02 August 2014

RAMADHAN 2014, BERPUASA DI SABAH, BALIK KAMPUNG part I

Ramadhan kali ini agak manis rasanya.

sebabnya mungkin "kurang kerja"..iaitu kurang masak. Choi..
aku bab masak memang kurang suka.
sebab masak kena kemas, kena basuh, kena lap, kena kawal dua ketui anak yang mau join masak..
haha

sebab lainnya, rasa masa memang sentiasa mau buat baik.
rasa ringan badan mau buat baik.

sebab seterusnya, kami berbuka puasa di masjid dan terus direct berjemaah Maghrib, Isyak ke Terawih.
bersama anak-anak tercinta. gitu

huaa..
dan paling manis bila balik Sabah, dapat berpuasa dan berbuka bersama keluarga yang besar gedabak.

Sebab SS gi lawat pelajar LI.. maka Ramadhan kali ini lagi terasa maknanya. Sebab lawat KK dan Tawau....

17 Julai, bersamaan 18 Ramadhan.
first time naik Merc.
wak jiran kami sudi mempelawa. Kebetulan beliau ada urusan kerja juga di Sabah.



janji pukul 4. Sebab flight pukul 6.30am. tu barang nampak banyak. Padahal ada baju yang main sumbat, sebab baru beli petangnya..heeee. beg hijau dan hitam isi kerepek


dalam perjalanan hampir terlanggar lembu. Huh
wak tu bawa memang laju. Dan jalan lenggang pulak. Takdir Allah, beliau pantas mengelak.

Wak park situ jak. Sebab malam nanti dia pulang juga. Sempat beliau bagi duit raya untuk abam dan Waafa 

SS sahur hanya seteguk air di KLIA 2.
sebab terlewat sangat dah..kerana kecelaruan mencari kaunter chek in. Padahal ada masa sejam lagi..

ikutnya makan malam tadi cukup..tu pun aku paksa dia minum seteguk dua supaya dia sahur jugak.
Ikut dia, memang nak duduk atas flight baru nak makan.
padahal waktu sahur..5.45am begitu dah masuk Subuh.
dan kami selesai chek in dalam 5.40am..huh

abam ni semua dia mau ikut. ni kira penumpang terakhir chek in. SS siap minta izin potong Q orang depan lagi..sebab orang depan tu flight lambat lagi

selesai chek in terus mencari masuk balai berlepas ke Sandakan.

sebelum masuk balai berlepas. Tanganku penuh barang dan carrier Waafa, tapi tetap aku semangatkan diri ambik gambar ni.he :)
masuk dalam tu diaa.. jauh jugaklah mau ke pintu berlepasnya
Waafa kira baik mood.
Abam pula tengah happy. Sebab mood dia dah dirutinkan dengan perkataan 'kapal terbang' sejak berminggu sebelum itu. Entah kenapa abam cepat tau 'kapal terbang itu apa'. Mungkin sebab tiap hari selalu nampak kapal terbang limpas-limpas di atas bumbung.



masuk-masuk jak kawasan untuk ke Sandakan. Orang dah penuh. Sempat duduk dalam 2-3 minit, dah dapat arahan suruh masuk kapal dah. Sebab orang last, ambik kesempatan tunjuk dekat abam kapal-kapal yang akan dinaik. Budak baju biru tu mak dia panggil-panggil dia tidak layan


cari dokumen Waafa sebesar A4.huh.

orang last memang lain sikit perangai :p
ni mau masuk kapal sudah. Tapi gerakan agak perlahan kan..jadi ambik peluang la




penuh tangan abi. Beg hijau tu ringan jak..kerepek untuk raya botol susu adalah aksesori tambahan. abam masih teruja tengok kapal yang tengah parking dekat luar


masuk flight. Bahu sakit sudah sebab bawa beg galas dan cerrier Waafa.
Tengok tempat duduk kami, diuduki keluarga yang ramai anak. OMG.

abam pulak ndak sabar mau duduk.
kesian keluarga itu, mereka terpaksa diarah duduk di kerusi belakang yang kosong, oleh pramugri bertugas, sebab diorang pun guna 3 seat sekaligus.

kapal mau terbang, abam buat perangai. Menangis sepenuh jiwa.
sampai kapal jalan..kami tukar ganti pujuk. SS pegang Waafa. Aku bujuk abam dengan pemandangan dekat luar.Ada kapal ada lampu.
kira abam berjaya terpesona jugalah.

abam sudah mula ..padahal SS mau kejar waktu Subuh.


Subuh dah penghujung..abi belum solat. Mau ambik wudhu, abam pun mau ikut sekali



solat dalam flight. Bawa abam sekali pi berwuduk. Sabar jaklah abi..



.................................................................
aku memang suka tengok awan. Kasitau abam, itu awan..awan..awan




tukar-tukar jaga
..................................................................................................................................................
memang sengaja mau tengok Pulau yang dimiliki Indonesia..walaupun diapit oleh semenanjung dan borneo




sempat saja

belikan oreo dan coklat Milo kotak..RM12.kayaaa


2 jam sampai sudah..eh kah 2.30 jam..tapi memang cepat dari biasa.

dikasi tinguk..sebab masa naik kami tidak guna tangga..jadi kurang faham kot si abam



lapangan Terbang Sandakan tengah di baiki. Jadi memang buruk dan berhabuk




bersambung....