Showing posts with label ramadhan 2014. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2014. Show all posts

02 August 2014

RAMADHAN 2014, BERPUASA DI SABAH, BALIK KAMPUNG part I

Ramadhan kali ini agak manis rasanya.

sebabnya mungkin "kurang kerja"..iaitu kurang masak. Choi..
aku bab masak memang kurang suka.
sebab masak kena kemas, kena basuh, kena lap, kena kawal dua ketui anak yang mau join masak..
haha

sebab lainnya, rasa masa memang sentiasa mau buat baik.
rasa ringan badan mau buat baik.

sebab seterusnya, kami berbuka puasa di masjid dan terus direct berjemaah Maghrib, Isyak ke Terawih.
bersama anak-anak tercinta. gitu

huaa..
dan paling manis bila balik Sabah, dapat berpuasa dan berbuka bersama keluarga yang besar gedabak.

Sebab SS gi lawat pelajar LI.. maka Ramadhan kali ini lagi terasa maknanya. Sebab lawat KK dan Tawau....

17 Julai, bersamaan 18 Ramadhan.
first time naik Merc.
wak jiran kami sudi mempelawa. Kebetulan beliau ada urusan kerja juga di Sabah.



janji pukul 4. Sebab flight pukul 6.30am. tu barang nampak banyak. Padahal ada baju yang main sumbat, sebab baru beli petangnya..heeee. beg hijau dan hitam isi kerepek


dalam perjalanan hampir terlanggar lembu. Huh
wak tu bawa memang laju. Dan jalan lenggang pulak. Takdir Allah, beliau pantas mengelak.

Wak park situ jak. Sebab malam nanti dia pulang juga. Sempat beliau bagi duit raya untuk abam dan Waafa 

SS sahur hanya seteguk air di KLIA 2.
sebab terlewat sangat dah..kerana kecelaruan mencari kaunter chek in. Padahal ada masa sejam lagi..

ikutnya makan malam tadi cukup..tu pun aku paksa dia minum seteguk dua supaya dia sahur jugak.
Ikut dia, memang nak duduk atas flight baru nak makan.
padahal waktu sahur..5.45am begitu dah masuk Subuh.
dan kami selesai chek in dalam 5.40am..huh

abam ni semua dia mau ikut. ni kira penumpang terakhir chek in. SS siap minta izin potong Q orang depan lagi..sebab orang depan tu flight lambat lagi

selesai chek in terus mencari masuk balai berlepas ke Sandakan.

sebelum masuk balai berlepas. Tanganku penuh barang dan carrier Waafa, tapi tetap aku semangatkan diri ambik gambar ni.he :)
masuk dalam tu diaa.. jauh jugaklah mau ke pintu berlepasnya
Waafa kira baik mood.
Abam pula tengah happy. Sebab mood dia dah dirutinkan dengan perkataan 'kapal terbang' sejak berminggu sebelum itu. Entah kenapa abam cepat tau 'kapal terbang itu apa'. Mungkin sebab tiap hari selalu nampak kapal terbang limpas-limpas di atas bumbung.



masuk-masuk jak kawasan untuk ke Sandakan. Orang dah penuh. Sempat duduk dalam 2-3 minit, dah dapat arahan suruh masuk kapal dah. Sebab orang last, ambik kesempatan tunjuk dekat abam kapal-kapal yang akan dinaik. Budak baju biru tu mak dia panggil-panggil dia tidak layan


cari dokumen Waafa sebesar A4.huh.

orang last memang lain sikit perangai :p
ni mau masuk kapal sudah. Tapi gerakan agak perlahan kan..jadi ambik peluang la




penuh tangan abi. Beg hijau tu ringan jak..kerepek untuk raya botol susu adalah aksesori tambahan. abam masih teruja tengok kapal yang tengah parking dekat luar


masuk flight. Bahu sakit sudah sebab bawa beg galas dan cerrier Waafa.
Tengok tempat duduk kami, diuduki keluarga yang ramai anak. OMG.

abam pulak ndak sabar mau duduk.
kesian keluarga itu, mereka terpaksa diarah duduk di kerusi belakang yang kosong, oleh pramugri bertugas, sebab diorang pun guna 3 seat sekaligus.

kapal mau terbang, abam buat perangai. Menangis sepenuh jiwa.
sampai kapal jalan..kami tukar ganti pujuk. SS pegang Waafa. Aku bujuk abam dengan pemandangan dekat luar.Ada kapal ada lampu.
kira abam berjaya terpesona jugalah.

abam sudah mula ..padahal SS mau kejar waktu Subuh.


Subuh dah penghujung..abi belum solat. Mau ambik wudhu, abam pun mau ikut sekali



solat dalam flight. Bawa abam sekali pi berwuduk. Sabar jaklah abi..



.................................................................
aku memang suka tengok awan. Kasitau abam, itu awan..awan..awan




tukar-tukar jaga
..................................................................................................................................................
memang sengaja mau tengok Pulau yang dimiliki Indonesia..walaupun diapit oleh semenanjung dan borneo




sempat saja

belikan oreo dan coklat Milo kotak..RM12.kayaaa


2 jam sampai sudah..eh kah 2.30 jam..tapi memang cepat dari biasa.

dikasi tinguk..sebab masa naik kami tidak guna tangga..jadi kurang faham kot si abam



lapangan Terbang Sandakan tengah di baiki. Jadi memang buruk dan berhabuk




bersambung....


14 July 2014

Kenanga, baju raya,baucer buku 1 Malaysia.



oleh kerana SS tidak lagi ke UTM seperti sebelum-sebelum ini. Maka SS meminta tolong kawannya untuk diambilkan baucernya.
dan lama menunggu. Akhirnya baucer pun datang.
kebetulan, Sabtu itu mau ke KL konon. Mau berbelanja raya.
sedangkan kewangan terumbang ambing.



tu dia: sebelum berkaki-kaki kan haruslah aku berusaha menyiapkan bab 2 dan hantar kepada Prof A. dan aku minta pertimbangan kasih sayang SS jaga anak kecil comel nak rak.
SS pun jaga.
Wafa memang pengikut setia (sesuai dengan nama . Wafa: taat) kepada abam. Abam bermain kereta di luar. Wafa pula menjejak dan mengikut kemana abam pi.
sekali abam ke belakang rumah!

sikit lagi ke kawasan parit paritan.
Tahniah abi!.

terus aku stop kan kerja menaip dan membaca jurnal yang sungguh aku tidak suka!. kerana jurnal itu mudah, tetapi kerana bahasa english. Aku jadi merangkak dan merengkot.

Terus pi ambik Wafa.

dan letak dekat bawah. aku teruskan kerja menaip.

sekali Wafa merengek.
dan SS pun pangku.
Wafa mana suka dipangku masa mood tengah best mau main.

Sekali..
tu dia..
merangkak ke depan rumah pula.
sebab abam gi panjat pagar rumah.
haha.

risau ya. Depan tu jalan raya.
kalau ke jalan dia merangkak..camana?
terus aku pun pot pet.

dan SS bangkit.
senang cerita, tutup pintu. Paksa abam masuk. Mau panjat, panjat grill.

cepat-cepat kasi siap taip bab 2 bahagian i. Huh senang sikit, hantar yang selesai. Yang belum kita hantar nanti.

kasi mandi Wafa dan bagi susu.
kasi tidur.

dan siapkan abam.
SS pula malam tadi, tidur lambat.
jadi memang tidur sajalah kerjanya.

kalau sepuluh jam tidur. bangun 11 kali, baik tidur 1 jam. Lagi berkualiti.
dah ada anak, mau tidak mau begitulah kan.

...............................................................................................................................

perangai abam sekarang ni

SS keluar sekejap dari kereta pi bayar parking,
abam ni akan melalak..sebab mau ikut.

jadi, Cara pujuk ini jejaka..kasi tengok vc qunut nazilah UNIC yang ada dekat wassap/
Lepas tu air matanya akan stop.
Dan
"Inzimhum...inzinhum..inzinhum" lah beliau dengan penuh gaya.

Oo vokal I dan konsonan M rupanya lebih mudah disebut.

ni masa di MPH..buku untuk abam, dia pegang tak mau lepas, padahal kita mahu bayar..dan orang pula ramai berbaris di belakang sana..penat cari bahan pujuk..ikut umy kemana dengan buku tu. sekali umy gi sini pegang-pegang, terus abam jadi baik.

03 July 2014

Ramadhan 2014

Ramadhan kali ini.
1. Solat jemaah dibanyakkan di masjid.
2. Berbuka ikut keperluan perut.
3. Berbuka di masjid, mudah untuk solat
4. Sedekah di masjid yang iftar.
5. Bersosial dengan jemaah masjid dan jiran tetangga.
6. siapkan bab 2 dan 3.

InsyaAllah.Boleh!

menu Moreh di masjid. Sedap dan memang menjilat jari sebab melekat baki kue

Ifatr Jamae di Majid Fofular

Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...