.
Kanak kanak 9 tahun, menurut pakcik Piaget, ni umur start Operasi Konkrit.
.
Pada waktu ini, perkembangan akal mudah dah dikesan. Setelah 8 tahun budak itu buat SKEMA pemahaman, ASIMILASI, AKOMODASI Dan KESEIMBANGAN (menurut teori pakcik J), tiba masanya budak pun gunakan semua proses tu hah....
.
A. Perkembangan Kognitif
Kognitif ni fokus kepada pemikiran dan cara budak ni selesaikan masalah. Dah hari-hari diorang 'up' untuk teruskan proses belajar....
.
1. Tau kegunaan benda/barang/
Budak dah tahu Bab ni. Lagi dengan adanya Telefon pintar,TV pintar Dan bermacam macam kepintaran buatan ni...erm.
.
Budak dah berhadapan dengan dunia persekolahan.
.
Tapi, yang amal homeschooling tu macamana pula?.
.
Haa?.
.
Sebab itulah, kita jangan main sebat hukum saja,cara orang nak luaskan pemikiran budak 9 tahun ni.
Terutama mak bapa.
.
Umur begini, Ada Yang hidup Di sekolah, ada juga yang menjauhi Sekolah.
.
.
Still waters run deep.
.
Budak umur ni sudah Ada pemahaman mana baik,mana tidak.
.
.
2. Banyak benda budak ni berminat. Cuma ada kalanya, diorang boleh berubah minat
.
Maka, umur ni memang kena jaga terutama waktu dengan screen. Boleh jadi benda yang dah bagus diminat. Tetapi tidak suka, kerana terasa Ada benda lain lebih bagus.
.
.
3. Budak umur ni dah mampu membuat penilaian
.
Ko sabajap hadap dia punya penilaian. Jujur tulus dan pedih.
.
4. Budak ni hanya tahu BENAR, SALAH. Ada 2 warna saja. Hitam atau putih. Kelabu? Kelabu cerah?. Semua tidak dinilai ok. Tiada toleransi bab ni.
.
.
5. Diorang mula ada hobi dan membuat koleksi.
Hah...sebab itu screen time memang kena berjaya jaga. Boleh merosakkan perkembangan ni. Dari hobi main Bola, main kejar kejar jadi lebih suka duduk main game. Bukanlah kata main game tu kesalahan.. tapi dia boleh buat budak ni,terlepas hobi dia yang boleh diwujudkan.
.
6. Dalam akademik
Boleh baca Dan fahami 12 patah perkataan.
.
Dalam matematik, boleh tambah tolak,bahagi,darab 2 nombor.. juga faham tentang pinjam Dan nilai benda. Itu sebab ajar BAHAGI Yang Ada Baki, sesuai untuk umur ini.