Showing posts with label perth. Show all posts
Showing posts with label perth. Show all posts

10 July 2020

menuju ke Katanning 2016


selepas dapat kereta murah di Perth ni kita pun...
.
tajuk bukan main... ke Katanning,
itu plan asal..mau stay semalaman di Katanning, dan kita pi pasar dia pagi pagi..
dan akibat gagal merancang, 
maka gagal la kami stay di Katanning ini.
.
kami hanya mampu singgah dan lalu.
.
ia bermula setelah kami ambil kereta sewa di Katanning  itu..
kami pun bergerak la.
silap kami ialah..kami bergerak agak lambat.
mungkin kerana, faktor utama..kami pun masih blur tentang CBD..jadi mau ke pejabat kereta itu dah makan masa, SS kena tanya dulu orang orang di sekitar stesen keretapi,laluan kami perlu naik keretapi itu.
.
masih di kawasan bandar.


.
sebelum sampai ke Katanning ini, tentunya kami lalui kampung-kampung dan ladang-ladang lembu yang menenangkan mata dan jiwa desa.
.
ntah mana sudah gambar gambar desa tu.
kena bongkar balik fail nampaknya.
gambar gambar ni saja yang ter-save dalam ni.
.
ada sekali dua ,kami singgah untuk ambil gambar..
kalau nampak memang sebiji macam lukisan tu..
ni realiti, tempat tempat yang cantik bagi I lah.
.
ada sekali singgah, untuk isi minyak di kedai macam gerai jugalah.
kedai minyak tu, terus singgah toilet sekali.
.
di ladang tu..jaranglah rumah..toilet dia ala-ala kampung la. di tepi belakang kedai letaknya.
Siap buat warning, hanya pelanggan gerai situ boleh guna toilet,
tapi warning dia berhemah la...tak ambil gambar warning tu..sebab tak bawa telefon kan..
kita sini, kadang singgah petrol pump hanya untuk guna toilet...tidak terfikir pula yang pekedai yang akan bayar semua kegunaan kita itu.
.
ya...seperti yang pernah baca...harga minyak sana lain kedai, lain harga.
.
sebab line sana, kadang ada...lama tiada..agak problem la situ.
kita mahu ke Katanning dia ada kena exit laluan..
tapi signboard ada, jangan risau ..walaupun sebenarnya risau juga..sebab tak boleh buat jangkaan jarak tu.
.


.
.
yang ni dah exit ke Katanning atau belum...yang pasti jalan lengang la..
sebab jalan ni bukan pilihan orang ramai..sebab sini kebanyakan ladang haiwan,
jalan persisir lebih menjadi pilihan.
kami membelah Wastern Australia dengan laluan bukan pilihan, tetapi nyaman dan jalan dia pun cantik saja...
mau bawa laju, silakan...
tapi..hati hati, sesetengah tempat dia letak kamera.
jangan risau, kamera dia ada sign, :p.

masa ni,  kita guna pemanas, sebab suhu sejuk la juga...
ni ladang ladang ladang saujana mata memandang luasnya.
kalau teringin nak menculik seekor dua, memang dekgaga harapan...sebab pagar tu elektrik dan HARAM kan....jadi, rasanya tiada lah kes curi lembu disini..



.
untuk ke Katanning ni, kami search Masjid Katanning,
berpusing kami...
sampai di bawa ke kawasan perumahan...
dia kasi kami dikawasan lot rumah, yang tidak bertuan.
mungkin saja sindir kami...supaya bina sebuah masjid dicelah celah perumahan situ kali..
tapi, agak agaklah kan...itu kejiranan agama apa kau kau suruh letak situ masjid.
-__-
.
kami cari-cari, dan lastly tidak pakai Google maps.
kami guna firasat semata berdasarkan peta di Google maps..
gitulah...

sampai juga kami akhirnya,
masjid yang luas dia punya halaman.
masa ni hujan mau stop sudah.
.
sejuk, hujan lagi....terus masuklah dalam kita...
erk...tengok-tengok diluar  dulu..

masjid ni  dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua...Tun Razak...
kuat juga pengaruh Melayu dulu kan....
.
SS wudhu dulu...sujuk pun...wudhu la juga..
rasanya ada air panas..
.
sebab tiada manusia lain, selain kami...aku wudhu sekali situ..
rasanya, ada rumah tok siak sebelah tempat wudhu ni..
lupa daaa...
.

masuk jak, terus rasa berada di alam Melayu .
.
solat lah kita Jamak Takhir.
.
Habis solatan,kita pun pi round-round dalam masjid.
nasiblah kan, masjid tidaklah berkunci
kalau malam, tidaklah kita tahu pula..


masuk kawasan muslimah kita..

.
sama jak macam masjid di negara kita rasanya,suasananya..


tempat wudhunya...
nak cepat sampai ke penginapan ketiga kita ini, kelaparan lagi kita..
jadi, tengok dari jauh jaklah...

yang utama, toilet dia ada getah paip tu..
heavenlah sikit.... kih kih.
.
itu tanda, orang sini beristinjak guna air.....

.
.
tidak pasti nun disana tu hutan atau ladang...
kita singgah jak kan...tidak banyak masa untuk melihat lihat.

.
dari pepohon ni boleh agaklah angin kuat tu, sejuk lagi...memang menggigil kita kesian...
ada baca sosmed penghuni sini...sini musim salji, salji ada mari jugalaa..mari jalan jalan ...
kira kalau kau mau feeling 4 musim bersalji, dan suasana Melayu, bolehlah merantau ke sini..
.
.
.
aku ada baca tulisan pengembara yang singgah sini, diorang kata ayam sini halal. kena singgah.
memang kena singgahlah....kebulur tahap gigabyte kita semua anak beranak ni..
Google, dapatlah kedai ni...rasa ya ampun...terima kasih Tuhan, memudahkan kami..laparrree

.
.
SS ni pantang sikit makan ayam ayam kedai segera ni.
tapi disini, kita janganlah kan betabiat....dia lagi yang pi beli banyak ni...bekal sampai malam kau ..


.
sini aku jebak,kawasan country la..bukan bandar..kira ni pekan diorang...
tapi tidak pasti, kalau ada sebenarnya kawasan kedai yang lebih luas..
sebab, masa cari penginapan sini...hotel tu, macam 1-2 jak jumpa...
itu yang ndak berjaya stay disini...
.
ni gambar apa ya??.
aku rasa, aku gambar tong gas tu...bagaimana tong gas pun tempat dia bergaya ok..kalau kita biasa amin letak jak kan kalau di kedai runcit..



Dapat jak ayam, kami pun makan macam pirahna...itu yang gagal ambil gambar sopan.
masa ni tengah preggy Akido tu..jadi kebulur pun, tidak berjaya menjadi pirahna..sebab Tuhan uji supaya kau bersyukur dapat telan enak dia punya kentang yang gemuk gemuk tu pun nikmat ok....ujian alahan Akido ni sama seperti Fath dulu, selera makan hilang ke laut...
.
kita kejar masa untuk sampai sebelum malam di penginapan ke-tiga kita..
lagi satu, jalan sini kan  sunyi dan kawasan kiri kanan adalah hutan skunder..
kita risau banyak hal la..
minyak..masih ok.
kita naik Yaris...jimat pun minyak dia..
.
.
penginapan kita seterusnya terletak di Albany, jarak dari Kattaning sekitar 171KM++.
.
dengan waktu itu, dapat rasa..boleh sampai awal..
tapi kita tidak tahu apa yang menunggu di depan kan...
.
maka ,lepas makan...baca doa naik kenderaan..teruslah kita bergerak...
Selamat tinggal Kattaning..

10 April 2018

hari kelima Perth-WA Australia Sewa kereta Murah Perth

bismillah.

selepas di sini bermalam, kita pun sangatlah happy.
sebab akan naik kereta dan tidak perlu angkut barang macam 5 hari sebelum.
.
dari Queens Park,
kita pi CBD Perth semula.
sebab kita akan collect kereta sewa kita di kedai kereta tu..

banyak gambar dekat hp SS ni ndak aku dapat transfer,
sudahlah kena ingat balik peristiwa 2 tahun lepas..
dengan sumber gambar yang ada ni...
emmm.
 


ok, kita pun happy kan.
walau masih penat, kita mesti happy kan diri.
baru terasa hari ini akan lebih baik dari semalam.
yang kurang puas hati, kita jadikan sempadan dan pengalaman.
eiwaah.
.
iklan-iklan dalam train dorang ni best juga.
eh gambar dibawah ni, tempat orang yang bawa basikal.
kan senang mereka..

 senang hati pun, dalam hati kena doa,
"Ya Allah mudahkan, jangan susahkan".
cabaran menunggu di depan kita masih ndak tau.
dan kalau ada cabaran, sediakah kita menghadapnya bersama??.
.
oktober 2016,
stadium Perth masih dalam pembinaan.pula tu di tepi tasik..
memang cantiklah view dia nanti tu..



memang cantik pun,
ndak rugi invest diorang ni...
ni ambil dari abc.net.

kredit gambar
takpalah stadium.
awak belum siap masa ni. kami ndaklah pula menyenaraikan kamu sebagai tempat mesti lawat.
.
sampai pusat bandar..
seperti biasa, SS akan tanya penjaga gate.
kita tunggu sini jaklah dengan beg dan budak comel yang aktif masya Allah tabrakallah...
.
masa ni alahan masih belum menguasai sepenuhnya.




sambil tunggu tu, cuci mata tengok train.
train punya station masa ni ndak sesak. ok-ok.
dan paling penting train ni, kalau mau naik bas..
just keluar dari stesen ni, dan ada depan pintu bus stop tu.
.
kalau mau ke tempat lain
jalan kaki depan sikit, sampailah terminal untuk para bas yang keluar CBD Perth ni...
dari situ..boleh naik bas untuk ke terminal lain yang menempatkan jemaah bas yang boleh bawa keluar dari CBD Perth.
gitu..betapa tersusun pengankutan awam disini.
simple dan mudah untuk sesiapa saja.
.
kerusi untuk menunggu ni..fokus untuk mereka yang lebih berkeperluan...mana-mana kan begitu juga, cuma manusia jak kadang lupa dan pentingkan diri sendiri...
.

gambar ni mau fokus mamat jaket hijau tu,
pemandangan biasa orang bawa basikal naik train.

ok tangga diorang, kami ndak merasa.
sebab kami ndak perlu melintas platform pun.


setelah SS mendapat maklumat,
kami pun meneruskan langkah dengan menaiki lagi train..
lupa dah kemana kita,
tapi dekat-dekat juga.
.
kali ni train agak sesak.
local tourist kan sudah mau ber-weekend.


ok gambar ni, sebenarnya..budak tepi tu jenis ada anak kecil.
mak dia bagi tengok nursery song ni.
Fath Waafa macm mau join sekali juga...
dasar budak kan...


sampai.. ok untuk office ni..boleh rujuk di web diorang.
untuk sewa kereta murah di Perth.
BAYSWATER ni memang jauh lebih murah ok. 
untuk Perth. ada 3 location boleh collect kereta tu.
kami collect di Subiaco.
senang sikit, dekat dari stesen train.


kami kan blurr..
jadi tempat ni kami punya perjalanan agak jauh ok untuk sampai.
padahal tidaklah jauh mana pun.
kami sempat berdebat ok.
ke kanan atau ke kiri??.
aku kata terus ke kiri...
kiri pula mau kemana...
yalah kan...peta kita ndak sama dengan realiti..
hakikat travel ni beginilah..
kena sentiasa berlapang dada..
berdebat penting,
untuk kita sepakat pilih yang terbaik.
.
dan bila ada anak dan tersalah jalan..
memang mengundang saling menyalahkan..
padahal kan..tujuan dia macam mau cakap.
"kan betul tadi aku cakap bukan jalan ni..".
tapi bila kita berdebat dulu..
benda ni dapat dikurangkanlah..
.
dan sebab nilah, kalau yang mau berjalan mengerat kasih sayang suami isteri, pilihan terbaik berdua sajalah. anak-anak ni, diorang ada egosentrik...tengah kita salah jalan penat semua.
anak pula minta makanlah..minta kencinglah...memang menguji.
.
sampai jak,
pi kaunter..dan
kereta yang kami book sedang dibersihkan.
marilah menunggu..
marilah membuang juga.
minta izin staff guna tandas diorang,
diorang bagi.
.
dapatlah nampak kereta bakal kita naiki.
Toyota Corolla Hatc!
kereta ni best untuk yang ada anak kecil..sebab bonet dia luas.
.
Waafa sangatlah terujaa..
eh, masuk dulu tandas nak...




ok semua dah selesai.
kereta dah siap menunggu!
jom naik! punya semangat


bersambung...

28 March 2018

PENGINAPAN KEDUA- HARI KEEMPAT


sambungan dari sini..


hari keempat ni.30 September 2016..hari jumaat.
aku dah ready tempah penginapan lain.
alasannya banyak, kenapa pindah randah ni..
walau
sebenarnya. kami sendiri tidak tahu dimana kedudukan rumah ni

tapi yang bestnya..punca utama, sebab kita punya itinerary ialah melawat univeristi, zoo dan lain-lain aktiviti esoknya tu. disekitar penginapan itulah...
.

sebelum tu aku ada tempah dan mesej host dalam Airbnb untuk tempah penginapan. dan diorang minta cas lebih sebab ada anak kan...jadi anak kena duduk dalam katil yang lain.
.
dan fikir-fikir, takpalah, kita cancel.
maka aku cari penginapan lain yang lebih murah dan..kalau tiada barulah kita balik semula dengan host tu.
..
inilah leceh bab travel ni, penginapan kena awal.
kalau lambat harga naik..
dan emmm..
sangat tidak best untuk persediaan mental.
.

kami naik train saja,
kami dah interview dengan pacik di stesen bas,
di kaunter train..
.
semua kata kami kena naik train dan turun di stesen tu.
.
untung buddy kita, sebab dia akan tanya sampai dia yakin.
kalau aku, bajet jak lebih..
padahal kan..manatau pun dan ragu-ragu.






naik train, ke bahagian bawah sungai Swan tu,
akan lalu Stadium Perth..
emm...akan naiklah saham Perth ni
.
train dia agak panjang.
sebab singgah singgah jadi,
banyak peluang cuci mata.
memang nampak bezalah suasana...
sebab kita menjauhi kawasan CBD.
.
sampai jak...
nampak eh macam suasana tempat kita jak..
.
kebetulan angin pun tidaklah kuat macam dikawasan CBD,
sejuk tu biasa-biasa saja la.


apa kami buat bila sampai..
kasi peluang Waafa tidur sebelum dikejutkan.
dan tengok peta dulu.
call jugalah dibuat sebelum ke sini.




ok ni kawasan perumahan marhaen kot.
dari pemerhatian akulah.
macam golongan sederhana la.
ya..
kami turun di Queen Park.
.
Waafa ambik gambar dulu...
kan mata kamu dah segar bugar tuuu..





ok jalan kaki ke mana kita ni..
emmm..
kena cari makanan dulu.
.
berdepan sign tu...ada kedai kan..
kami jalan kaki ke kedai tu..
nanti akan tanya lagi orang di kedai ka kan...
untuk arah ke rumah yang kita mau tuju tu.
.
pasar raya dia macam kita juga..
cuma buah-buahan dia lebih segarlah.
sebab bukan import kan..
pisang tu jaklah, ndak pasti diorang ambil dari mana...
.
kita beli yang bukan untuk dimasak.
sebab kita menginap pun satu malam jak kan.
.



hakikatnya travel ni,kita kena tahu..bila kos rendah..masa akan jadi limit la.
macam kami,
kami banyak ambil masa naik train untuk ke sini...sebelum sampai ke rumah tu..
.
sebab kita tahu, tujuan kita ialah merasai pengalaman dan membina pengalaman kan..
.
diorang punya sayur tu bah..
siap ada akar dan berendam yang akar ok.
tiada keraguan bab kesegaran konsepnya kali...

paling utama barang diorang,
murah tahap dewa ok.
bila kau bejet penduduk situlah..
kalau convert nilai mata wang kita, janganlah kau membuang masa membuat perbanding harga disitu...



beras berlambak ok diorang jual disana.
jenis yang sedap buat nasi arab pula tu..




..
ni antara pengalaman yang akan kita jumpa.
budak tu sudahlah pakaian pun bergaya..
dia pi lagi beraksi di situ..
mak dia rileks pilih barang.
.
jadi, kalau anak-anak kita begini..
jangan marah ya..
diorang mana suka shopping ni..
diorang suka beraksi jak dikawasan shopping tu.




anak-anak kami pun teruslah mendapat ilham gitu..
.
ok kita pun siap shopping.
marilah membayar bui..




mau ambil gambar lain..
selepas bayar tu..
kami kena bagi beg kami untuk diperiksa...
.
menunjukkan kawasan ni,
adalah berlaku kecurian.
mungkin muka kami ada nur dan kelihatan seperti orang mulia..
staf tu sekadar periksa..
siap sorry lagi.
takpa sis, kami ok.

siap beli kami pun,
memulakan operasi mencari rumah itu..
dimulakan dengan berjalan kaki dengan 2 biji luggag.




alhamdulillah perkhidmatan uber ada. jadi memang sangatlah memudahkan urusan.
.
amboi dalam peta, dekat dari situ..kunun la
rupanya bila bawa beg dengan budak, terus rasa macam bercinta punya jauh..suhu pun naik jugalah ..
penat jalan kaki..terus ambil uber.





bila kan sampai rumah..kami tekan loceng
tiada respon.. pintu ndak buka pun..
nasiblah diorang ndak pasang pagar kan..
jadi direct pi pi pintu jaklah.
.
akhirnya jumpa jirannya.. jiran pula boleh kata diorang pun tak tahu siapa jiran di situ…amboii la kan.




jiran dia sendiri mengaku ndak pernah bertegur sapa mereka...sad jugalah.


ada jak orang..diorang kurang bertegur sapa dengan tentangga kot.kan..
tapi kes ni sangatlah kebetulan..jiran pun ndak tau siapa jiran disebelah ni..
emm.
.
bila tekan balik loceng,
terbukalah pintu oleh pacik tu.
masuk jak, pasangan chinese berusia sekirat 50-an kata diorang ndak perasan kami tekan loceng tu
emmm..
tekan loceng tu banyak kali kot..
.
alasan diorang dalam proses kemas barang dan mau blah balik negara diorang..ntah negara Singapura atau Malaysia..janji diorang ndak menyusahkan kita ni sudahlaa..
.
ada beberapa bilik rumah ni.
masuk jak dah jumpa 3 bilik..
barulah ke kawasan living room,
dan ke ke bilik mandi,
bilik air,
barulah ke bilik kitaorang menginap..
so stress aku masa ni..
.
haha.
.
ntahlah kan..
.
masuk jak tengok bilik biasa,
ngam-ngam untuk Queen bed,





 dan sofa bed ni..

ruangan menyimpan kain pun ada..jangan risaulah..



aku saspek, rumah tu owner dia adalah anak tuan rumah.
anak katanya mcm belajar di kolej.
takkan rumah sebesar tu kan..budak kolej..
sempat lagi bersangkaan segala aku masa ni...

caranya, cari duit dengan sewakan bilik dalam booking.
bagus juga.
cuma tak bagusnya…hahahahahah. kami kena paw. pula... :(
gara-gara katanya kami guna sofa bed, ehe..sofa tu dah memang dalam tu kot.
ahhhh..
.
tapi begitulah kan kebiasaan disini,
budak kena ada katil sendiri tidur.
.
dan diorang kata sebelum tu ada jak pengunjung yang macam buat rumah ni happening, diorang siap masak.
.
kami tidaklah boleh happening, 
macam kecewa sebab penat terjalan kaki tadi..
dan penat menunggu pintu dibuka..
ini semua sebab KPI kami masih rumah uncle P sebelum ni..
kami ndak perlu tambah katil pun masa stay sana..
tapi untuk bilik yang bukan master room ni, kami kena pula...
.

macam sedikit kurang happy kami stay sini..
mungkin sebab stress.. aku lah tu.
dengan alahan kan.
.

tandas pula, kena kongsi dengan tuan rumah..sebelum ni host duduk lain..jadi semua kemudahan semua pengunjung berkongsi lain keadaanya.

yang ni, macam kita stay rumah orang lah...
uhuk

bukan tidak mau happening semua..cuma risau tuan rumah pening dan naik sheiiiih..
aku risau sebenarnya, kalau aku keluar bilik..anak akan main dan aha…tentu tidak menyenangkan tuan rumah nanti. atau aku jak sebenarnya terlebih beperasangka terlebih penakut ni.
.
sebab stress dan kemudian moody,
SS jaklah keluar sesekali borak dengan owner rumah..
.
aku stay dalam jak..
panas pun ya juga..
eh..kah sejuk..
haha lupa sudah.
.
anak-anak keluar juga tapi sorang sorang,
nanti penat SS urusin.
.
kalau dua orang kepala diorang akan naik kan..macam-macam idea.
.
jadi, malam tu aku dapat sleep awal kali.
kan sebab mandi malam,
eh..
.
SS kata gitulah kalau travel, sesekali terimalah keadaan yang bukan expectation kita.
dari ayat ni, akupun belajar ..kena cari hikmah.
dan pasti ada hikmah semua ni.
supaya kita lebih berhati-hati,
elak berperasangka,
paling utama konsep TAWAKKAL.
.
jadi, esok tu kami chek out dan aku dah ok sudah..
cuma segan silu pi makan di kawasan dapur situ..
dapur dia sebelah living room.
kira sambil masak boleh tengok dan join borak dengan orang di living room.
.
mesti owner rasa aneh kan ada pengunjung macam ini..
heee.
sakit hati bah bos, ko paw kami.
.
bila dah nak balik,
emosi jadi kembali ceria..
diorang offer biskut kot,
ada air kopi 3 in 1.
anak-anak makan,
kami lagilah makan..
.
aku rasa owner ni bukanlah teruk.
tapi ntah, aku masih gagal tenangkan diri bab paw tu saja.
.
rumah semua ok pun.
kalau jenis biasa hadap.
siap boleh pi round-round keliling.
.
sangatlah buruk perangai ni..
buat aku datang hanya untuk stay.
.
pengajaran besar.
kalau travel, kena cepat cari solution..dan redha..
redha walau pedih..hehe.
.
siap sarapan, SS dah tempah UBER.
so, kami pun naik untuk ke stesen keretapi.
.
hari ini kita akan kembali ke CBD untuk ambil kereta sewa dan akan turun ke bahagian bawah Wastern Australia.
.
happy pun boleh dibina,
kita pun boleh ambil gambar banyak sikit.
.
setting sikit untuk bergambar dengan sign tu..






dapat toys dari owner tadi...
Waafa dapat cow, Fath dapat baby punya..
rezeki kamu la.
mau tunjuk juga, ditepi laluan tu ada laluan pejalan kaki dan laluan basikal..
jadi ndak risau kalau mau berbasikal disini..
.
tenangkan diri jap,sejuk tu lit lit la.



.
stesen dia, 
seketul pondok diantara 2 platform.
tiket beli guna mesin jak.
kalau tiada duit, naik jaklah.
manatau rezeki kena cekup sebab ndak punya tiket..
hu..
janganlah gitu..
walau tiada siapa kisah pun,
jangan buat k.
saja tadi buat iklan salah.



untuk pengguna kad kredit, ada juga rasanya masa ni.

sambil tunggu train ke Perth.
suruh diorang bergambar..
entah bila kita akan sampai pondok ni lagi..

  


ok ni mesin dia,mesin masa kena menunggu..

orang pun tiada, 
marilah kita berswafoto beramai ramai.









next...cerita pasal kereta sewa pun..












Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...