15 August 2017

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak UPSI

salam.

ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak?

soalan kan, nampak mudah.

ok, saya share pengalaman saya kat UPSI sejak September 2012. wow kau jah..

ok kita mulakan dengan pertanyaan.

i. Kenapa nak kena sambung dalam bidang ni??

1. Program ni bukan dibawah Kementerian Pendidikan..jadi, jaminan kerja..bukan macam program pendidikan di maktab tu..atau program pendidikan di UPSI (dulu-dulu). ni Program terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai degree. Contoh course mate masa 2012 tu, ada yang masa degree dia ambil Nursing di IPTA. kos nursing ni fahamlah kan..kelayakan nak masuk bukan mudah. Tapi kawan tu nak sambung juga bidang ni... Dia ada sebab kot, ka masa tu dia tak dapat panggilan kerja nurse lagi..tiada kepastian. Cuma masa tanya dia, jawapan dia..dia macam kurang minta kerjaya tu. Tak tahulah kan...masa belum dapat memang akan cakap macam tak minat apa semua..mungkin bila dapat offer letter dari KKM, lain pula kan. Yalah, kadang bab ni kita lebih tahu apa sebenarnya.

Ada juga yang kos Art masa degree, dan sambung bidang ni.
Yang pasti kebanyakan yang sambung masa zaman saya tu, adalah guru-guru tadika. Ok guru tadika yang ada degree, sama ada KPLI ataupun kos degree dulu memang bidang ni.

2. Bila terbuka...jadi saya tidak akan bincang kekurangan. Saya kongsikan kebaikan sahaja. Ok bidang ni sangat sesuai untuk mereka yang memang tengah berkerja dalam bidang ni. Yang kerja tahulah tu. Kebaikan dia, kita dapat berjinak dan cungkil lebih mendalam bidang ni. Contoh macam cikgu sekolah tadika kan....diorang akan dapat menghubungkan semula dengan apa yang diorang hadap hari-hari di sekolah tu.

3. Sebagai ibu, saya sendiri pun rasa, banyak kebaikan bila sambung dalam bidang ni. Mungkin sebab masa belajar ni saya baru dapat anak sulung yang umur 6 bulan. Mungkin juga kerana sebelum ni ambil bidnag yang similar dengan bidang ni.


ii. ni paling ditanya, camana eh nak sambung?

1. Untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak IPTA, UPSI, UM, USM. Ni 3 IPTA yang tawarkan. UKM ada tawarkan, tapi Pendidikan Prasekolah. So....lain kan bunyi dia.
Untuk IPTS, rasanya UNISEL, MSU, HELP Uni, Unitar...apapun boleh tengah di page official diorang.


iii. Jenis kelas?

untuk UPSI, diorang buat 3 cara atau MOD.
Mod A- full research. Tiada kelas, cuma perlu jumpa penyelia, buat research, buat artikel jurnal, join . Minimum dalam 3 semester-maksimum 8 semester

Mod B- saya ambil mod ni. Campur antara kelas (course work+disertasi). untuk kelas, saya ambil 24 kredit, 2 semester. Dan ini juga syarat sebelum daftar disertasi ni..atau bahasa mudahnya tesis. Kalau belum cukup 24kredit, tak boleh daftar tesis. TAPI, boleh mula buat tesis dan jumpa penyelia dahhh. Saya ada jumpa student yang begini. Sem 2 dia dah buat dan sem 3 dia boleh buat pembentangan awal. (pembentangan cadangan kajian).

untuk mod B
-habiskan kredit kelas
-daftar tesis ( masa ni dah boleh buat proposal atau proposal dah siap disemak berkali-kali oleh supervisor)
-buat la kajian tu (sambil berhubung dan kerap berbincang bersama supervisor (SV) atau penyelia). wajib buat Research Progress Report online
 Progress Report
-serahan awal ( ni setelah SV setuju kita buat serahan awal). Maksudnya, kita dah rasa kita dah siap...dan kita minta SV macam setujula... kan SV ni monitor saja, semua terletak di tangan kita as pelajar

- serahan awal, akan diperiksa oleh beberapa pemeriksa.
-

ni nantilah saya cerita panjang.

mod C
- ni ramai pilih
- datang kelas untuk 3 semester, buat kertas kerja dan ada 6 kredit untuk kertas kerja tu.
- ramai dapat habiskan 3 semester sahaja. Atau paling lambat pun 4 semester.


iii. Yuran?.
masa saya nak sambung, saya macam keliru eh dua-dua jarak lebih kurang. UPSI dan UKM. lama-lama fikir, ambil UPSI.. antara sebab dia  UPSI  yuran agak rendah masa tu..dalam RM1200, berbanding universiti lain.

sini untuk yuran tahun ni, RM1658.30..untuk bukan sains teknikal.


iv. WAKTU kelas
Yang ni, Uni lain saya tidak tahu. Yang tahu,macam UKM kawan kata kelas ada dalam waktu weekday.
UPSI kelas jumaat petang bermula jam 3. Malam bermula jam 8 dan pagi Sabtu.
(jumaat petang-Sabtu).

untuk bukan kelas, macam perjumpaan dengan pensyarah...kena tanya by individu la kan...

v. Subjek
Subjek untuk master ni, dalam 1 semester perlu ambil 12 kredit. Ataupun 3 subjek.
itu zaman sayalah (september 2012- september 2014). Tidaklah pasti kalau UPSI masih sama dengan zaman tok ni. rasanya sama kot..sebab ikut kesesuaian waktu dengan orang yang berkerja weeksday tu.

1 subjek 3 jam.

vi. Camana nak daftar?
terus buka web IPS UPSI Ada pengambilan setiap semester. Febuari dan September.
isi online bahagian pengambilan tu.



ok akan bersambung. tengoklah if rajin datang kan... hehe

disertasi Mod B. Binding pada hujung bulan Julai baru ni. 1 set RM18...3 hari siap.


boleh terus ke IPS untuk UPSI di Tanjung Malim.
Exit Tanjung Malim, kalau PLUS dari Selatan atau Utara

Diorang buka office hour.
atau call.
INSTITUTE OF GRADUATE STUDIES

Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan
No. Fax : +605-4594649
No. Tel : +605-4505482 / 5490 / 5485 /
                5480 / 5494 / 5491 / 5473
E-mel : ips@upsi.edu.

atau layari web ni. IPS UPSI