28 June 2013

Perangai sang abang

ok Fath memang baik!

umy say nak solat. Terus pi tarik sejadah.

umy duduk layan perut. Fath say 'dek..dek'. (konon nak tengok adek dalam tummy -__-)

oh dia memang kerap say itu sejak kebelakangan ini.

Semangat la tu nak jadi abang. :)

umy baring pun..hari ni dah 4 kali cakap benda tu dan nak tengok tummy umy. Siap selak baju.#sabarrr#

tapi..satu perangai umy kurang minat. Bila umy solat Fath pi tarik baju di rak sampai habis. dan bila umy tanya napa buat begitu. Fath say alasan sambil tunjuk baju-baju yang sudah bersepaiiiiii.



Umy kena lipat dan susun balik!.

ok. Umy dah emosi ni. Nak pi kemas sepah-sepahan yang Fath dah buat. (-__-).




"ok wajah Fath buat umy rasa bersalah dan nak ciumm walaupun apa dibuat".

18 June 2013

anak makin besaq

baru setahun lebih jak pung... dah rasa besar

sejak aku termakan perkataan 'berdikari', aku dah malas dukung anak aku yang ringan tu.
biar jak nangis sambil aku masak, sambil cuci piring bagai

tapi, sejak umur Fath dah lebih setahun 4 bulan ni. Aku nampak aku beliau semakin aku biarkan berdikari. Dan aku rasa lepas ni, anak aku makin tinggi dan aku akan tidak gagah lagi untuk mendukungnya!. huaaaaaaaa

jadi, aku pelan-pelanlah..kalau dia nak berdukung, aku layanlah..
dia nak minta perhatian, suh aku berhenti buat kerja, aku layanlah..
dia nak aku bunyi-bunyi rimau, sambil main dengan dia aku layanlah..
sampai aku rasa, wah..anak aku makin kurang comel lah..makin besar...!

oh, sejak aku bawa diri pun payah,
aku makin manja,
bawa Fath pun aku berkira..lagi kalau ada abinya.

sebab tu Fah rapat gileww dengan abi..

pengajarannya: jangan sayang keluarkan tenaga untuk dukung baby, sebab nanti baby pun ada hati nak jalan sendiri, buat semua benda sendiri.

hu


gambar Fath yang masa teman abi gi UTM tuk present progress kerjanya dekat lecture. Ok inilah istimewanya bila isteri tak kerja, follow jak kemana big boss. umy nak stay di rumah, mimpi abi nak bagi..Lagi bila ada baby dalam tummy sedang giat goyam-goyam.

Lari jak kerjanya..panat mengejar

Sebab bawa tu laut, abi pegang, klo tidak biar jelah Fath tuu

main panjat tangga adalah permainan yang disukai Fath

Fath campak Bear....

Abi pujuk..supaya Fath pungut sendiri ("kesian bear..nak bangun" )

Ya..Fath buang, Fath pungutlah sendiri..he


umy nak baca pasal Sultanah Johor, tapi dengan gaya Fath yang nak bebas ni....

entah apa benda yang dicari, siap tolak kerusi segala

mungkin berbelas kali ulang benda yang sama..jalan tempat yang sama..

umy hanya bawa Bear dan kereta tu sebagai mainan di kereta..selongkar belakang kereta, Fath jumpa Quran terus duduk..konon baca Quran. Kalau tidak berzip, memang dah terbuka-buka lah Quran tu
(ingat baby nak melongo tengok jalan, sepanjang  beratus kilometer tuuu..huh)

13 June 2013

bebas, cara nak bagi ajar anak

 Hari tu pak sedara zauji datang KL cuti sekolah. Maka kami terbabas mengikuti program mereka. Niat kami hanya ingin bersemuka.
akhirnya membawa kami ke ICT (I-City laaaa sangat). Satu pusat jimba-jimba yang saya boikot sebab tiket parking mahal!. (dulu lah).

Kami biar Fath macam orang dewasa jalan tanpa pimpin.
Dan umy semput nak kejar.
Abi lah yang sudi mengekori kemana saja Fath berjalan.
dan sampai satu saat. Abi pujuk Fath supaya boleh didukung
ya, supaya abi tak perlu terkejar-kejar.
dan Fath tidak perlu lah buat aksi selamba jalan, bagai dunia ini rata saja yaa..

Umy amik gambar jelah

ada makcik tegur
"anak sapa lah ni, mana mak ayah dia".

kita dok dekat jak pun, saja bagi Fath bebassssssssssss.

pujuk 1


pujuk 2



pujuk 3 (yeaa berjaya di pujuk)


MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...