04 July 2012

kebun beliau saya

beliau saya ada sebidang tanah yang dahulu adalah hutan rimba tempat tinggal payau,ayam hutan,babi hutan, dan bermacam-macam lagi flora dan fauna.
semasa tanah itu dibuka.Saya masih kecil.ingatan masih kabur-kabur.Itu bermakna umur saya masih di bawah 7 tahun.

saya masih ingat betapa banyak pokok-pokok rebah yang boleh dijadikan tempat baring-baring sambil merenung langit..haa..hee.

Kemudian,beliau saya pun memanupulasi tenaga beliau untuk membuka sebidang sawah.
sawah yang besar untuk beliau mengusahakan berdua.
maka kami pun sama-sama menginfakkan tenaga dan emosi untuk mencapai objektif beliau saya.

adik semasa lebih pendek dari pokok padi (sekarang mak aii..)

saya suka tengok padi yang menghijau semasa sedang naik membesar.
tetapi.....
saya tidak suka pekerjaan menanam padi..huuuuu.
sebab saya terpaksa merendamkan kaki ke lumpur sehinggalah ibu jari kaki kami adik beradik dimasuki tanah..dan woow..berbau apabila dikeluarkan (geli jak baca).

Apabila padi sudah berisi.Kami perlu menjaganya dari diserang oleh burung pipit yang durjana (saya memang benci tahap naga dengan burung berwarna hitam dan perang niii!).
darilah matahari belum muncul,sehingga matahari tenggelam.(oohh sangat sedih mengingatinya).
bermakna dari burung bangun tidur sehingga kembali ke sarangnya.
burung ini suka menghabiskan isi padi yang muda.Rasanya manis.Kalau dah tua,padi keras.Sudah jadi beras kan.

Selapas padi menguning,mulalah beradu tenaga untuk menyabit dan menghempas (menyampak),sehinggalah padi-padi tercerai dari batang dan boleh dijemur,dikipas (untuk di asingkan antara yang berisi dan tidak,akibat dilantak oleh burung pipit).dannnnn.. dikisar untuk dibuang kulitnya dan menghasilkan beras.Sama ada untuk dimakan sendiri atau dijual di pasar.

Saya masih ingat.cerita ini adalah derita semasa mengalaminya dulu,tetapi apabila tidak lagi.Saya amat merinduii.Sebagaimana mama' saya yang kerap mendengar suara menangis padi yang ditenggelami banjir.
Sayang gila-gila mama' saya dengan pokok padi dan sawah (sehingga mampu mendengar derita pokok padi yang derita tenggelam tuu).

Apabila jiran-jiran sawah kami mula menanan sawit.Sistem pengaliran air mula tidak lancar,sedangkan padi sawah memerlukan sistem pengaliran air yang bagus untuk memastikan padi boleh hidup dengan subur dan gemuk-gemuk.

Maka,pada tahun 2008,beliau telah berhenti menjadi pesawah dan kekal menjadi petani,peladang dan perindu padiii..(saya pun rinduuu laa).
kami mula membeli beras.Dan sedihnya,mama' saya  cakap "kalau ada sawah lagi,tidak perlu lah kita beli beras yang sentiasa naik harga ni".

kami pun bergantung 100% kepada hasil sawit yang tidak seberapa.
Kami menombak sehingga memungut biji relai dan menolak menggunakan keroba (kereta sorong).
Namun,dari membaja,menebas rumput,mengankut ke lori untuk pusat pengumpulan,sangat makan ongkos dan tenaga yang banyak.Jadi,hasilnya adalah biasa-biasa sahaja untuk kebun kami. Yang digunakan untuk menyara 9 makhluk dan 6 daripadanya ialah masih belajar.


Tidak hairanlah,kalau orang menggelar kami orang senang.Terutama jika dilihat pada angka duit sawit bulanan.
Realitinya,kami sentiasa berjimat cermat..haha (mesti mama' saya marah,kalau baca ayat ni).

mama' hanya membeli barang-barang yang perlu saja.
dan selalu juga mengeluh dengan kos hidup yang memaksa dia berjimat-cermat.
RM3000 adalah sederhana yaa untuk keluarga besar yang punya anak sekolah.
Apatah lagi bawah dari itu.

adik dan anak kepada sepupu yang suka 'makan gaji'
Kembali ke cerita pokok sawit.
saya suka berada di bawah pokok sawit yang redup dan nyaman.
saya juga bertemu dengan lelaki ini yang dibesarkan dengan hasil pokok sawit dan
tinggal di rumah yang dikelilingi pokok sawit.
"lalala..ku lihat hijau".

kadang-kadang mak mertua saya pun bercerita tentang sawit.
sebab mereka tinggal di Felda.

jadi,kalau balik ke Sabah..saya mesti akan ke kebun sawit, walaupun dah jadi ummu Fath.
heee..


adik saya yang kembar memegang karung duit
begitulah cerita serba sedikit tentang saya dan pokok sawit yang berbudi ini.