29 October 2009

kisah-kisah

Macam-macam perkara yang berlaku.
Ada yang dapat bencana.
Ada yang kehilangan.

Semuanya ada hikmah yang tersembunyi dan terang.
Hebat Aturan Allah. Yang Salah akan tetap Salah walau bumi ini terbalik.


...............................................................
p/s sebelum membaca hasil mahsul orang lain.
Maap. Jika mahu membaca hal-hal pilihan..pastikan portal yang dibuka adalah betul.


Cerita ini. Sudah lama. Klasik kali. Sejak sekolah rendah lagi. Ketika masih beringus. Rambut keras dan berbaju pinapo.

Cerita tentang, GADUH, OTAK dan PASAL.

Mereka adalah kawan rapat dan kawan baik. 'Kita Pengyu'.

Suatu hari. Mereka sedang bercuti. Lalu mereka pun lepak-lepak di rumah. Sehinggalah mereka terbuat peta di bantal.

Terdengar bunyi Azan dari masjid. Mereka pun terjaga.

Teng tedeng...

"wei...kawan kita hilang!!!...". Seseorang telah menyedari.

"kena repot ni...". Kalam kabut jadinya.


...........................................

"Tuan, kami nak buat repot...". GILA yang tergesa-gesa terus berjumpa polis di kaunter balai polis. Sementara OTAK pula menunggu di luar.

"ooo...silakan". Seorang polis yang baik pun sedia untuk menaip laporan.

"tuan...kami nak cari PASAL...". GILA yang kalam kabut terus berasa sedih.

Pegawai polis itu kaget.

"ulang semula...". Pegawai itu berlembut. Cuba untuk bersabar.

"tuan, saya nak cari PASAL...". Sob..sob..GILA pun menangis. Sungguh sedih akan kehilangan PASAL. PASAL tidak pernah begitu. Mesti ada yang menculiknya.

"weiiiii..."


.........................................

"ko ni gila kah...??". Polis itu mula mendidih.

"ya tuan...saya GILA..."

"woiiiii..kau ni gila...???". Suara polis itu mula tinggi.

"ya tuan..saya GILA..datang untuk cari PASAL...". Sob..sob GILA masih menangis.

Polis itu mula hilang sabar. Dia pun berdiri dan bercekak pinggang. Beberapa pegawai polis pun mendekati.

"OTAK letak mana??...hah???.". Suaranya meninggi dan hampir memecahkan telinga GILA.

"letak luar tuan...". GILA sudah berhenti menangis. Dia hairan kenapa dia seoalah-olah dimarahi.

"otak letak luar...????". Pang!. Meja ditepuk. Polis itu betul-betul marah.

Beberapa orang pegawai mengurut-urut belakang polis tadi.

"ya...OTAK di luar.." GILA mula syak sesuatu.

GILA kemudian keluar. Dia mengajak OTAK masuk. GILA memberitahu bahawa pegawai polis sedang marah.



.........................................

"ya tuan...kami datang ni nak buat laporan...kawan kami PASAL telah hilang...nama saya OTAK...dan yang ni nama dia GILA". Otak kaget. Namun, dia masih bersabar. Juga masih berlemah lembut.

"ooooooooooooooooooooooo.."
Semua pegawai tadi menepuk dahi.

GILA dan OTAK terkebil-kebil melihat situasi itu.






..................................
nota I:
-think! think!