24 October 2009

kemahiran 'mesra alam'

Sedikit bukankah lebih baik. Daripada langsung tiada?. Kerja dakwah bukan di atas keamanan, tetapi diatas keazaman.

..................................

"kejahatan saya berbahaya". Aku cuba bercerita kepadanya. Memilih mukaddimah ayat memang senak perut. Pertemuan pertama ini bukan dirancang. Dia yang berambut pink dan perang. Berkuku hitam. Berseluar paras lutut. Sendat, ketat dan kasihan.

Keningnya berkedut. Mulutnya ternganga.

"ah...enti anak yang baik...anak yang solehah..usahlah membuat perbandingan dengan aku...".

Kui..kui. Terkesima dengan pujian yang diberikan. Juga mungkin sindiran.

'moga-moga Allah menilaiku jauh lebih hebat dari pujian itu'.
Aku cuba untuk meneruskan cerita.

Begitu naif dan cantik ayat digunanya, Enti. Aku memandang tembok dinding dan berfikir. Apakah ayatku yang seterusnya.

"berapa lama kamu tidak pulang ke rumah...?". Ah. Biar bahasa direct to point. Kan senang.

Dia diam. Mungkin tidak suka aku bertanya.

"..kenapa perlu sibuk dengan urusan saya..??". Bergetar suaranya dan sedikit tinggi. Mungkin menahan perasaan.

Tercabar rasanya.
'If U adik I. Dah lama I bagi sebijik'. Lagi-lagi syaitan ini membisik ditelinga.

"...wokey...wokey...no...maksud saya...err...maksud akak...begini...rumah kamu letak mana..??"
puh!!!. Ini betul-betul drift KL punya bahasa.

"...rumah saya...??..". Dia diam. Kemudian ketawa.

"...alahai cik kak...kakak ni soal siasat saya...nak apa...???..dapat apa...??". Dia masih ketawa.

His!.

''kenapalah..mulut ni kurang mahir pulak membina ayat...". Akhirnya ayat ini keluar. Walaupun perlahan sudah cukup untuk dia mendengar.

"Hahaha". Aku ketawa sama. Jauh lagi hebat daripada dia.

"..aik..kak..mulut tu tutup..kang masuk setan....". Dia menegur. Tut!. Dia dah mula masuk jarum!


....................................................................

Mendengar ceritanya cukup memberi otak tersepit. Ada juga manusia sebegini di muka bumi ini.
Kehidupan yang penuh warna-warna alam. Permasalahan daripada rumah!

Terdetik juga, kalau-kalau dia menipu. Pedulilah. Janji aku dapat touch hatinya. Er..bukan, janji Allah bagi peluang touch hatinya.


.........................................................

"....sekian terima kasih...wabillahitaufik..walhidayah..."

"assalamualaikum...warahmatullahi wabarakatu...". Kami serentak melafazkan.



....................................................................................

"eh...dah hampir maghrib...ni kena balik dah...nanti...". Gusar juga dalam hati. Hampir 2 jam duduk di tembok itu sambil bercerita. Hingga terlupa ufuk jingga hampir muncul.

"....nanti mak marah...anaknya balik lambat...mana elok anak dara balik lewat malam..". Dia ketawa terkekeh. Satu ayat yang pedih untuk ditelan. Dia lagi hebat mengkritik aku. Ayat itu lagi sesuai untuknya. Cis. Hati ini terbakar sekejap.

"....eh...bukanlah...itu soal lain...sebenarnya....". Ayatku terhenti. Sengaja untuk memberikan dia peluang memberi perhatian kepada kata-kataku. Dia mendongak dan tersengih-sengih. Sakit hati juga dengan tingkahnya.


"...takut ada balan-balan menunggu di pagar rumah...faham-fahamlah...dah waktu macam ni...". Nah. Sebijik!. Kalaupun aku tidak mampu menyedarkannya. Cukuplah jika dia kesal dengan perbuatannya.


"cewah...balan-balan pulak...".

"a'ah...kamu tahu...balan-balan sangat suka perempuan cantik yang duduk bersendirian....ini kata nenek sebelah jiran punya kawan...".

Kui..kui..geletek juga perut bila melihat mukanya mula berubah.

'bila masa pulak nenek sebelah jiran ini wujud..'. Hati ini ditonyoh kelucuan.


"okey...babai....selamat berkelana di bumi Allah yang Maha Agung..". Aku menumbuk bahunya perlahan sebelum melangkah pulang.

'Penting juga kemahiran mengenakan orang dalam medan dakwah ini.'


................................

Sejak tahun 2003, dilaporkan sebanyak 16,020 orang remaja bawah umur 17 tahun lari dari rumah. Daripada jumlah tersebut sebanyak 9,415 orang telah dijumpai semula.

Kebanyakan gadis-gadis bawah umur ini lari dari rumah atas factor mengikut teman lelaki dan juga tidak mahu dikongkong oleh ibu bapa mereka.

Statistik polis mendedahkan sebanyak 2,540 lari bersama teman lelaki, 1,857 terpengaruh dengan rakan, 1,592 lari kerana masalah keluarga dan 1,371 lari kerana mahukan kebebasan.

Daripada jumlah tersebut, remaja Melayu paling ramai terlibat iaitu sebanyak 10,489 kes berbanding dengan bangsa lain.

Bagi remaja Melayu faktor utama yang menyebabkan remaja lari dari rumah disebabkan oleh pengaruh rakan manakala remaja Cina disebabkan oleh masalah keluarga. (fikrah.net)



....................................
nota I:
~mesraaaa...