09 November 2013

cita-citaku untuk mereka

semua orang ada cita-cita.

termasuklah aku.
ooohh.cita-citaku menjadi DUTA ya..sedap sungguh bercita-cita murni tu.
rupanya mau menjadi duta bukan senang.kena masuk politik paling kurang.

jadi aku cancel cita-cita tu.
terus mau jadi penceramah.
tapi aku gagap dan selalunya bercakap laju.paling sadis bila aku kena ulang ayat untuk orang lain faham.
terus down.
buat apalah bercita-cita benda yang sengsara.

hee..
sekarang ni tengah loading lagi.jadi simpan dulu cita-cita yang tersemat tu.

kita cerita pasal cita-cita lain.
iaitu,cita-cita untuk membahagiakan kedua orang tua. Bapa dan indo. Oh bapaku suka berjalan,suka bercerita dan suka makan.

indoku suka duit..hahaha.aku kurang rapat dengan indo, jadi aku anggap mudahlah yang kesukaan dia itu adalah duit.sebab aku tengok,kalau dia dapat duit dari bejual.Teruskan bersinar-sinar mukanya.
siapalah kan tidak suka duit.
indo juga jenis berjimat gitu.
jadi,bab benda keluarkan duit ni kadang dia berkira gitu.
tapi kalau bab anak minta duit belajar.Tidaklah kot.ntah.
sebab aku jarang kot minta duit..iyalah tu.

aku ingat dulu,masa di UKM,aku call indo ntah apa benda aku cerita.bukan pasal duitlah.
lepas tu bilangnya "kalau perlu duit,kasitaulah..kalau mama' ada duit, mama' bagi juga, kalau tiada mama' boleh carikan".
terus aku rasa indo ni bukan kedekut, cuma berkira kot. (-__-).

pernah tu kan entah siapa bagi duit, indo simpan jak. Beli baju atau apa kan berkira ya. Sebab tulah aku memang jaranglah minta duit.Contohnya kalau kemana-mana..dululah..aku mau membeli kah atau makan,aku terbayang wajah indo.sebab kalau indo bagi duit mesti tercapai apa yang aku maukan tu.
tapi kan..aku tengok adik-adik aku ok jak.Siap boleh beli apa yang diorang mau.Masa dapat result STPM dorang tu, indo siap bagi duit lagi.

jadi,aku rasa, aku jak kot yang berpersepsi begitu.Kalau aku belum kahwin ni, rasanya mau juga mencuba-cuba minta duit beli bajukah, buat makan-makan kah..tapi dah tak boleh dah.

aku nak cerita impian aku dengan dua insan yang gigih mengasi besar dan belajar kepadaku ni
1.bawa naik haji      -kena share dengan adik beradik lain 
2.bawa jenjalan di tempat yang best      -best.makan angin gitu.
3.belikan baju yang cantik-cantik (ni dah dorang dapat kot)
4.aku nak gajikan maid untuk urus makan minum dorang      -ni kena share dengan adik beradik lain juga kot.
5.aku nak bantu buat rumah tu. Maklumlah rumah tu kurang sempurna lagi. (rasanya aku boleh belikan peralatan jelah, sebab aku rasa tinggal dapur saja yang separuh sempurna di rumah sana tu).