03 August 2021

Perkembangan kanak-kanak 8 tahun- Sosial dan Emosi

 bismillah.

.

untuk perkembangan emosi dan sosial..


.

1. Pada usia ini perbuatan mereka seperti menipu, mengambil barangan orang lain...boleh jadi dibuat oleh budak ini. Mereka cuba sesuaikan dengan hasil yang mereka dapat. Inilah sebab usia ini masih dalam fasa 'rebung'. Mereka sesuaikan dengan kesesuaian mereka.

.

- Pada usia ini ada 2 sebab utama kelakuan ini berlaku. Kerana mahu mencapai apa yang diharapkan oleh ibu ayah budak itu. Atau langsung tidak berminat nak buat benda yang dibuat tu.

kredit gambar: understood.org

- untuk menghentikan tabiat ini, adalah lebih baik kita membetulkan dengan berhadapan secara perseorangan budak ini. Bukanlah kata bila terus hadap sekali, terus budak ini berhenti. Tetap ada jalan lain kena buat, misalnya buat hukuman yang tidak  mencederakan,  atau ada penghargaan terhadap kelakuan yang meningkat baik.

.

2. Enjoy dengan suasana yang ada rakan-rakan

Pada umur ini, budak ini terasa suka dengan suasana berkawan. Maka, peranan kita sebagai ibu bapa juga makin bertambah, kerana kita perlu kenali siapa rakan budak ini, hubungan anak kita dengan rakan itu peringkat mana.

.

3. Apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan menjadi sesuatu yang amat penting. Juga boleh mempengaruhi kepada kehidupan  dan isu kepada budak ini

Oleh kerana, anak ini berasa suka dengan suasana ada kawan-kawan. Itu akan jadikan anak-anak pua kenal dengan keutamaan dan nilai persahabatan. Nanti kita bincang bab kawan ni. Dia isu yang besar sebenarnya dalam membentuk diri anak-anak.


4. Ada kala nampak dramatik dan biadab

.

Oleh kerana mereka sudah mampu berfikir dan bertindak, ada waktu kelakuan mereka membuat orang dewasa merasa budak ini separti suka melebih lebih. Ada waktu juga nampak biadab. Tapi ingat....mereka masih kecil dan cara mereka berfikir tidak sama dengan orang yang telah dewasa. Ada sebab semua kelakuan ini berlaku.


5. Tidak sabar. Perlukan sesuatu untuk mencapai kepuasan dengan segera. Payah untuk sabar kemahuan mereka.

Mula dah perangai ala diva. Tapi, ingat mereka masih rebung..dan cara mereka melihat dunia juga masih terhad. Jadi, banyak hal perlu mereka pelajari untuk mencapai sesuatu kepuasan.


6. Mudah tertarik dengan duit. Ia boleh jadi menjadi suka amat dengan hal berkaitan dengan duit. Misalnya untuk berbelanja dengan duit yang ada. Untuk menyimpan wang ada.

Duit itu, semua peringkat usia pun sukakannya. Di usia ini, mereka makin minat dan jika betul cara pendedahan, misalnya mula belajar tambah dan tolak , bahagi darab.. Ia akan membantu mereka kan...

kredit gambar: https://piggyvest.medium.com


27 July 2021

Bilik Sewa Melaka

 Bilik Sewa  Non- Sharing Melaka

 Bilik Sewa Melaka

 Bilik Sewa Cheng Melaka

 Bilik Sewa Cheng Ria Melaka

.

Apartmen Cheng Ria, Cheng Melaka
Level 2
Room B - RM 250
Room C - RM 270
Washing machine
Freezer
Cooking
Sofa
Deposit 2 months + Utility RM 100
please inform: 0197158234















19 July 2021

Perkembangan kanak-kanak 8 tahun- Bahasa dan komunikasi

 Bismillah.

.

sebelum ni ada tulis sikit tentang kemahiran berbahasa dan komunikasi , kognitif dan pemikiran, sensori dan perkembangan motor

kali ini masih dalam perkembangan bahasa dan komunikasi. Dalam hal lain lagi...semoga bermanfaat.

.

Mari kita sambung, untuk bahasa dan komunikasi ini,  selain kena selalu borak dengan budak ni, kena juga galakkan mereka membaca buku. Kerana dalam buku ada banyak perkataan yang mungkin baru bagi anak-anak, atau selama ini mereka belum faham makna atau tujuan perkataan itu. Dengan membaca, mereka akan dibiasakanlah dengan maksud atau kegunaan sesuatu perkataan.

.

1. Budak ini fasa fokus dan menyerap bahasa ibarat span 

- antara cara untuk menjadikan budak ini fokus, bukan suruh duduk diam donga ko membebel, atau tengok video.....

- cara untuk fokus, ialah sentiasa bagi budak bijak ni berjalan setiap hari. Ini membantu kanak-kanak untuk fokus.. eh camano tu?.

- sobab bila kaki berjalan, dia tidak melibatkan kaki saja...banyak anggota badan sekali terlibat. Inilah membantu boost otak untuk berkembang kefungsian dio... Ada satu kajian yang dibuat, tunjuk pada budak yang siap brisk walk, otak mereka menjadi lebih bersambung sel-sel dio..bukan minum susu tu...tu iklan ayat minta kita percaya minum susu baik untuk otak...hemmm

- sebenarnya, otak kita perlukan oksigen lebih. Sebab darah kan...eh...camano nak terangkan ni. Kena baca kajian Hilman, Pontifex, Raine, Castelli, Hall dan Kramer (2009).

- Boleh baca kebaikan berjalan kepada kemampuan fokus dan otak. Banyak sebenarnya. Kita sendiri sebagai orang dewasa, boleh merasainya, bila buat.

 kredit gambar: https://novakdjokovicfoundation.org

2. Budak ni akan mula meningkat kemahiran dia dalam menyebut perkataan dan susunan ayat  dalam penyataan. atau perbualan.

- makanya, silakan dong diperiksa kalau dalam silbu buku bahasa mereka, ada tak pelajaran yang menggalakan budak ni menyebut perkataan??. Sefaham saya ada...tapi perkataan itu terlalu susah untuk digunakan dalam sehari-hari...hu hu. 

- Antara cara untuk meningkatkan kemahiran menyebut perkataan, selain membaca kuat (Read Aloud), Tongue Twisted pun bagus. 

kredit gambar: https://learning.covoji.com

- Pada umur ini, mereka sangat senang menyusun 4 perkataan atau lebih dalam perbualan. Makin banyak pendedahan dengan buku, video perbualan,makin mereka belajar


3. Kemahiran membaca ini budak sudah lebih canggih. 

- Lagi kalau penjaga jenis melayan anak berbual-bual, membaca, atau bersoal jawab

- Tapi, sebab mereka kan 8 tahun baru, bukan 18 tahun. Jadi secanggih mana pun perkataan mereka, mereka sebenarnya masih belum faham mendalam makna perkataan itu. Jadi, jangan marah-marah ya...kalau anak macam blurr pemahaman.

kredit gambar: https://inspiremykids.com


4. Mereka mula faham dalam perkataan itu ada makna lebih dari satu

- makanya, sebagai manusia dewasa. Elakkan la ber-sarcasm ketika anak ini melakukan kesalahan. Walau di usia ini, budak ini faham maksud kita tidak memuji atau sedang marah. Tapi kaedah sarcasm sangatlah jahat dan penuh dengan ejekan yang membunuh. Nauzubillah....moga Allah pelihara lidah kita.

kredit gambar: https://kids.frontiersin.org


5. Biasanya, bila kita selalu mendedahkan membaca sebelum-sebelum ini, diusia ini mereka akan menjadi lebih minat dan suka membaca pada usia 8 tahun ini!

- jadi, bila di usia ini tidak suka baca buku, atas alasan apapun. Jangan kasi lama, cepat bertindak.. bagaimana bantu anak ini mula suka membaca?!

- contoh buku siri penyiasatan, cerita kehidupan. Misalnya kehidupan seorang kakak yang  ada adik kecil dan haiwan peliharaan.



kredit gambar: Amazon.com





16 July 2021

Perkembangan kanak-kanak 8 tahun- Sensori dan perkembangan motor

bismillah.


sebelum ni dah tulis sikit perkembangan lain untuk budak 8 tahun. Bahasa dan komunikasi dan kognitif dan pemikiran.

Seterusnya, kita tengok pula perkembangan yang juga penting, iaitu kemahiran sensori dan perkembangan motor. 

.

banyak perbincangan tentang motor ini. Insya Allah kita akan huraikan di ruangan lain.

.

1. Boleh pasang tali kasut dan ikat tali kasut

kredit gambar: suorcekids.com.au

Antara sebab kanak-kanak digalakkan memakai kasut bertali, kerana memakai tali kasut ini memerlukan kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan. 

Antara tips untuk menggalakkan budak memakai kasut bertali.

- pilih tali kasut yang berwarna warni

- video sebagai mode

- tali kasut yang berlainan warna 


2. Boleh lukis bentuk permata

kredit gambar: continued.com

bentuk diamond, adalah bentuk yang menghimpunkan semua kemahiran pra-menulis budak.


3. Boleh lukis manusia dengan ciri-ciri manusia yang sempurna

kemahiran melukis ini amat penting dan harus diutamakan kepada budak 8 tahun. Dengan melukis budak menunjukkan kemahiran mereka yang pelbagaai, termasuk motor pada tangan, kemahiran berfikir dan pemahaman mereka akan bentuk -bentuk di sekeliling.


4. Memiliki  peningkatan kemahiran dalam hobi, bersukan, dan aktiviti bermain.

ini antara kemahiran yang mereka perlukan untuk terus tumbuh menjadi manusia yang penuh kemanusiaan.  Bayangkan kalau hanya punya hobi dan hari-hari diisi dengan menghadap skrin dan gadget?.

15 July 2021

perkembangan kanak-kanak 8 tahun- kognitif

 bismillah.


perkembangan kognitif  ini merujuk kepada cara minda atau pemikiran kanak-kanak bertindak dan berfikir.Ada yang kata ni sebagai kemahiran akademik. Tidak, akademik itu adalah sub kepada kognitf. Kognitif ini amat luas. Sebab itu, untuk menjadikan akademik sebagai sesuatu yang boleh dinilai dengan akademik. Ia adalah kerja berat.

.

lihatlah silibus, bagaimana guru mengajar atau  menyampaikan ilmu itu (pedagogi). Inilah bab kritikal perlu dinilai, sebelum kita setuju, akademik ialah kognitif.



1. Budak 8 tahun, mestilah dah boleh mengira 1 sehingga 99..

2. Budak dah kenal hari dalam seminggu. Walau mereka biasanya, belum tahu secara menyeluruh tentang haribulan secara penuh dan tahun.

ada guru yang mula memperkenalkan, dengan menulis di bahagian atas papan tulis, ada buku latihan. ini mungkin belum berjaya menjadikan budak ini tahu tentang haribulan dan bulan serta tahun.

tapi, ini antara kaedah yang menyebarkan kesedaran. Good!

kredit gambar: parenting.firstcry.com


.

3. Budak dah boleh membaca perkataan pada perenggan yang yang mudah

ya, ada juga budak yang sangat laju membaca. Mungkin mereka sudah berjinak dengan membaca lebih awal kan. 

Tapi, jangan panik, kalau anak masih membaca buku-buku atau perenggan yang pendek. Kerana, itulah tahap sepatutnya meraka kuasai.

yang utama, anak berasa gembira atau suka dengan kemahiran ini. Ada 


4. Boleh selesaikan operasi tambah tolak yang mudah, tidak lebih daripada 10

ni  sebenarnya, memupuk kemahiran menaakul. bukan semata faham tambah tolak. Tapi maksud operasi tambah dan tolak

Bolehlah gunakan jari jemari sebagai alat mengira.

kredit gambar: kodomomath.com


5. Boleh bezakan kiri dan kanan

kita yang muslim, senang sikit bab ni. Sebab kita kan makan guna tangan kanan. Cuma ada sahaja bermacam-macam kaedah untuk ajar anak ini tentang beza  kiri dan kanan. Selagi hidup kita guna pemahaman ni. Jangan segan belajar, kaedah lain lain...budak kan sejenis pintar seawal usia.


kredit gambar: http://meetthesqueebles.blogspot.com



6. Dalam pemahaman budak tentang hal-hal yang kompleks, mereka hanya ada hitam atau putih. Tiada di tengah tengah, atau pilihan lain.