hai..saya Fath, saya tiru umy pakai tudung masa mau solat |
Kemarin SS puasa 6. Aku belum start lagi. Masih ragu-ragu..hee
sebabnya aku kena ganti dulu, baru boleh puasa sunat.
baru hari ini mencuba..harap berjaya.
bukan mencuba, memulakan..
Tetiba SS bersemangat mau kasi sumbat mulut kami dengan nasi arobb.
baguihnya..
padahal dia mau servay tempat untuk perjumpaan dengan SV beliau minggu depan.
abam memang bahagia kalau naik kereta. Padahal seharian kami indak makan nasik. Huh |
Apa kaitan makan nasi dengan bahagia?
kaitannya perut kita akan sebu..
dan angin masuk dengan nyaman.
maka rasa mau muntah pun ada.
Dari rumah bertolak pukul 6 begitu.
SS habis kerja awal sikit.
iyolah mau stay lama, bukan ada orang disana.
heee..cover line sikit.
Jalan agak lengang. Tapi keluar KL..hazab juga aku menengok. Orang berlumba-lumba pulang ke rumah masing-masing kan.
Sampai kawasan Shah Alam..SS dah pening, mau jalan mana ni.
Akhirnya, ambil jalan selamat.
Penanda dia Petronas.
Tu dia..
sekali masuk. Tak jumpa.
masuk lagi..
U turn.
masuk lagi.
lagi..
ui..lama juga mencari. Yang djumpa restoran nasi arab lain.
ikut hati memang mana-mana kedai makan pon boleh.
tapi dah alang-alang mencari dari jauh..
baik biar jumpa dulu.
last sekali terlimpas di stesent minyak Caltex.
Tu dia..malu bertanya sesat memang sesatlah hang di jalanan.
tanya seorang, dia pun tidak tahu.
akhirnya..beredar la.
dan ternampak ada pekerja Caltex melayu sedang mengisi minyak kenderaan pelanggan.
tanya dia.
dia tanya SS balik.
"takda GPS kah bang?"
gagugaaa.
soalan maut dia bagi.
akhirnya dia memberi tahu tempat, tapi katanya dia sendiri pun tidak pasti.
berbekalkan kata-kata petunjuk beliau.. dan ayat beliau tempat itu dekat masjid.
maka bersemangatlah sikit.
boleh solat maghrib terus, kalau tidak jumpa.
sekali..terlimpas simpang.
terus jalan.
masuk simpang seterusnya.
nampak ada masjid.
dan akhirnya jumpa.
memang dekat masjid juga la..
kesimpulannya memang petunjuk pekerja caltex itu boleh pakai, cuma kurang tepat.
ni dia restorannya..besar, amik 4 tapak kedai |
SS bawa semangkuk anggur yang dibeli semalamnya. Turun kereta aku cari mana mangkuk tu..rupanya abam yang bawa..sampai masuk dalam ni dia bawa..bagus abam!
adalah seorang dua tengok-tengok si abam ni.
mau maghrib..SS dua kali keluar untuk dengar azan. Padahal ada TV dalam ni
|
|
tunggu berbuka..kebuloq lah tu |
ni Roti Arab..ku ingat order tadi makan dengan kuah kari..tengok datang kuah sup..entah..kot SS yang minta lain |
|
ni harganya semua. Pengsan. |
komen kami.
-nasi agak sedikit, kurang sesuai dengan harganya. Kalau banding dengan Hadramwt lagi jauh beza. Nasi cukup-cukup untuk seorang. yalah kan sudah dalam list tu makan untuk seorang.
kalau banding dengan HM, 2pinggan baru ngam.
- lauk..daging tu lah..terutama SS, kasihan aku tengok..kambing yang aku tu oklah kuantiti. tapi tetap nampak 'kurang banyak'.
-aku cari yougurtnya. Tapi memang tiada.
- lagi..aku agak owner dia bukan arab, jadi kurang terasa aroma arab pada nasi itu.
lepas makan, baru lah ke masjid. Woww...luas gila-gila punya masjid kawasan taman situ. Puaslah juga si abam berlarian sampai senang untuk tidur masa balik.
cuma kawasan perempuan nampak kecil sahaja.
lepas aku wudhu, amik Waafa.
sekali kena wudhu semula.
kenalah tunggu SS siap solat maghrib.
tu jelah..kurang nampak tang mana aku review tu..heeee.
moga bermanfaat.
sambil menikmati nikmat. tetap tambah syukur dengan doa dan sumbangan dekat saudara yang lainnya. insyaAllah.