Showing posts with label berani. Show all posts
Showing posts with label berani. Show all posts

05 January 2015

jalan kaki naik motor naik bas naik keretapi naik kereta- PENGANKUTAN AWAM





BISMILLAH.

JUMAAT baru ni SS ambil cuti, sebabnya mau join sukarelawan ke Kelantan..

jadi kami ditinggalin.
ada 3 biji rumah disini yang senasiblah dengan kami.

heee.

fikirin mau ke Rumah macik Santi di Serdang
macik ati pula mau datang Sabtu,
lalu diminta macik ke Serdang la..kalau ke rumah,ku hanya jumpa aku dan anak-anak, lagi SS tiada..siapa mau urus ambil hantar macik nanti...

fikir dah janji dengan macik ati..
hailah..

jumaat tu SS rushing beli khemah.
balik solat Jumaat, makan, ke masjid untuk kumpul..

jadi..memang tidaklah berkesempatan mau hantar kami ke stesen bas jumaat tu..

Sabtu pagi...ikut hati..malas mau pi ..
rumah pun berselerak..hasil kerja Fath dan Wafa..dan umy yang rajin juga mengemas.
dah tahu rajin, pi biar depa buat kerja..pasaipa kan...

lalalalla.

lama-lama dah tengahari cuci CD, sapu rumah, mop, kemas pakaian, jemur CD kemas ini itu..
aww dah pukul 3.30..

masih panas...pukul 4.30 kot..barulah tergerak jalan kaki keluar rumah.
terasa panas, patahlah balik ambilkan topi Fath..

sekali pakainya sekejap sahaja...


berpeluh juga jalannya..
ada 20 minit kot atau kurang..
ada adik 26tahun cekeding naik motor..singgah
mungkin nampak pelik kali orang jalan kaki sambil bawa anak..
maka offer kami naik motor...

mula kata takpa..
tapi tengok cuaca mau hujan..

naik..kata adik tu..jaga-jaga juga kawasan sini..
terus gerun juga rasa//
walaupun banyak jak lalu-lalang kereta.

adik tu bawa dompet untuk mak dia di kedai...
, mak tertinggal dompet..
memang rezeki kami.
ada doa...ya Allah mudahkan perjalanan ke stesen bas.
risau kalau orang kena SS tengok, kang fikir macam-macam pulak depa kat SS.


sampai jak stesen...
.. bas tiada lagi.
Fath tanya mana bas..
ulangan berapa kali juga.

jawablah bas belum sampai. lambat sikit.



Waafa ni kena ikat rambut, kang disaspek lelaki pakai baju robot :)

Naik bas...Fath Waafa penat main sebelum keluar rumah tadi..jadinya gaya mengantuk haruslah ada

16 November 2013

Kinabatanganku

Kinabatanganku.*baca harus suara bergegar*


sejak isu MP Kinabatangan dijadikan baham..aku terus macam ehehehe

1.Kinabatangan adalah satu daerah yang besar nak mampo* di Sabah

2.Dalam Kinabatangan ada sungai yang panjang,namanya Sungai Kinabatangan.

3.Di tepi-tepi sungai ni duluuuuuuuunya banyak hutan, sekarang ni..mau tau kena pi lah naik perahu layari sungai tu.

4.Ok. Ada hutan ada rimau..ahaks.Ada payau ya..payau adalah sejenis haiwan yang sedap giloss.Dan juga comel kot.

Dalam Kinabatangan tu ada kawasan.dalam kawasan ada berjenis kampung gituuu.



Bukit Garam
1. Sangat comel ya namanya. Dan menurut riwayat orang tua-tua, dulu ada bukit yang ada garam (garam bukit).Tapi ntah sapa pi tarah. Terus hilanglah kan yang bukit itu.

2. Kebanyakan penduduk berbangsa SUNGAI.opkoslah kan..Sungai juga adalah sejenis bangsa ya..errr..mungkin lebih enak digelar suku kaum . Bangsa ni lahir dari kepelbagaian cabang sungai. Dulu-dulu kan orang tinggal di tepi dungai begitu. Orang Sungai ni kebanyakan berkulit cerah dan mulus.

3.Kalau dari jalan Utama, Sepanjang jalan ke Sungai Kinabatangan,Bukit Garam ni banyak kampung-kampungnya. Jalannya pun agak kekampungan jugalah. Dah namanya kampung kan.

4.Sumber pendapatan penduduknya adalah pokok sawittt..sarang burung..berniaga..mencuri sawitt..oppss..berkerja kerajaan.

5.Ada satu rumah tu dia jual daging payau. Kami kalau balik, mesti akan buat lawatan muhibbah sambil membeli daging terus ke dapur penjual itu. Rumah tu terletak di kampung..apa yaa..gilos..memang aku tak tau sejak dahulu kala lagi, apa nama kampung tu.

Sebenarnya ramai jak peniaga daging payau fresh dan beku tanpa letak ubat ni.Mau senang terus ke Pangkalan.Dan tanyalah orang disana.InsyaAllah akan berketemu.Kalau tidak berketemu, boleh jak tanya orang sampai jumpa.

Macam pengalaman kami, kami interbiu peniaga kedai depan sekolah, pacik yang duduk tepi sungai tu, penjual minyak petrol dalam gelen tu pun ada. Dan akhirnya kami jumpa ya..Tapi malangnya aku lupa minta no fonnya kan.Bolehlah aku minta komisyen kalau berjaya dipromot..lepas ni aku mintalah.ambil gambar,ingat alamat,no tiang elektrik..gambar rumah.

6. Produa kancil/viva malah proton saga pun ada.. adalah sejenis kenderaan awam. Erk...kenderaan utama yang macam ala-ala teksi.Tapi tidak bermeterlah. Kalau kan kita berlagak macam orang jakun dan ala-ala takut dengan Polis.Konfom akan diminta bayar mahal!.

Diorang ni ada jak yang kurang Ihsan (Allah melihat apa yang kita buat). Malah ada yang lebih teruk dari Ulat di KLIA atau LCCT tu. Tapi mana-mana pun ada kan..pandai-pandailah hidup.Jangan sampai mudah dibaham.

7. Ramai juga anak-anak muda yang mula cakna, belajar ke peringkat tinggi. Termasuklah aku..#kombangkombangkan_idung# maklumlah mak bapaku tiada tanah berekar-ekar untuk diwariskan kepada aku dan adik beradik, melainkan peluang menuntut ilmu. Terima kasih mamaku dan bapaku!! Love U sampai Jannah!.aminnn

ilmu ilmu ilmu

tapi ada jak yang berpeluang, cuma masalah dokumen gitu. Atau ehe masalah yang belum lagi aku kenal pasti.

yang tidak berpeluang pun ada.Sama ada memang tidak mau, malas, kaya, dan sebagainya

8. Sekolah rendah sini berlambak lah.Alhamdulillah. Aku dulu sekolah jauh juga..siap naik lori kalau ke sekolah.Best gila..ndak payah guna air-cond. (ok..tifu..aku malu sebenarnya naik lori,sebab kena buka langkah besar-besar masa naik..eii malu ai).

9. Sekolah Menengah ada dua. Sebelah menyebelah. Satu namanya SMK BUKIT GARAM (SMKBG).satu lagi SMK BUKIT GARAM II..lepas tu tukar jadi SMK LAMAG. Aku sekolah di SMKBG.

Sekolah ni ramai cikgunya orang semenanjung..Kelantan,Kedah,KL ehe ramailah.

10. Ok kebanyakan penduduknya beragama Islam. Ada juga yang Kristian. Yang lain-lain ada juga kot, terutamanya tauke kedai.

11. Ada banyak masjd dan surau yang disukai cicak..opppppps..macam jahat jak. Ada jak AJK Masjid yang akan imarahkan. Yang ni aku kurang tau..sebab aku bukan kaki masjid.

12. Ada Pasar Tamu..erkk..tapi aku sendiri konfius pasar tu terletak di Kawasan Bukit Garam..atau tidak..tapi yang aku pasti itu memang ibarat Shopping Mall lah..terutamanya warga estet..orang estet jangan pulak makan hati..dan warga kampung. Dulu aku suka ke sana..macam satu kehilangan bila tidak pigi, sebab ada jual bundle yang murah-murah dan boleh lagi diskaun sampai 80%. Tapi sejak aku masuk unipersiti,aku kuranglah kesana.Sebab utama, aku menjaga maruah manusia bertudung besar..ce ce ce. Macam muntah sajja..

sebabnya aku jarang balik kampung ba. Dan malu lah bah minta duit beli bundle.Tapi suruh orang belikan bundle aku selalulah. Sebab ndak perlu minta duit

13.Sebenarnya jalannya berturap, ada api elektrik, tiang telefon, telefon awam..dan ada juga yang sebaliknya. Macam aku, untung sikit sebab ada semua tu. Cumaaa..oleh kerana tiada air percuma macam di Selangor..maka kami lebih suka menggunakan air kolam sebagai keperluang selain makan dan minum..

*padahal baru jak pun masuk air, masa dekat PRU13 tulah..pancingan bilang



oklah..kalau aku rajin aku buat sambungan.Kalau indak..naaaa.maaflah ya.

(entry ni tidak bergambar, kerana saya selalu terleka semasa pulang ke kampung sehingga kurang berjaya mengklik gambar kenangan)

23 July 2011

ana Muslim dan Ambiga Kafir.

Minggu lepas saya gan Zauji ke Masjid Al-Baroqah.Masjid yang dekat dengan tokong. Dua-dua tepi jalan. Jalan Klang-Kuala Selangor.

Selain solat berjemaah.Seronok dengan penyampaian Ilmu dari seorang Ustaz.(mau sebut ceramah,nanti ada orang meluat pula).

Zauji kata,ustaz itu dah bagi khutbah sebelum ni.Kat Kota Damansara.Khutbah beliau terselit juga pasal Bersih 2.0.
Itulah uniknya.

Bukan persoalan ceramah siapa dan apa isi ceramahnya.Cuma saya tertarik bila ustaz itu memberitahu pengalaman beliau dapat mengislamkan 19 orang kafir.Masya Allah hebat!

Berbalik kepada persoalan Ambiga. Saya secara jujur tidak tahu siapa beliau. Cuma tahu beliau terlibat dalam kisah IFC dan beliau memang seorang kafir ataupun non-muslim.
(kadang perkataan kafir ini terlalu keras).

Beliau adalah pengerusi BERSIH 2.0.
Maklumat ini yang saya tahu.

Kenapa saya perlu tahu lebih. Saya turun ke BERSIH 2.0 bukan kerana beliau pun!

Dan saya hampir-hampir menumbuk meja bila membaca komen-komen orang yang mengatakan orang Islam yang turun ke BERSIH 2.0 adalah menyokong Ambiga yang kafir itu (maafkan saya).Ambiga yang bukan Islam itu.

Lagi-lagi boleh bikin sasau bila yang menuturkan itu, adalah seorang yang menggelarkan dirinya ustaz.Tok guru. dan sebagainya.

Apa punya teruklah mereka itu.

Apapun melayan mereka bukan penyelesaian. Persoalannya Si Ambiga Yang Kafir itu (maafkan saya lagi Dato') memang tidak terdedah dengan hukum Islam. Kerana keadaan negara kita sememangnya kurang pendedehan.Melainkan beliau rajin ke kelas-kelas,ceramah-ceramah,atau halaqah ilmu untuk mengatahui berkaitan dengan hukum Islam.
Itu mustahil.
Dan seingat saya, sewaktu IFC kecoh.Kebanyakan yang berkuasa.Macam Pak Menteri.Apatah lagi Menteri Di Jabatan Agama hanya menegur.Tidak pula membetulkan pemahaman beliau dan konco-konco beliau.
jadi,beliau tidak boleh disalahkan 100%.
Salahnya ialah kita..si Orang Islam,hanya tahu melarang,tetapi tidak membetulkan.

Misalnya,bila ada orang Islam memberi salam.
Kita pula mengatakan.."haram memberi salam".Atau kita membalas dengan doa yang jahat
Sedangkan dia si kafir itu sudah memberi kita doa. "Salam sejahtera keatas kamu".Kita pula membalasnya "celakalah kamu".
kan jahat begitu..
Kan Nabi juga pernah menerima salam si orang kafir dan baginda membalasnya "waalaikum".
Bukan pulak menyumpah.

Mungkin kita terlalu takut jika dia mempermain-mainkan agama ad-din kita.
Tetapi cara kita itulah..kadang membuatkankan kita ini bagai merasakan Islam itu hanya hak milik persendirian orang Islam.
Dan yang bukan Islam tidak layak menggunakannya.
padahal,jika diperhatikan.Yang mengikuti ad-din sebagai cara hidup,kebanyakan mereka yang bukan Islam.Lihat saja di Singapura.Tiada sampah yang bebas dibuang merata-rata.Di Kanada misalany,mana ada undi dengan duit.Itukan rasuah.

Bukan apanya..saya risau para-para kafirun yang tidak memusuhi Islam ini,jika kita semua bertemu di mahkamah Allah.Membuatkan amalan baik kita tidak bermakna apa-apa.(itupun jika ada amalan kita yang diterima Allah).

bila Allah bertanya
"kenapa kamu wahai si polan..membuat tuntutan IFC sedangkan ia membawa keburukan kepada orang Islam?"

dan mereka menjawab.
"kami melihat dalam undang-undang Malaysia..ada ruang untuk kami meminta itu ya Allah".

"kamu tahu itu salah?"

"ya kami tahu.Tapi tiada orang Islam pun memberi penerangan mengenai itu..melainkan mereka hanya tahu marah-marah".

Nauzubillah!

06 June 2011

sayangku

Dia sudah hadir.
Walapun belum berjaya memasuki scan doktor puan.
Dia terasa ada.
Membuat umminya tidak senang tidur. Tidak senang makan. Tidak senang minum.

Dia sudah hadir.
Dengan hadirnya,umminya semakin layu.
Umminya sudah mahir, tetapi masih belum kuasa melawan loya.
Belum kuasa melawan lembek.

Dia sudah hadir.
Ummi bersedia. Abi tersenyum.
K.A.M.I perlu saling kuat menguatkan.
itulah cinta yang terlalu mahal.
Terima Kasih Allah.Tuhan yang memiliki jiwa-jiwa ini.


Semakin kerap K.A.M.I berharap.
Moga Dia akan selamat. Aminnn Ya Rabb

29 October 2009

kisah-kisah

Macam-macam perkara yang berlaku.
Ada yang dapat bencana.
Ada yang kehilangan.

Semuanya ada hikmah yang tersembunyi dan terang.
Hebat Aturan Allah. Yang Salah akan tetap Salah walau bumi ini terbalik.


...............................................................
p/s sebelum membaca hasil mahsul orang lain.
Maap. Jika mahu membaca hal-hal pilihan..pastikan portal yang dibuka adalah betul.


Cerita ini. Sudah lama. Klasik kali. Sejak sekolah rendah lagi. Ketika masih beringus. Rambut keras dan berbaju pinapo.

Cerita tentang, GADUH, OTAK dan PASAL.

Mereka adalah kawan rapat dan kawan baik. 'Kita Pengyu'.

Suatu hari. Mereka sedang bercuti. Lalu mereka pun lepak-lepak di rumah. Sehinggalah mereka terbuat peta di bantal.

Terdengar bunyi Azan dari masjid. Mereka pun terjaga.

Teng tedeng...

"wei...kawan kita hilang!!!...". Seseorang telah menyedari.

"kena repot ni...". Kalam kabut jadinya.


...........................................

"Tuan, kami nak buat repot...". GILA yang tergesa-gesa terus berjumpa polis di kaunter balai polis. Sementara OTAK pula menunggu di luar.

"ooo...silakan". Seorang polis yang baik pun sedia untuk menaip laporan.

"tuan...kami nak cari PASAL...". GILA yang kalam kabut terus berasa sedih.

Pegawai polis itu kaget.

"ulang semula...". Pegawai itu berlembut. Cuba untuk bersabar.

"tuan, saya nak cari PASAL...". Sob..sob..GILA pun menangis. Sungguh sedih akan kehilangan PASAL. PASAL tidak pernah begitu. Mesti ada yang menculiknya.

"weiiiii..."


.........................................

"ko ni gila kah...??". Polis itu mula mendidih.

"ya tuan...saya GILA..."

"woiiiii..kau ni gila...???". Suara polis itu mula tinggi.

"ya tuan..saya GILA..datang untuk cari PASAL...". Sob..sob GILA masih menangis.

Polis itu mula hilang sabar. Dia pun berdiri dan bercekak pinggang. Beberapa pegawai polis pun mendekati.

"OTAK letak mana??...hah???.". Suaranya meninggi dan hampir memecahkan telinga GILA.

"letak luar tuan...". GILA sudah berhenti menangis. Dia hairan kenapa dia seoalah-olah dimarahi.

"otak letak luar...????". Pang!. Meja ditepuk. Polis itu betul-betul marah.

Beberapa orang pegawai mengurut-urut belakang polis tadi.

"ya...OTAK di luar.." GILA mula syak sesuatu.

GILA kemudian keluar. Dia mengajak OTAK masuk. GILA memberitahu bahawa pegawai polis sedang marah.



.........................................

"ya tuan...kami datang ni nak buat laporan...kawan kami PASAL telah hilang...nama saya OTAK...dan yang ni nama dia GILA". Otak kaget. Namun, dia masih bersabar. Juga masih berlemah lembut.

"ooooooooooooooooooooooo.."
Semua pegawai tadi menepuk dahi.

GILA dan OTAK terkebil-kebil melihat situasi itu.






..................................
nota I:
-think! think!

27 October 2009

asalnya dari tulang rusuk kiri yang bengkok

Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)

................................................................................................

Pagi-pagi lagi,
tidur terganggu dengan siulan.
Si telefon tangan.

Melihat situasi demam peperiksaan yang baru bermula.
Dia seoalah-olah tidak reti bahasa.

Selepas beberapa ketika.
Pointnya mula masuk.
"bagaimana ni...umur saya telah di ambang danger..tapi.."

"belum ada calon...?..atau.."

"err..sebenarnya...".

Dia bercerita lebih lama dari tempoh Subuh yang ada.

"entahlah...katanya dia serius dengan saya...saya pun nampak keseriusannya ..cuma.."

Berada dikedudukan orang ketiga bukan situasi yang selamat.
Mungkin jika calon itu bertemu dengan yang lebih jelita. Kedudukan akan berkecamuk lagi.
Mungkin bukan esok. Tapi hari-hari yang mendatang.

"jadi...apakah yang perlu saya buat...?".
Suaranya lirih.


Ini bukan masalah remaja kuat berprogram.
Atau remaja yang berjiwa Ruhul Jadid.
Yang hidupnya diselubungi tarbiyyah jemaah.
Dia wanita yang menghampiri usia 30.
Selayaknya usia ini, dia sudah berkeluarga.
Sungguh. Diri diajak resah dengan persoalannya yang betul buntu.


Tidak hairanlah Waheedah mencipta perkahwinan kontroversi.
Itu jauh lebih mulia (?), dari terus memilih status 'single'.
Kredit untuk Kak Wawa yang manis itu.

.........................................

"soalnya...dia bukan sahaja ada calon lain...tapi perbezaan agama itu..."

Ah.. Kekurangan pengalaman dan ilmu diri bukannya dapat membantu dia.

"itulah yang saya runsingkan...dia Kristian...".
Dia mengeluh.

"tiadakah calon yang lain...?".

Dia diam. Mungkin berfikir.

"ada jak...tetapi tidak nampak keseriusannya...".
Ya. Inilah dilemanya. Mahu tetapi tidak serius. Lebih suka tanpa apa-apa ikatan. Bagaimana mahu menilai tahap kesungguhan lelaki?. Usianya bertambah. Tidak menjadi masalah. Untuk wanita. Makin bertambah usia, bertambah juga risaunya. Nilai kesuburan juga akan berkurang, berkemungkinan besar makin berisiko pula untuk melahirkan zuriat.


"soal agama mungkin boleh dibimbing...yang penting dia bersedia menjadi ketua dan pemimpin..."
Diri makin kalut bersama. Berat persoalan pempimpin dalam keluarga. Selayaknya dilemparkan kepada PAKAR. Atau golongan yang 'lebih dulu makan garam'.


"...bukankah redha Allah itu yang penting.."

Sesiapa yang membuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka

sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati

ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t."

(Riwayat Bukhari).






"...cuba solat Istiharah...memohon petunjuk yang terbaik...".
Itu penutup. Rasanya kurang membantu untuknya.Sekurang-kurangnya mengingatkan dia dan diri, bahawa. Ada kuasa ghaib yang lebih tahu soal begini.

Bukankah dicipta wanita untuk menyerikan dunia.


...........................................................................................

Abdullah bin Masud pernah mengucapkan: “Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang.






.....................................

nota I:
-rumahku syurgaku

24 October 2009

sangka-sangka



kongsi2!
Saya, (bukan nama sebenar).
...........................



"eiiii....ko ni....lambat pick up..".

"pekak apa budak ni...dah berkali cakap..masih tidak faham"

"eeee...dahlah tidak cantik..lembab pulak"

Ini bukan ayat.Ini bisikan hati. Mujur tidak di dengar oleh saya. Cuma terdetik dihati saya, inilah yang sedang difikirkan. Kerana, cara saya yang diluar kebiasaan bertanya. Berkali-kali saya meminta penerangan tentang subjek yang saya langsung tidak faham.

Salahkah saya berfikir begitu..?
Saya tahu, ketarbatasan pemahaman saya, memaksa saya perlu menebalkan muka untuk bertanya.
Daripada riak muka, saya mentafsir begini.
Mungkin dalam situasi yang lain, saya akan terus berfikir sesuatu yang negatif terhadap orang lain.


betul-betul ini gambar hiasan


Saya tahu, inilah bisikan syaitan untuk mengajak saya menjadi temannya. Bestfriendnya.


NO!. Saya takut. Saya tidak mahu!

Saya tahu, saya bukan manusia yang baik. Apatah lagi untuk mengelak diri dari bersangka buruk dengan orang lain.
Sakit melawan kehendak nafsu ini.

Tetapi..jika ia sudah dibiasakan, rasanya tidak menjadi masalah.
Sebagai contoh jika saya perlu berjalan kaki untuk ke sekolah. Pada permulaanya, sungguh saya akan penat.
Tetapi jika inilah rutin harian saya,
lama kelamaan ia menjadi sesuatu yang biasa.



Lalu Islam mengajar umatnya.
Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Q.S Al-Hujuraat : 12





Setelah melihat keindahan ayat-ayat Allah ini.
Betapa CANTIKNYA garis panduan yang disediakan oleh PENCIPTA kita.
Betapa DIA menjaga setiap detik bisikan dan langkah kita HAMBANYA di alam sementara ini.
Tinggal kita sahaja untuk kita memilih.







........................
nota I:
~be husnuzon. Tetapi bukan untuk musuh-musuh Islam yang nyata.

21 October 2009

kelebihan yang dikurangkan


Menulis atau bercakap.?

"menulis..". Ok.

"kenapa tidak bercakap??". Tidak pandai.

Ok.

Lalu dia diletakkan sebagai unit pendaftaran.

"bila ada adik-adik baru datang...suh dorang duduk dalam dewan...kalau ada yang bertanya katakan ...bla..bla..".

Dia angguk.

"tapi...malu lah...". Dia mula cuak.

"jangan malu...nilah masa tunjukkan bakat yang ada...".

Dia angguk dalam cuak.




.....................................................

"menulis@bercakap?".

"err...bercakap kot..".

"kenapa..?"

"entah..saya suka bercakap...hampir semua dialek saya boleh cakap...".

"dah...dah...tanya sikit..panjang jawapannya.."

"er...errrr..dah memang suka cakap."

Berani sungguh!

Kemudian dia diletakkan sebagai. Unit teknikal. Apa-apa hal mengenai teknikal dialah yang tahu.

"supaya..awak memperkembangkan kemahiran yang awak belajar di sekolah dulu..."

Dia angguk. Bila lagi akan buat kerja-kerja sebegini.
Lalu seluruh tempat yang di teknikalnya diajaknya bercakap. Orang-orang semua senang. Orang di Dewan makan. Orang di Pejabat harta pejabat. Orang di Ruangan perhimpunan.



....................................................
Sepanjang menjadi "sukarelawan" keduanya diletakkan di unit yang sama. Tidak biasa akhirnya menjadi 'biasa'.

"oh..teknikal..biar si mulut pot..pet..."

"kan dah gitau....siapa yang datang awal...suruh masuk...kenapa biar duduk luar...?...itupun susah...memalukan sahaja ditengok orang awam...".




...bersambung...







Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...