pendek dan senang.
rupanya ada surah nama Al-Fath.
terus macam berbelah bagi. Mau kasi nama Fath juga atau tukar lain..
tapi dah melekat pun nama Fath dalam hati.
Takpalah.
Sekali, SS pula pilih nama Muhaimin. Muhaimin ni maksudnya Menguasai
OMG.
kalau Muhaimin...kena letak Abdul atau Abdullah..sebab kan tu nama KHAS untuk Allah yang Maha Esa.
Tapi, dia mau juga nama tu.
Aku pun ok lah. Ikutlah. Sebenarnya boleh jak aku minta SS tukar nama tu. Tapi dah dia memang suka...malaslah kan...
aku harap dia pilih nama bermula huruf A, jadi terus gabung dengan Fath tadi.
tapi..bila cerita begini. Kang gara-gara nama bikin gara-gara
REDHA jaklah.
bila Fath lahir. Pi buat surat beranak. Barulah terhegeh-hegeh..mau letak Abdul kah..Abdullah?.
memang nama anak ni masalah besar juga.
Terus letaklah Abdulloh. Insaf sikit bila time marah panggil nama tu.
SS pula kreatif, dia pi spelling nama anak power..jadilah macam yang dalam Mykid tu.
kesian Fath nanti...sekolah..panjang betul namanya...hahah.
....
terus ingat eh nama Nurul Syuhadah Nurul Ain pun panjang lebar juga. :)
harap Fath boleh bermanfaat setidaknya follow nama-nama panjang ni...;p
...
Tahun ni Fath masuk umur 4 tahun.
Eiii...cepatnya budak keras ni membesar.
cakap pun dah lancar. Tapi kadang laju...jadi orang lain susah tangkap.
macam follow cara aku bercakap jak.
Pula jenis keras. Kalau tengah main pun..dia kelepek jak kepala Waafa. Huiii
lagi kalau time marah. macam semua benda dapat..akan boleh berkecai.
cuma kelebihan dia..boleh dipujuk la...tapi guna videos yang dia suka. Kalau setakat usap-usap..memang makin ngamuk.
bagi makanan kesukaan pun, dia rileks jak buang nanti.
haila...
.....
masuk bulan Febuari. Terus teringat Fath birthday.
tapi, tidak fikir pun makan-makan kek ni. Dalam fikiran bagi jak cekodok. Letak lilin.
SS la..rezeki dia hujung bulan ni akan viva.
jadi mungkin dia risau dia akan busy. Jadi sambutlah awal birth day Fath..patut 4 Febuari. Sambut 3 Febuari.
dia cakaplah nanti kita keluar cari kek.. Kelemahanku ni..bila baca wassap mesti yang last aku ndak sempat baca.
SS cakap..nanti terus gerak. Bersiap terus. Maksudnya mau cepat jangan kena tunggu....
aku cuma faham..nanti kita keluar makan kek.
jadi...rileks jaklah. Lepas Isyak la kita keluar.
lupa diri. Pukul 10 kedai kek dah tutup lahhhhhh.
Jadi lepas isyak baru keluar.
SS pun ndak mandi. pakai baju kerja. Dia mau mandi..aku cakap..balik nantilah sebab dah pukul 9.
lagi pula..anak makan sikit dulu. Nasi+sup daging.
sempatlah SS suap Wafa yang merengek lepas mandi. Baru bangun kan..emosinya lain.
...
sampai jak. Kedai SR masih buka...cuma nampak staf tengah kemas-kemas.
Rasanya tag OPEN masih dipasang di pintu.
SS keluar. Tanya
sebab jam pun macam 9.47 begitu.
kami tunggu jak.
Dia mau beli sebiji kek.
..muntah kita muak nanti.
suruh beli potong-potong jak.
biar banyak variasi.
Dia pun beli 4 ketul...4 perisa.
lepas beli kita pi tesco. sana air murah banding dengan SR ni. Paling murah pun RM4 kot kalau di SR.
cuma tu lah..SR sedap sikit suasananya.
bukan selalu pun ada peluang tu..
jam 10 begitu...food court tesco dah tutup. Tinggal kedai char ni. SS beli air disitu. kami tunggu. Teh hijau & mangga kot. Dia kan suka yang 'sihat' ni.
Tapi sedap jugalah..habis kami bantai..
lepas makan kek minum air semua. Masuk tesco.
SS kata, "dah agak dah..."
mestilah kan...jarang peluang window shopping ni.
belikan Fath Waafa buku..RM9.90 seorang.
bagiku buku ni memang bagus.
cuma mahal.
tapi fikir hari jadi..kasilah peluang ini budak.
Fath pula datang angin mau pensil warna. SS kata kan kat rumah ada warna crayon. Fath mau juga...
iyalah..warna di rumah patang seribu dah kan...mungkin bagi Fath itu sudah 'TIADA'. Beli lah baru..beli yang RM1 lebih jak. Kalau yang sedap mau RM3 lebih...tapi fikir dia punya style pakai... hemmm
aku pula yang jenis FED UP jumpa warna patah seribu ni.
round-round.. alang-alang kan datang sini.
aku cari sterika yang dulu..eh tiada sudah.
lepas tu carilah barang rumah..mau cari penggontang kecil tu. Tapi rupanya harganya RM7 begitu...ada yang RM3 lebih tapi besar...memang mahal la jenis tu. Dulu ingat di rumah Muizz di Jepun tu, ada kecil jak..senanglah guna masak telur dan lempeng ka...tepung ndak berketul.
ada SS beli..besar amat pula. Pakai pun jarang.
mau beli buku-buku untuk investment budak dua ni...tapi harga macam mahal..malas lah..cuci mata jaklah.
akhirnya kami pun beli juga hadiah... aku beli sendok..sebab Nampak clear stock.
SS beli 3 biji lampu. Dia ingat harga tu nanti akan dipotong 50%. Padahal itulah harga selepas dipotong 50%.
SS kata sama jak harga selepas dipotong tu dengan harga Tesco KS.
kecewa kot. Dah bayar baru tau..
kalau aku..aku suruh jak cancel. Tapi kalau dia...hemmm. Lagi sudah sampai kaunter bayaran...
bertabahlah.
akupun pujuk. "lain sikit kot lampu ni..,mungkin jimat tenaga...kan biasa beli lampu philips tu".
kalau aku memang moody la tersalah beli begini. Banyak boleh beli dengan duit tu.
termasuk beli buku :p
begitulah cara menyambut hari kelahiran Fath.
masing-masing beli untuk keperluan rumah.
Fath Waafa beli untuk diri sendiri.
Gambar ni jak yang ada dalam simpanan untuk Febuari 2016. Yang di hari kejadian..semua dalam hp umy yang rosak sudah tu..huhu |
semoga Fath membesar penuh kebaikan.
Rajin baca Quran solat dan buat baik.
Sayang Waafa baik-baik.
Jadi contoh tauladan kepada adik-adik.
amin.