08 October 2009

MPP seorang Dai'e (p.2 )

'Esok perjumpaan pertama.Tepat pukul 2.'

Zara membaca mesej yang dikirim oleh Faiz. Ringkas. Jam di telefonya ditatap. Tepat pukul 11.58 malam.

Tangannya berehat menekan keybord.

Lagu Sayang Kinabalu menerpa telinganya. Dia senyum. memang lagu ni begitu menarik. Dia membukan earfon. Lagu itu bergema.

Sumayyah roomatenya yang sedang lena, terjaga. Mungkin terganggu dengan muzik itu. Pantas tangan Zara mengurangkan volume.

"..Zara dah pukul berapa sekarang?.." Sumayyah duduk. Matanya separuh terbuka.

Lucu.

"baru menghampiri pukul 12..". Zara senyum.

Sumayyah seolah-olah mengingau . Dia tidur kembali. Entahlah sama ada mengantuk,ataupun memang mengingau.

.............................................................

" Zara..kita gi Book's fair ek..pas zuhur nanti..". Sumayyah yang sedang membelek majalah Wanita memandangya dengan sengihan.

Zara terlupa. Dia pun memang ingin ke sana. Tapi petang nanti,dia perlu ke perjumpaan.

'ahh..perjumpaan lebih penting.' Zara membiarkan kata-kata Sumayyah.

"...wei Zara...!". Kasar suara Sumayyah. Dia menutup majalah tadi. Matanya dibeliakkan.

"...aku cakap...ko dengar atau tak...pas Zuhur nanti kita gi...".

Zara pantas memotong.

"..saya ada hal..." Dia menyempurnakan lipatan kain. Sumayyah mengerutkan kening.

"...hal apa plak?.." Suara Sumayyah rendah kembali. Dia menapak ke meja. Epal hijau diambil. Membelah kepada dua. Satu diserahkan kepada Zara. Zara ambil. Dia berhenti melipat.

"..syukran..". Zara pantas mengunyah.

Sumayyah senyum.

"...wah dah guna bahasa Arab aaa.."

Zara sengih. Dia tahu Sumayyah lebih hebat berbahasa Arab berbanding dirinya. Sumayyah pernah bersekolah di Sekolah Agama .



........................................................

"...takpalah..kalo tak dapat ..saya leh ajak Kamal..dia pun free..". Sumayyah terus mencapai bakul sabun.

Jam 11 baru nak mandi. Kebiasaanya di hujung minggu.

Zara terkedu. Kamal tu class matenya. Juga rakan senegerinya. Sering berkirim salam dengan Sumayyah.

"ekk...kalau aku pi...ko nak ajak Kamal juga..?". Zara menduga.
Dia mahu menilai sebab perlunya Sumayyah mengajak Kamal menjadi teman. Sedangkan rakan-rakan lain bukan tidak ada yang boleh meneman. Dia tidak mahu Sumayyah rapat sangat dengan Kamal. Kamal terkenal dengan perangainya yang negatif dengan perempuan.

"...watpalah nak ramai-ramai...klo ko ada..watpalah aku ajak Kamal..". Sumayyah membuka pintu menunjukkan sengih sebelum keluar. Zara terpelik sekejap.


...........................................................

Perjumpaan kedua Sakteriat MPP petang itu dihadiri oleh 8 orang termasuk Faiz. Faiz memulakan majlis dengan meminta semua membaca Al-Fatihah.

Perjumpaan yang sepatutnya bermula pukul 2 petang, bermula pukul 2.30 akibat kelewatan 2 orang ahli.

Faiz memulakan majlis dengan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua. Ada 4 orang lelaki daripada 8 orang. 3 orang adalah bukan Islam.

Perkara diketahui Zara setelah sesi Taaruf .
Dari pandangannya semua seperti orang Melayu sahaja.

Faiz menerangkan tujuan akan tujuan perjumpaan itu.
Seterusnya, memberitahu bahawa perjumpaan itu atas permintaan MB. MB sedang berehat di kampung. Dia baru 2 minggu menjalani pembedahan di bahagian kepala dan lutut. Mujur pembedahan itu berjalan dengan selamat.

Faiz mengedarkan kertas.

5 Perkara yang perlu dibuat sebelum perjumpaan sesi kedua. Dua minggu dari sekarang. Siap bubuh tarikh lagi. Sebelum 7 Mac.

Zara membaca pantas.Kertas A4 berwarna kuning dicapai.

Faiz meminta seluruh hadirin membacanya dalam tempoh 3 minit. Dia mahu menamatkan perjumpaan tepat pukul 3.15.

Selesai 3 minit. Zara meletakkan di meja. dilihatnya 6 orang rakannya yang lain.

Berkerut-kerut mereka membaca. Ada yang siap mengaruk-garuk kepala. Terutamanya Micheal . PelajarPendidikan Sains tahun 3. Dia menulis sesuatu di kertas tadi.

Faiz membelek jam di tangan. Dah cukup 3 minit. Dia tahu ramai yang mahu bertanya mengenai 5 perkara itu.

"...ada masa 15 minit lagi..ada pertanyaan silakan.."

Micheal lantas mengankat tangan.

Semua senyum memandang.

"...saya nak tanyak..ini senyum aaa...kalau yang bukan Islam kena senyum juga aaa?..".

Faiz mencatat. Soalan itu remeh tapi perli diterangkan. Perkara pertama dari 5 perkara yang perlu dibuat.

"...lagi..?"

Lisa berdiri. Pelajar tahun 1 ini bersemangat. Siap berdiri lagi.

Lisa pelajar Pendidikan Sukan berdehem-dehem.

"...kalau...roomate kita tak tegur kita dan selalu bawa kawan-kawan dan bising-bising...macamana kita nak tegur....lagi-lagi kalau mereka pelajar Pengajian Islam... sori to say..".

Lisa memandang Zara. Zara diam. Soalan remeh. Tapi menikam. Itu persoalan mengenai hal yang ketiga. Sentiasa berbuat baik dengan rakan sebilik dan menjaga kebajikan rakan sebilik.

Amal bangun. Dia tersengih-sengih.

"...ni terlalu peribandi untuk dibuatlah...tapi saya akan buat..apatah lagi untuk murah senyuman...". Dia berhenti. Matanya memandang jam di tangan.

"...kalau senyum gan minah-minah tudung labuh pun...bolehkan...". Dia memandang Lukman. Lukman di sebelahnya sengih.

Zara agak panas mendengar perkataan 'minah-minah' . Dia ketap bibir. Sungguh tidak sopan bahasa budak Amal ini. Nama jak bakal ustaz.

Lukman berdiri. Rancak pulak persoalan dari mereka semua ini.

"...ana nak tya...". Dia menutup mulut. Amal disebelah juga menutup mulut. Mungkin menahan ketawa. Entah apa yang lucunya. Dia kemudian duduk.

"...tafaddal ustaz...". Faiz mempersilakan. Tangannya di ajukan. Seoalah-olah mempersilakan VIP berdiri.

Lukman meneruskan persoalan tanpa berdiri.

"...terlalu remeh semua ni...macam budak-budak kita dibuatnya..". Mukanya mula tegang.

"...ana bukan apa ustaz...Mod tu...budak tahun 1...baru lagi...mungkin sebab tulah dia wat semua ni..".

Faiz mencatat tanpa memandang Lukman. Walaupun Lukman memandangnya.

"...kan banyak lagi agenda yang perlu dibuat...manesfesto tu.. takkan hanya retorik....nak buka makmal waktu malamlah...nak buat bilik rehatlah..nak buat jalan berbumbunglah...nak...nak apalagi ana pun dah lupa...". Dia diam. Mungkin sebab jam di tangan Faiz berbunyi.

'Dah set masa agaknya'. Lisa berbisik dengan Ah Ting disebelah Zara.

Faiz mengucapkan terima kasih. Segala persoalan itu akan disampaikan kepada MB. Dia tidak boleh menjawab ikut suka katanya.

Selepas bersalaman.Mereka bersurai. Cukup singkat perjumpaan itu.

Zara sedikit menyesal. Kalau dia tahu perjumpaan itu sesingkat itu, tentu dia akan menemani Sumayyah.

Bukan dia tidak tahu. Kamal begitu kemaruk dengan Sumayyah. Peliknya Sumayyah masih boleh buat-buat tidak tahu.
Bagin Sumayyah Kamal hanya kawan.
Entah betulkah Kamal yang beriya-iya hendak membeli buku ataupun sengaja mencari peluang.

Siapa tidak kenal Kamal. Bekas pemain gitar kumpulan GIG. Hampir semua rakan-rakan sekelasnya meminatinya.
Dia sebenarnya kurang senang dengan sikap Kamal yang agak playboy itu.

Hampir setiap kali terserempak di luar kampus ada sahaja penemannya. Berlainan pula tu.
Dulu dia terserempak di KTM dengan budak perempuan bertudung.
Selepas tu terserempak pula di Taman KLCC dengan budak free hair. Kelebihannya bijak dalam pelajaran menyebabkan tiada point untuk dia menghentam Kamal dihadapan Sumayyah.

Entah kenapa budak tu boleh tercampak sefakulti dengannya. Entah macamanalah pelajar-pelajarnya nanti.


Baginya Sumanyyah bukan sesuai untuk dijadikan bahan playboy Kamal. Sekadar tudung bersaiz kecil. Mungkin pengaruh semasa belajar di matrikulasi.
Katanya disekolah menengah dulu. Dia bertudung labuh.Tuntutan dan situasi sekolah agama memang begitu.

Dia tidak mahu Kamal menjadikan Sumayyah terus begitu. Dia bertekad. Selagi Sumayyah sebiliknya, dia tidak mahu Sumayyah berubah ke tahap lagi teruk.

Lamunan Zara terhenti apabila telefonnya bergetar. Dia terus ke meja.

MB.

"assalamualaikum.." suara MB sedikit serak.
MB tentu risau akan tugasannya sebagai MPP.

Zara diam. Adakah dia perlu bertanya khabar?.

'waalaikumsalam..". MB memberi penerangan. Dia berharap Zara membantu Faiz dalam hal-hal mengenai sakteriat.
'Apalah sangat permintaan MB'. Hatinya diketuk lucu.

Dia sudah biasa berkerja dalam organisasi . Faiz pun bukan baru dikenalnya. Sejak minggu orintasi lagi dia sudah mengenalinya.

"...kita perlu malu...tapi biarlah malu untuk menjaga Islam..bukan menjaga imej semata-mata..". MB mengakhiri perbualan.

Zara diam.

'aku malukah?'. Zara memikirkan kata-kata MB.



....................................
nota I;

-2 khairiah, maaf lambat untuk mempublish.