30 July 2012

Ramadhan kami

bukan sekali dua,saya tidur selepas jam 2 a.m.
berkali-kali-kali.

bukan kerana tidak mengantuk awal.
tetapi..ohh.semua gara-gara hero kami yang suka bermain tidak kira masa.
ini kali,dia demam sejak balik Koyan jumaat lepas.Itupun dikesan oleh doktor ummi semasa mau keluar dari Masjid di Raub.(huh).Ummi memang masih belum lulus rupanya.


dalam keta:Fath buat macam dalam Playground

Ubat
Semua di dalam peti ais.
Sampai rumah mak koyan.Mak suruh petik daun bunga raya dan ramas.masukkan dalam air dan buat sapu pala 

maka.malam itu berkali-kali lah bangun dan sapu pala dan badan Fath.Supaya kurangkan tahap panas.panas sikit jee pung.
Abi?..
Dia penat memandu,dukung Fath dan perlu rehat.




Tarbiyyah
Yup.Inilah prosesnya untuk kami sebagai ummi dan abi.Proses baitulmuslim tidak pandai berhenti,malainkan Allah mengambil nyawaNya yang kita pinjam.

Kalau orang tanya.Apa ilmu baru saya sebagai ummi.Jawapan saya ialah.Saya sudah boleh mengebalkan telinga dengar suara Fath merintih dan sedih.
Fath nangis sebab badan tidak selesa

Pengisian Pertama Saya
Sebab ahad pagi ada pengisian.
kami bergegas balik dari Koyan lepas iftar Jama'e dan solat Jamak Takhir.
Kak Ipar saya semua ada di rumah.Depa masak sedap.
Tapi saya makan kurang sedap,sebab Fath rewet.
(macam tulah parents kita dulu wahai saya).
Depa semua kurang setuju kamu balik malam dengan Fath yang nangis kuat.Zauji saya kata
"saya ni kepunyaan semua".
Kak Ipar saya sambung.
"hang tu kepunyaan mak".
heee.
hiasang: gi nengok himpunan Oreng
Last sekali.Kami balik.Dan anak-anak sedara dapat duit raya awal.sebab kami tidak pasti sebelum balik Sabah nanti akan jumpa lagi atau tidak.huhu.

kesempatan memberi pengisian Dhuha di masjid kampung itu memaksa kami..ehe..zauji saya memandu balik rumah.Dan saya opps..tersengguk-sengguk tidur kekenyangan.

Dan serius.Saya kurang suka menjadi penceramaaaaaaaaaah!.
Tetapi..berkat kesudian dan sokongan padu zauji saya yang baik hati.Saya bisik-bisik "ala anggap jak macik-macik tu semua adalah manusia yang selalu aku jumpaaaaaaa".
Bersama Fath yang belum mandi.Zauji hantar dan tunggu.

Dan saya berjaya memberi pengisian tentang aurat siang tadi!!.
walaupun dalam tu ada juga ustazahh yang lebih arif..hissh
(saya suka,saya suka).


"Terima kasih ustazah,bagi saya ilmu".OOoh saya rasa malu.dan malu.
disaat saya tidak suka.rupanya saya dihargai!
saya sudah cakap.Saya bukan ustazah.Tapi..aminnnn jeww kannnn.

Fath dapat mainan baru.Abi beli dari pasar dekat bazar
dan..saya mesti selalu praktis cakap pelan-pelan,kuat,biar jelas dan tidak terlalu berbunga dan semak-samun,teratur,tidak sesedap rasa masuk simpang.
ya..ini saya perlu buat.sebab saya akan jadi pengajar.


Style Fath tidur bilademam on-off