25 March 2012

walimah kawan


Salam.
Hari ini Sabtu.Banyak agenda.


Hari ini bajetnya mau pi Bangi.Kawan walimah.Mau ke Putrajaya,amik IC kami dan mykid Fath.Ke UKM tuk print buku zauji.
last-last bertolak lambat,lepaz zuhur.
sampai saja dah pukul 4 lebih.Sesat sekejap pula.

Semua urusan selesai,kecuali amik IC.





Gambar gan pengantin.Nur Kamal&Shiela.

K.Shiela yang jemput,siap mesej " jemput Majita,suami dan anak".

Alhamdulillh dapat take gambar.
Lagi-lagi dalam situasi Fath yang memang payah mau control
macho selamba kentang jerit sebab ngantuk dan mau tido. Dah lah ramai lagi orang-orang.

tengah mendodoi Fath supaya cover sikit suara.Penganti tengah solat.Nak amik gambar jugaaa.. (zauji amik)


antara rupa sayuu Fath bila melantunkan Vokal.



Ikutkan hati tamau kemana-mana.

Tapi..ahhh..rugi beb duk saja gara-gara malu dengan vokal anak sendiri.

Sesekali Fath buat muka ceria.Hilang segala duka nestapa



lantaklah orang nak tengok pakai ekor mata.Macamlah depa tu dak tau dunia baby-baby yang memang suka main vokal-vokal ni.


Balik.Lupa tangan sedang lenguh dok alas pala Fath yang nak titoq dengan selesa.Lenguh-lenguh pung sedap pulak ummi ni join sekali Fath titoq.Kesian Mr.Zauji pandu keta soram-soram.

inilah keja part time zauji bila dia tadak kawan stori-mori

alhamdulillah sejam lebih sampai rumah.Zauji bergegas bersiap.beliau ada Meeting

21 March 2012

rumah baru


hadiah paling besar untuk 3 MAC. Tahun 2012.


gambar masa 78% siap. (dak berapa berkenan gan kaler kunim tu)


masuk 3 Mac 2012.
Zauji semangat kemas&angkat barang.Saya bantu sikit-sikit jak.Tengah berpantang kan. Jadi tukang "minta tolong".

Moga syurga dapat dicipta disini.aminnnn ya rabb.

19 March 2012

I'm Ummi

salam.

hari ini meluangkan masa ke Hospital Selayang melawat adik Marsis yang dikatakan bakal dibedah.Rupanya tidak juga. Bersama Fath yang tidur lewat semalam.Kesian Fath.

Zauji sudi meluangkan masa ini adalah satu penghargaan untuk dia.Yang sibuk dengan marking pelajarnya yang belum siap dan kerja-kerja belajarnya yang sentiasa mendesak.

Alhamdulillah Fath kurang meragam hari ini.Syukur sungguh sempat dan menyempatkan diri mempam walau sedikit untuk santapan Fath sepanjang siang tadi.

Bersemangat untuk ke sana kebetualn Hosp Selayang akan limpas Sungai Buloh.Bolehlah singgah di Kedai Manjaku tu.Niat hati mau risik-risik PB yang macam ditengok dalam web semalam. Terkesan betul tengok orang yang berjaya menyantapkan anak-anak depa susu ibu tanpa campur.Itukan galakan Islam.

Masalah Fath yang tidak mesra BF ni sangat merisaukan dan memenatkan.Lagi-lagi bila guna PB yang manual.Maka dengan pemberian wang hadiah dari orang-orang untuk Fath terus masuk dalam fikiran."Kalau cukup..maulah PB beli yang elektrik..mudah-mudahan membantu".

dalam otak set dah.Kedai Manjaku dekat-dekat Putra Medical Centre tu.Sebab hari itu ada termasuk kedai sebelah-sebelah tu.Semua barangan baby.Yang zauji pulak semangat mau membeli meja untuk memudahkan dia studi.Sambil-sambil mau pi beli meja,telimpas pulak kedai Manjaku tu.Saya memang dak perasang.Zauji yang perasang.Terus kena sound.Sebab tersilap kata konon dekat PMC,padahal jauh dari PMC.konfidennya saya ini!

Masuk-masuk terus tengok dekat kaunter.Muahhhh.Adalah jenama The First Year tu. Macam indah saja.Tapi yang double punya.Dalam hati dah fikir-fikir dan tertarik juga dengan iklan pasal PB jenama tu yang baca semalam.Terus rasa bersalah,kebetulan bajet duit Fath hanya RM285.Sedangkan harga PB tu RM350.Aduh.

Mungkin zauji pung nampak semangat saya yang membara tu.Lepas raun-raun kedai tu tengok car seat baby.Dan PB jenama lain.Zauji pung tanya saya mau atau dak PB tu.Apalagi dengan malu,risau dan teruja saya mengeyakan.

Fath yang tengah di dukung pun macam relaks jak.Macam no komen jak.

Bila dah bayar dengan duit yang banyak keping itu.Rasa macam jantung sedang lembek jak.Tengah sesak kan ni.Zauji pulak dah bersemangat dengan mau beli mejanya.Duit meja toup PB tu dan dapatlah beli.

Dak sabar sampai rumah untuk test.Sampai-sampai Fath yang tidur tadi mula dah mau berceramah.Terus kalam kabutlah buka kotak PB tu.Last-last tengok..aduh adopternya yang kecik.Dan bila pakai bateri lama pulok macam slow saja.
Ada kecewa di situ..

Tapi..bila baca pengalaman kawan-kawan ibu yang banyak stok.Terus tertanam balik semangat mau menyusukan Fath secara ekslusif sambil-sambil ajar dia direct.
Sambil-sambil pujuk Fath tido ni..menulis..sekarang dia dah tido tepat pukul 6.15am)

Moga Allah membantu.
Terima kasih Zauji sayang.Sebab simpan dulu niat tu yang mau meja.(InsyaAllah ujung bulan ni,dapatlah meja idaman abang tu).aminnn

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...