Showing posts with label rumah impian. Show all posts
Showing posts with label rumah impian. Show all posts

08 August 2015

idea- idea untuk Island Table Di Dapur

hai..Salam alaik.

untuk dapur yang kurang luas.

kita boleh gunakan idea Meja Pulau sebagai meja buat kerja dan meja makan sekali!.

paling penting...kita makan pun rasa osem!..lebih nilai dari makan di luar. gituu.


ni antara idea-idea omputeh yang kita google...dan awww...rasa mau bertukang sekarang juga!..

1. Idea renovasi almari atau kabinet  yang telah ada
-ya di rumah ini, ada almari kabinet untuk dapur gas. Walaupun bukan kayu jenis mantap. Tapi masih ok. Kalau letak wall paper, boleh kelihatan masih baru..hihi. Mau dibuang...bunyi nafsu mazmumah betul.

mau bagi orang, agaknya orang pun tak lalu.

jadi idea ini sangat manis!

1. Ni memang idea yang paling jatuh hati tengok.  eiii maunya bertukang segala macam ni...haha

kredit


2. Ni pun bagus juga..... cari papan/pollywood

ini yang sudah siap..bawah tu gambar sebelum kena renovate

kredit
 3. Ini..rasanya tambah tiang jak..cat lawa-lawa..varnish...



 4. Ini buat baru...pakai papan dan beruti. Tapi buku tu kejam juga kalau letak di bawa


 5. Ini idea nanti balik kampung. Panas jak mataku tengok kayu ni macam wooow..






7. Ini pun cantek. Adikku ada buat, tapi dia punya siap letak untuk singki...tapi macam ini lagi mengancam!...kih kih..cuba lagi pai. yang ni siap cat lawa-lawa.




8. ini pon lawa...kena tengok kredit untuk cara dia buat tu...rajin bertukang kalau alat ada.. :)
kredit
9.  Ini pon menawan....

10.yang ni memang siap macam ni...bukan idea menambah baik...best juga ni...tapi macam ndak ngam dengan keadaan rumah kami.
kredit
11. ini macam pagar pun ada...simple..tinggi sikit...tengok kerusi pun boleh agak ketinggiannya..dengan ada anak ni...huh..risau beta




12. ok...yang ini idea kena bawa balik kampung...banyak jak kayu kayan disana aku rasa. :P
kredit


13. Last sekali..tapi ni kena beli baru pulak kan...manyak cantek muka lho!






ok. Sekian idea yang mencuci minda. Mau kuasa visual lebih baik...google jak "Island Table"...macam-macam boleh jumpa.

paling penting. Fikirkan ruang. Bajet.

bye.

25 May 2015

BILIK kecik tempat simpan barang

sebab rumah ni cuma ada 3 bilik. 1 bilik tu kecik sahaja.
dan jadi tempat simpan barangan..sementara anak masih cenonet ni.

mula-mula aku beli box ni..kebetulan promo di Tesco..masa tu jenjalan dengan beliau..beli lah 2.
beli box tranperent jernih tu.

SS tanya nak buat apa.

aku kata nak letak barang n buku-buku.
membazir lah...
beli 1 jelah..haha

diam jelah. Susah aku nak explain benda-benda remeh ni.
dia tidak pernah kemas bilik tu..so memang buang tenaga untuk terangkan..
SS tidak tau, tiap kali kemas bilik kecik tu..lemas aku dengan buku-buku lama dia juga -__-

haha.

sampai rumah. Fath buat main, isi segala mak nenek mainan dia.

aku bagi 1. 1 aku kata untuk buku.
kata sajalah..
kata yang belum di kota.
tunggu mood rojin.

kebetulan tengah berperang siapkan disertasinya..kononlahhhhh.

jadi dalam seminggu benda tu ada di depan matanya..
buat mainan oleh Fath sahajaaaaaaaa.

ok. Fine.


baik kita mulakan misi tu.

sebelum ni dah kemas dah bilik tu.

jadi ada 1 kotak tu memang kertas-kertas yang tidak digunakan.
so ambik keputusan bakar jelah.

tapi..dah bila dah bakar, rasa nyesal.
lepas ni..kalau nak buat lapik-lapik ka..
apa ka, berguna jugalah kertas-kertas tu...kecewa.

dah rentung pun.

ok.
masukkan lah buku-buku dan mainan . sekali..dah set pun..koman-koman ada 8 box ni diperlukan.

dan box ini perlukan rak besi.

aku jatuh cinta dengan rak ini..

kredit gambar dah dalam gambar ni 

tapinya..
ada nampak kaT TESCO...
tapi harga tadak dipamerkan..
kebetulan SS pun mood memang tidak baik.
so simpan impian dalam hati..haha.

singgah Giant lepas hantar SS gi airport..nampak dalam 100++.
cuma tang ketinggian, tidak diketahui.
so..kita simpan lah dulu impian ituu.



ok.

misi sebelum puasa ini.adalah mengemas dan mencantikkan barangan di stor.



bahan-bahan.
1.plastik box. (sebagusnya yang jernih, senang nampak barangan di dalam..tapi sakit mata kalau barang bersepahan)
-cari yang saiz besar dan kecil
-kecil letak atas, besar letak bawah
-beli sikit-sikit...(kecuali tiada bantahan..baik beli sekaligus 10..terutama jika ada promosi).
warna bebas..saya suka warna warnis..haha. padahalnya suka juga kalau warna dalam 3 warna sahaja.






kredit gambar


2. Selotep dan kertas pelekat
-untuk melabel bahan-bahan yang ada dalam box.
-kertas ni biasa dijual di kawasan alat tulis. (selotep itu sebagai lapisan kena air laah )
- taip...dan print. (biasa yang lawa-lawa ni mata sedapnya pandang..mau kemas pun hati macam ada rasa sayang..hihi)



3. Rak besi
-untuk meletakkan box!
(cadangan..rak besi itu mau kasi cat warna putih dan hitam)
- hanya letak box sahaja

kredit gambar

terima kasih puan-puan blog, banyak pahala.aminnn


kalau misi ini berjaya, nanti hasut beliauku juga.
aku nampak rumah beliauku memang banyak harta patut masuk stor.
cuma, masalahnya..kenkadang pandai guna..simpan tidak..

itu memang masalah kalau bab kekemasan rumah. kena semua pihak berkerjasama.
tidak mau bantu kemas..jangan bantu sepah.


kan rumah yang kemas itu sunnah juganya



banyak idea untuk susun atur ni..cuma kita kena chek keutamaan..
lagipun misi belajar masih ada..
jadi susun atur rumah ni..untuk tujuan kemas dahulu..
mau cantek..mestilah mau...tapi nanti-nantila...


Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Bersihkan halaman kamu, kerana sesungguhnya orang Yahudi tidak membersihkan halaman rumahnya.” (Hadis riwayat at-Tabarani)..

10 April 2015

bilik ringkas



masya Allah..cantik betul warna hijau gabung dengan putih ini.

ini cadang untuk bilik tengah rumah kami.
sebab bilik tengah tu kecil sahaja.
sesuai untuk ruang kerjaan di rumah.
macam menaip di tengah sunyi atau ketika mahukan ketenangan.
lepas tu boleh rehat-rehat situ juga.

drawer tu boleh sumbat fail, fail atau dokumen-dokumen.
bawah katil itu untuk barangan yang tidak dipakai. Sebab sayang juga rumah luas sebenarnya, sebab gaya susunan yang kurang tepat jadi nampak PADAT.

lagi SS tu, kenkadang ada benda dia akan fokus dalam 2-3 jam hadap komputer.
bila bersunyian begini kan molek.

lagi pulak bilik tengah tu tiada tingkap.
Tingkap atas tu kecil dan terbuka sentiasa.
mungkin kena pasang sesuatu untuk elakkan hujan masuk.
juga untuk keselamatan kan.

kebetulan atap bilik tu tinggi..sesuai juga letak katil jenis bertingkat.
yalah kan..kenkadang ada juga saudara mara mau datang
atau sesekali melawat kita..boleh kasi rehat di situ kan..boleh muat 2 orang tidur.

kalau Fath besar nanti..bilik tu boleh tukar jadi miliknya la..
hemmm..

gambar hijau tu simple.
1. katil
2. drawer- 6
3. rak buku dinding
4. meja komputer- ini sudah ada pun..haha
5. Frame.-letak ayat suci, doa kah

bilik kecil ni pun sesuai untuk tempat solat.
Lagi kalau dekat bilik air kan..untuk tetamu senang juga.

daa

Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...