29 August 2014

Set Pisau Seramik Murah

ambo dah beli..sebijik sahaja..tajammm.
suka ambo..sampai ambo rasa nak bagi mak ambo pakai ni.

MIL ambo pun nak tunjuk sekali..sebab pisau dia asyik jadi bahan untuk repair motor sahaja..huahuawa.
maklumlah anak dia kan teror repair motor. BIL ambo lah.

bila cari yang harga murah ni..faham-fahamlah..mesti bukan ori kan..
ambo chek dekat borong tu..wow..dalam RM35+++. Dengan syarat kena ambik banyakkkk.

hua.

lastly..ambo jumpa di pasar malam. RM10..satu sahaja..yang bunga. Yang Plain RM8..hemmm.

bagus sangat untuk ibu-bapa-kakak-adik-abang yang kurang suka potong bawang..atau kurang minat bergusti di dapur. Sangat menggalakkan gunakan pisau seramik ni. (^___^).
yang SUKA tu lagi lah sangat mengalukan pakai..

cuma pakai pisau ni kena guna papan potong tu..tak boleh macam pakai pisau biasa tu..bahaya tangan..macam SS tu..tidak pasal-pasal luka..haha. Terkejut dia...haa haa

ambo pakai dah berbulan, dah di asah lagi..masih tajam..heee. Suka-sukaaaaaaaaaaa.
ambo punya macam warna merah tu..tapi ambo punya kaler biru...besarlah..

yang bawah ni pula..yang ambo jual..RM38 sahaja..postage RM6 (SM)..RM10 (SS)

https://www.facebook.com/kehiudpan/photos/a.787980877911337.1073741845.662098503832909/787981237911301/?type=1&theater

4 in 1 Ceramic Knife - RM49
Ceramic Knife Set-RM60


PM : SMS/WASSAP- 0132001504
email: duhaihati03@yahoo.com

26 August 2014

BELAJAR QURAN FORMAL

Aku memang simpan angan ni lama.
lamaaaaaaaaaaaaa dah.
sebab dulu, kalau aku putuih asa dengan kursus ku di kampus..
aku rasa, baik amik Pengajian Islam..
sayang tidak layak untuk ambik digree Pengajian Islam.

sebenarnya, SELAMATlah Islam dari manusia macam aku ni..
asal putus asa..nak amik lain..nak lari fokus!!

haha.
Alhamdulillah Allah sayang dan kurniakan aku ketabahan..maka habis juga pengajianku di kampus. Selama 4 tahun..

huuhu...lamanya tu. Kawan lain 3 tahun, kita masih lagi still di kampus.
kawan dah masuk master..jumpa kita..kita masih penat menghabiskan setahun lagi..

itu perasaan dahulu la..bila jumpa kawan yang jenis aktif belajar belajar ni.

tapi sekarang. Rasa syukur dapat belajar 4 tahun tuuu. Syukur amat. Sebab kan dengan baki setahun tu dapat temu jodoh   belajar macam-macam dan merasakan kesenioran tu..mihmih.

ok itu mukaddimah . Memang melalut. Buat karangan, tiada markah pendahuluan, boleh dapat 5 markah dari 30  :(.

baru ni aku isi SPAQ..sebab menurut SS..kawan dia belajar sana.yuran murah..dalam puluhan ringgit gitu. Opsss..sekali datang surat tawaran..cepatnya surat tu datang..kah aku yang tidak sedar masa berlalu pantas?

yuran pendaftaran RM300..huhu.
tengah fikir panjang ni..mau ikut..atau siapkan dahulu pengajian master ni.
ni pun terkontang kanting..ada hati tambah beban kepala..

konon kan misi menjadi bonda celik QURAN.aminnn

SS tu beli limau banyak-banyak..ntah sapa simpan atas meja ni...nasiblah ko limau


25 August 2014

perkembangan abam..dan kesukaan dengan kertas

*2 tahun 6 bulan

semalam..ini anak tidur lambat..
oh selalu saja

aku lupa bila aku kasi buat topi ni.

tapi sekarang, nampak kertas.."umy topi..umy tebang".
(umy buat topi..buat kapal terbang).
lepas tu buka kertas yang berklip.
sampai penuh rumah.

1. Dah boleh sebut beberapa perkataan dengan baik.
"saya suka..saya suka"
"nak nasi..nasi goreng"
"abam punya"
"nanti"
"tunggu dulu"
"takda pun".


umy cakap: amik gambar. Tapi abam dok sibuk tunjuk benda lain. Lamanya abam pakai topi ni


lepas tu..kalau pakai baju, suka hatinya mau buka dan togel.
lepas tu pilih baju Waafa pula.
kadang siap seluar Waafa yang senteng tu.

huh.
pegi pasar malam, tak nak tukar baju lain dah.
yang buruk dan takda butang satu juga abam mau pakai.

oho.
baru ni selipar beliau hilang sebelah..ntah camana selipar itu ada dekat jalan kawasan perumahan ni (abi yang cerita).
lepas tu pi chek jalan tu, takda dah.

maka..melayang duit pi beli di pasar malam.
bagus CHINA, teknologi kome menyelamatkan kewangan masyarakat marhaen macam kami ni.. :(

kalau suruh berus gigi, bahagian bawah saja diberus. Tu pun mungkin 30 saat.
lepas tu minta tambah ubat gigi.
ubat giginya dimakannya, tu yang cepat saja.

biasa aku yang beruskan.
menangis dan menjerit kesakitan abam ni.
ntah sakit terkena gusi, atau sakit sebab aku dok kepit tangan kepala kaki beliau, supaya kurang bergerak..
haha.





abam berdiri sana..peace..umy ambik gambar.
arahan ni buat dia faham. UMY NAK AMBIK Gambar!
BIAR background lawa sikit. hihi


lepas tu..amik kertas lain suruh buatkan untuk Waafa.
bila bagi Waafa..Waafa gigit sampai lunyai

abi dah sakit tekak..suruh tidur..abam say "tak nak..tak nak"
amboi..pengetua abam ya sekarang ni.

ni pakai baju Waafa la..sebab umy malas nak ambik baju lain. Kalau masa pakai abam mahu, ada harapan baju tu pakai lama

ok abam. Kamu sekarang semakin bijaksana dan selalu buat umy nak telan kamu!

22 August 2014

Cabutan Bertuah

Khamis kelmarin, sibuk sekali SS ni.
huh.
dengan suara yang makin serak..
mungkin sebab malam sebelum tu ..
aku terlalu bijaksana..silap faham, ku ingat lada besar 4 biji tidak pedas (fasa menghabiskan lada besar yang semakin meraaaah).

sekali terhasil mee itu...pedas sampai aku rasa tobat mau makan..

mee kuning dijamin halal toyyibah..banyak pahala pengusaha mee ni..cabai pasar RM2 dan agak banyak..sotong dan bayam merah..ni semua khasiat ada..TETAPI..dengan kicap..semuanya jadi zeron. Soya kan menolak khasiat :(


selepas kejadian itu,aku mau masak apapun bingung..
kang aku rebus..aku seorang sahaja syok sendiri makan.
aku goreng...SS sakit tekak.
aku bakar...tiada alat pembakar..(konon mau pemanggang ajaib..hhu.)..kita usahakan hujung bulan ni.

sekali..SS pula boleh rileks goreng cekodok, goreng mee..
amboi..kita bingung fikir tekaknya..dia boleh rileks..

eh..mau cerita pasal cabutan bertuah la..apadaaa..mukaddimah..

pagi Khamis SS sms dapat lucky draw..apa ntah dalam omputehnya
tapi hp ku habis bateri, so petangnya baru baca...oh. "Tahniah..Tahniah..nanti bagi I ya"

kata SS..syarikat tu buat masa ada jual barang, SS ndak beli pun..hanya isi.
sekali dicall.
SS pun terkejut campur suka lah tu.



tengahari bas Gdex datang. Pacik tu kot sama hantar Shaklee dulu..eh..ntah

tu dia terbalut 

tadaaa

sebesar Tetikus :)

Rezeki tu. Tidak beli barang pun ada rezeki...siapa lagi yang menggerakkan tangan owner kalau bukan OWNER manusia..

Syukur.

19 August 2014

RAYA -syawal ketiga bersama sohabat

 Raya ketiga..kepala ting tong sekejap..sebabnya malam sebelum beraya di estet..rumah kaum kerabat sebelah makcik,sebelah mamaqku. Fuh..
aku bab kaum kerabat ni, malas mau chek sejarah keturunan..sama saja, dia baik dengan kami...baguslah hubungan.
kalau hubungan tidak jauh, tapi jarang buat baik..maka kirim salam lah..hihi.

Raya ketiga, kami menghantam bersantai..tetiba si lago..adikku yang lelaki itu, bilang kawannya mau datang beraya dan minta mamaku buat buras. Canteknya mukamu lago..
..dan mamaqku dengan semangat kesukanan terus bersemangat.."eh mau buat  5kilo kah atau berapa ni ya"...

aku malas mau campur. Aku jadi pengarah saja, sebab aku tau mamaqku ni bersemangat memang hebat, nanti kalau stress sebab penat dan tiada orang bantu..habis segala bahasa keluar. Yang itu sudah ku hafal. Sebab tu kalau mamaqku tanya, "mau bawa buras??"
aku awal-awal tolak. Bukan bajet retis, tapi aku malaslah dengan drama sebab buat buras tu.
tau lah kan...rumitnya juga buat buras ni..haha

tapi, sebab adikku tu rajin juga...jadi aku arah main-main mata saja.
"pai...ambik daun lah..". Padahal adikku baru berehat dari memesin rumput. (lepas raya baru dia mesin rumput..bagusnya)
mamaqku menyampuk : "jangan..nanti rosak pokok pisang kalau dia ambik..biar bapamu ambik".
sudah..
bapaku sedang berkerja menanam pokok serai, balik mau ambik daun pula?..

aku ulang bagi arahan..
Adikku pun jenis dengar kata. Bagus.

Tapiiiiiiiiiiiiii..
dia ambik daun banyak-banyak-banyakkkkkkkkkkkkkkk gila.

apa lagi...kena sound dia oleh mamaqku..haha.
dan cara ambik daun pun kurang tepat. Merosakkan kesuburan pokok pisang.
mihmih.

kebetulan pisang masak setandan..(mamaqku semangat mau jemur buat pisang salai tu. Dan aku tau, pisang salai, tiada siapa suka makan, kecuali mamaqku!.)

mih..mih..aku bodek "mak..buatlah kue berongko...senang jak kan tu".
macikku yang kebetulan sampai kelmarin setuju.
Daun banyak lagi..sisa buat buras.

maka.......sepanjang raya ni memang suaraku agak power. Hahahahah.
sebabnya,aku kan guru disiplin.
SS pun mungkin naik muak dengar suaraku..haha.
.
............................................................................................................
Hari ini kenduri akikah anak Aminah..
Dan semalam, aku sms Aniq. Tanpa tunggu balasan.
aku dah cakap dengan SS "esok kawan I ambik, I bawa anak-anak ye".
SS iya-iya saja. Sebab dia kata, dia join ustaz ke kenduri akikah tu.
Takkan aku join sekali kan..peliklah pulak kan.Siap bawa anak pulak..hissshh.

Sekali..SS sms ustaz, ustaz lambat balas. Hp aku pula, sejak semalam aku tidaklah memeriksanya..
rupanya hp ku habis bateri. Sekali chek sudah tengahari..ada lambakan sms dari Aniq.
muahaha.
aku tengah sibuk bantu buat buras, lepas tu anak menangis minta kita layan..sibuk mau bungkus berongko....mana sempat fikir bab hp sudah..

akhirnya, belum sempat solat Zuhur..Aniq dah sampai. Dengan Nurin, class mate tingkatan 4-5.
aku hidang air dan suruh makan kerepek. bagus layananku..layanan kelas pertamaaa!.Lepas tu baru aku solat, bersiap dan jalannn.

cantek...akhirnya SS pun join sekali. 
malu-malu si kawan, sebab mau atau tidak join kami..
takkan SS tinggal, kami anak beranak beraya..
heeeeeee.

Nah ..SS lah yang memandunya..si abam pula, mau juga duduk depan.sebelah abi. Sebab aku kan duduk depan. Biasa duduk belakang. Abam mana biasa duduk dengan orang lain.
nah bertiga kami duduk di depan..aku pangku Waafa, siap bf sekali. sesaknya nafas.
dalam hati, mau suruh SS stop..suruh Aniq bawa, kami duduk belakang. Tapi...mustahil lah kan..
mau ada drama..tiba-tiba suruh stop pulak. Lagipun rumah Mina bukan jauh sangat..dalam setengah jam kot begitu dari simpang kampungku.

Dengan kereta itu kami merayau ke tiga rumah semua kawan-kawanku.hihi

1. Rumah Keluarga Aminah (SS pandu)
Aminah kan buat akikah anak sulongnya yang comel itu. 
Sampai-sampai rumah Mina, nampak si Tamam, husband Mina sedang tido di ayunan (buaian) dibawa kolong.. haha. Sempat si Aniq begurau..
"amik gambar, nanti kita tag dia".
gila. Mustahil lah kalau si Aniq kan..
kalau aku masih bujang, mungkinlah aku akan saiko si Aniq supaya ambik.

utamakan tujuan ke sini ya ibu-ibu..bapa-bapa.
mau jumpa ZIYAD, anak Mina dan Tamam!.
Dan kebetulan..aku memang kebulur juga...haha. Sebab makan sikit saja tadi di rumah.
SS pula, mesti kebulur nasi, sebab sepanjang raya mana ada nasi kan..makan buras jak. 
Lagi ada kambing.........



Bagus wartawanku ni, ambik gambar . Ni baru sampai..apa ntah aku tengok tu. Tapi bila naik rumah ni..lupa sudah aku bab makanan ya.. sebab gembira jumpa diorang. Tadi di rumah ndak sempat beramah-ramah kan...

lepas makan kuih batang buruk versi asli (guna kacang hijau) kami makan nasi.

lepas tu..enak kami santai..
abam pula terberrr...ngam. Terus pinjam toilet. Bagus kamu abam. Rumah orang juga kamu berr, SS pula sedang borak dengan Tamam...jadi akulah kena layan anak abi seorang ni.

lepas cuci...dia boleh lari bogel ke ruang tamu...bagusnya abam..buat wayang free.

lepas tu barulah sedar diri, perlu balik..
comel Ziyad ..tido gitu jak.
Selepas makan kuih dengan bersungguh-sungguh dan nasi sambil kepedasan padan muka siapa suruh amik lada kami pun bergambar.


tengoklah..
kalau hp ku ada charge...2 juta gambar aku ambik, mujur juga ada hp besar si Aniq..maka adalah kenang-kenangan.
dengan ihsan Aniq la..siap send bagi gambar ni.

Lepas rumah Mina, kami balik bersalaman. SS takda gambar. Sebab kamera kami tiada. hi.

Aniq pandu, sempatlah sms Wataq..kalau ada, kami singgah..sebab Wataq pun otw balik dari Ranau..tengok Wataq belum sampai..cancel lah.
kalau ikut hatiku..pigi saja..aku kena gak mak bapanya. Tapi..sedarlah jam berapa sudah kan....
lagi tumpang kereta Aniq, kesianlah pula si Aniq kena balik rumahnya lagi..

2. Rumah Keluarga Diot

Aniq sms Diot, hah..comel nama kawan-kawanku ni..
Diot ada..dan sampai rumahnya aku tercium bau durian. Telan liurrrr
Sampai-sampai, abam buat rumah keluarga Diot macam rumahnya...kasi turun kusyen...siap anak Diot yang sebaya abam pun join.

Diot ada anak sedara baru, anak abangnya. Aku kenal sikit-sikit juga, sebab senior kan. 

ntah ada atau tidak gambar dengan Diot, akupun tidak pasti. Makin berisi Diot ni..maklumlah dah jadi geng ibu mithali kan.

balik tu, Diot bagi durian..haha.
Penuh bonet kot..Aniq yang dapat. Aku lupa minta seulas...heee. Akukan hantu durian.

3. Rumah Keluarga Icha

Lepas rumah Diot, Aniq tanya mau ke rumah Icha kah tidak..aku memang mau...tapi kesian pula si Ichah kan...pagi tadi majlisnya, mesti tuan rumah mau rehat cukup-cukup..
tapi fikirkan besok mau balik KL sudah....

Niat hati, sampai, peluk cium gitu, blah lah..

tapi..
sampai makan kuih lagi..tengoklah gambar ni..siap pegang bekas kue.

Ichah dah pesan, jangan tag gambar ya..aha..sorilah Chah,,ni jak gambar aku ada...hehehehe
Lagi...terus balik. Fikir driver tu satu hal, belum solat Asar satu hal..
Rumah Aniq juga yang tidak dapat beraya, sebab jauh dan kami tiada kenderaan. Takkan pula, Aniq hantar balik..canteknya muka..

Terima kasih berjuta untuk Aniq, Nurin, Mina, Diot dan Ichah.
Ichah..moga dipermudahkan urusan majlisnya.aminnnn.
Tunangan orang sudah kawanku ini.

InsyaAllah next time, balik Sabah kena ada kenderaan. :)


11 August 2014

SEMBANG KAWEN,


[ ...dan sedikit nota ringkas untuk bakal penganten;) ]

semasa kami mau buat majlis walimah di Sabah..
macam-macam ditanya;
1. Kek ndak mau tempah?
2. Kamera& Video?..sekali set mekap,peralatan lain..hitung-hitung save juga.
3. Pakaian pengantin nak sewa berapa psg
4. Kompang mau kah?
5. kawen kat Dewan ..lagi mudah..kos pun save
6. macam-macam.

|| ALASAN menolak ||
1. kek,kamera,video,pakaian semua tu makan ongkos
-duit hantaran kan boleh cover.

2. Kompang?
- ni bukan budaya Bugisian. Tapi bagus juga untuk memeriahkan suasana
- yang ni, beta sangatlah menyesal, sebab tidak istiharah dulu, main tolak saja. Hanya RM150 sahaja masa tu.

2. Dewan, nanti tiada 'kenangan Indah'.
Walimah depan rumah, kawan-kawan jauh boleh tau mana rumah beliau beta. Alhamdulillah kak Dayah Fpend..dan beberapa kawan yang tidak pernah datang rumah, pun nampak sudah rumah. Lepas ni bolehlah bersilaturahim.

- mereka bilang, penat..kena pasang khemah (sarapo)..lepas tu kena buka esoknya. Betul juga..

Alasan paling kuat @ chekmate!
-sebenarnya, selain jimat. Fikir ramai lagi orang-orang lain yang mau kawen, sekurang-kurangnya diorang boleh amik contoh dari walimah ini. Tidak perlu KELUAR ongkos sangat. Cukup untuk meraihkan tetamu yang datang. Meraihkan cara paling sederhana, meriah dalam keadaan MAMPU.

lalu, mereka pun tidak bertanya lagi. (mereka mengumpat? itu diluar kuasa beta).

|| PENGAJARAN ||
1. Pengantin harus berani dan cari geng untuk tukang support- geng support beta ialah geng muslimat Kinabatangan . geng perlu Dikenali dan dihormati oleh keluarga kita sendiri.

2. Profesional tahap NERD
- jika ada kes pinjam barang sama ada berbayar atau tidak, pastikan ada resit atau senarai. Pastikan resit @ senarai itu disetujui bersama si peminjam dan si pemunya.
- kes beta, kami tidak menyewa kuali berdiameter XYZ (harga bawah RM30)..hanya barang-barang lain, apabila dipulangkan..si tuan punya, kata "mana kuali XYZ aku??". Bila dikata tiada dipinjam. Tuan punya berkeras. Maka dengan penuh dermawan, mamaq beta pun infaq kuali baru beli beliau *setahun masih diceritanya-

Lalu kami menasihati.."RM30..jual 30 ikat pakis, boleh beli baru mak" (ayat auta).

3. Buat senarai ongkos (belanjawan) sasaran termasuk rencam
- ini penting, untuk kita melihat kemana duit mengalir
- kes beta, hasil mahsul orang lain pegang, so gua hanya boleh buat senarai, orang lain pun buat senarai dia..jadi tiada titik temu. HAHA
- kesimpulannya rencam makan banyak ongkos
(rencam ni termasuk belikan JWATANKUASA toup -guna call ini itu,
terbeli barang borong, padahal mau guna sebungkus dua saja dll. Siir Hazar beb (kerahsiaan katanyerrr).

4. MAKAN VITAMIN!
-kepada ibu bapa, adik beradik dan pengantin..sebab memang penat dan letih. Bayangkan kawan datang jauh, muka pengantin dah macam sotong..kesiannya kan kawan itu.

5. Sekian..mohon ada manfaat.

gambar hiasang: saspek untuk akikah abam Fath
Gambar: [SEMBANG KAWEN, dan sedikit nota ringkas untuk bakal penganten;) ]

semasa kami mau buat majlis walimah di Sabah..
macam-macam ditanya;
1. Kek ndak mau tempah?
2. Kamera& Video?..sekali set mekap,peralatan lain..hitung-hitung save juga.
3. Pakaian pengantin nak sewa berapa psg
4. Kompang mau kah?
5. kawen kat Dewan ..lagi mudah..kos pun save
6. macam-macam.

|| ALASAN menolak ||
1. kek,kamera,video,pakaian semua tu makan ongkos
-duit hantaran kan boleh cover.

2. Kompang?
- ni bukan budaya Bugisian. Tapi bagus juga untuk memeriahkan suasana
- yang ni, beta sangatlah menyesal, sebab tidak istiharah dulu, main tolak saja. Hanya RM150 sahaja masa tu.

2. Dewan, nanti tiada 'kenangan Indah'. 
Walimah depan rumah, kawan-kawan jauh boleh tau mana rumah beliau beta. Alhamdulillah kak Dayah Fpend..dan beberapa kawan yang tidak pernah datang rumah, pun nampak sudah rumah. Lepas ni bolehlah bersilaturahim.

- mereka bilang, penat..kena pasang khemah (sarapo)..lepas tu kena buka esoknya. Betul juga..

Alasan paling kuat @ chekmate!
-sebenarnya, selain jimat. Fikir ramai lagi orang-orang lain yang mau kawen, sekurang-kurangnya diorang boleh amik contoh dari walimah ini. Tidak perlu KELUAR ongkos sangat. Cukup untuk meraihkan tetamu yang datang. Meraihkan cara paling sederhana, meriah dalam keadaan MAMPU.

lalu, mereka pun tidak bertanya lagi. (mereka mengumpat? itu diluar kuasa beta).

|| PENGAJARAN ||
1. Pengantin harus berani dan cari geng untuk tukang support- geng support beta ialah geng muslimat Kinabatangan :). geng perlu Dikenali dan dihormati oleh keluarga kita sendiri.

2. Profesional tahap NERD
- jika ada kes pinjam barang sama ada berbayar atau tidak, pastikan ada resit atau senarai. Pastikan resit @ senarai itu disetujui bersama si peminjam dan si pemunya.
- kes beta, kami tidak menyewa kuali berdiameter XYZ (harga bawah RM30)..hanya barang-barang lain, apabila dipulangkan..si tuan punya, kata "mana kuali XYZ aku??". Bila dikata tiada dipinjam. Tuan punya berkeras. Maka dengan penuh dermawan, mamaq beta pun infaq kuali baru beli beliau *setahun masih diceritanya- 

Lalu kami menasihati.."RM30..jual 30 ikat pakis, boleh beli baru mak" (ayat auta).

3. Buat senarai ongkos (belanjawan) sasaran termasuk rencam
- ini penting, untuk kita melihat kemana duit mengalir
- kes beta, hasil mahsul orang lain pegang, so gua hanya boleh buat senarai, orang lain pun buat senarai dia..jadi tiada titik temu. HAHA
- kesimpulannya rencam makan banyak ongkos
(rencam ni termasuk belikan JWATANKUASA toup -guna call ini itu, 
terbeli barang borong, padahal mau guna sebungkus dua saja dll. Siir Hazar beb (kerahsiaan katanyerrr).

4. MAKAN VITAMIN!
-kepada ibu bapa, adik beradik dan pengantin..sebab memang penat dan letih. Bayangkan kawan datang jauh, muka pengantin dah macam sotong..kesiannya kan kawan itu.

5. Sekian..mohon ada manfaat.

gambar hiasang: saspek untuk akikah abam Fath

08 August 2014

Aroma Hijrah Nasi Arab punya cerita

hai..saya Fath, saya tiru umy pakai tudung masa mau solat

Kemarin SS puasa 6. Aku belum start lagi. Masih ragu-ragu..hee
sebabnya aku kena ganti dulu, baru boleh puasa sunat.

baru hari ini mencuba..harap berjaya.
bukan mencuba, memulakan..

Tetiba SS bersemangat mau kasi sumbat mulut kami dengan nasi arobb.
baguihnya..
padahal dia mau servay tempat untuk perjumpaan dengan SV beliau minggu depan.

abam memang bahagia kalau naik kereta. Padahal seharian kami indak makan nasik. Huh
Apa kaitan makan nasi dengan bahagia?
kaitannya perut kita akan sebu..
dan angin masuk dengan nyaman.
maka rasa mau muntah pun ada.

Dari rumah bertolak pukul 6 begitu.
SS habis kerja awal sikit.
iyolah mau stay lama, bukan ada orang disana.
heee..cover line sikit.

Jalan agak lengang. Tapi keluar KL..hazab juga aku menengok. Orang berlumba-lumba pulang ke rumah masing-masing kan.

Sampai kawasan Shah Alam..SS dah pening, mau jalan mana ni.
Akhirnya, ambil jalan selamat.
Penanda dia Petronas.
Tu dia..

sekali masuk. Tak jumpa.
masuk lagi..
U turn.
masuk lagi.
lagi..

ui..lama juga mencari. Yang djumpa restoran nasi arab lain.
ikut hati memang mana-mana kedai makan pon boleh.
tapi dah alang-alang mencari dari jauh..
baik biar jumpa dulu.

last sekali terlimpas di stesent minyak Caltex.
Tu dia..malu bertanya sesat memang sesatlah hang di jalanan.

tanya seorang, dia pun tidak tahu.

akhirnya..beredar la.
dan ternampak ada pekerja Caltex melayu sedang mengisi minyak kenderaan pelanggan.
tanya dia.
dia tanya SS balik.
"takda GPS kah bang?"
gagugaaa.
soalan maut dia bagi.
akhirnya dia memberi tahu tempat, tapi katanya dia sendiri pun tidak pasti.

berbekalkan kata-kata petunjuk beliau.. dan ayat beliau tempat itu dekat masjid. 
maka bersemangatlah sikit.

boleh solat maghrib terus, kalau tidak jumpa.

sekali..terlimpas simpang.
terus jalan.
masuk simpang seterusnya.
nampak ada masjid.

dan akhirnya jumpa.
memang dekat masjid juga la..

kesimpulannya memang petunjuk pekerja caltex itu boleh pakai, cuma kurang tepat.

ni dia restorannya..besar, amik 4 tapak kedai

hadapannya ni..Dewan Taman dalam kawasan ni




SS bawa semangkuk anggur yang dibeli semalamnya. Turun kereta aku cari mana mangkuk tu..rupanya abam yang bawa..sampai masuk dalam ni dia bawa..bagus abam! 
adalah seorang dua tengok-tengok si abam ni.

mau maghrib..SS dua kali keluar untuk dengar azan. Padahal ada TV dalam ni
hiasan atas ni. Langsir tu bagus juga..untuk makan dan diskus sambil duduk bersila


tengok meja sebelah sana, ada pokcik tu . Benda tu kat kepala..kasihan ada..soalan pun ada. Tapi simpan jaklah

tunggu berbuka..kebuloq lah  tu
ni Roti Arab..ku ingat order tadi makan dengan kuah kari..tengok datang kuah sup..entah..kot SS yang minta lain


aku ndak tau apa jenis ni..tapi daging tu, daging kambing yang lembut sangatlah


aku mau order air bandung perasa pisang, sekali tiada..orderlah sirap bandung carbonat..padahal aku tidak suka order benda boleh buat..takpalah.
SS order jus limau pisang..entah apa namanya..boleh chek dekat resit bawah sekali.

aku mau order air bandung perasa pisang, sekali tiada..orderlah sirap bandung carbonat..padahal aku tidak suka order benda boleh buat..takpalah.
SS order jus limau pisang..entah apa namanya..boleh chek dekat resit bawah sekali.

sebelah sana order SS..aku rasa lebih banyak tulang dari isi..heee. Aku suka sup denga timun+tomato tu. nanti mau try buatlah, macam campur limau jak. Sup tu pun pekat, tiada campuran kiub daging tu kot. Sambal lada tu pun sedap. Macam biasa juga..

orang makan, dia main tisu. Mainlah..jangan makan sudah

abam ni memang kena sediakan air untuk dia sorang

kerusi baby jenis begini agak bahaya, sebab tepi tu luas..boleh terjerumus

ni harganya semua. Pengsan.



komen kami.
-nasi agak sedikit, kurang sesuai dengan harganya. Kalau banding dengan Hadramwt lagi jauh beza. Nasi cukup-cukup untuk seorang. yalah kan sudah dalam list tu makan untuk seorang.
kalau banding dengan HM,  2pinggan baru ngam. 

- lauk..daging tu lah..terutama SS, kasihan aku tengok..kambing yang aku tu oklah kuantiti. tapi tetap nampak 'kurang banyak'.

-aku cari yougurtnya. Tapi memang tiada. 

- lagi..aku agak owner dia bukan arab, jadi kurang terasa aroma arab pada nasi itu.



lepas makan, baru lah ke masjid. Woww...luas gila-gila punya masjid kawasan taman situ. Puaslah juga si abam berlarian sampai senang untuk tidur masa balik.





cuma kawasan perempuan nampak kecil sahaja.

lepas aku wudhu, amik Waafa.
sekali kena wudhu semula.
kenalah tunggu SS siap solat maghrib.

tu jelah..kurang nampak tang mana aku review tu..heeee.

moga bermanfaat.
sambil menikmati nikmat. tetap tambah syukur dengan doa dan sumbangan dekat saudara yang lainnya. insyaAllah.


02 August 2014

RAMADHAN 2014, BERPUASA DI SABAH, BALIK KAMPUNG part I

Ramadhan kali ini agak manis rasanya.

sebabnya mungkin "kurang kerja"..iaitu kurang masak. Choi..
aku bab masak memang kurang suka.
sebab masak kena kemas, kena basuh, kena lap, kena kawal dua ketui anak yang mau join masak..
haha

sebab lainnya, rasa masa memang sentiasa mau buat baik.
rasa ringan badan mau buat baik.

sebab seterusnya, kami berbuka puasa di masjid dan terus direct berjemaah Maghrib, Isyak ke Terawih.
bersama anak-anak tercinta. gitu

huaa..
dan paling manis bila balik Sabah, dapat berpuasa dan berbuka bersama keluarga yang besar gedabak.

Sebab SS gi lawat pelajar LI.. maka Ramadhan kali ini lagi terasa maknanya. Sebab lawat KK dan Tawau....

17 Julai, bersamaan 18 Ramadhan.
first time naik Merc.
wak jiran kami sudi mempelawa. Kebetulan beliau ada urusan kerja juga di Sabah.



janji pukul 4. Sebab flight pukul 6.30am. tu barang nampak banyak. Padahal ada baju yang main sumbat, sebab baru beli petangnya..heeee. beg hijau dan hitam isi kerepek


dalam perjalanan hampir terlanggar lembu. Huh
wak tu bawa memang laju. Dan jalan lenggang pulak. Takdir Allah, beliau pantas mengelak.

Wak park situ jak. Sebab malam nanti dia pulang juga. Sempat beliau bagi duit raya untuk abam dan Waafa 

SS sahur hanya seteguk air di KLIA 2.
sebab terlewat sangat dah..kerana kecelaruan mencari kaunter chek in. Padahal ada masa sejam lagi..

ikutnya makan malam tadi cukup..tu pun aku paksa dia minum seteguk dua supaya dia sahur jugak.
Ikut dia, memang nak duduk atas flight baru nak makan.
padahal waktu sahur..5.45am begitu dah masuk Subuh.
dan kami selesai chek in dalam 5.40am..huh

abam ni semua dia mau ikut. ni kira penumpang terakhir chek in. SS siap minta izin potong Q orang depan lagi..sebab orang depan tu flight lambat lagi

selesai chek in terus mencari masuk balai berlepas ke Sandakan.

sebelum masuk balai berlepas. Tanganku penuh barang dan carrier Waafa, tapi tetap aku semangatkan diri ambik gambar ni.he :)
masuk dalam tu diaa.. jauh jugaklah mau ke pintu berlepasnya
Waafa kira baik mood.
Abam pula tengah happy. Sebab mood dia dah dirutinkan dengan perkataan 'kapal terbang' sejak berminggu sebelum itu. Entah kenapa abam cepat tau 'kapal terbang itu apa'. Mungkin sebab tiap hari selalu nampak kapal terbang limpas-limpas di atas bumbung.



masuk-masuk jak kawasan untuk ke Sandakan. Orang dah penuh. Sempat duduk dalam 2-3 minit, dah dapat arahan suruh masuk kapal dah. Sebab orang last, ambik kesempatan tunjuk dekat abam kapal-kapal yang akan dinaik. Budak baju biru tu mak dia panggil-panggil dia tidak layan


cari dokumen Waafa sebesar A4.huh.

orang last memang lain sikit perangai :p
ni mau masuk kapal sudah. Tapi gerakan agak perlahan kan..jadi ambik peluang la




penuh tangan abi. Beg hijau tu ringan jak..kerepek untuk raya botol susu adalah aksesori tambahan. abam masih teruja tengok kapal yang tengah parking dekat luar


masuk flight. Bahu sakit sudah sebab bawa beg galas dan cerrier Waafa.
Tengok tempat duduk kami, diuduki keluarga yang ramai anak. OMG.

abam pulak ndak sabar mau duduk.
kesian keluarga itu, mereka terpaksa diarah duduk di kerusi belakang yang kosong, oleh pramugri bertugas, sebab diorang pun guna 3 seat sekaligus.

kapal mau terbang, abam buat perangai. Menangis sepenuh jiwa.
sampai kapal jalan..kami tukar ganti pujuk. SS pegang Waafa. Aku bujuk abam dengan pemandangan dekat luar.Ada kapal ada lampu.
kira abam berjaya terpesona jugalah.

abam sudah mula ..padahal SS mau kejar waktu Subuh.


Subuh dah penghujung..abi belum solat. Mau ambik wudhu, abam pun mau ikut sekali



solat dalam flight. Bawa abam sekali pi berwuduk. Sabar jaklah abi..



.................................................................
aku memang suka tengok awan. Kasitau abam, itu awan..awan..awan




tukar-tukar jaga
..................................................................................................................................................
memang sengaja mau tengok Pulau yang dimiliki Indonesia..walaupun diapit oleh semenanjung dan borneo




sempat saja

belikan oreo dan coklat Milo kotak..RM12.kayaaa


2 jam sampai sudah..eh kah 2.30 jam..tapi memang cepat dari biasa.

dikasi tinguk..sebab masa naik kami tidak guna tangga..jadi kurang faham kot si abam



lapangan Terbang Sandakan tengah di baiki. Jadi memang buruk dan berhabuk




bersambung....


MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...