Showing posts with label mya. Show all posts
Showing posts with label mya. Show all posts

14 July 2014

Kenanga, baju raya,baucer buku 1 Malaysia.



oleh kerana SS tidak lagi ke UTM seperti sebelum-sebelum ini. Maka SS meminta tolong kawannya untuk diambilkan baucernya.
dan lama menunggu. Akhirnya baucer pun datang.
kebetulan, Sabtu itu mau ke KL konon. Mau berbelanja raya.
sedangkan kewangan terumbang ambing.



tu dia: sebelum berkaki-kaki kan haruslah aku berusaha menyiapkan bab 2 dan hantar kepada Prof A. dan aku minta pertimbangan kasih sayang SS jaga anak kecil comel nak rak.
SS pun jaga.
Wafa memang pengikut setia (sesuai dengan nama . Wafa: taat) kepada abam. Abam bermain kereta di luar. Wafa pula menjejak dan mengikut kemana abam pi.
sekali abam ke belakang rumah!

sikit lagi ke kawasan parit paritan.
Tahniah abi!.

terus aku stop kan kerja menaip dan membaca jurnal yang sungguh aku tidak suka!. kerana jurnal itu mudah, tetapi kerana bahasa english. Aku jadi merangkak dan merengkot.

Terus pi ambik Wafa.

dan letak dekat bawah. aku teruskan kerja menaip.

sekali Wafa merengek.
dan SS pun pangku.
Wafa mana suka dipangku masa mood tengah best mau main.

Sekali..
tu dia..
merangkak ke depan rumah pula.
sebab abam gi panjat pagar rumah.
haha.

risau ya. Depan tu jalan raya.
kalau ke jalan dia merangkak..camana?
terus aku pun pot pet.

dan SS bangkit.
senang cerita, tutup pintu. Paksa abam masuk. Mau panjat, panjat grill.

cepat-cepat kasi siap taip bab 2 bahagian i. Huh senang sikit, hantar yang selesai. Yang belum kita hantar nanti.

kasi mandi Wafa dan bagi susu.
kasi tidur.

dan siapkan abam.
SS pula malam tadi, tidur lambat.
jadi memang tidur sajalah kerjanya.

kalau sepuluh jam tidur. bangun 11 kali, baik tidur 1 jam. Lagi berkualiti.
dah ada anak, mau tidak mau begitulah kan.

...............................................................................................................................

Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...