19 March 2012

I'm Ummi

salam.

hari ini meluangkan masa ke Hospital Selayang melawat adik Marsis yang dikatakan bakal dibedah.Rupanya tidak juga. Bersama Fath yang tidur lewat semalam.Kesian Fath.

Zauji sudi meluangkan masa ini adalah satu penghargaan untuk dia.Yang sibuk dengan marking pelajarnya yang belum siap dan kerja-kerja belajarnya yang sentiasa mendesak.

Alhamdulillah Fath kurang meragam hari ini.Syukur sungguh sempat dan menyempatkan diri mempam walau sedikit untuk santapan Fath sepanjang siang tadi.

Bersemangat untuk ke sana kebetualn Hosp Selayang akan limpas Sungai Buloh.Bolehlah singgah di Kedai Manjaku tu.Niat hati mau risik-risik PB yang macam ditengok dalam web semalam. Terkesan betul tengok orang yang berjaya menyantapkan anak-anak depa susu ibu tanpa campur.Itukan galakan Islam.

Masalah Fath yang tidak mesra BF ni sangat merisaukan dan memenatkan.Lagi-lagi bila guna PB yang manual.Maka dengan pemberian wang hadiah dari orang-orang untuk Fath terus masuk dalam fikiran."Kalau cukup..maulah PB beli yang elektrik..mudah-mudahan membantu".

dalam otak set dah.Kedai Manjaku dekat-dekat Putra Medical Centre tu.Sebab hari itu ada termasuk kedai sebelah-sebelah tu.Semua barangan baby.Yang zauji pulak semangat mau membeli meja untuk memudahkan dia studi.Sambil-sambil mau pi beli meja,telimpas pulak kedai Manjaku tu.Saya memang dak perasang.Zauji yang perasang.Terus kena sound.Sebab tersilap kata konon dekat PMC,padahal jauh dari PMC.konfidennya saya ini!

Masuk-masuk terus tengok dekat kaunter.Muahhhh.Adalah jenama The First Year tu. Macam indah saja.Tapi yang double punya.Dalam hati dah fikir-fikir dan tertarik juga dengan iklan pasal PB jenama tu yang baca semalam.Terus rasa bersalah,kebetulan bajet duit Fath hanya RM285.Sedangkan harga PB tu RM350.Aduh.

Mungkin zauji pung nampak semangat saya yang membara tu.Lepas raun-raun kedai tu tengok car seat baby.Dan PB jenama lain.Zauji pung tanya saya mau atau dak PB tu.Apalagi dengan malu,risau dan teruja saya mengeyakan.

Fath yang tengah di dukung pun macam relaks jak.Macam no komen jak.

Bila dah bayar dengan duit yang banyak keping itu.Rasa macam jantung sedang lembek jak.Tengah sesak kan ni.Zauji pulak dah bersemangat dengan mau beli mejanya.Duit meja toup PB tu dan dapatlah beli.

Dak sabar sampai rumah untuk test.Sampai-sampai Fath yang tidur tadi mula dah mau berceramah.Terus kalam kabutlah buka kotak PB tu.Last-last tengok..aduh adopternya yang kecik.Dan bila pakai bateri lama pulok macam slow saja.
Ada kecewa di situ..

Tapi..bila baca pengalaman kawan-kawan ibu yang banyak stok.Terus tertanam balik semangat mau menyusukan Fath secara ekslusif sambil-sambil ajar dia direct.
Sambil-sambil pujuk Fath tido ni..menulis..sekarang dia dah tido tepat pukul 6.15am)

Moga Allah membantu.
Terima kasih Zauji sayang.Sebab simpan dulu niat tu yang mau meja.(InsyaAllah ujung bulan ni,dapatlah meja idaman abang tu).aminnn

No comments:

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak

salam. ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak? soalan kan, nampak mudah. ok, saya share pengalam...