bismillah.
.
banyak kajian sahih kata usia bawah 6 tahun ialah EMAS.
.
kali ini, saya nak berkisah tentang umur 4 tahun. Biasa usia begini, kita sudah mencari-cari prasekolah, tadika, pusat asuhan yang terbaik. Yuran ala-ala degree kita sudah mula faham. Malah kita rasa , itu sesuatu yang normal.
.
alhamdulillah, jika ada kesedaran begitu. Tetapi ingat, ini baru permulaan, ada banyak lagi perbelanjaan yang sentiasa menanti dihadapan, tidak kira berapa usia anak-anak itu.
.
A. SOSIAL DAN EMOSI.
1. Gembira dan seronok belajar perkara-perkara yang baru
-budak baru nak up kan...itu yang ada mak ayah rasa, hantar ke sekolah di usia ini sangat sesuai....NANTI dulu. Bab ni nanti kita bongkarkan di lain tajuk.
- oleh kerana usia ini budak akan rasa seronok belajar benda baru. Maka, sangatlah banyak modul-modul dibangunkan untuk membina semangat ini dan membiarkan budak itu terus gembira dan seronok.
- modul-modul ini,terlalu banyak sehingga kita tidak perlu fikirkan sangat dah. Cuma, sebaiknya MODUL dan kurikulum itu menepati keperluan budak yang baru mau up diri ni.
.
contoh VIDEO di Youtube ni, kelakuan budak yang gembira amat bila belajar di sekolah...harap dirumah bersambung kegembiraan itu.
.
2. Bermain watak 'ibu' dan 'ayah'.
budak 4 tahun dah tahu apa kerja kerja ibu dan ayah. Diorang boleh copy paste kelakuan itu. Contoh, ibu yang sedang memasak, tukarkan pempes anak kecil
3. Lebih aktif dengan bermain 'make-believe-play'
tiru gaya, watak, pekerjaan dan segala kelakuan ikut kepekaan budak yang menjiwai itu. Masa ni lah budak akan tiru watak tv, superhero, malah sebutan dan perkataan yang keluar. Ini secara tidak langsung mengembangkan kemahiran berbahasa, perkataan perkataan baru dan pelbagai.
ini buat diorang merasai menjadi orang lain..dan ini buat perasaan EMPATI juga ya.
4. Lebih memilih bermain dengan orang lain, berbanding bermain sendiri
namun, harus sedari yang budak ni lain-lain perangai dan cara dia main. Tapi yang pasti budak suka berada bersama kawan-kawan semasa 'sedang bermain'.
5. Ini juga penting dan memang kena-mengena dengan kemahuan dan keadaan semasa bermain dengan orang lain.
boleh berkerjasama dengan budak lain semasa bermain. Ini ada huraian, kenapa dia nak main bersama dan sanggup berkerjasama. Yang utama dia BOLEH BERKERJASAMA.
nak bergurau pun, memang budak nampak semua itu betul.
.
7. Seronok berkongsi perkara yang disukai dan yang menarik perhatian
ni sembang memang sangat penatlah nak berhenti. Lagi kalau dapat orang yang bijak bawa berbual.