh sudah bergerak atau berdiri, berjalan berseorangan tidak perlu bantuan alat atau orang lain.
kredit gambar SINI
- BERJALAN SENDIRI TANPA BANTUAN ORANG LAIN ini, adalah fasa setelah budak ni dah melalui fasa yang lainnya, macam dalam gambar poster ni.. kalau fasa-fasa ni tak lengkap, tiba-tiba baby boleh berdiri sendiri...itu bukan kebiasaan ya, makanya kenalah chek, dan eloklah kita prihatin luar kebiasaan itu.
apapun,dalam fasa bab nak berdiri dan berjalan sendiri ni, jika ada bantuan..benda ni boleh dikuasai dengan baik dan cukup. Banyak bantuan boleh diberikan untuk budak ni berani untuk berdiri dan berjalan. Bagi saya, paling utama dalam ni, biar budak tu crawling lama sikit..
.
ni perangai orang luar sana..siap buat pertandingan lagi..
2. Kemungkinan boleh berjalan dan berlari daaa...aktif lah, atau dah dapat kaki , istilah orang kita.
.
boleh tengok VIDEO ini. rumah yang ada tangga memang banyak kelebihan lah. Budak pasti akan nak naik dan turun, memang banyak kerja fasa ni. Ada yang pasang penghadang nak elak budak naik tangga, takut jatuh kan.. tapi boleh saja bagi budak itu naik turun DENGAN SYARAT kita kawal dia. Biar budak itu rasa, tangga itu tidaklah sesuatu yang menyeronokkan, kerana buda itu boleh saja naik turun pun sesuka hatinya.
.
sumber gambar SINI
fasa ni, memang boleh kurus buku lali la, DENGAN SYARAT kita follow dan terus bagi kebebasan bersyarat kepada budak ini. Budak pula, asal nampak ada ruang luas, dia akan terus lari. Tengah dapat tahu, yang dia akan kemahiran berlari kan....mesti budak teruja habis-habisan.
.
sayang kalau fasa ni kita kawal dan tidak bagi peluang untuk budak itu berlari. Apatah lagi bila berlari dan berjalan tanpa kasut.. (biasa kita buat dirumah kan, kita kan jenis buka kasut bila dalam rumah)
.
siap ada kajian lagi dibuat, untuk kesan kebaikan budak berlari dan berjalan dengan kaki ayam..
ada peluang , kita bongkar kebaikan dedahkan kaki budak dengan lantai tanpa kasut ini.
kredit gambar SINI
.
3.Boleh tolak mainan sambil berjalan. Haa...dulu dulu orang buat kereta mainan dengan alat boleh tolak, ni sekarang dah kormesil daaa....sangatlah sesuai untuk umur budak ni.
kredit gambar: manhassan.blogspot.com
dulu-dulu kita tidak mampu nak beli kedai, siap tayar guna selipar terbuang. Kalau ada ayah ayah atau bapa saudara jenis bijak bertukang, buat guna kayu. Walau zaman itu, kita tidaklah bagi mainan itu kat budak 18 bulan ini, namun, disebalik falsafah mainan itu, ada banyak, dan ia kita buat tanpa sedar tentu nak bawa mainan itu main bersama bersama. Padahal, benda ini buat kemahiran kognitif berkembang. kita
kredit gambar : gpsbestari
4. Kita kasi pakai pakaian, budak dah pandai buka semua. Hatta pempes dia dah pandai buka sendiri...kira dai test buka, lama-lama dia tahu dia dah terror buka sendiri. Kadang buka seluar sendiri
kredit gambar : PHOTOALTO/VEER
5. minum guna cawan, selama ni kita dah dedahkan...di umur ni, dia pandai dah buat sendiri
kredit gambar::https://www.usa.philips.com/
Kemahiran ini, akan nampak hasil bila kita selalu dedahkan dengan cawan. jangan sia-siakan fasa ini. Lepas dah pandai pegang cawan sendiri,kita tidak akan nampak lagi kemahiran satu ni...tau-tau dah pandaituang air sendiri.
6. makan guna sudu, ni tengok kita juga, kalau kita selalu bagi makan guna sudu...dia pun dah belajar. dan akhirnya boleh da h buat sendiri.
fasa ni masa untuk sediakan makanan boleh dipegang, finger food
kredit gambar : happyfamilyorganic.com