04 March 2016

hari 2: Dari Pesuruan turun ke Gunung Bromo


selepas cuci mata di puncak Gunung Pesuruan...
singgah sarapan jagung bakar, goreng pisang+kopi 3 in1 di gerai kecil..

kami turun ke bawah sikit dan misi seterusnya ialah...ke Gunung Bromo yang tengah aktif membakar tu :(




dibelakang tu kawasan perumahan yang terletak di puncak pergunungan...bertingkat-tingkat gunung disini...

barisan jip yang disewa oleh kumpulan kami...aada 3 semuanya

SS duduk depan saya...dan ketua rombongan..saya sebaris dengan sepasang suami isteri...hee..muat jugalah...

jalan ni bagus jak..kiri tu ada gaung...ketua rombongan ni kata..ala-ala Afganistan suasananya tu..dia dah pernah pi sana..dia cerita gaklah camana suasana Afganistan...rasa mau juga pi negara tu...

jalan dan jalan..
nampak suasana berawan berkabus tu...boleh jak singgah ambil gambar.
tapi kami macam eh-eh...camana nak singgah.

terus turun jaklah menerusi lereng tu...


sebelum ke Gunung Bromo..lalu kawasan ni...atas ni memang berkabus...tapi bila matahari dah naik...agak kurang  sudah

kabus pun segan-segan sudah

singgah ambil gambar..hahaha..peace ni macam aneh-aneh jak...gembira kot suasan sejuk tu



ni pun gaya macam eh..eh apa benda tu gayamu

ahli rombongan kami dengan banner

mari kita ambil gambar dengan banner...eh-eh ada orang masuk lah..

jip parking sekejap...


sekejap jak pun..ni bangga sebab naik depan jip orang..sabar jak pak supir tengok jeep jadi barang 

Teruskan perjalanan...pak supir cakap..nanti kita akan naik kuda untuk ke Gunung Bromo tu..
dan pak supir cakaplah..siapa nak naik kuda, dia nak hubungi kawan dia kat sana.

dalam jip kami..ada 2 orang yang kata nak naik kuda.
kami tidak.

sebab ada baca....#banyak kuda dekat sana menunggu...jangan risau habis..kalau habis pun jangan risau..tetap ada.

dan kos tempah awal kuda tu boleh dikurangkan bila kita dah kat sana.

dan jalan sikit..

sampailah ke kawasan kuda menunggu.


ahli rombongan pun naik kuda di chek point ni..para jip parking situ gak.

ahli rombongan semua naik dan bergambar...kami dah mulakan berjalan kaki ke kaki gunung Bromo
kita ambil gambar dengan kuda jaklah sebelum memulakan perjalanan kaki
                                 
padahal..boleh saja jip tu lalu jalan ni...saja bagi kuda pula..hemmm

mula Fath nak berdukung....pelan-pelan pujuk

sambil jalan kaki...ahli rombongan naik kuda...#ada tukang pegang kuda tu..jangan risau
ada pula 3 orang follow kami dan promo kami naik kuda diorang.
kami kata berapa..sama gak... 100 000Rp.
minta kurang..kata tak boleh. So kami tolak

jalan dan jalan kaki...kami dan pasangan suami isteri 1 jeep tadi...
depan ni ada bilik air...pasangan suami isteri tu singgah...sambil tunggu ambil gambar dengan gunung Bromo di belakang tu


bahaya sulfur putih tu...sambil tu 3 orang tadi masih menunggu kami..eh-eh


proses memujuk Fath..kata abi nak naik gunung sekejap..Fath dengan umy..


di gunung berapi gak...dah mati gunung ni..kalau hidup lagi...memang kawasan ni tidak selamat kot.
SS dan suami pasangan tadi teruskan jalan kaki...jauh gak jalan tu..aku kata..kalau rasa tak larat...naik jelah kuda tu..anggap kita sedekah jelah kalau mahal tu.. #berbukit tu yang orang prefer naik kuda





lepas naik kuda berbukit tu...kena naik tangga ni..kuda dan pemegang kuda tu akan tunggu di kawasan bawah tangga yang menjunam ni. Kredit gambar



tangga dari sudut pandangan tempat lain. Kredit gambar




ni pun ambil gambar dari tangga...belakang tulah gunung Batok..gunung berapi yang tidak aktif  suda





Diorang 2 ni naiklah ke kaki gunung.
lepas naik kuda..akan naik tangga ni.

kira masa naik kuda tu sebab simpan tenaga untuk naik tangga ni.

kawan tu pakai topeng..sempatlah tengok kawah yang keluar asap tu..Sulfur ok..berbahaya sebenarnya.

SS kata dia nak naik puncak...tapi sebab asap tu jadi susah nak bernafas..
dia cepat-cepat turun.
baguslah begitu..

kang pengsan pula..1 hal pula.

lagi pun kawasan tempat keluar kawah tu..sangat tidak 'safety first'.
memang peluang jatuh tu besar.
Diorang peduli apa kan..asal ada.

tapi ramai gak aku nampak dari jauh..selfie dengan asap sulfur itu...ajaibnya mereka.
tengok gambar tu..pun nampak orang selfie dengan asap sulfur tu.
kalau untuk kenangan baguslah.

kalau untuk kebanggaan..memang menakutkan.

SS dah sesak nafas...
dia turun dan tunggu kawan tu dekat tangga.

kami pula...lepas keluar bilik air..kami cari port menunggu.

semua tidak selesa.

kami pi lah kawasan keliling kuil tu.

ingatkan ada tangga...boleh lepas bawa pokok.

tapi tiada

gambar kuil ni dari puncak Bromo..
bulatan hitam-bilik air
bulatan biru..tempat tunggu dan ambil gambar :D
kami u turn gi kuil..cari-cari tangga.

jumpa tangga di pintu kuil.
disitulah kami menunggu SS dan kawan tadi. Bulatan hijau tu
tertidur-tidur Fath di tangga tu menunggu
sumber gambar di sini
bulatan merah..tempat jeep parking.
boleh saja jeep tu ke kawasan kuil tu..
tapi...mungkin kawasan tu banyak habuk ..or sebab mau bagi kuda 'sumber duit'.
jadi parking dikawasan merah..dan seterusnya orang naik kuda..


kalau larat nak naik tangga..lepak bawa pokok di tepi kuil..tapi tinggi
lepak di tangga ni jaklah.
sejuk pun terasa gak..walau matahari dah naik. Kredit gambar


sambil tunggu berboraklah..
dan nampaklah ada orang tu bawa karung dan kutip najis kuda.
ada alat dia.

dan seorang pacik offer kami naik kuda..
"pusing-pusing buk".

aku tanya harga.
30 000Rp.

mahal gaklah..dalam RM10 tu.

kami gitau kami tunggu suami masing-masing.

dan pacik tu menunggu sama.

memang ayat kami tu..menunjukkan peluang 'kuda dia'.

maka bila SS dan suami kawan tadi turun dari gunung naik kuda.

SS ambil Fath dan naik kuda lah aku dan Waafa. Kuda ponny oklah rendah jak,
tapi pacik tu tolong tolak naik.
segannnn den.

boleh jak naik sendiri sebenarnya.

huhu.

tadi ayat pakcik tu "pusing-pusing buk".
mana ada pusing pun.
dari kuil ke kawasan parking jeep saja.

dekat saja pun.

tidak apalah. Peluang naik kuda tu jak yang dimahu.

kawan tadi dia preggy. So follow husband dia naik kuda...dia jalan kaki


sempatlah bergambar sama.




pengalaman naik kuda ni rileks jak.
cuma nak imbangkan badan tu sebab Waafa tengah tidur kan..

tengah jalan, aku tarik tali kuda...stop la kuda tu berjalan :)




lepas tu naik jeep.

ingatkan nak pulang dah.

rupanya gi kawasan pasir hitam.

mana lah ndak hitam..habuk gunung tu kan hitam :)

pi kawasan yang agak lawa sikit.

memang subahanallah...cantik vew gunung belakang tu..cumanya..
musim kemarau dan..
tidak pro ambil gambr..
jadi hasil pun 'biasa-biasa saja'.

:)

masuk jak jeep lepas naik kuda...buka carrier...budak ni masih tidur ok. huhu lah kita dukung dia


saja ambil gambar dengan sampah dekat situ..sebab situ ada orang berniaga makanan kan...
diorang main buang situ saja :(


menu dia apa ntah..makanan ringan..ada mee segera diorang siramkan air panas.
ada ahli rombongan yang makan.
kami tidak makan pun.
tapi menarik hati, penjual baju follow ke situ naik motor..

maka terjebaklah kami membeli baju 'Bromo'.
beli yang kain cotton.
dapatlah murah sikit dari harga jual di homestay.


jalan pusing naik jeep.
eh singgah lagi..

ni kali padang pasir hitam luas ok.

tapi ahli rombongan dah kurang aktif bergambar
ada gaklah hasil gambar diorang share dekat wassap.



belakang tu gunung Batok...dekat kawasan bilik air tadi :)

lepas ambil gambar situ.

naiklah balik jeep dan balik ke homestay untuk chek out keluar

kesimpulannya...dari gunung Pesuruan kita akan nampak 3 gunung ni.
dan kita akan turun untuk ke gunung Bromo..perjalanan dari kanan tu..kemudian dihadapan gunung batok ni...dan naik kuda ke kawasan gunung Bromo...balik semula... naik jeen ke kiri untuk ke kawasan lautan pasir hitam.

lepas tu balik semula ke kanan...untuk balik....ke kawasan homestay.

homestay ni disebalik gunung Pesuruna. Dari homestay kita boleh nampak gunung Pesuruan...tapi tidak dapat nampak gunung 3 ketul ni...
payah juga mau dijelaskan. Kena sediakan peta dulu.hihi


bersambung,














02 March 2016

Selamat Ulang Tahun Fath!

nama Fath ni aku yang pilih. dari 2 nama.
pendek dan senang.

rupanya ada surah nama Al-Fath.

terus macam berbelah bagi. Mau kasi nama Fath juga atau tukar lain..
tapi dah melekat pun nama Fath dalam hati.

Takpalah.

Sekali, SS pula pilih nama Muhaimin. Muhaimin ni maksudnya Menguasai

OMG.

kalau Muhaimin...kena letak Abdul atau Abdullah..sebab kan tu nama KHAS untuk Allah yang Maha Esa.

Tapi, dia mau juga nama tu.

Aku pun ok lah. Ikutlah. Sebenarnya boleh jak aku minta SS tukar nama tu. Tapi dah dia memang suka...malaslah kan...

aku harap dia pilih nama bermula huruf A, jadi terus gabung dengan Fath tadi.

tapi..bila cerita begini. Kang gara-gara nama bikin gara-gara

REDHA jaklah.

bila Fath lahir. Pi buat surat beranak. Barulah terhegeh-hegeh..mau letak Abdul kah..Abdullah?.

memang nama anak ni masalah besar juga.

Terus letaklah Abdulloh. Insaf sikit bila time marah panggil nama tu.

SS pula kreatif, dia pi spelling nama anak power..jadilah macam yang dalam Mykid tu.

kesian Fath nanti...sekolah..panjang betul namanya...hahah.

....
terus ingat eh nama Nurul Syuhadah Nurul Ain pun panjang lebar juga. :)

harap Fath boleh bermanfaat setidaknya follow nama-nama panjang ni...;p

...

Tahun ni Fath masuk umur 4 tahun.

Eiii...cepatnya budak keras ni membesar.

cakap pun dah lancar. Tapi kadang laju...jadi orang lain susah tangkap.

macam follow cara aku bercakap jak.

Pula jenis keras. Kalau tengah main pun..dia kelepek jak kepala Waafa. Huiii

lagi kalau time marah. macam semua benda dapat..akan boleh berkecai.

cuma kelebihan dia..boleh dipujuk la...tapi guna videos yang dia suka. Kalau setakat usap-usap..memang makin ngamuk.

bagi makanan kesukaan pun, dia rileks jak buang nanti.

haila...


.....
masuk bulan Febuari. Terus teringat Fath birthday.

tapi, tidak fikir pun makan-makan kek ni. Dalam fikiran bagi jak cekodok. Letak lilin.

SS la..rezeki dia hujung bulan ni akan viva.

jadi mungkin dia risau dia akan busy. Jadi sambutlah awal birth day Fath..patut 4 Febuari. Sambut 3 Febuari.

dia cakaplah nanti kita keluar cari kek.. Kelemahanku ni..bila baca wassap mesti yang last aku ndak sempat baca.

SS cakap..nanti terus gerak. Bersiap terus. Maksudnya mau cepat jangan kena tunggu....


aku cuma faham..nanti kita keluar makan kek.

jadi...rileks jaklah. Lepas Isyak la kita keluar.

lupa diri. Pukul 10 kedai kek dah tutup lahhhhhh.


Jadi lepas isyak baru keluar.

SS pun ndak mandi. pakai baju kerja. Dia mau mandi..aku cakap..balik nantilah sebab dah pukul 9.
lagi pula..anak makan sikit dulu. Nasi+sup daging.

sempatlah SS suap Wafa yang merengek lepas mandi. Baru bangun kan..emosinya lain.


...
sampai jak. Kedai SR masih buka...cuma nampak staf tengah kemas-kemas.
Rasanya tag OPEN masih dipasang di pintu.

SS keluar. Tanya
sebab jam pun macam 9.47 begitu.
kami tunggu jak.

Dia mau beli sebiji kek.
..muntah kita muak nanti.
suruh beli potong-potong jak.
biar banyak variasi.
Dia pun beli 4 ketul...4 perisa.


lepas beli kita pi tesco. sana air murah banding dengan SR ni. Paling murah pun RM4 kot kalau di SR.
cuma tu lah..SR sedap sikit suasananya.
bukan selalu pun ada peluang tu..


jam 10 begitu...food court tesco dah tutup. Tinggal kedai char ni. SS beli air disitu. kami tunggu. Teh hijau & mangga kot. Dia kan suka yang 'sihat' ni.
Tapi sedap jugalah..habis kami bantai..



lepas makan kek minum air semua. Masuk tesco.
SS kata, "dah agak dah..."

mestilah kan...jarang peluang window shopping ni.

belikan Fath Waafa buku..RM9.90 seorang.
bagiku buku ni memang bagus.
cuma mahal.
tapi fikir hari jadi..kasilah peluang ini budak.

Fath pula datang angin mau pensil warna. SS kata kan kat rumah ada warna crayon. Fath mau juga...
iyalah..warna di rumah patang seribu dah kan...mungkin bagi Fath itu sudah 'TIADA'. Beli lah baru..beli yang RM1 lebih jak. Kalau yang sedap mau RM3 lebih...tapi fikir dia punya style pakai... hemmm

aku pula yang jenis FED UP jumpa warna patah seribu ni.

round-round.. alang-alang kan datang sini.

aku cari sterika yang dulu..eh tiada sudah.

lepas tu carilah barang rumah..mau cari penggontang kecil tu. Tapi rupanya harganya RM7 begitu...ada yang RM3 lebih tapi besar...memang mahal la jenis tu. Dulu ingat di rumah Muizz di Jepun tu, ada kecil jak..senanglah guna masak telur dan lempeng ka...tepung ndak berketul.

ada SS beli..besar amat pula. Pakai pun jarang.

mau beli buku-buku untuk investment budak dua ni...tapi harga macam mahal..malas lah..cuci mata jaklah.


akhirnya kami pun beli juga hadiah... aku beli sendok..sebab  Nampak clear stock.
SS beli 3 biji lampu. Dia ingat harga tu nanti akan dipotong 50%. Padahal itulah harga selepas dipotong 50%.
SS kata sama jak harga selepas dipotong tu dengan harga Tesco KS.

kecewa kot. Dah bayar baru tau..

kalau aku..aku suruh jak cancel. Tapi kalau dia...hemmm. Lagi sudah sampai kaunter bayaran...

bertabahlah.

akupun pujuk. "lain sikit kot lampu ni..,mungkin jimat tenaga...kan biasa beli lampu philips tu".

kalau aku memang moody la tersalah beli begini. Banyak boleh beli dengan duit tu.


termasuk beli buku :p


begitulah cara menyambut hari kelahiran Fath.
masing-masing beli untuk keperluan rumah.
Fath Waafa beli untuk diri sendiri.



Gambar ni jak yang ada dalam simpanan untuk Febuari 2016. Yang di hari kejadian..semua dalam hp umy yang rosak sudah tu..huhu


semoga Fath membesar penuh kebaikan.
Rajin baca Quran solat dan buat baik.
Sayang Waafa baik-baik.
Jadi contoh tauladan kepada adik-adik.

amin.

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...