semalam..ini anak tidur lambat..
oh selalu saja
aku lupa bila aku kasi buat topi ni.
tapi sekarang, nampak kertas.."umy topi..umy tebang".
(umy buat topi..buat kapal terbang).
lepas tu buka kertas yang berklip.
sampai penuh rumah.
1. Dah boleh sebut beberapa perkataan dengan baik.
"saya suka..saya suka"
"nak nasi..nasi goreng"
"abam punya"
"nanti"
"tunggu dulu"
"takda pun".
umy cakap: amik gambar. Tapi abam dok sibuk tunjuk benda lain. Lamanya abam pakai topi ni |
lepas tu pilih baju Waafa pula.
kadang siap seluar Waafa yang senteng tu.
huh.
pegi pasar malam, tak nak tukar baju lain dah.
yang buruk dan takda butang satu juga abam mau pakai.
oho.
baru ni selipar beliau hilang sebelah..ntah camana selipar itu ada dekat jalan kawasan perumahan ni (abi yang cerita).
lepas tu pi chek jalan tu, takda dah.
maka..melayang duit pi beli di pasar malam.
bagus CHINA, teknologi kome menyelamatkan kewangan masyarakat marhaen macam kami ni.. :(
kalau suruh berus gigi, bahagian bawah saja diberus. Tu pun mungkin 30 saat.
lepas tu minta tambah ubat gigi.
ubat giginya dimakannya, tu yang cepat saja.
biasa aku yang beruskan.
menangis dan menjerit kesakitan abam ni.
ntah sakit terkena gusi, atau sakit sebab aku dok kepit tangan kepala kaki beliau, supaya kurang bergerak..
haha.
abam berdiri sana..peace..umy ambik gambar. arahan ni buat dia faham. UMY NAK AMBIK Gambar! BIAR background lawa sikit. hihi |
lepas tu..amik kertas lain suruh buatkan untuk Waafa. bila bagi Waafa..Waafa gigit sampai lunyai |
abi dah sakit tekak..suruh tidur..abam say "tak nak..tak nak" amboi..pengetua abam ya sekarang ni. |
ni pakai baju Waafa la..sebab umy malas nak ambik baju lain. Kalau masa pakai abam mahu, ada harapan baju tu pakai lama |
ok abam. Kamu sekarang semakin bijaksana dan selalu buat umy nak telan kamu! |