25 November 2013

seputar di luar Muktamar PAS 59

sebab kan hari berkerja.Jumaat baru ni.Aku follow lah.

lagi satu terniat mahu ke perjumpaan alumni UKM malamnya.
sekali tidak pigi, sebab Sang S rancak berborak dengan rakan setugas di booth tu.huhu.

petang ke malam hanya menempek dan mengurus dua bintang hatiku itu.
si Abam, buang air besar.Basuh di tandas yang air bertakung tu.
ok memang mental.sebab fikir nanti kena najis pula pakaianku.

si Wafa, merembeskan najisnya dibajunya.serius terus kacau bilau perasaan.
dahlah lepas maghrib.sejuklah air disingki itu.
ramai pulak geng ibu-ibu yang menunggu menggunakn tandas tu.
lagi aku membasuh seluruh badan si Wafa yang bernajis itu. Alhamdulillah hanya merengek kesejukan dia.

habis itu, teruskan sapukan badan dengan air.dan pakaikan baju.
bedak, minyak angin semua di kereta.

ok.itu cerita pendek duduk di situ.

secara gambarannya
1. Stadium tu usang la
2. ramai orang jugalah.
3. parking pun luas
4. malam Ahad tu ada buang lelongan lukisan gambar-gambar macam Syeikh Ahmad Yassin, TGNA..dan ramailah.tidaklah aku suka cara Bob Lokman dan pengacara itu mempromosi gambar itu. Iyalah harga pun bukan murah. Bagi akulah. Jadi..faham-fahamlah, penonton yang datang tu bukannya dari kalangan bisnesman atau yang kaya raya. Mungkin kurang sesuai acara itu dibuat. Mungkin dalam slot yang lain, macam makan malam.

5. harga minuman, cekik darah RM2 untuk satu gelas!. hoi
6. rasanya, kalau ceramah atau apa-apa yang memerlukan penonton mendengar, janganlah penjual di gerai pun pasang speaker. Hishh..
selalu sangat aku nampak begitu kalau ada ceramah umum, penceramah tengah berceramah.. penjual cd pun pasang ceramahnya.

7.tandasnya sikit. Kasihan pengguna. Selepas ini boleh ke Jom Heboh, tengok persediaan mereka.

setakat itu sajalah.sebab kan saya bukan lama-lama pun disana.

24 November 2013

sweetlah bagi kami ni

aku dulu pun terpengaruh dengan istilah

"bercinta selepas kahwin".

hikhik.

jadikan aku konon bertegaslah begitu, begini.

bila dah tau sikit-sikit maksud 'Falsampah' tu, terus kan..ek ele..bajeeeetlah konon!

atau dalam bahasa kasarnya. Hoi jangan nak sweet-sweet manis gula-gula!.

kesimpulannya
bercinta is sedia menerima saki baki daki segala hal!.

so..kalau masih terasa eeii its sweet..bagus kan chek balik dalam relung hati dan minda itu. Nak kahwin sebab nak sweet..atau apa..

kalau sebab nak sweet..rasanya,belum cukup syarat menjadi pengantin kot..kotlah.Tak setuju, no hal.aku setuju saja, sebab aku yang fikirkan..dan tulis! hueeee.

sebenarnya, aku nak tulis pasal tadi aku menemani sang zauji ke Sport Planet..erkk kah Planet Sport..?.
menjadi peneman kadang sweet,kadang ooohhh..:p

aku ke sana, sebab niat mau jumpa kawan lah..kawan tu isteri kawan sang S.Aku rasa better aku gelarkan si zauji Sang S.Ala-ala cerita perwira gitu..
saumi-suami itu berjanji akan bermain futsal sepenuh riang.

kawan tu akupun tak tahu nak panggil nama apa..lastly aku panggil Lis. Amboi rupawan sungguh kan.. nama beliau.

Beliau ada anak dua dah. sorang lahir 2010, sorang lagi baya Fath

dengan harapan apabila dua jejaka beliau bertemu dengan Fath, maka bertambah luaslah jaringan persahabatan mereka itu.

huhu.

hakikatnya, sepanjang Sang S berfutsalian..kami berdua juga sibuk melayan kepintaran dan kecergasan jejaka-jejaka kami. Wafa terselamat, kerana asyik nak minum saja..huwaaaaaaaaaaaaaaa.

sambil melarang, membangunkan anak yang enak-enak bertiarap di lantai,anak tersepit di celah tiang, anak bertengkakmel (tengkar+tekak+comel),anak nak masuk gelanggang Futsal main sekali...kami berborak sedikit dua tiga empat ratus patah perkataan.ini pun 20 meter dari gelanggang futsal itu.

serius kurang romantis!

tetapi sebagai ibu bapa yang bercita-cita meniru gaya keibubapaan mithali, kami rasa ok jak pun.

masuk kereta dan balik adalah waktu untuk berehat mengawal jejaka dari melakukan aksi stunt.

ya.sweet sekali.
sesuai dengan falsafah "bercinta selepas kahwin".
iaitu, ketika suami bergembira.kami isteri pun jangan lepaskan peluang bergembira!
hoho..entah ngam atau tidak kaitannya.harap ngamlah

semoga kami berjumpa lagi.aminnn.

Lis..patutlah awak mentain comel jeeewww!

21 November 2013

AMMAR yang syahid

bismillah.!

saya kenal perkataan AMMAR tu sebab ustaz Hasrizal (saifulislam.com) ada cerita tentang dia ke Turki untuk cari bahan buat disertasi.

lepas tu kan adalah sedikit status pasal pelajar-pelajar muda yang belajar sejarah di sana.

terbaru, pasal kesyahidannya (meninggal dunia semasa menuntut ilmu)masya Allah!

saya tidak lama terfikir tentang bagaimana kisah hidupnya yang TERISI itu.
sebab saya dah tidak mampu bersaing dengannya.
saya dah kahwin! anak menyangkut dibahu!. alasan poyossss

saya cuma terfikir bagaimana kan..ibu bapanya mendidik sedemikian rupa???
mesti ada yang menarik dan mencabar disitu..

saya mau macam parents itu!.
ya InsyaAllah.aminnn

16 November 2013

Kinabatanganku

Kinabatanganku.*baca harus suara bergegar*


sejak isu MP Kinabatangan dijadikan baham..aku terus macam ehehehe

1.Kinabatangan adalah satu daerah yang besar nak mampo* di Sabah

2.Dalam Kinabatangan ada sungai yang panjang,namanya Sungai Kinabatangan.

3.Di tepi-tepi sungai ni duluuuuuuuunya banyak hutan, sekarang ni..mau tau kena pi lah naik perahu layari sungai tu.

4.Ok. Ada hutan ada rimau..ahaks.Ada payau ya..payau adalah sejenis haiwan yang sedap giloss.Dan juga comel kot.

Dalam Kinabatangan tu ada kawasan.dalam kawasan ada berjenis kampung gituuu.



Bukit Garam
1. Sangat comel ya namanya. Dan menurut riwayat orang tua-tua, dulu ada bukit yang ada garam (garam bukit).Tapi ntah sapa pi tarah. Terus hilanglah kan yang bukit itu.

2. Kebanyakan penduduk berbangsa SUNGAI.opkoslah kan..Sungai juga adalah sejenis bangsa ya..errr..mungkin lebih enak digelar suku kaum . Bangsa ni lahir dari kepelbagaian cabang sungai. Dulu-dulu kan orang tinggal di tepi dungai begitu. Orang Sungai ni kebanyakan berkulit cerah dan mulus.

3.Kalau dari jalan Utama, Sepanjang jalan ke Sungai Kinabatangan,Bukit Garam ni banyak kampung-kampungnya. Jalannya pun agak kekampungan jugalah. Dah namanya kampung kan.

4.Sumber pendapatan penduduknya adalah pokok sawittt..sarang burung..berniaga..mencuri sawitt..oppss..berkerja kerajaan.

5.Ada satu rumah tu dia jual daging payau. Kami kalau balik, mesti akan buat lawatan muhibbah sambil membeli daging terus ke dapur penjual itu. Rumah tu terletak di kampung..apa yaa..gilos..memang aku tak tau sejak dahulu kala lagi, apa nama kampung tu.

Sebenarnya ramai jak peniaga daging payau fresh dan beku tanpa letak ubat ni.Mau senang terus ke Pangkalan.Dan tanyalah orang disana.InsyaAllah akan berketemu.Kalau tidak berketemu, boleh jak tanya orang sampai jumpa.

Macam pengalaman kami, kami interbiu peniaga kedai depan sekolah, pacik yang duduk tepi sungai tu, penjual minyak petrol dalam gelen tu pun ada. Dan akhirnya kami jumpa ya..Tapi malangnya aku lupa minta no fonnya kan.Bolehlah aku minta komisyen kalau berjaya dipromot..lepas ni aku mintalah.ambil gambar,ingat alamat,no tiang elektrik..gambar rumah.

6. Produa kancil/viva malah proton saga pun ada.. adalah sejenis kenderaan awam. Erk...kenderaan utama yang macam ala-ala teksi.Tapi tidak bermeterlah. Kalau kan kita berlagak macam orang jakun dan ala-ala takut dengan Polis.Konfom akan diminta bayar mahal!.

Diorang ni ada jak yang kurang Ihsan (Allah melihat apa yang kita buat). Malah ada yang lebih teruk dari Ulat di KLIA atau LCCT tu. Tapi mana-mana pun ada kan..pandai-pandailah hidup.Jangan sampai mudah dibaham.

7. Ramai juga anak-anak muda yang mula cakna, belajar ke peringkat tinggi. Termasuklah aku..#kombangkombangkan_idung# maklumlah mak bapaku tiada tanah berekar-ekar untuk diwariskan kepada aku dan adik beradik, melainkan peluang menuntut ilmu. Terima kasih mamaku dan bapaku!! Love U sampai Jannah!.aminnn

ilmu ilmu ilmu

tapi ada jak yang berpeluang, cuma masalah dokumen gitu. Atau ehe masalah yang belum lagi aku kenal pasti.

yang tidak berpeluang pun ada.Sama ada memang tidak mau, malas, kaya, dan sebagainya

8. Sekolah rendah sini berlambak lah.Alhamdulillah. Aku dulu sekolah jauh juga..siap naik lori kalau ke sekolah.Best gila..ndak payah guna air-cond. (ok..tifu..aku malu sebenarnya naik lori,sebab kena buka langkah besar-besar masa naik..eii malu ai).

9. Sekolah Menengah ada dua. Sebelah menyebelah. Satu namanya SMK BUKIT GARAM (SMKBG).satu lagi SMK BUKIT GARAM II..lepas tu tukar jadi SMK LAMAG. Aku sekolah di SMKBG.

Sekolah ni ramai cikgunya orang semenanjung..Kelantan,Kedah,KL ehe ramailah.

10. Ok kebanyakan penduduknya beragama Islam. Ada juga yang Kristian. Yang lain-lain ada juga kot, terutamanya tauke kedai.

11. Ada banyak masjd dan surau yang disukai cicak..opppppps..macam jahat jak. Ada jak AJK Masjid yang akan imarahkan. Yang ni aku kurang tau..sebab aku bukan kaki masjid.

12. Ada Pasar Tamu..erkk..tapi aku sendiri konfius pasar tu terletak di Kawasan Bukit Garam..atau tidak..tapi yang aku pasti itu memang ibarat Shopping Mall lah..terutamanya warga estet..orang estet jangan pulak makan hati..dan warga kampung. Dulu aku suka ke sana..macam satu kehilangan bila tidak pigi, sebab ada jual bundle yang murah-murah dan boleh lagi diskaun sampai 80%. Tapi sejak aku masuk unipersiti,aku kuranglah kesana.Sebab utama, aku menjaga maruah manusia bertudung besar..ce ce ce. Macam muntah sajja..

sebabnya aku jarang balik kampung ba. Dan malu lah bah minta duit beli bundle.Tapi suruh orang belikan bundle aku selalulah. Sebab ndak perlu minta duit

13.Sebenarnya jalannya berturap, ada api elektrik, tiang telefon, telefon awam..dan ada juga yang sebaliknya. Macam aku, untung sikit sebab ada semua tu. Cumaaa..oleh kerana tiada air percuma macam di Selangor..maka kami lebih suka menggunakan air kolam sebagai keperluang selain makan dan minum..

*padahal baru jak pun masuk air, masa dekat PRU13 tulah..pancingan bilang



oklah..kalau aku rajin aku buat sambungan.Kalau indak..naaaa.maaflah ya.

(entry ni tidak bergambar, kerana saya selalu terleka semasa pulang ke kampung sehingga kurang berjaya mengklik gambar kenangan)

14 November 2013

ke-3

letak kepala bagus ni,kalah shampoo bawang


Alhamdulillah dah tiga tahun kami kawin.
kawin kawin
dapat dua anak, teruna dan dara.

"Ya Allah bantulah kami mengisi mawaddah,rahmah,dan sakinah pada rumah tanggan kami, aminnnnn"

orang letih

bismillah.

kalau kita ngadu dengan manusia,salahkah?

sebab orang selalu kata,
"mengadulah dengan Allah,Allah Maha mendengar".

betul.
mengadu dengan Allah adalah yang terbaik.

tapi,kenapa Allah cipta telinga kepada orang?.
tentu juga untuk menjadi pendengar kan..

ooh..
aku rasa aku malas lah kan kecoh atau ngadu pasal zauji yang selalu berzikir "penat..penat..letih..letih..otak letih..".

bayangkan dia kata begitu,aku suruh mengadulah dekat Allah.
macam aku main-main pula, disitu yaa.

lepas tu tanya banyak kali benda yang sama dan jawapan tu bukan ada pun kat aku.Ada kat atas langit nun..

mau tidak mau,kita perlu ngadu kepada manusia juga yaa..

.................................................................
macam kan tadi..dia keluar pukul 8 pagi,sebab ada kelas di KL..lepas tu mestilah balik dan kerja.sampai rumah 7.30pm begitu.
muka memanglah kedapatan penat.
pula tu puasa..aku gitau dia semalam esok puasa Muharram ya

dan..dan..dia pun puasa tanpa sahur.aku memang tak puasa,sebab aku ada Wafa.
mana tak berzikir "letih..letih".

balik tu habis makan,solat, segala..ingat mau rehat.
sebab katanya penat kan.
sekali otaknya sentiasa berfikir.
aku rasalah itulah punca utamanya.

ambil bantal,Fath datang lompat-lompat dibelakang..siapa suruh bertiarap,suruh pi bilik ndakmau..
sabar jelah.
pi ambik jurnal baca time ngantuk..pening..bokpa?

lepas tu pula,Fath memang pantang gitu tengok abi dia baca buku,sibuklah dia membuat macam-macam rondaan.
penat layan dan kata jangan kat Fath.
terus Fath tampar muka abi dan gelak-gelak...
haha...
sandi!

mengamuklah kan..lepas tu abi pek tangan Fath kot.Fath pun menyanyi lagu pilu tanpa air mata.

terus aku lah emosi pula
"seharian abi hilang,dia nak bermanja tu..layanlah..blah..blahhh"

terus zauji kan minta maaf dan nasihat begitu begini.

oohh.

jam 9.50 keluar lagi, pi kedai..kata mau beli lampu..suruh sekali beli daging.dalam kepenatan keluarlah.
sekali balik tangan kosong
apadaaa.

pukul 11 keluar lagi ke LCCT ambil bapa dengan sakinot dan husna.

oohh..
memang sakitkan hari-hari mengutip PhD ni.

(^___^).aku belum tidur disaat ini. tong tong..


*pek-1.macam tampar manja,bagi pengajaran.2.tampar

12 November 2013

ego seorang budak kocik

EGOsentrik

aku malas belek apa yang bapak Jean Piagaet tu kaji pasal anaknya tula.Tapi aku ada ingatlah dalam kerangka ayat kepala sendiri.
situasi cerita yang berlaku ketika anak berumur 2-4 tahun.
tetapi, kanak-kanak yang sipi-sipi umur begitu pun akan ada ciri-ciri umur itu.

macam kan Fath umur 1 tahun 9 bulan ++. Tapi, aku nampak, anak aku sorang ni sudah punya EGO gitu. EGO ni bukan yang seperti kita selalu guna kalau contohkan orang tu buat salah, lepas tu tak mau minta maaf tu.

dia macam, kalau aku ndak mau.Its mean aku ndak mau. Kau jangan paksa-paksa, sebab aku tidak akan mau juga..nuaaah.

gitulah yang terjadi kepada anak soleh aku ni.

contoh:

umy: "Fath nak kue tak?"
Fath: "nak..nak" (bunyi sengau sikit).maksudnya tak nak.Kalau nak,Fath ambik terus tanpa bunyik

lepas tu 1 minit aku ulang ayat yang sama. dan dia pun jawab sama dan dobol gitu. Menunjukkan betul-betul tamau.Faham tak umy!.

contoh 2:
abi: "jom tidur dalam bilik dengan adik"
Fath akan minum susu botol sambil diam-diam.
dan abi akan bangun.
Fath still di situ. Tak ikut pun masuk bilik.
(sebelum-sebelum ni,bila di ajak,memang tak mau,tapi dia ikut sebab takut sorang-sorang)

Maksdunya, aku tak nak tidur dalam bilik. Nak tidur sini!

contoh 3
abi bawa masuk botol susu Fath dengan harapan Fath akan masuk bilik ambil botol susu dan tidur dalam bilik juga.
Tetapi, Fath akan ambil botol susu sambil bawa bantal keluar.Baring dekat situ.

Kemudian abi panggil dari bilik suruh masuk.
Fath akan datang, dan pegang tangan abi paksa abi tidur dekat luar sama.
bila abi berkeras.Fath akan tarik dan meraungggg...huaaaaaaaaa.

Sampai ketika, abi terpaksa rela.

Itulah egosnetrik kanak-kanak pada tahap PRA OPERASI yang berlaku kepada anak soleh kami.




Fath jangan kasaq dengan adik tau.adik kita tu kecil jeeew.

09 November 2013

cita-citaku untuk mereka

semua orang ada cita-cita.

termasuklah aku.
ooohh.cita-citaku menjadi DUTA ya..sedap sungguh bercita-cita murni tu.
rupanya mau menjadi duta bukan senang.kena masuk politik paling kurang.

jadi aku cancel cita-cita tu.
terus mau jadi penceramah.
tapi aku gagap dan selalunya bercakap laju.paling sadis bila aku kena ulang ayat untuk orang lain faham.
terus down.
buat apalah bercita-cita benda yang sengsara.

hee..
sekarang ni tengah loading lagi.jadi simpan dulu cita-cita yang tersemat tu.

kita cerita pasal cita-cita lain.
iaitu,cita-cita untuk membahagiakan kedua orang tua. Bapa dan indo. Oh bapaku suka berjalan,suka bercerita dan suka makan.

indoku suka duit..hahaha.aku kurang rapat dengan indo, jadi aku anggap mudahlah yang kesukaan dia itu adalah duit.sebab aku tengok,kalau dia dapat duit dari bejual.Teruskan bersinar-sinar mukanya.
siapalah kan tidak suka duit.
indo juga jenis berjimat gitu.
jadi,bab benda keluarkan duit ni kadang dia berkira gitu.
tapi kalau bab anak minta duit belajar.Tidaklah kot.ntah.
sebab aku jarang kot minta duit..iyalah tu.

aku ingat dulu,masa di UKM,aku call indo ntah apa benda aku cerita.bukan pasal duitlah.
lepas tu bilangnya "kalau perlu duit,kasitaulah..kalau mama' ada duit, mama' bagi juga, kalau tiada mama' boleh carikan".
terus aku rasa indo ni bukan kedekut, cuma berkira kot. (-__-).

pernah tu kan entah siapa bagi duit, indo simpan jak. Beli baju atau apa kan berkira ya. Sebab tulah aku memang jaranglah minta duit.Contohnya kalau kemana-mana..dululah..aku mau membeli kah atau makan,aku terbayang wajah indo.sebab kalau indo bagi duit mesti tercapai apa yang aku maukan tu.
tapi kan..aku tengok adik-adik aku ok jak.Siap boleh beli apa yang diorang mau.Masa dapat result STPM dorang tu, indo siap bagi duit lagi.

jadi,aku rasa, aku jak kot yang berpersepsi begitu.Kalau aku belum kahwin ni, rasanya mau juga mencuba-cuba minta duit beli bajukah, buat makan-makan kah..tapi dah tak boleh dah.

aku nak cerita impian aku dengan dua insan yang gigih mengasi besar dan belajar kepadaku ni
1.bawa naik haji      -kena share dengan adik beradik lain 
2.bawa jenjalan di tempat yang best      -best.makan angin gitu.
3.belikan baju yang cantik-cantik (ni dah dorang dapat kot)
4.aku nak gajikan maid untuk urus makan minum dorang      -ni kena share dengan adik beradik lain juga kot.
5.aku nak bantu buat rumah tu. Maklumlah rumah tu kurang sempurna lagi. (rasanya aku boleh belikan peralatan jelah, sebab aku rasa tinggal dapur saja yang separuh sempurna di rumah sana tu).

08 November 2013

tabiat pasca

tabiat tu macam kebiasaan lah kan.aku malasnya mau chek di DBP tu.

entah dimana aku baca tu.orang pantang minum milo banyak kali sehari untuk tenaga kan.
dan aku buatlah.
1.sebab aku sudah lama indak berminat dengan milo. eh aku minum VICO sebab boikot barangan nastle.
2.sebab sedap ya
3.memang bertenaga la..banding masa preggy dan sebelumnya
4.tu jak yang aku sedap, nescafe,kopi teh semua macam eh..kenapa tidak seperti dulu


aku juga minum Holick. Konon orang kata untuk menambahkan pengahasilan makanan Wafa.
1.padahal aku selalu order holick di kedai, jadi sempena kenaikan harga barangan minum air kosong sajalah kalau ke kedai ya ..yang sedap-sedap buatlah sendiri.sedap dan hasil tangan gitu.di kedai sudahlah kadang kurang enak,harga melambung gitu.

2.zauji pun suka..hehe.(masa beli tu, dia hairan last aku beli Holick masa Fath belum setahun kot..kotlah.tiba-tiba kan lepas bersalin membeli pula). aku jawab-untuk tambah air susu. hah,jawapan sihat dan selamat.

aku suka pakai shawl.
1.malas gosok/selalu ambil masa bab mengosok tudung bawal-bawalan ni
2.adik aku jual tidak habis, aku beli dengan kadar harga yang balik modal dia..huahua
3.senang kot
zauji bilang macam budak U je punya pesen, belilah yang nampak macam koprat. sampai haritu punya semangat dia mencarikan tudung yang konon macam wanita koprat tu..hikhik.aku mana suka tudung ala-ala Fareeda yang dimaksudkan tu. 
untuk ambil hati,aku gitau tudung yang bidang besar macam tu susah mau dijumpa, kalau yang kecil berlambak. :)

04 November 2013

Tahun Baru Hijrah yaa

bismillah.

Selamat Tahun Baru 1435H!.

Misi bulan ni
1. Ajar Fath guna toilet.
2.Gunting dan jahit jubah
3.Buat skirt
4.Buat cheese Kek
5.Tanam pokok di keliling rumah (pokok yang berguna, tamau cantik tapi tadak guna)
6.Siapkan novel itu.
7.Istiqomah gi kelas ngaji Ustajah Faz


Banyak lagi misinya, tapi bila tulis cam ni.Rasa wowww banyak weiii.


01 November 2013

berdiri semasa sakit bersalin


Wafa.

di Wad.
Untuk kelahiran kamu, umy banyak guna khidmat nenek.

masa umy sakit. Nenek asyik bebel. suruh bangun, bangun nak!

umy bila gagah, bangun dan turun katil berdiri. Tangan sebelah pegang katil, sebelah pegang nenek. Abi jaga Fath. Abi tengok, tau abi risau dan takut.

tapi, betul. Pengalaman melahirkan kamu adalah manis. Umy boleh rileks walaupun sakit, dengar suara Fath rewet-rewet. Umy boleh cool.

bila dah berdiri, ada keluar lendir. plup!.

nenek kata itulah yang menyebabkan sakit, sakit nak pecahkan 'laluan'.

abi ambik tisu pi lap.

kalau umy boleh, umy takkan izinkan.


MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...