22 January 2021

perkembangan kanak-kanak 4 tahun

 bismillah.

.

untuk perkembangan dari segi sosial dan emosi, boleh baca SINI

.

B. perkembangan bahasa dan komunikasi

1.  Tahu asas kemahiran tatabahasa yang betul. Kalau dalam bahasa harian kita, kita boleh tengok dari percakapan dekat gelaran orang yang digunakan, ada atok ,nenek, kawan,...

.

2. Boleh menyanyi, tiru apa-apa perbualan yang ada nada. Zaman nu banyak lagu yang semakin viral kan...budak umur ni, boleh nyanyi semula lagu tu. Yang hafaz Quran pun boleh hafaz, bila selalu didedahkan. Tu tanda bahasa budak itu telah sampai ke tahap usianya.

.

3. Boleh menyampaikan cerita. Contoh dalam VIDEO ni. Ni semua hasil daripada 'peniruan'. Ada tok guru budak pernah bercerita seperti ini. Siap boleh buat mimik muka, suara ketawa, malah boleh tiru suara amarah. 

- banyak aktiviti boleh menghasikan kemahiran ini, antaranya bacakan buku kepada budak itu. Kegiatan ni tak perlu masa panjang pun, sekitar 10 minit setiap hari, dia punya kesan, bukan sahaja dari segi komunikasi dan bahasa..

kredit gambar : creativechildrencare.com.au

kesan lain, tentulah daripada segi bonding kehidupan diorang. Kemahiran mendengar, kadang kita tak sempat fokus nak didik kemahiran mendengar ni, sebab sibuk nak budak tu dengar cakap kita daaaa...

.

ada anak 4 tahun. Ada money, makanya chek kurikulum sekolah yang nak dihantar tu, bagaimana jadual ni...ada yang buat reading aloud sebagai wajib sehari-hari.

.

4. Boleh cakap nama sendiri, nama adik beradik,nama orang lain yang budak selalu jumpa dalam seharian.