16 November 2013

Kinabatanganku

Kinabatanganku.*baca harus suara bergegar*


sejak isu MP Kinabatangan dijadikan baham..aku terus macam ehehehe

1.Kinabatangan adalah satu daerah yang besar nak mampo* di Sabah

2.Dalam Kinabatangan ada sungai yang panjang,namanya Sungai Kinabatangan.

3.Di tepi-tepi sungai ni duluuuuuuuunya banyak hutan, sekarang ni..mau tau kena pi lah naik perahu layari sungai tu.

4.Ok. Ada hutan ada rimau..ahaks.Ada payau ya..payau adalah sejenis haiwan yang sedap giloss.Dan juga comel kot.

Dalam Kinabatangan tu ada kawasan.dalam kawasan ada berjenis kampung gituuu.



Bukit Garam
1. Sangat comel ya namanya. Dan menurut riwayat orang tua-tua, dulu ada bukit yang ada garam (garam bukit).Tapi ntah sapa pi tarah. Terus hilanglah kan yang bukit itu.

2. Kebanyakan penduduk berbangsa SUNGAI.opkoslah kan..Sungai juga adalah sejenis bangsa ya..errr..mungkin lebih enak digelar suku kaum . Bangsa ni lahir dari kepelbagaian cabang sungai. Dulu-dulu kan orang tinggal di tepi dungai begitu. Orang Sungai ni kebanyakan berkulit cerah dan mulus.

3.Kalau dari jalan Utama, Sepanjang jalan ke Sungai Kinabatangan,Bukit Garam ni banyak kampung-kampungnya. Jalannya pun agak kekampungan jugalah. Dah namanya kampung kan.

4.Sumber pendapatan penduduknya adalah pokok sawittt..sarang burung..berniaga..mencuri sawitt..oppss..berkerja kerajaan.

5.Ada satu rumah tu dia jual daging payau. Kami kalau balik, mesti akan buat lawatan muhibbah sambil membeli daging terus ke dapur penjual itu. Rumah tu terletak di kampung..apa yaa..gilos..memang aku tak tau sejak dahulu kala lagi, apa nama kampung tu.

Sebenarnya ramai jak peniaga daging payau fresh dan beku tanpa letak ubat ni.Mau senang terus ke Pangkalan.Dan tanyalah orang disana.InsyaAllah akan berketemu.Kalau tidak berketemu, boleh jak tanya orang sampai jumpa.

Macam pengalaman kami, kami interbiu peniaga kedai depan sekolah, pacik yang duduk tepi sungai tu, penjual minyak petrol dalam gelen tu pun ada. Dan akhirnya kami jumpa ya..Tapi malangnya aku lupa minta no fonnya kan.Bolehlah aku minta komisyen kalau berjaya dipromot..lepas ni aku mintalah.ambil gambar,ingat alamat,no tiang elektrik..gambar rumah.

6. Produa kancil/viva malah proton saga pun ada.. adalah sejenis kenderaan awam. Erk...kenderaan utama yang macam ala-ala teksi.Tapi tidak bermeterlah. Kalau kan kita berlagak macam orang jakun dan ala-ala takut dengan Polis.Konfom akan diminta bayar mahal!.

Diorang ni ada jak yang kurang Ihsan (Allah melihat apa yang kita buat). Malah ada yang lebih teruk dari Ulat di KLIA atau LCCT tu. Tapi mana-mana pun ada kan..pandai-pandailah hidup.Jangan sampai mudah dibaham.

7. Ramai juga anak-anak muda yang mula cakna, belajar ke peringkat tinggi. Termasuklah aku..#kombangkombangkan_idung# maklumlah mak bapaku tiada tanah berekar-ekar untuk diwariskan kepada aku dan adik beradik, melainkan peluang menuntut ilmu. Terima kasih mamaku dan bapaku!! Love U sampai Jannah!.aminnn

ilmu ilmu ilmu

tapi ada jak yang berpeluang, cuma masalah dokumen gitu. Atau ehe masalah yang belum lagi aku kenal pasti.

yang tidak berpeluang pun ada.Sama ada memang tidak mau, malas, kaya, dan sebagainya

8. Sekolah rendah sini berlambak lah.Alhamdulillah. Aku dulu sekolah jauh juga..siap naik lori kalau ke sekolah.Best gila..ndak payah guna air-cond. (ok..tifu..aku malu sebenarnya naik lori,sebab kena buka langkah besar-besar masa naik..eii malu ai).

9. Sekolah Menengah ada dua. Sebelah menyebelah. Satu namanya SMK BUKIT GARAM (SMKBG).satu lagi SMK BUKIT GARAM II..lepas tu tukar jadi SMK LAMAG. Aku sekolah di SMKBG.

Sekolah ni ramai cikgunya orang semenanjung..Kelantan,Kedah,KL ehe ramailah.

10. Ok kebanyakan penduduknya beragama Islam. Ada juga yang Kristian. Yang lain-lain ada juga kot, terutamanya tauke kedai.

11. Ada banyak masjd dan surau yang disukai cicak..opppppps..macam jahat jak. Ada jak AJK Masjid yang akan imarahkan. Yang ni aku kurang tau..sebab aku bukan kaki masjid.

12. Ada Pasar Tamu..erkk..tapi aku sendiri konfius pasar tu terletak di Kawasan Bukit Garam..atau tidak..tapi yang aku pasti itu memang ibarat Shopping Mall lah..terutamanya warga estet..orang estet jangan pulak makan hati..dan warga kampung. Dulu aku suka ke sana..macam satu kehilangan bila tidak pigi, sebab ada jual bundle yang murah-murah dan boleh lagi diskaun sampai 80%. Tapi sejak aku masuk unipersiti,aku kuranglah kesana.Sebab utama, aku menjaga maruah manusia bertudung besar..ce ce ce. Macam muntah sajja..

sebabnya aku jarang balik kampung ba. Dan malu lah bah minta duit beli bundle.Tapi suruh orang belikan bundle aku selalulah. Sebab ndak perlu minta duit

13.Sebenarnya jalannya berturap, ada api elektrik, tiang telefon, telefon awam..dan ada juga yang sebaliknya. Macam aku, untung sikit sebab ada semua tu. Cumaaa..oleh kerana tiada air percuma macam di Selangor..maka kami lebih suka menggunakan air kolam sebagai keperluang selain makan dan minum..

*padahal baru jak pun masuk air, masa dekat PRU13 tulah..pancingan bilang



oklah..kalau aku rajin aku buat sambungan.Kalau indak..naaaa.maaflah ya.

(entry ni tidak bergambar, kerana saya selalu terleka semasa pulang ke kampung sehingga kurang berjaya mengklik gambar kenangan)