15 October 2009

Perkampungan


Perkampungan itu sangat meletihkan.
Nafsu makannya juga tersekat.Hampir stop.

Ayam goreng yang panas itu hanya dipandang.
Dia hanya mampu meneguk setengah gelas teh tarik untuk sarapan pagi kali itu.

"wei..cepat-cepatlah sarapan..". Kak Zie. Manusia yang selalu berlagak sebagai ketua itu memberi arahan.

Mereka cepat-cepat membasuh pinggan dan gelas disingki.

Nasinya yang belum disentuh diletakkan di dalam bekas. Tidak sanggup membuangnya di tong sampah.


......................................................



"ok...nanti round 7 kali sekolah ni..". Kalsum. Ketua Atlit perempuan memberi arahan.

Dia dan beberapa rakan yang lain hanya mundar mandir. Mendengar taklimat sambil perlahan-lahan membiarkan sarapan tadi dapat diturunkan.

Dia mula memanaskan badan. Biarlah dia memulakan larian. Keadaan pagi yang berkabus dan sejuk itu menyemarakkan dia memulakn larian.

"kak..saya mula dulu..".
Kalsum mengannguk.
Kak Zie hanya memandang.

"tunggulah nasi tu turun dulu..".

Dia sengih. Kak Zie tidak tahu hanya air yang mengisi perutnya sarapan tadi.

................................................................................

Cukup 5 pusingan kawasan sekolah. Dia berhenti.
Segan pula terserempak dengan pelajar-pelajar yang baru tiba ke sekolah.

"dah cukupkah..?" Kak Zie menjerit dari jauh.

Dia hanya sengih.
Latihan berjalan dengan lutut yang lurus adakalanya membuat dia malu.
Memaksa dia memakai jaket yang bersaiz besar.

Penat berjalan dengan lutut yang lurus. Dia berehat. Matahari sudah mula meninggi. Membakar kulitnya.
Hitam bin legam jadinya.

Botol air di beg dikeluarkan.

"ehemm...minum sorang jak..?". Zaith. Pelajar dari sekolah lain yang turut serta dalam perkampungan itu menegur.

Dia hanya sengih. Lelaki itu juga sengih.

..................................................................

"Dapat emas..RM50..PPD tambah RM50...saya tambah RM50.." Cikgu Jas memberikan semangat.

"Perak..RM30.."

"Gangsa..RM15...".

"Sikitnya cikgu!". Kedengaran ada suara tidak puas hati.

"tapi..kalau acara jarak jauh..cikgu tambahlah..". Cikgu Lim. Jurulatihnya yang sering dikelentongnya. Disuruh pusing padang 20
round. 10 round dia sudah berehat. Penat juga cikgu Lim berleter. Dia hanya sengih dan senyum bahagia.

"simpan tenaga cikgu..".

Cikgu Lim hanya mengelengkan kepala. Mungkin malas bertengkar dengan pelajarnya.

........................................

Pertandingan tinggal 3 hari. Latihan tetap berjalan seperti biasa. Perkampungan untuk Olahraga peringkat bahagian ini makin meriah. Lagu menaikkan semangat dinyayikan beramai-ramai selepas latihan.

"bertemu lagi..kita kembali..dikejohanan peringkat bahagian.. kaki sakit tidak terasa..kerana ingin terus berjaya..menaikkan nama daerah... Kinabatangan terus bejaya.."

Dia turut bersemangat. Impiannya mahu memecahkan rekod. Biarlah tidak menang, janji rekod kejohanan boleh dipecahkan.

"bolehkah?"


...................................................................................

Hari pertama, mereka belum mengutip sebarang pingat emas.

"Wa...kamu jangan makan banyak sangat...esok acara kamu..".
Keenakan meratah beberapa cucuk
Fish Ball, Nugget dan Sesej membuat dia hanya sengih.

"Lama sangat tak makan dengan sungguh-sungguh cikgu..". Dia meneruskan makannya. Lili disebelahnya sudah tertunduk. Malu agaknya.

"apa-apalah jangan sampai cikgu Man nampak...habis kamu...tu makanan ringan..".
Cikgu Lim berlalu.

Cikgu Man, seorang yan sangat tegas, garang dan serius. Semua mati kutu dibuatnya. Mungkin kerana, title sebagai ketua jurulatih kontinjen. Boleh juga digelar Panglima. hehe


....................................................

Selepas makan malam. Mereka berkumpul di dewan sekolah. Daif juga keadaan dewan itu. Beberapa pelajar sedang belajar sambil begurau senda.

"Mana Wa?..". Tanya Zaith. Lili angkat bahu.

Semua duduk bersila di bahagian hadapan. Betul-beul berhadapan dengan pentas dewan.
Perjumpaan itu dimulakan dengan menyebut jumlah pingat yang berjaya dikumpulkan setakat hari pertama.
Seterusnya, pemberitahuan acara keesoakan harinya.

"Wa...mana dia?..". Zaith mula risau. Sebentar lagi namanya akan disebut.

Dengusan nafas agak kuat dibelakangnya, menganggu emosinya. Zaith pandang belakang.

Wa!.

"..ko gi mana tadi..?". Wa hanya sengih.

"aku solat isyak kat surau..tak sangka panjang tazkirahnya..lewatlah solat isyaknya..". Wa sengih. Kak Lola yang turut datang lewat, mengangguk.

Zaith senyum. Berbunga hatinya.

Sebelum bersurai. Cikgu Man berucap. Semua diam.
Dia memuji atlit yang berjaya memenangi pingat. Sempat juga dia menyindir atlit yang kalah.

"..ek ele..cikgu ni...dah kalah..kalahlah..kutuk pulak tu..". Kak Zie duduk disebelah Zaith memanas. Dialah antara yang tidak menang. Apa tidaknya larian berhalangan. Asyik langgar tiang.

Kak Lola menahan ketawa. Wa hanya diam. Takut juga dapa maki free nanti. Semua orang kenal mulut kak Zie tu.

"hah...lagi satu, tadi cikgu nampak...ada manusia tu...macam pelarian Somalia..entah berapa cucuk sosej dimakannya...siap bagi tayang kat kawan lagi..bla...bla...".

Tup!

'Sindir akulah tu'. Wa tunduk. Terlupa pula pantang larang dalam bersukan.

"lepas ni...cikgu nampak lagi, siaplah...semua jenis makanan ringan adalah haram!!!!.". Marah benar cikgu Man kali ini.
Siap buat fatwa baru pula.

Zaith pandang dia. Wa sengih. Buat muka tidak bersalah.

"esok..kalau nak makan.. ajak orang..". Zaith bingkas bangun. Mukanya masam

Wa sengih.

"ala...itu aku makan sebab nak skor emas esok..". Wa cuit kak Lola.

"yup...Wa kan ada harapan pecah rekod..". Mereka berdua senyum-senyum. Zaith turut senyum.

"...esok aku nak tengok...boleh tak kalahkan Yan Yua Fang tu..". Zaith pandang kak Lola.

"ala...apa kelas dia tu..siap wat rekod Olimpik lagi kan.. Wa..". Kak Lola cuit Wa. Wa angguk.

"aminnn...kak...".


................................................................................................

Habis solat Subuh, kak Lola sambung mimpi. Wa berdebar. Pagi itu acaranya akan membuka gelanggang.

Dapatkah skor apa-apa pingat?

Baju putih long slip dilapis dengan baju singlet kuning. Tudung putih diikat kemas.
Dia dan Lili akan sama-sama bertanding pagi itu.

Dia cari Lili. Lili menginap di bilik sebelah.

"wei...rambut ko dah ikat kemaskah..?". Lili yang sedang melekat nombor dibaju bertanya.

Wa angguk.

"acara ni mesti nampak lutut...takkan nak pakai tudung pulak..?". Kak Zie yang khusyuk mendandan rambut mencelah.

Wa hanya sengih dan terus menyengihakan diri.


.............................................................................

Tepat pukul 6.30 pagi dia sudah menunggu di luar dewan.
Kak Lola yang masih mamai. Turut sama. Lili pun turut sama.
Dia kelihatan lebih bersemangat.

"Wa...kita mesti skor pingat kali ni..". Wa angguk. Sedikit terkilan. Sekarang Lili bertudung. Sebentar lagi dia rambutnya yang cantik akan dipertontonkan kepada umum.

"...takpa Wa..untuk acara ni jak...acara lain, aku pakailah tudung..". Lili menggosok belakangnya.

"....kan pelik, lutut nampak..tapi kepala tutup..".




.....................................................................

Pukul 7.30 pagi acaranya bermula. Mereka diminta memanaskan diri tepat pukul 7.
Agak ramai juga yang bakal menjadi saingannya.

"Wa..jangan pandang sangat dorang tu...lebih kurang jak..you all tu..". Cikgu Lim menegur. Dia sengih.

"cikgu...bolehkah saya menang?.." Wa seperti patah semangat.

"cikgu yakin...kamu kan rajin latihan...". Cikgu Lim senyum.

"rajinlah sangat.. cikgu...". Lili sengih-sengih. Dia tahu sangat perangai Wa. Tidak pernah cukup lariannya.

Habis memanaskan badan. Mereka terus dibawa ke kaunter pendaftaran oleh Cikgu Lim. Hampir 10 orang semuanya.

Berdebar-debar juga dibuatnya.

"eh dik...nanti tanggal tudung tu..". Pegawai pendaftar itu menegur. Wa sengih. Dia pandang Cikgu Lim. Cikgu Lim lebih pakar. Dah sampai peringkat antarabangsa penyertaanya.

"..alah..janji lutut tak bengkok..pegawai dapat nampak..dah cukup..
....soal nak pakai apa-apapun janji selesa..". Itu kata-kata cikgu Lim masa perkampungan hari tu.


.......................................................................................................................................

Ada 5 pusingan padang lagi. Bermakna ada 2000 meter lagi untuk tamat.
Rasa haus menerjah kerongkongnya. Dia buat signal kat kat cikgu Lim. Cikgu Lim angguk.

"Wa...bertahan...kejar orang depan tu..". Entah suara siapa. Dia pandang kawasan tempat duduk stadium. Ramai juga yang berbaju kuning. Itulah pasukannya.

"Wa...nanti boleh makan fish ball 10 cucuk...".

Macam-macam ayat yang didengarnya. Lili sudah jauh ke hadapan. dalam 90 meter. Dia berkedudukan ditempat ketiga. Ditempat kedua seorang atlit berbangsa cina.

'Memang sebijik macam Yan Yuan Fang..'.



....................................

"Wa.. nah air!". Zaith sudah menunggu di garisan penamat.

2 botol air mineral bertukar tangan.

"Siram kepala tu..". Zaith memberi arahan. Wa angguk. Memang sesak nafas dibuatnya. Huh!



.............................................................

"cikguu...rekod pecah tak??...". Dia yang sudah ke arah pitam masih sempat bertanya.

"ya!!!...tahniah...cuma...".

"cuma apa cikgu..?". Wa dah hilang kawalan diri. Lili pula pengsan sejak menjejak garisan penamat. Dia sudah diusung pasukan PBSMM ke khemah rawatan.

"Allah!!". Wa turut sama pengsan.

Cikgu Lim dan Zaith hanya memandang. Senyuman tidak lekang dari bibir.

"emas dan perak milik kita...". Zaith bersuara perlahn. Cikgu Lim terus tersenyum.

"tulah..latihan tak cukup....memain jak yang lebih..kan dah masuk wad PBSMM". Zaith hanya tersenyum. Ngomelan Cikgu Lim itu ada kebenarannya.

5 minit lagi, tentu dua wira itu akan muncul untuk menagih janjinya.






..................................
nota I:

Mari berlatih menjadi baik. Aktif. Hebat. Sihat

~ni hanya sedikit memoir. Suka. Dukka. Nakal. Baik.
Al-Fatihah untuk Cikgu Man (dijemput Allah tahun 2008).