Showing posts with label I'm Ummi. Show all posts
Showing posts with label I'm Ummi. Show all posts

26 August 2014

BELAJAR QURAN FORMAL

Aku memang simpan angan ni lama.
lamaaaaaaaaaaaaa dah.
sebab dulu, kalau aku putuih asa dengan kursus ku di kampus..
aku rasa, baik amik Pengajian Islam..
sayang tidak layak untuk ambik digree Pengajian Islam.

sebenarnya, SELAMATlah Islam dari manusia macam aku ni..
asal putus asa..nak amik lain..nak lari fokus!!

haha.
Alhamdulillah Allah sayang dan kurniakan aku ketabahan..maka habis juga pengajianku di kampus. Selama 4 tahun..

huuhu...lamanya tu. Kawan lain 3 tahun, kita masih lagi still di kampus.
kawan dah masuk master..jumpa kita..kita masih penat menghabiskan setahun lagi..

itu perasaan dahulu la..bila jumpa kawan yang jenis aktif belajar belajar ni.

tapi sekarang. Rasa syukur dapat belajar 4 tahun tuuu. Syukur amat. Sebab kan dengan baki setahun tu dapat temu jodoh   belajar macam-macam dan merasakan kesenioran tu..mihmih.

ok itu mukaddimah . Memang melalut. Buat karangan, tiada markah pendahuluan, boleh dapat 5 markah dari 30  :(.

baru ni aku isi SPAQ..sebab menurut SS..kawan dia belajar sana.yuran murah..dalam puluhan ringgit gitu. Opsss..sekali datang surat tawaran..cepatnya surat tu datang..kah aku yang tidak sedar masa berlalu pantas?

yuran pendaftaran RM300..huhu.
tengah fikir panjang ni..mau ikut..atau siapkan dahulu pengajian master ni.
ni pun terkontang kanting..ada hati tambah beban kepala..

konon kan misi menjadi bonda celik QURAN.aminnn

SS tu beli limau banyak-banyak..ntah sapa simpan atas meja ni...nasiblah ko limau


21 November 2013

AMMAR yang syahid

bismillah.!

saya kenal perkataan AMMAR tu sebab ustaz Hasrizal (saifulislam.com) ada cerita tentang dia ke Turki untuk cari bahan buat disertasi.

lepas tu kan adalah sedikit status pasal pelajar-pelajar muda yang belajar sejarah di sana.

terbaru, pasal kesyahidannya (meninggal dunia semasa menuntut ilmu)masya Allah!

saya tidak lama terfikir tentang bagaimana kisah hidupnya yang TERISI itu.
sebab saya dah tidak mampu bersaing dengannya.
saya dah kahwin! anak menyangkut dibahu!. alasan poyossss

saya cuma terfikir bagaimana kan..ibu bapanya mendidik sedemikian rupa???
mesti ada yang menarik dan mencabar disitu..

saya mau macam parents itu!.
ya InsyaAllah.aminnn

12 September 2013

Doktor Lelaki

Semalam 11 September,

Aku ada apoimen dengan Klinik Kesihatan.
Eh..kalau dah mengandung, haruslah sentiasa ada apoimen.

Macam aku ni dihujung-hujung sudah.Kenalah setiap minggu gi Klinik. Chek tekanan darah, chek urin, chek kepekatan darah (HB). dan chek lain-lain. Macam janin dalam perut (scan).

Paling cepat dalam sejam, boleh settle.
Atau 4 jam.
har har.

Minggu lepas aku minum air gula. Sebabnya sebelum raya hari tu masa chek urin, ada something dalam tu. Doc sebelum tu kata tidak perlu minum air gula, sebad dah ambik darah dihujung jari, bacaan OK.

Bila pegi selepas beberapa minggu raya, Doc lain pula suruh minum.

Deng.

Kesimpulannya, minum air gula untuk chek paras gula dalam badan. Kalau keturunan tiada masalah kencing manis, insyaAllah ok. Tapi ada juga yang tiada keturunan kencing manis, tapi bila preggy bacaan gula KO.

ok abaikan.

Semalam aku target mau minta Scan. Iyalah sebelum ni boleh pula Hospital Suh aku beranak paksa. Bila aku Minta Putra Medical Centre, diorang kata buat pa beranak paksa kalau tiada masalah!.
Deng.

Jadi, aku teringinlah scan baby. Mau tengok ketuban, ok atau tidak.

Tapi the hari tu yang bertugas Doc Lelaki.India.Sasa.Tagap dan tinggi.
Telan lioq aku.

Cancel impian.

Masa Doc tu tanya macam-macam. Kebetulan bacaan urin aku bad, sebab semalamnya aku makan maghrib, minum pun kurang.
Aku doa banyak-banyak, janganlah Doc ni minta scan.Ulang-ulang dalam hati.

Lastly, Doc tu suh baring untuk scan. Pembantu dia yang macik India pun ready tutup pintu.

waaa.
"eh Doc, husband saya tidak benarkan saya di chek oleh Doc lelaki...sorry ya Doc".

aku rasa masa tutur ayat tu, aku macam buat salah. Lepas tu gaya aku macam eh..gedik-gedikan.
ei.jijik.

Puncanya sebab aku rasa apaka ayat yang bagus dan tidak membuat aku rasa bersalah dan aha..aku sebenarnya risau juga akan baby dalam rahim ni. (-__-).
Hasilnya tula...aku buat ayat amatlah susah.

Takpa Angah, nanti kita gi PMC scan ya. Harap ok semua. Walaupun Due besok, kalau Angah rasa mau stay lagi.Silakan nak, ada peluang kami kasi layan Fath dulu.

30 July 2012

Ramadhan kami

bukan sekali dua,saya tidur selepas jam 2 a.m.
berkali-kali-kali.

bukan kerana tidak mengantuk awal.
tetapi..ohh.semua gara-gara hero kami yang suka bermain tidak kira masa.
ini kali,dia demam sejak balik Koyan jumaat lepas.Itupun dikesan oleh doktor ummi semasa mau keluar dari Masjid di Raub.(huh).Ummi memang masih belum lulus rupanya.


dalam keta:Fath buat macam dalam Playground

Ubat
Semua di dalam peti ais.
Sampai rumah mak koyan.Mak suruh petik daun bunga raya dan ramas.masukkan dalam air dan buat sapu pala 

maka.malam itu berkali-kali lah bangun dan sapu pala dan badan Fath.Supaya kurangkan tahap panas.panas sikit jee pung.
Abi?..
Dia penat memandu,dukung Fath dan perlu rehat.




Tarbiyyah
Yup.Inilah prosesnya untuk kami sebagai ummi dan abi.Proses baitulmuslim tidak pandai berhenti,malainkan Allah mengambil nyawaNya yang kita pinjam.

Kalau orang tanya.Apa ilmu baru saya sebagai ummi.Jawapan saya ialah.Saya sudah boleh mengebalkan telinga dengar suara Fath merintih dan sedih.
Fath nangis sebab badan tidak selesa

Pengisian Pertama Saya
Sebab ahad pagi ada pengisian.
kami bergegas balik dari Koyan lepas iftar Jama'e dan solat Jamak Takhir.
Kak Ipar saya semua ada di rumah.Depa masak sedap.
Tapi saya makan kurang sedap,sebab Fath rewet.
(macam tulah parents kita dulu wahai saya).
Depa semua kurang setuju kamu balik malam dengan Fath yang nangis kuat.Zauji saya kata
"saya ni kepunyaan semua".
Kak Ipar saya sambung.
"hang tu kepunyaan mak".
heee.
hiasang: gi nengok himpunan Oreng
Last sekali.Kami balik.Dan anak-anak sedara dapat duit raya awal.sebab kami tidak pasti sebelum balik Sabah nanti akan jumpa lagi atau tidak.huhu.

kesempatan memberi pengisian Dhuha di masjid kampung itu memaksa kami..ehe..zauji saya memandu balik rumah.Dan saya opps..tersengguk-sengguk tidur kekenyangan.

Dan serius.Saya kurang suka menjadi penceramaaaaaaaaaah!.
Tetapi..berkat kesudian dan sokongan padu zauji saya yang baik hati.Saya bisik-bisik "ala anggap jak macik-macik tu semua adalah manusia yang selalu aku jumpaaaaaaa".
Bersama Fath yang belum mandi.Zauji hantar dan tunggu.

Dan saya berjaya memberi pengisian tentang aurat siang tadi!!.
walaupun dalam tu ada juga ustazahh yang lebih arif..hissh
(saya suka,saya suka).


"Terima kasih ustazah,bagi saya ilmu".OOoh saya rasa malu.dan malu.
disaat saya tidak suka.rupanya saya dihargai!
saya sudah cakap.Saya bukan ustazah.Tapi..aminnnn jeww kannnn.

Fath dapat mainan baru.Abi beli dari pasar dekat bazar
dan..saya mesti selalu praktis cakap pelan-pelan,kuat,biar jelas dan tidak terlalu berbunga dan semak-samun,teratur,tidak sesedap rasa masuk simpang.
ya..ini saya perlu buat.sebab saya akan jadi pengajar.


Style Fath tidur bilademam on-off


19 July 2012

saat menjadi ibu.Saya tidak buat kerja ikut suka.Tetapi ikut anak.
orang mungkin kata "anak baru sorang sudah haruu".
saya akan jawab "a'ah..haru biru kuning merah..korangkan dulu masa anak 1, mana pernah haru cam saya".
oh.

anak saya sudah tidur.Penat dia menangis dan mahu meniarap sehingga muntah.Walaupun matanya merah,tanda mengantuk.dan tangannya asyik menggosok kepala.Itulah tanda dia conform mengantuk.

Hobi saya dulu ialah,saya mesti akan baca buku sebelum tidur.Hobi ini telah ditinggalkan atas sebab-sebab yang boleh dielakkan.Oleh itu saya berharap saya akan melakukan lagi hobi-hobi ini disepanjang hayat saya.
Selain dapat memudahkan mata mengantuk.Dapat juga menambah bahan bacaan saya.

nota: ada orang tidak makan nasi malam.

12 July 2012

cita-cita

saya sedang mendengar lagu-lagu Ramadhan sambil menaip.
Seronok menghayati lagu,walaupun rentaknya sangatlah mau buat berjoget.
terutamanya,lagu solehah ini.
hayya.
Fath pula dengan aksi beliau,meniarap,berpusing,ke sana situ.Malas nak teruskan suap.Kang luak jadinya.
segala benda depan dia jadi 'makanan'nya.Fath masih panas badanya.Semalam bacaan suhu 36++ jadi,tidaklah risau sangat.Mungkin sebab dia mengalami peralihan,dari meniarap ke merangkak.Umur sudah mau ke 6 bulan kan.

Hari ini,masak pulut,goreng ikan masin.Makanan yang di dok sebut zauji saya sebelum ini.
Nasi ayam,ayam masak kicap belasah+tempe+terung.Buat bekal.Dah lama tidak buat masakan untuk beliau bawa bekal.
Tidak done mau memasaknya.Lagi-lagi kalau mata mengantuk,atau Fath bersorak diwaktu pagi mulia.

Inilah rutin saya sebagai super zaujahummi.Walaupun rasanya tidak super.Mulutkan doa.Jadi sebut-sebutlah selalu.

Hari ini juga resume saya akan dibelek kencang oleh orang atasan.Allah,moga engkau pilihkan hambaMu ini tempat kerja yang dekat dengan Fath.Dekat dengan rumah,jauh dari Jamm.Aminnn.

Saya tidak kecewa meninggalkan bidang cikgu kerajaan.Memilih untuk bersama suami dan anak.Meninggalkan kelebihan-kelebihan yang disediakan untuk kakitangan kerajaan,pinjaman rumah 1%,itu.
Bak kata zauji saya,"seronok tengok si Fath dari mengiring,kemudian bertiarap".Alangkah rugi membiarkan momen indah sebegitu pada seorang abi.

Allah.Saya memasakkan sasaran tahun 2012 akan;
1.Terbit 1 buku
2.Lesen
3.Kenderaan.
4.Sedang belajar dalam bidang Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Aminnn.Allah,padaMu jua perserahan segala kemampuan dan kelemahan ini.


19 March 2012

I'm Ummi

salam.

hari ini meluangkan masa ke Hospital Selayang melawat adik Marsis yang dikatakan bakal dibedah.Rupanya tidak juga. Bersama Fath yang tidur lewat semalam.Kesian Fath.

Zauji sudi meluangkan masa ini adalah satu penghargaan untuk dia.Yang sibuk dengan marking pelajarnya yang belum siap dan kerja-kerja belajarnya yang sentiasa mendesak.

Alhamdulillah Fath kurang meragam hari ini.Syukur sungguh sempat dan menyempatkan diri mempam walau sedikit untuk santapan Fath sepanjang siang tadi.

Bersemangat untuk ke sana kebetualn Hosp Selayang akan limpas Sungai Buloh.Bolehlah singgah di Kedai Manjaku tu.Niat hati mau risik-risik PB yang macam ditengok dalam web semalam. Terkesan betul tengok orang yang berjaya menyantapkan anak-anak depa susu ibu tanpa campur.Itukan galakan Islam.

Masalah Fath yang tidak mesra BF ni sangat merisaukan dan memenatkan.Lagi-lagi bila guna PB yang manual.Maka dengan pemberian wang hadiah dari orang-orang untuk Fath terus masuk dalam fikiran."Kalau cukup..maulah PB beli yang elektrik..mudah-mudahan membantu".

dalam otak set dah.Kedai Manjaku dekat-dekat Putra Medical Centre tu.Sebab hari itu ada termasuk kedai sebelah-sebelah tu.Semua barangan baby.Yang zauji pulak semangat mau membeli meja untuk memudahkan dia studi.Sambil-sambil mau pi beli meja,telimpas pulak kedai Manjaku tu.Saya memang dak perasang.Zauji yang perasang.Terus kena sound.Sebab tersilap kata konon dekat PMC,padahal jauh dari PMC.konfidennya saya ini!

Masuk-masuk terus tengok dekat kaunter.Muahhhh.Adalah jenama The First Year tu. Macam indah saja.Tapi yang double punya.Dalam hati dah fikir-fikir dan tertarik juga dengan iklan pasal PB jenama tu yang baca semalam.Terus rasa bersalah,kebetulan bajet duit Fath hanya RM285.Sedangkan harga PB tu RM350.Aduh.

Mungkin zauji pung nampak semangat saya yang membara tu.Lepas raun-raun kedai tu tengok car seat baby.Dan PB jenama lain.Zauji pung tanya saya mau atau dak PB tu.Apalagi dengan malu,risau dan teruja saya mengeyakan.

Fath yang tengah di dukung pun macam relaks jak.Macam no komen jak.

Bila dah bayar dengan duit yang banyak keping itu.Rasa macam jantung sedang lembek jak.Tengah sesak kan ni.Zauji pulak dah bersemangat dengan mau beli mejanya.Duit meja toup PB tu dan dapatlah beli.

Dak sabar sampai rumah untuk test.Sampai-sampai Fath yang tidur tadi mula dah mau berceramah.Terus kalam kabutlah buka kotak PB tu.Last-last tengok..aduh adopternya yang kecik.Dan bila pakai bateri lama pulok macam slow saja.
Ada kecewa di situ..

Tapi..bila baca pengalaman kawan-kawan ibu yang banyak stok.Terus tertanam balik semangat mau menyusukan Fath secara ekslusif sambil-sambil ajar dia direct.
Sambil-sambil pujuk Fath tido ni..menulis..sekarang dia dah tido tepat pukul 6.15am)

Moga Allah membantu.
Terima kasih Zauji sayang.Sebab simpan dulu niat tu yang mau meja.(InsyaAllah ujung bulan ni,dapatlah meja idaman abang tu).aminnn

Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...