bismillah,
setelah kita lihat 4 ciri perkembangan yang ada pada budak 4 tahun. SOSIAL EMOSI, BAHASA DAN KOMUNIKASI, KOGNITIF dan juga PERGERAKAN DAN FIZIKAL.
Kita periksa sampai atau tidak anak itu.
Jika perkembangan itu belum dikuasai. Kita perlu cakna dan terus perhatikan. Terutama jika budak tengah bermain.
Sebab, bermain ni sangat penting untuk bentuk kemahiran intera personal dan sosial kanak-kanak. Ok, Dari web KKM
Takut pada pergerakan tertentu contohnya terlalu pantas, perlahan, tinggi atau rendah.
Kurang aktif atau berminat pada aktiviti yang melibatkan duduk.
Masalah dalam pengendalian peralatan permainan dan kurang berminat untuk meneroka permainan.
Masalah tingkahlaku contoh terlalu ganas atau terlalu aktif.
Kurung tumpuan.
Kurang berminat pada permainan yang berunsurkan struktur atau bentuk susunan dan imaginasi.
Kurang sosial interaksi atau komunikasi.
Bahasa pertuturan yang terhad.
Kurang berminat untuk bermain dan memerhati kanak-kanak lain bermain.
Kurang berminat pada persekitaran ketika bermain contohnya duduk bermain di tempat yang sama atau takut untuk menerokai permainan baru.
Kurang minat dan memahami konsep asas seperti nombor, huruf, bentuk dan warna.
Kurang kemahiran atau kebolehan merancang permainan yang melibatkan pergerakan motor, kognitif dan tingkahlaku.